Nasaruddin Dirempuh Degan Kelajuan 360 mph
SUDAH pasti jawatan Timbalan Presiden Pas bakal menjadi perebutan sengit pada muktamar Jun depan. Kedudukan Nasaruddin Mat Isa tidak seselamat Abdul Hadi Awang. Sudah ada tanda-tanda dan petunjuk jelas di langit hijau politik Pas, yang Nasaruddin akan dirempuh kuat selaju 360 mph!
Orang yang disebut-sebut dan dijangka akan merempuhnya adalah si baju Petak-Petak Merah, orang yang dulunya bersekongkol dengannya untuk membuang Hassan Shukeri daripada pejabat agung Pas di Taman Melawar. Walaupun ada satu atau dua nama lagi, namun pertandingan pasti akan melibat si baju petak-petak merah.

Orang inilah dulu yang menjadi perancang utama dan penting dalam usaha menyingkirkan Hassan Shukeri tahun 2005 dulu. Nasaruddin hanya menjadi alat sahaja, atau ayam laga sebagai bahan eksperimen untuk melihat sejauh mana kekuatan Hassan alias pengaruh ulamak dalam Pas pada masa itu.
Nasaruddin diletak ke depan kerana ketika itu walaupun beliau lebih muda dari kumpulan profesional itu tetapi dia berwibawa dan ada bakat, bertitle ustaz serta dipercayai oleh bekas presiden Pas, Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor.
Ustaz Fadzil Mohd Noorlah yang memberi latihan dan kepercayaan kepada Nasaruddin untuk menguruskan parti selaku setiausaha agung. Setiausaha agung adalah nadi kepada sesebuah organisasi. Saya yakin kalau Ustaz Fadzil Noor masih ada tidak ada sesiapa yang tergamak untuk mengejek anak didinya ini.
Itulah kedudukan Nasaruddin, sudah berprestaj. Manakala yang lain masih lagi baru mencari ruang dan title di dalam Pas. Dalam erti kata lain masih asing dengan seluk beluk perjuangan Pas dan tatacara berorganisasi. Kalau pun ada setengahnya lebih tua dari Nasaruddin tetapi tidak mempunyai keberanian untuk melanda Hassan Shukeri, hanya bertindak menjadi tukang cocok saja.
Saya melihat pencalonan Nasaruddin menentang Hassan pada masa itu hanya percubaan untuk melihat sejauh mana pengaruh Hassan dan juga suara yang ingin perubahan dalam Pas. Tidak lebih dari itu. Nasaruddin bukan orangnya yang ditagang oleh kumpulan “profesional liberal” (Prolib) itu untuk mengepalai Pas selepas Abdul Hadi.
Apabila Nasaruddin menang, maka ia memberi gambaran jelas, bahawa stail lama dalam Pas yang cuba dipertahankan Hassan Shukeri sudah mula ditolak Pas. Pengaruh, jasa dan jejak Hassan juga terus menghilang. Tanda ini menjadi satu daya tarikan kepada golongan Prolib ini bahawa mereka boleh mencuri peluang. Kebuntuan untuk meruntuhkan paradigma lama Pas pun sudah telerai dengan kemenangan Nasaruddin itu.
Bagi Nasaruddin sendiri beliau mula merasa selesa dan bahawa kedudukan beliau itu diiktiraf oleh golongan ini. Kemenangan keduanya, bila dicabar bekas Ketua Dewan Ulamak, Harun Taib tahun 2007 menyebabkan beliau merasa makin diterima dan mulai dianggap sebagai timbalan preiden yang sebenar.
Maka beliau berkerja dan berganding dengan Abdul Hadi Awang dengan seutuh hati membina parti dan mengukuhkan jemaah. Menjalinkan hubungan di peringkat antarabangsa dengan mendekati NGO dan Gerakan Islam bagi mendalami ilmu jihad. Berkat kerjasama dan gandingan bahu itulah juga membawa kemenangan besar kepada Pas pada pilihan raya umum lalu.

Seberapa boleh beliau membawa idea-idea semasa selari dengan kehendak putaran zaman. Bukan sedikit, banyak. Namun disebabkan tidak ada sambutan dan eceran oleh kumpulan Prolib itu menyebabkan idea itu banyak yang menyepi.
Mungkin Nasaruddin sedar bahawa gadingan beliau degan Abdul Hadi itu kurang disenangi disebabkan mereka istiqamah mempertahankan jati diri parti. Memastikan Pas tidak mudah larut dalam politik sekular dan bersifat pragmatif. Menjaga dan mengawasi parti agar tidak mudah diceroboh oleh anasir luar. Mereka juga begitu waspada untuk menerima suara anasir luar yang menyuruh Pas membuat perubahan drastik yang lebih leberal mengikut acuan dan naluri mereka.
Nasaruddin dan Abdul Hadi tidak mahu parti dimonitor oleh pihak lain. Nasaruddin cuba meletakkan parti di atas kekuatan dan tunggaknya sendiri yang berlandaskan kepada Quran dan Hadith seperti mana maksud penubuhannya awal dulu.
Mereka yang begitu memepercayai kepada kuasa dan suara hikmah diluar inilah yang mula berusaha untuk menentang kedua mereka, terutamanya Nasaruddin. Penentangan ke atas Nasaruddin adalah perintis kepada usaha menjatuhkan presiden. Pada perkiraan mereka apabila kayu serandang presiden jatuh maka presiden juga akan lingkup. Maka muktamar ini adalah percubaan pertama golongan ini.

Alasan dan faktor
Antara faktor dan alasan yang ditaburkan kenapa Nasaruddin perlu jatuhkan ialah kerana idea muzakarah yang kemudian ditukar menjadi muqabalah oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Umno. Kononnya kerana Nasaruddin bersama presiden dan beberapa yang lain berjumpa dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan campuran dijadikan sebab. Inilah alasannya. Soalnya apakah rundingan itu menjadi dan Pas kini menerima musibah dengan idea itu? Tidak.
Jika diteliti dan dilihat siapakah sebenarnya yang berang dengan idea perundingan ini? Apakah ianya datang dari ahli Pas atau pun orang di luar sana? Dan siapalah pula yang pandai-pandai menceritakan mengenai maksud muzaqarah ini sehingga menjadi isu, maka jelas orang itu juga adalah ahli bersekutu orang di luar sana yang begitu taksub dengannya.
Pas seharusnya bijak dan waspada dalam melihat percaturan di luar. Seharusnya pengalaman dulu mengajar orang Pas untuk mengenal siapa musuh sebenar dan siapa kawan palsu yang berkepentingan dan suka memperalatkan orang. Kenapa Pas jadi takut bertompok kepada sejarah lalu? Pas dalam diam menjadi alat kepada satu kumpulan lain yang telah memperalatkan kumpalan Prolib dalam Pas sendiri. Kumpulan ini pula jadi hidung tinggi apabila mereka dipuji tanpa dapat membaca muslihat di sebalik pujian menggunung itu.
Politik berbingkai ini bukan mudah untuk difahami ia memerlukan pengamatan dan analisa mendalam. Jika gagal menyelami maka akhirnya menyebabkan Pas akan bercanggahan sesama sendiri yang akhirnya membawah kepada kelemahan jemaah.
Putik-putik percanggahan ini sudah mula tumbuh bila mana idea-idea presiden tidak diberi sambutan semeriah idea yang dilontar oleh pemimpin di luar Pas sendiri. Idea presiden ini juga adalah kalanya ditentang secara terbuka oleh Mursyidul Am Pas. Dalam pada itu juga Abdul Hadi sering kali direndah-rendahkan sesama sendiri dan bukan berusaha untuk membantunya.
Jika alasan kerana muqabalah itu hendak diletakkan atas bahu Nasaruddin seorang ia adalah tidak adil. Lagipun itu bukan alasan sebenarnya. Kalau atas alasan Nasaruddin tidak dapat membawa sesuatu idea dan perubahan mungkin ia boleh terima. Apa lagi kalau Nasaruddin cuba menghkhianti perjuangan suci Pas yang berteraskan Islam itu, ia wajar dijatuhkan.
Apakah dalam konotasi sesetengah pihak berunding itu menyalahi syarak? Kalau benar begitu maka apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w. dengan kafir Makkah dalam perjanjian Hudaibiyah juga menyalah syarak? Sekiranya perundingan telah dianggap melanggar syarak dan prinsip parti betapa sempit dan rigidnya perjuangan Pas. Benarlah kalau Umno menuduh Pas hanya berlegar dalam politik retorik dan berfahaman jumud dengan beranggapan Pas saja yang betul.
Pun begitu tidak menjadi kesalahan kalau ada sesiapa hendak menentang penjawat apa-apa jawatan sekalipun. Pas mengamal dan menggalakkan demokrasi walaupun menerima pakai prinsip syura. Kalau sesiapa nak tentang Nasaruddin, waima nak tentang Abdul Hadi atau sesiapa pun tidak ada masalah. Ukurannya nanti ialah bukan oleh diri sendiri, oleh puak sendiri tetapi oleh seluruh perwakilan dan ahli Pas.
Percayalah ahli lebih matang, bijak dan mempunyai bukan saja biji mata besar tetapi mati hati juga luas untuk melihat dan menyuluh siapakah orang-orang yang ikhlas dan jujur dengan perjuangan Pas.
Cuma perlu diingatkan janganlah penentangan atau perubahan yang hendak dilaksanakan itu ia umpama tikus membaiki labu. Seharusnya personaliti dan syaksiah mereka yang ingin menduduki jawatan itu diperhatikan dengan tepat dan jilah.
Jangan terpesona dengan gambaran luar yang boleh dikomsetikkan dengan berbagai jenama, tetapi hayatilah perjalanan dan sirah perjungan seseorang itu yang lalu. Dalam keadaan apa sekalipun jika kita berbalah sesama sendiri jangan meminta orang asing yang senantiasa menanti kesempatan untuk menjadi pengadil, sebaliknya pilihlah pengadil yang adil dan benar di kalangan sendiri. Dan jangan pula kita ghairah memikir nasib orang di luar sehingakan kita terabai perpaduan sendiri. Jangan kerana terpesona dengan kehebatan orang lain sehingga kita lupa kepada kebolehan dan kemampuan kita sendiri.
Kata orang nak kenal seseorang bertanyalah kepada yang arif atau yang pernah tidur sebantal dengannya. Bau badan seseorang tidak akan terhidu kalau kita mengembang kempiskan hidung dari bawah pentas ceramah saja. Tetapi cubalah menghidunya ketika dia sudah terlalu jinak dengan kita. Masa inilah kita kenal rupa dan warna tahinya serta bagaimana harum atau hampak bau tubuhnya yang sebenar. Bersambung: Akan datang sorotan pertandingan Naib Presiden. [wm.kl. 6:30 am 17/04/09]

Assalamualaikum !
ReplyDeleteSaudara MSO , memang menarik pertandingan kali ini . Muktamar kali ini akan memperlihatkan PAS yang akan mendatang adakah jati diri itu masih ada atau akan terubah dengan kegilaan untuk meraih kemenangan dan kuasa .
Bagi ana kemenangan dalam PRU12 yang lalu tidak lebih dari ujian kemenangan dari ALlah S.W.T untuk memperlihatkan sikap para pejuang yang mendakwa diri mereka meneruskan kelangsungan perjuangan Rasulullah S.A.W . Dan nampaknya telah ada suara2 bongkak dan takabbur serta sumpah seranah di kalangan ahli PAS sendiri yang merasa yakin akan kemenangan dalam PRU13 nanti tanpa menyandarkan kepada Allah S.W.T. Nampaknya perjuangan sekarang tak lebih kepada memperjuangkan tokoh tertentu . Cakap2 sekarang bukannya berlandaskan sikap mukmin tetapi adalah cakap yang menyokong tokoh tertentu biarpun kekadang apa yang dicakapnya sekadar mimpi dan angan-angan .
Ahli PAS perlu ingat sejarah perjuangan PAS yang terbentuk dari tarbiyyah sebagaiman Ikhwanul Muslimin . Hassan al-Banna walaupun beliau diangkat sebagai tokoh dan ikon perjuangan Islam di abad inim, Namun jika kita menyoroti ucapan2 dan kata2 beliau tidak nampak disitu sikap yang menonjolkan dirinya melebihi perjuangan ; berbeza dengan tokoh tertentu yang sentiasa mengeluarkan seruan dan ajakan perubahan dan janji atas dirinya yang akan melakukan .
Nilailah sendiri dan lakukanlah pemilihan dalam suasana istikharah dan memohon hajat kehadrat ALlah . janganlah pemilihan dilakukan hanya kerna orang2 tertentu .
kita tunggu dan lihat siapa yang akan tergolek...
ReplyDeletekalau sudah berlaku apa yang diingin puak lib , elok saja kita buang selogan "DIBAWAH KEPIMPINAN ULAMA'" ,
saya percaya jika slogan itu terus dimainkan dan berkemumandang pada muktamar agung pada jun nanti.
Mungkin ,perwakilan akan memberi "undi simpati" pada uts. Nasharuddin.
DAn harus diingat pada tahun lepas , telah berdesing telinga kita mengenai perjuangan asal gerakan ini ,bukan perjuagan INDIVIDU tersebut dikalangan pemuda.
Jadi kita yakin perwakilan pemuda mampu mempertahankan ustaz nasharuddin ,untuk keutuhan dasar perjuangan parti .
Mungkin undi pemuda penentu pada pemilihan kali ini . Dan perwakilan yang sudah veteran semestinya akan mempertahankan dasar parti !!
kita semua sedia maklum bahawa ramai pemimpin tertinggi parti yang secara sinis memandang DSAI yang selalu menimbulkan kontrovesi tetapi mungkin ramai dikalangan mereka tidak menzahirkan reaksi mereka .Tuan aji MSO dah tulis dalam blog nie ..
jika Nabi s.a.w , boleh melakukan perjanjian hudaibiyah dengan quraisy mekkah yang satu bangsa dengan baginda tapi berbeda akidah . apatah lagi kita yang sama bangsa dan syahadah , walaupun puak disana ad kotorannya !!
Dan saya rasa lebih baik orang baju kotak2 merah lebih sesuai terus berada di jawatan naib presiden .
:: sudah terasa muktamar macam esok pulak :
salam, MSO, sy adalah peminat anda, sy mmg selalu baca blog anda, byk berita2 menarik sy tau dr blog anda, cume sy ingin bertanya satu soalan, adakah berita2 ini benar? terutama masalah2 dalaman yg dialamai oleh pas, maaf, bkn utk meragui sesiapa, tp sekadar nk memastikan bahawa berita yg anda paparkan adalah berasas dan dr sumber2 yg boleh dipercayai, harap dpt respon komen sy ni !
ReplyDeleteKhas untuk sdr Laksamana Sunan... saya respon disini sebab sdr tidak minta menerus email, jadi ia terbukalah.
ReplyDeleteMengenai pertanyaan sdr itu saya ingin jelaskan begini saja. Saya rasa mana-mana blogger bertanggungjawab tidak akan menulis apa yang tidak benar.
Memfitnah bukan saja seseorang itu berhadapan dengan mahkamah tetapi terpaksa juga dijawab depan Tuhan.
Mengenai sejauh mana benar dan tidaknya, sdr boleh menggunakan akal fikir sdr sendiri atau dapatkan dari sumber-sumber lain yang mungkin lebih akurat.
Salam - MSO
Mohon tanya Pak MSO,
ReplyDeleteSaya baru2 juga mengikut blog pak mso.
1. Nak tahu aper masalahnya dengan Pro Lib ni?Jahat sgt kah mereka ni?
2. Adakah pertembungan ini dari segi pemahaman n ideology atau kepentingan individu?
salam pak mso,
ReplyDeletebenar kata2 saudara mns kemenangn pakatan rakyat khususnya pas dlm pru 12 adalh semata2 ujian dr allah untuk melihat sejauh mana pemimpin2 pas berpegang dg prinsip meneruskn perjuangn yg dibawa oleh Rasulullah saw.
mungkin segelintir pemimpin2 pas sudah merasa selesa dg arus perubahn sokongn rakyat namun sesungguhnya sokongn itu tidak bermakna ia akn terus kpd pas jika pemimpin2 pas lupa akn prinsip asal pejuangn.
kenapa rakyat menyokong pas?bknlah disebabkn oleh adanya pemimpin2 yg hebat tp disebabkn hebatnya mereka berpegang dg prinsip asal pejuangan pas dn rasa rendah diri.
sesungguhnya tentangn yg paling hebat bknlah dtg dr musuh politik pas bn tp adalah dtg dr pemimpin2 pas yg lupa akn prinsip pejuangn dn jati diri pas.wallahualam.