Monday, April 6, 2009

Politik Quran

Salahkah Orang Kafir Baca Quran?

PARA pemuka Islam kini kalut membuat laporan polis terhadap Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming (foto) kerana Kor Ming membaca sepotong ayat Quran dalam ceramahnya. Cara Kor Ming membaca ayat Quran itu dikatakan telah menghina dan mempersendakan kitab suci Islam itu.

Mufti Perak, Harunssani Zakaria juga turut sama bangkit mengecam dengan bertanya apa hak Kor Ming membaca ayat Quran kerana dia (Kor Ming) tidak beriman kepada Islam?

Kenyataan dan pertanyaan Harussani itu mengejutkan! Apakah orang kafir tidak boleh membaca ayat Quran? Begitu sekali kerasnya Islam sampai melarang orang bukan Islam daripada membaca kitab suci itu.

Dalam hal ini saya merasa aneh dengan tingkah laku umat Islam negara ini yang begitu sensitif bila menyentuh soal agama. Sensitif yang berlaku itu pula tidak kena pada tempatnya. Macam mana orang bukan Islam hendak mengetahui keistimewaan Quran dan mukjizat Nabi Muhammad s.a.w. itu kalau mereka tidak boleh membaca ayat al-Quran?

Tidak ada pula didalam Quran ayat-ayat menjelaskan Quran tidak boleh dibaca oleh bukan Islam. Yang ada ialah ayat-ayat Quran yang mencela mereka yang tidak beriman dengan al-Quran. Tidak ada juga ayat yang melarang orang kafir daripada menyentuh al-Quran?

Dalam hal ini siapakah yang tidak beriman dengan al-Quran? Saya rasa bukan saja Kor Ming tetapi orang Islam (Melayu) juga tidak beriman dan yakin dengan Quran dan sunnah.

Tidak beriman dan yakin dengan Quran ialah tidak mengambil ayat-ayat Quran sebagai panduan dalam memerintah negara. Demikian juga mereka yang menghina janggut nabi juga manusia yang mempersendakan Rasulullah.

Dalam kes Kor Ming ini saya tidak nampak yang Setiausaha DAP Perak itu mencela dan menghina al-Quran. Seharusnya umat Islam dan para pemuka Islam memuji langkah Kor Ming itu dan merasa bangga sebab Kor Ming merujuk kepada Quran. Beliau tidak merujuk kepada Bible, Taurat atau pun Zabur untuk menguatkan hujahnya. Tetapi dia rujuk kepada Quran. Itu merupakan satu keistimewaan kepada Islam.

Umat Islam negara ini khasnya mereka yang mempertikaikan tindakan Kor Ming itu saya rasa tidak luas pengetahuannya dalam ilmu agamanya. Mereka tidak sampai mencecah ilmu syariat, tariqat, hakikat dan marifat. Mereka lebih terkongkong dengan ideologi politik partisan.

Di Kelantan orang Cina membaca ayat Quran dalam ceramah politiknya sesuatu yang tidak pelik dan asing. Tahun-tahun 70-an Pengerusi MCA Kelantan, Foo Chow Yong sering kali membaca ayat Quran dalam ceramah-ceramahnya dan juga ucapan rasmi sebagai Exco Kerajaan Kelantan.
Saya masih ingat ayat yang menjadi kesukaanaya ialah ayat dalam surah Al-Imran: 103 yang bermaksud; Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatlah nikmat Allah kepadamu."

Chow Yong membaca ayat itu menyeru orang supaya bersatu padu dan tidak berpecah belah. Seruan supaya berpadu adalah ajaran Islam. Maksud dan tujuannya samalah dengan ayat yang dibaca oleh Kor Ming itu yang bermaksud hendaklah kamu (pemerintah) berlaku adil sesama insan (manusia).

Kalaulah Kor Ming tersalah quote, kenapa perlu membuat laporan polis. Sepatutnya kesalahan itu ditegur dengan baik dan penuh hikmah. Shabul Samaah Mufti Perak, Harussani sepatutnya memanggil dan mengajar Kor Ming dengan bacaan yang betul dan benar. Beliau bukannya melenting dan menunjukkan sikap perang dengan bukan Islam.

Di Kelantan bila Chow Yong baca ayat Quran umat Islam tidak melatah. Tidak ada ustaz, atau pun tok iman dan NGO Islam yang membuat laporan polis mendakwa dia mempersendakan Islam. Ini menunjukkan rakyat Kelantan faham mengenai hal itu dan tidak mudah memandang serong kepada orang bukan Islam yang membaca ayat-ayat Quran.

Sepatutnya umat Islam di Perak dan juga mereka yang mempertikaikan tindakan Kor Ming itu belajar dan mengambil iktibar apa yang dilakukan oleh rakyat Kelantan.

Sikap dan ketinggian kefahaman mengenai Islam itu nampaknya masih diteruskan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto). Nik Aziz bila ditanya mengenai Kor Ming itu tidak melenting dan melihatnya penuh bijaskana. Katanya, “sepatutnya Kor Ming lama dah membaca al-Quran dan tindakan beliau itu hasil dakwah Pas.”

Mufti Kelantan juga ketika itu Allahyarham, Datuk Haji Mohamad Noor, tidak pun menegur tindakan Foo Chow Yong itu. Apakah dalam soal ini, Mufti Perak Harussani merujuk kitab berlainan dengan kitab yang rujuk oleh Mufti Datuk Haji Mohammad Noor, Mufti Kelantan dalam melihat kes Foo Chow Yong itu?

Cara pemuka Islam yang membuat laporan polis dan Mufti Perak menegur Kor Ming itu ia menyebabkan orang bukan Islam jadi semakin takut dan gerun untuk mendekati Islam. Bagi saya tindakan dilakukan oleh umat Islam yang bertujuan menyokong UBN itu tidak bersifat fatah dan berfahaman sempit. [wm.kl. jam 9:00 pm 06/04/09]

10 comments:

  1. Salam Hj Sayuti,

    Soal ni baru kami kawan2 pejabat dok bincang masa lunch tadi, apa salah nya dia baca quran, yg kita ni pun boleh je baca bible, iman kita tak berubah pub bila baca bible, UMNO (untuk melayu NO),

    propaganda jahat....

    ReplyDelete
  2. Saya kadang kadang kurang selesa dengan tulisan MSO dalam sesetengah hal, tetapi dalam penulisan MSO berhubung bacaan ayat al quran oleh Kor Ming ini, saya harus akui MSO telah melontarkan penjelasan yang amat mudah, ringkas dan tepat serta dapat menyakinkan saya. Syabas. Yang baik kita perlu kata baik walau pun adakala saya tidak setuju dengan MSO. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. sebagai saudara baru dalam Islam,tentu tidak layak memberi apa2 hukuman terhadap pengucapan ayat al-quran yg di buat oleh seorang yang bukan beragama Islam. Walaupun demikian sukalah saya memberi pandangan berkaitan isu tersebut, inilah keberhasilannya bila mana umat Islam tidak lagi beramal isi kandungan al-quran.. mengamuk buka alang2, yang sepatutnya buat kajian dulu. Haramnya di mana, di sabah jangan tuan2 terkejut bila mana namanya KARIM BIN ADAM tapi bukan Islam. Kerana hasil pengislaman beramai-ramai yg di buat oleh kerajaan satu ketika dahulu... jadi kenapa perkara ini tidak di anggap berdosa dan mencemari kecucian Islam ? sehingga mereka yg telah di Islamkan menjadi murtad... Orang kafir membaca al-quran kita doakan beliau mendapat hidayah darinya, kan itu lebih baik kita buat. Dan kalau orang Islam membaca al-kitab kerstian apa pulak hukumnya ?

    ReplyDelete
  4. Ramai pelajar bukan Melayu mengambil subjek Pengajian Islam dalam SPM. Mereka belajar mentafsir ayat-ayat Koran. Malah mereka boleh baca dengan fasih daripada pelajar2 Melayu. Ramai di antara pelajar2 bukan Islam ini yang dapat A1.

    Kenapa tok mufti,Zahid Hamidi dan ahli2 UMNO totok tak menyalak?

    Malah ada antara ulama kita pun ada mengambil ayat-ayat daripada kitab injil untuk buat tafsiran. Orang bukan Islam tak menyalak pula?

    Ini semua gimik politik murahan UMNO,kononnya nak tunjuk depa tu lebih Islam daripada orang2 lain.

    cheers.

    ReplyDelete
  5. Assalamu 'alaikum,

    Agaknya apa reaksi orang yang marah sangat orang yang not-yet-muslim mula berjinak-jinak merujuk Al-Quran bila menegtahui betapa ramai cendikiawan kita yang buat PhD Islamic Studies di UK dan US yang mana-mana Profesor2 mereka, bukan setakat baca dan terjemah Al-Quran, malah merekalah yang menentukan sahih atau tidak thesis2 calon penyandang PhD cendikiawan kita tu?

    'Ajiib jiddan!

    sangFaqir

    ReplyDelete
  6. amat malang sekali jika benar mufti perak berkata begitu. cuba bayangkan seorang bukan islam yg mempunyai niat utk memeluk islam tapi tidak boleh membaca dan mengkaji Quran sebelum dia melafazkan syahadah.

    ReplyDelete
  7. Demikianlah kesilapan yang perlu diperbetulkan. Ada seorang pendakwah bernama LIM JOOI SOON yang bukan sahaja mahir dengan isi kandungan Al-Quran, malah mengetahui isi kitab Injil dan kitab ugama Hindu. Dilahirkan sebagai penganut Buddha kemudian memeluk Kristian dan akhir sekali Islam setelah mengkaji Al-Quran. Beliau terpaksa berhujah dengan mufi selama 5 tahun semata-mata bagi mengekalkan namanya. Dia pernah ditegah memasuki masjid untuk solat serta urusan lain juga semata-mata kerana penampilannya yang berkot dan kadang-kadang lengkap dengan tali leher.

    Persepsi orang-orang Islam wajar ditukar kini dan sebaik-baiknya mereka yang nak cari populariti berkaitan dengan isu ini buat pertimbangan sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  8. Sdra MSO,

    Saya percaya sdra seorang yang ikhlas di dalam menangani isu-isu berkaitan Islam. Namun, keikhlasan sahaja tidak begitu memadai di dlam berhadapan dengan tipu daya orang-orang kafir.

    Semua orang yakin dengan keikhlasan Nik Aziz. Namun Nik Aziz tetap berjaya diperdayakan oleh DAP. Sehingga PAS sanggup memusuhi UMNO, parti sebangsa dan seagama, demi DAP yang jelas MENENTANG ISLAM.

    Sdra MSO gunalah sedikit akal yang dikurniakan Allah swt. Jangan terlalu ARROGANT, sehingga memperlekehkan pandangan Mufti Perak di dalam hal ini.

    Bagi membolehkan sdra MENYEDARI kedangkalan pemikiran sdra, minta sdra jawab soalan saya yang amat mudah. Sekiranya pemimpin DAP ikhlas merujuk kepada Al-Quran, kenapakah mereka begitu sekali MENENTANG konsep negara Islam???

    ReplyDelete
  9. Salam MSO,
    Penerimaan dan pendirian Muslim yang faham tentang Islam memang berbeza dengan orang Islam yang kurang arif tentang Islam walaupun berjawatan Tok Mufti. Maksudnya golongan ini perlu belajar lebih lagi untuk fahamkan tentang Islam bukan sekadar untuk menemplak penyokong Islam bagi memperbetulkan golongan politikus berfahaman ke'bangsa'an.
    Penjelasan MSO dah cukup tepat. Sebagai penambahan, puak yang tidak faham kena beringatlah...kalau orang bukan Islam pun boleh kaji Al-Quran, kita sepatutnya bertambah faham dan yakinlah dengan Al-Quran itu sendiri. Ini tidak, gayanya macam tak biasa dan faham isi Al-Quran, mengalahkan orang yang baru terkial-kial nak baca Al-Quran. Kalau sibuk nak buat laporan polis, apa kata golongan macam Tok Mufti Perak, PEWARIS & tukang komen laporkan sekali golongan Yahudi yang sentiasa mengkaji Al-Quran untuk meruntuhkan Islam.

    ReplyDelete
  10. salam, saya setuju sangat dgn pandangan MSO, apa salahnya org BELUM Islam membaca al-Quran, bukankah al-quran diturunkan utk sekalian alam (termasuk manusia dan jin yg bukan islam)
    dan saya menyanggah pendapat "tanahmelayukita" dan bagi membolehkan saudara "tanahmelayukita" MENYEDARI kedangkalan pemikiran saudara,minta saudara jawab soalan saya yg amat mudah. kenapa UMNO MENENTANG SANGAT perlaksanaan hukum Islam sedangkan UMNO itu ahli2nya ramai yg mengaku islam?dan kenapakah mereka begitu sekali MENENTANG konsep negara Islam sehingga mewujudkan mazhab baru islam hadhari(tidak sempurnakah Islam yg di bawa oleh Rasulullah SAW???

    ReplyDelete