Mahathir Berhentilah Jadi Jahat!
MENURUT Dr Mahathir Mohamad media asing sudah pun mula memburukkan Najib Razak. Katanya dari Perancis sampai ke Britain dan Australia rencana yang disiarkan media negara itu membawa mesej yang sama (memburuk Najib) dan dipercayai sumber maklumat itu dari rakyat tempatan (Malaysia).
Siapakah rakyat tempat yang Mahathir maksudkan itu? Ada dua rakyat tempatan yang mungkin bermukim dalam dalam kepala Mahathir yang menjadi alat kepada media luar untuk memberi maklumat bagi memburukkan Najib. Kedua nama ini bagaimana semut yang sudah lama mengigit kepala Mahathir sepanjang masa. Pertama Anwar Ibrahim dan kedua Khairy Jamaluddin. Mustahil Abdullah badawi kerana hubungan Abdullah dengan media luar tidak sehabat Mahathir!
Mahathir tidak sebut secara nyata dua nama itu. Tetapi bila beliau menyebut sumbernya orang tempatan orang ramai yang kenal kebelutan Mahathir dalam politik dapat mengagaknya. Mustahil ia datang dari Abdul Hadi Awang atau Lim Kit Siang. Atau jauh sekali dari Samy Vellu ataupun Ong Tee Kiat? Mesti orang itu adalah Anwar dan Khairy.
Itu nama yang berladum dalam kepala Mahathir. Orang lain tidak ada kebijaksanaan untuk mempengaruhi media asing kecuali mereka berdua ini saja. Kebetulan pula kedua nama ini sudah lama berada dalam buku nota wartawan dunia kerana kehebatan dan juga ketrampilan mereka.
Bijak Mahathir. Beliau cepat-cepat cover dirinya atas apa yang berlaku ke atas Najib itu. Beliau cepat-cepat melemparkan pandangan untuk mengelakkan peranan media asing memburuk Najib itu disebabkan beliau. Mahathir sesekali tidak nampak pencemaran menimpa Najib kini disebabkan dirinya sendiri.
Media asing dengan mudah menyuluh apa yang Mahathir akan lakukan ke atas Najib.
Mahathirisme memang hidup semula dan menyemangatkan kabinet Najib.
Mahathir sepatutnya sedar dan insaf natijah buruk yang terkena ke ata batang hidung Najib kini disebabkan campur tangannya dalam kerajaan Najib. Mungkin Mahathir tidak terlibat memohon dan merayu kepada Najib supaya anaknya Mukrhriz dilantik menjadi timbalan menteri?
Tetapi dengan kehadiran Mukhriz menjadi timbalan menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang mengejutkan banyak orang itu menyebabkan dunia melihat ianya ada campur tangan Dr Mahathir. Apa lagi Khairy yang jelas menang tidak dimasukakn ke dalam kabinet? Semua itu adalah kongkalikong Mahathir yang memaksa Najib.
Mudah saja kalau Mahathir benar-benar sayangkan Najib. Kalau beliau mahu Najib kelihatan bersih beliau kena tarik anaknya dari kabinet Najib. Jangan ada benih Mahathirsme di dalam kabient Najib. Selagi ada setitik darah Mahathir dalam babinet Najib maka media asing tetap akan suluh kabinet Najib dipengaruhi Mahathir.
Apakah Mahathir sanggup berkorban? Dalam hal ini Najib tidak berani untuk membuka mulut mencegah apa juga kehendak dan kata-kata Mahathir. Salah Najib ialah kerana termakan banyak budi Mahathir, maka kini menyebabkan bodi akan tergadai. Kerajaan Najib akan tergadai ditangan Mahathir. Keadaan ini agak sukar juga untuk melihat Najib merdeka dalam kerajaanya sendiri. [wm.kl. 11:20 pm 21/04/09]
salam tuan,
ReplyDeletesaya telah menulis dalam blog saya 'siapa mahathir', itu lah masaalahnya mahathir yang jelas mahukan negara mengikut telunjuknya sahaja.. bagi mahathir orang lain tak layak dan pandai memerintah negara.. sepatah kata aruah harun peranchis...cuma 3 keluarga ni ajer yang boleh merintah negara ni...jauhkan lah..
Agaknya bilalah siMamak Tua ni nak insaf. Atau pun dia akan mati kerana dendam kasumat yang tidak pernah padam di jiwanya. Dia akan dimakan dendamnya sendiri.
ReplyDeleteManusia yang bernama Mahathir bin Mohamad memang dah di takdir hidupnya hanya untuk merosakan Malaysia dan Umno am nya.Silat Mahathir satu Malaya dah tahu..kalau Mahathir merasakan dirinya cukup hebat,berpengaruh,berkarisma dan segala macam yang hebat di persilakan
ReplyDeletemenjadi calon di dun penanti..sama2 kita tengok kat mana hebat si TUA KUTUK ini.Mai cek mai..jgn tak mai.Tak perlu lagi si tua lahanat kesana kemari dok bohong Melayu..Ni lah manusia yang merosakkan perpaduan kaum dan umat melayu.Cakap berbelit-belit menipu kaum sendiri untuk kepentingan diri dan keluarga saja.Cakap saja lebih..dia lagi sakan dok gagau harta negara buat macam harta mak bapak dia saja,la ni peturun kat anak pulak...punah Malaysia.
sudah-sudahlah tu Tun Dr. Mahatir..
ReplyDeletelagi banyak Tuan Dr bercakap makin terserlahlah kehodohan dan keraksasaan tuan..
kini dunia dan semakin ramai rakyat malaysia sudah faham dan mengerti akan sikap tuan yang sebetul-betulnya..
kalau tuan dianggap Bapa Pembanunan Malaysia Moden, Wawasan 2020 dsb, kini ia sudah semakin hilang dari pandangan dan ingatan orang..
takkanlah dihayat tuan dr yang sudah hampr 1 abad ini tuan dr mahu dikenang sbg perosak dan wabak yang paling kurang menyenangkan didalam penceritaan sejarah Malaysia suatu hari nanti..
segala usaha baik dan murni tuan dr waktu dulu akan mula dilupakan dan dipertikaikan orang seperti daun-daun layu yang gugur..
diharap tuan dr renung-renungkanlah perkataan ini - sekali mu buat 10 kebaikan ianya takkan diingat orang, sekali mu buat 1 kejahatan sampai bila-bila akan diingat orang..
jagalah nama baik tuan dr dan keluarga sekalian.
Salam MSO,
ReplyDeleteChe Det sememangnya mepunyai agenda nya yang tersendiri. Dan sememangnya Najib juga banyak terhutang budi dengan Che Det tetapi tidak perlu lah sehingga berdiam diri bila seseorang itu berkata buruk tentang beliau. Selepas sahaja Mukhriz tersenarai di dalam kabinet Najib, beliau sudah memulakan strategi untuk campur tangan dalam pentadbiran Malaysia. Agenda serta strategi yang cuba dimainkan oleh Che Det seharusnya dipantau oleh penganalisa politik Najib sendiri agar ianya tidak mendatangkan masalah besar kepada Najib. Tidak salah untuk Che Det memberi pandangan dan sememangnya ia amat dialu alukan. Tetapi biar lah ianya suatu pandangan yang membina dan bukan pandangan yang boleh membawa kepada perbalahan. Kerana perbalahan hanya akan merugikan dan menghancurkan kredibiliti Malaysia di mata dunia.
Bekas Presiden UMNO itu bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali menyerahkan borang keahlian yang kekal bernombor 001 dan 002 kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis ringkas tetapi penuh bermakna di Sri Satria di sini.
ReplyDeletePada sidang akhbar yang dihadiri puluhan wartawan tempatan dan media asing tersebut, bekas Perdana Menteri itu secara berseloroh tidak menafikan penyertaan semula beliau ke dalam UMNO hari ini mirip perkara sama 40 tahun lepas ketika parti itu di bawah kepimpinan Allahyarham Tun Razak Hussein.
”Satu pakatan kekeluargaan yang tidak sengaja tetapi benarlah, saya dapat masuk balik UMNO dahulu pun kerana Tun Razak yang menerima saya dan kali ini, anaknya yang terima saya” kata Tun Mahathir.
(Utusan Malaysia - 5/4/2009)
Dr M suka Najib telah menerimanya balik masuk gok Umno.Masuk untuk bergelumang dgn kejahatan... terhadap agama Islam (mahu mansukhkan pendidikan SAR dan menghina Nabi)dan bangsa Melayu. Bermula dengan The Malay Dilema' dulu kemudian 'Melayu Mudah Lupa', dia mahu jadi munsyi yg merendahkan bangsa dan bahasa Melayu. PPMSI kerja Dr M yang paling mencelakakan hingga ianya dibawa dari Masjid Negara ke Istana Negara simbolik org2 Melayu mahukan kedudukan/taraf dikembalikan; semua peringkat turun menunjuk rasa namun seperti kata Pak Samad Said, mereka itu tetap berlidah dua dan bertelinga satu. Anak2 bangsa juga yang ketinggalan akibat kerjahat Dr M..Dr M berhentilah menjadi jahat.