Monday, April 13, 2009

Susupan Petang

Cerita Sebuah Kopitiam Melayu

KEWUJUDAN kopitiam kini sudah menjadi satu fenomena baru. Ia menjadi alternatif kepada kedai atau warung teh tarik mamak yang setengah kotor dan berlumut dan bergelewatan dengan tikus munduk.

Kewujudan kedai yang teratur, bersih, ceria dan lengkap dengan kemudahan wifi atau wireless ini memenuhi gaya hidup terkini. Kopitiam menjadi tempat lepak dan sembang yang popular.

Kopitiam yang bermaksud kedai kopi. Kopitiam adalah gabungan perkataan Melayu dan Hokkien, yang bermaksud kopi. Kopitiam kini bukan saja merujuk kepada kedai kopi tradisi kaum Cina yang menu khususnya roti bakar, telor, kopi dan teh tetapi sudah dipelbagaikan.

Malahan di sesetengah kopitiam, misalnya Bangi Kopitiam selain menghidangkan kopi tradisi Melayu yang ditumbuk sendiri, tersedia menu tradisi Melayu seperti sagu gula Melaka, popia serta nasi dan sebagainya. Mungkin kopitiam di Kelantan siap dengan laksam dan nasi kerabu!
Menariknya orang Melayu juga sudah menceburi bidang ini. Kesediaan orang Melayu untuk menceburi perniagaan ini sesuatu yang dibanggakan. Bahawa orang Melayu bukan saja mampu berniaga di bawah pokok tetapi beralih ke rumah gudang, kedai sempurna dan bentuk penyajian yang betul dan kemas.

Selalunya mereka yang menceburkan diri dalam bidang ini mereka yang ada pengalaman serta yang berada kerana modal untuk membuka sebuah kedai kopitiam ini memerlukan modal yang besar, sekurang-kurangnya RM500,000.

Bagaimana pun bila berbicara mengenai orang Melayu dan perniagaanya, tabiat asalnya berniaga di bawah pokok dan tepi lombong terbawa-bawa ke kopitiam. Kurang mesra pelanggan, lambat menyediakan makanan, makanan tidak berkualiti, masih ditemui di kopitiam diusahakan Melayu. Sepatutnya bila kita sudah memiliki kedai kopi moden, setanding dengan kaum lain, sifat-sifat dan tabiat begitu sudah tiada lagi.

Layanan adalah paling penting bagi sesebuah perniagaan. Walaupun pelanggan tidak memerlukan layanan berlebih, kerana kebanyakan mereka memasuki kopitiam untuk menggunakan beberapa kemudahan di situ, (membaca akhbar dan melayari internet) namun sebagai pengusaha perkara itu tidak boleh di kesampingkan. Tanggungjawab pengusaha kedai harus memenuhi kehendak pelanggan walaupun pelanggan tidak meminta.

Hujung minggu lepas ketika menjenguk anak di Shah Alam saya bersama isteri dan anak-anak memasuki sebuah kedai kopitiam di Seksyen 7, di Shah Alam. Melihat kepada lokasi dan suasana kedai berkenaan menyebabkan saya terbuka hati untuk mencubanya. Apa lagi kedai berkenaan milik Melayu.

Namanya kopitiam *** *** menggambarkan Melayu yang popular dan ramah. Nama itu biasanya seorang Melayu yang kelakar dan suka berjenaka dan jadi penghibur.

Ketika itu dalam kedai itu pelangganya tidak berapa ramai. Tidak seramai dan sesak di kopitiam milik Cina. Adalah dua tiga belas orang pelanggan saja. Satu kelompok anak muda di satu meja, sambil mengilai dan ketawa. Lagaknya macam mat rempit, tetapi mungkin saja mereka mahasiwa, pelajar UITM. Mat rempit dan mahasiswa sekarang ini pun sukar untuk dibezakan. Ada juga siswa yang jadi mat rempit.

Di sebelah meja kami pula satu lagi kelompok. Manakala di hadapan dua anak muda yang sedang termenung menunggu pesanan makanan atau minuman. Tengok ke gayanya sudah lama dia menanti pesanannya.

Saya meminta kopi, isteri teh tarik dan anak bongsu minta roti garlic dan ice blended. Pesanan itu cukup ringkas dan mudah. Kalau di White Coffee ianya akan tiba tidak sampai 15 minit. Selepas 20 minit makanan yang dipesan belum tiba. Kedai itu memang ada masalah, saya mula fikir.

Pelayan hanya dua orang, lelaki. Seorang cashier dan tiga tukang masak yang beruniform, tetapi mulut saya nampak sedang mengunyah sesuatu macam chewing gam atau gula-gula telor cicak.
Mungkin kedai itu baru. Tetapi kalau baru kenapa perlu beroperasi dalam keadaan tidak sedia? Inilah orang Melayu suka buat sesuatu sambil lewa dan tidak fokus. Walhasilnya kerja tak seberapa yang dapat akhirnya rugi dan lingkup.

Waktu Maghrib nak masuk baru kopi saya minta sampai. Roti garlic juga sampai diletakkan dalam bekas bakul, klasik dan tradisional. Kononnya dengan hiasan begitu ia menyelerakan lagi. Malangnya rupa roti berkenaan masyaAllah menakutkan. Separuh Bangla separuh Cina. Tepinya hitam, berarang kerana dibakar berlebihan. Terdapat butter yang disapu tidak serata kelihatan 'berdeneng', macam telinga menanah.

Saya komplen kepada pelayan itu, "macam mana nak makan, penuh dengan arang. Macam ni bahaya, dik jangan angkat...ini roti garlic dalam filem Musang Berjanggut yang sesuai dimakan dengan kopi P Ramlee yang dibuat dari arang!" kata saya.

Dia buat acuh tak acuh sahaja kemudian berlalu ke ruang dapur. Kelihatan dia mengadu sesuatu kepada tukang masaknya, dan tukang masak (yang membakar roti) itu hanya mengenyut bahu sahaja. Tidak ada apa-apa tindakan dari mereka samada untuk membakar roti lain atau apa.

Menurut anak saya yang sudah mencubanya, rupa roti itu memang begitu. "Minggu lepas lagi teruk, hangus dan penuh dengan arang," cerita anak saya.

Order yang selebihnya tidak juga sampai. Beberapa kali ditanya jawab pelayan seorang itu, ia sedang di buat. Kerana tidak tahan dan lambat sangat saya suruh isteri cancelkan saja. Sewaktu jenguk ke tempat buat air, baru pembuat air tergopah baru nak capai gelas, buka susu dan ambil teh. Air tidak pun dibuat lagi.

Sengaja saya tidak mahu komplen dan nak tengok macam mana cara pelayan itu melayan kami. Sewaktu membayar, saya tidak pun bantah mengenai roti garlic yang hangus dan tidak dimakan itu. Apakah ia dikira atau tidak. Bila tenguk resit ternyata roti berkenaan walaupun tidak makan dan hangus turut sama dikira.

Saya hanya mengelam kata-kata dalam diam, begitulah kedai Melayu. Mereka hanya mahu untung tetapi tidak tahu menjaga pelayan.Paling menyentuh saya ialah, orang bernama *** *** yang menjadi taukehnya ada terpacul dekat cashier sambil menghadap laptop, mungkin sedang baca blog saya kot.

Dia tidak pun peduli kepada pelanggan dan ambil hirau apa yang berlaku. Kedai dan segala-galanya diserahkan kepada pekerja sepenuhnya. Tidak menjadi keperluannya untuk memantau dan mempedulikan. Sebabnya mungkin satu saja, kerana dia sudah membayar segala gaji pekerjanya, maka dia harus menjadi taukeh tanpa perlu mempedulikan apa-apa lagi. Itulah sikap dan perangai orang Melayu suka menjadi taukeh!

Dan kopitiam berkenaan sudah pasti tidak akan saya masuki kerana sudah terkena dan serik. [wm.kl.6:30 pm 13/04/09]

12 comments:

  1. memalukan la kedai mcm ni bro.. saya tingal berhampiran dgn situ, nak gak tengok kedai takleh pakai ni!

    ReplyDelete
  2. Perangai orang melayu memang mecam tu,tempat makan,makanan dan layanan nak kan 'first class",akan tetapi time bayar nak yang paling termurah walhal modal beli bekalan mentah diwarung pun sama malah lebih mahal lagi kerana dibeli secara runcit manakala ditempat tempat eklusif belian bahan secara borong sudah tentu berbeza harga, satu hal lagi jika dipasar raya besar sanggup beratur panjang dan makan masa yang lama pun takpa tapi bila diwarung terlambat sedikit sudah membebel,pergi ketandas banyak cerewet kononnya nak tandas bersih tapi pelangan itu sendiri tidak berdisiplin,ada yang melepas hajat terus pakai belah pergi begitu sahaja tanpa siram dan tanpa dipam,mungkin dia ingat semua bayaran makanan dan kos senggaraan tandas telah dicharge sekali kot,yang sebenarnya khidmat tandas itu adalah ehksan secara percuma dari tauke kedai semata mata,jadi kena faham dan pandai pandai untuk sama sama menjaga kebersihan.pelangan tetap lagilah banyak merapu, sentiasa hendak didahului layanan walhal dia datang lewat pada orang lain,jika diberi nombor giliran jatuh kenombor yang ke20 tapi gaya perangai supaya dipercepatkan dilayan dengan yang ke2 datang,Itu semua titik benget jadi tauke kedai makan.......

    ReplyDelete
  3. Banyak kedai mkan melayu lagu tu..saya dah berkali-kali dan beberapa kali terkena dan dah berbuah-buah kedai yang hanya masuk sekali seumur hidup macam MSO tu.
    Tapi orang melayu yang nak jadi tokeh ni tak pernah belajar bagaimana nak berniaga..sebab itulah lepas tu lingkup..
    Malangnya saya juga orang melayu..nasib..

    ReplyDelete
  4. Amww guru:

    Apa tidaknya! Sebagai anak melayu yang melalui sistem pendidikan kebanggan negara, kami diajar untuk belajar bersungguh-sungguh kemudian boleh dapat kerja baik (termasuk jadi ketua/toke) bukan pengusaha yang baik.

    Kita belajar pun semata-mata nak lulus dengan terbilang. Usaha separuh mati hanya gemilang dalam hafazan dan analisa. Hidup semasa menjadi pelajar pun hampir hilang cemerlang.

    Saya kenal dunia business bila apply bermacam kerja tak dapat-dapat sebab utamanya saya buta biarpun lulusan universiti terulung negara.

    Sekelip mata saja fokus untuk cari kerja sebagai makan gaji lenyap. Memerah keringat sebagai usahan tak karuan.

    Semasa mengaji dulu, mana pernah faham erti hubungan pelanggan atau rapo, manis muka dan sebagainya. Tahulah itu nilai-nilai murni. Cumanya faham atas kertas tidak di pentas rialiti.

    Jadi, kena cari jalanlah mereka yang berkuasa untuk menyesuaikan sistem. Bukan modal masalah melayu tapi kebijaksanaan dan keupayaan memasar yang amat kurang. Itu yang saya alami sendiri.

    Salam jihad.

    ReplyDelete
  5. Salam Tuan Mso..

    Itulah sifat orang melayu dalam menentukan masa depan perniagaan meraka. Sifat acuh tak acuh ini sentiasa terpatri dalam hati mereka. Mereka lebih mengharapkan bantuan orang lain namun tiada usaha di pihak mereka untuk berjaya dalam bidang perniagaan...

    tuan mso..
    saya ada 1 soalan disini..apakah padangan tuan mso terhadap kabinet baru najib apabila beliau memansuhkan kementerian keusahawanan..adakah ia beri implikasi yang besar terhadap kemajuan pembangunan perniagaan bagi kaum bumiputera...harap tuan mso dpt beri sedikit penjelasan..

    sekian terima kasih..
    teruskanlah menjalis penulis yg tidak memihak...salam

    ReplyDelete
  6. Agak agaknya itu Melayu PKR ke, Melayu PAS ke atau Melayu UMNO ??

    ReplyDelete
  7. jangan serik mencoba...

    kadang memang mereka belum bersedia..
    kadang bukan modal diri sendiri...

    yg pasti kedai itu akan tutup tahun depan...kerana org sedikit pun takleh handel..lagik kalo org ramai..mungkin tak sampai setahun pun...

    cina lain..berniaga sudah turun-temurun...masalah-servis-suplier sudah sebati...

    lagipun..
    kadang tokeh ok tapi budak2 melayu yg keje tak okey...kedai mamak lain..dah tgk slumdog milionaire?..
    hidup tersgtlah susah...jadik pelayan di malaysia tersgtlah bertuah...

    ReplyDelete
  8. Salam,
    Situasi bro pernah saya alami...
    setiap kali saya berkata dalam hati..
    ....tahun depan kedai ni bangkrap...
    biasanya bangkraplah tu....

    ReplyDelete
  9. akm mso...saya tau sebab pa..

    1.kedai ni mesti kena "buatan org ni" tu pasal pekerja nya jadi malas.

    2.Mesti ada org dengki kat kedai ni...dulu mesti maju...

    P/s pak mso cuba suruh Mastika ka atau Squad misteri nusantara kerr pergi menyiasat..

    ReplyDelete
  10. askum wbt..
    pakcik, apa nak buat..memang begitulah selalunya. saya makan di melaka ni,kopitiam melayu pun begitu..minggu pertama penuh kerana tawaran harga yang murah..rupa2 nya patutlah murah..nasi gorengnya hanya ada ikan bilis..sekarang kopitiamnya mula kosong..

    ReplyDelete
  11. salam tuan mso,
    saya merupakan seorg yg berpengalaman dalam bidang f&b & saya pernah menyelia restoran di hotel2 & juga mengurus kopitiam,pada saya kopitiam melayu @ cina atau apa bangsa sekalipun sebenarnya adalah sama sahaja,ia bergantung kepsda 'attitude' sebenarnya,apabila si tauke bersikap tidak ambil kisah,maka pekerja pun turut serta la dengan sikap tidak ambil kisah tu,'it's all because leadership by example'

    ReplyDelete
  12. saya pun suka ke kopitiam skrg. haha siap ada wifi tu paling best.duduk dalam kedai lama2.haha wifi matters

    ReplyDelete