JAM 7:03 minit pagi tadi saya menerima dua SMS dan satu panggilan dukacita memaklumkan Adun Manik Urai, Kuala Krai, Ismail Yaacob, 60 atau lebih mesra dikenali Pak Su Weil (foto) telah meninggal dunia jam 5:55 pagi tadi.
Kedua SMS itu bagaimana pun tidak menjelaskan mengenai sebab-sebab kematian itu. Seminggu lalu seorang penjenguk blog Merah Tinta telah memberi tahu mengenai keadaan keuzuran Pak Weil di mana sebelah kakinya dipotong kerana sakit kencing manis.
Tetapi malang penjenguk itu tidak menjelaskan keadaan yang tepat menyebabkan berita keuzuran itu tidak disiarkan. Sehinggalah saya menghubungi salah seorang Exco Kelantan yang mengiyakan mengenai keadaan Pak Su Weil yang sakit dan masih berada di hospital.
Menurut Exco berkenaan keadaan Pak Su Weil ketika itu stabil dan beliau berhajat menziarahinya dan akan memaklumkan semula kepada saya.
Saya berhajat untuk menziarahi Pak Su Weil, menanti kebetulan balik ke Kelantan saja.
Namun Tuhan nampaknya tidak mengizinkan untuk saya menemui Pak Su Weil buat terakhir kalinya. Hari ini, Jumaat 22 Mei Pak Su Weil telah dijemput-Nya untuk kembali ke alam asal. Al Fatihah.
Pak Su Weil bukan seorang Exco yang hebat, atau pemimpin Pas terkenal di Kelantan. Tetapi kalau sebut sahaja nama Pak Su Weil tidak orang yang tidak mengenalinya. Ia akan dirujuk kepada Adun Manik Urai yang mempunyai kehebatan dan kebolehannya tersendiri. Pak Su Weil tidak mempunyai kelulusan tinggi sampai ke peringkat universiti, hanya sekolah menengah sahaja, tetapi hati budi dan PR Pak Su Weil mengalahkan Adun-Adun yang lepas dari menara ganding.
Mesra, ramah dan pandai mengambil hati orang. Itulah rahsia Pak Su Weil kenapa berjaya menenangi kerusi Manik Urai sebanyak lima kali berturut-turut bermula pada tahun 1986. Bagi Pak Su Weil kejayaannya dikerusi itu sebagai rekod kerana memenanginya berturut-turut, 1986, 1990, 1995, 1999 dan 2008.
Kehebatan Pak Su Weil di Manik Urai terbukti apabila pada tahun 2004 Pas tidak meletakkannya bertanding di situ menyebabkan kerusi Manik Urai itu berpindah tangan kepada Umno.
Tahun 2008 apabila Pas meletakkan semula Pak Su Weil kerusi berkenaan menjadi milik Pas semula. Selain Adun Pak Su Weil juga merupakan pemimpin Pas kawasan Kuala Krai. Dalam pemilihan baru lalu Allahyraham ditentang oleh Zulkefli Yaacob untuk jawatan Timbalan Yang Dipertua, beliau menang dengan 550 undi.
Kali terakhir saya menemui Pak Su Weil ialah semasa perarakan 100 ribu anjuran Bersih dua tahun lalu. Pada masa itu Pak Su Weil sudah kurang sihat, namun masih bersemangat untuk turut bersama rakyat menuntut keadilan.

Kenangan manis dengan Allahyarham ialah semasa menjelang sidang DUN Kelantan pada tahun 1996, di mana saya terlibat menyemak teks ucapannya yang hendak disampaikan dalam dewan. Allahyarham meminta saya menambah dan membiaki ayat-ayatnya supaya lebih keras.
Fokus ucapannya ketika itu ialah mengkritik pegawai-pegawai kerajaan yang tidak mahu memberikerjasama dengan kerajaan khasnya Tok Guru. Ucapan Pak Su Weil itu menimbulkan kemarahan sesetegah pegawai keraaan Kelantan, bagaimana pun ia memberi kesan yang baik dimana selepas pegawai kerajaan Kelantan akhirnya tunduk kepada kehendak kerajaan.
Pak Su Weil juga dikenali sebagai seorang 'gedebe' dan berani. Juteru untuk beberapa ketika beliau dilantik menjadi pengarah keselamatan Pas. Bila ada pilihan raya kecil, Allahyaraham lah akan ditugaskan memastikan keselamatan.
Kini Pak Su Weil sudah tiada lagi. Yang tinggal hanya jasa dan kenangan bersamanya saja. Semoga Allah mencucuri rohnya dengan segala keharuman dari jannah. Al Fatihah! [wm.kl. 8:15 am 22/05/09]

Alfatihah kepada sahabat kita. kali ini BN kena mesyuarat semula dan buat keputusan samada bertanding atau tidak dalam pilihan raya yang bakal diadakan.Allah maha berkuasa dan memberi berbagai ujuan kepada umatnya.
ReplyDeleteAl Fatihah Untuk Pak Su Wel
ReplyDeletecomel sunggoh waktu dia meninggalkan kita.....amin.
ReplyDeleteKesian PM Najib kita, mungkin Tuhan nak uji dia sebagai PM Rakyat. Beliau sentiasa saja kena berdepan dengan rakyat. Mungkin beliaulah satu-satu PM yang paling banyak menghadapi pilihanraya kecil.
ReplyDeleteSemoga ALlah merahmati ke atas ruhnya..amin
ReplyDeleteAlfateha..
semoga PAS mampu melahirkan pemimpin seperti arwah...itu yang penting....
ReplyDeletePM rakyat bukan sahaja kena berdepan dengan rakyat, tetapi dengan wabak2 la ni...
al-fatihah.... semoga 'pelapis' pak su weil nanti juga sehebatnya....
ReplyDeleteSemuga ada usaha membukukan kisah hidup,pengalaman lampau orang-orang yang seperti POk su weil ini supaya generasi baru PAS mengenali tokoh-tokoh ini yang berjuang hingga ketitisan darah terakhir dalam menentang kezaliman UMNO dan kuncu-kuncunya.
ReplyDeleteAL-FATEHAH....
ReplyDeleteAl Fatihah Pak Su Weil ...
ReplyDeletebanyak jasanya kepada rakyat kawasan Manik Urai ..
Inilah yang dinamakan "local leader".walaupun tidak ternama dipersada politik diluar kelantan sehingga ada perdebatan sama ada benarkah poksu weil ini seorang adun atau pun tidak? juga kurang dikenali namun dirinya tetap gah ditempat sendiri dan bolih diterima olih masyarakat setempat serta ada rahsia kehebatan yang tersendiri ,olih itu saya cadangkan hendaknya ada diantara penulis buku politik atau saudara maranya yang dapat meriwayatkan kisah perjuangan poksu ini didalam penulisan agar dapat dijadikan ikon kepada generasi baru selepasnya ..... alfatihah !
ReplyDeletemasyarakat manik urai terasa sungguh akan kepergian Paksu weil ni, sebahagian kg pahi juga terletak di bawah DUN Manik Urai...jasa dan baktinya kepada rakyat di DUN akan tetap di kenang...moga Rohnya Bersemadi dengan aman...amen
ReplyDelete