Surat Kepada Penyokong si Baju Petak-Petak Merah
EWAH...... marah betul para pengidola Husam bin Musa alias si baju petak-petak merah apabila saya psotingkan catatan di bawah mengenai kegagalan Husam memenuhi undangan TV9 untuk berhujah dengan Ezam Mohd Nor malam tadi.
Macam-macam kemarahan yang diluahkan kepada saya, kemarahan-kemarahan berulang kali. Mereka juga dah jadi macam saya yang emosi dan tidak habis-habis kenen Husam. Ertinya orang yang suruh saya rasional dalam hal ini mereka juga kurang waras. Sama saja. (Saya kenal penjenguk yang nakal itu. Mereka adalah skuad Husam yang ditubuhkan untuk counter attack kepada kritikan saya). Berapa pula upah yang diterimanya, belum ada maklumat pula mengenainya.
Penjenguk boleh membaca segala kritikan yang saya lepaskan di bawah. Kecuali komen yang menggunakan bahasa mencarut dan tidak bertamdun, saya tidak melepaskannya kerana bimbang takut saya juga dikatakan tidak bertamdun. Setakat yang boleh saya lepaskan saya lepas.
Saya tidak marah kepada pengkritik saya yang rata-rata menjadikan Husam sebagai idola dan mengharapkan dia menjadi pemimpin agung Pas. Biasanya penulis dalam berlawan dengan tokoh puplar dan hebat tidak akan dilihat sebagai benar! Ini lumrah. Anihnya semasa saya memuji dan menyokong Husam dulu orang-orang ini tidak pula melihat tindakan saya salah walaupun kekadang sokongan itu tidak betul!
Tetapi ada juga yang tidak memahami situasi ini bertnya, apakah saya ada masalah peribadi dengan Husam. Mungkin mereka yang sudah faham tidak akan bertanya lagi dan mengikuti dengan tenang dan penuh jengkil.
Paling emosi ada penjenguk yang tinggalkan blog saya terus. Bukan itu saja sampai Siasah tidak mahu dibaca dan dibelinya lagi. Mungkin kalaulah peminat Husam ini kebetulan jadi driver rapidKL, kalau saya nak naik pun tidak dibenarkan! He he... terpaksa berjalan kakilah nampaknya.
Hal ini sudah berlaku beberapa kali sebelum ini. Ada yang mengucap sayor nara kepada blog saya dan berjanji tidak bukanya lagi. Tetapi bila disiasat mereka masih mencuri membacanya atau memberi komen dengan sebaris nama-nama nickname lain. Pada saya orang beginilah dikatakan otak kemetot, penakut dan hipokrit.
Mungkin mereka sebegini membuka blog saya dengan melapikkan tangan dengan stoking kerana bimbang takut terkena najis atas keyboard semasa membukannya. Tak kisahlah yang penting mereka tetap membacanya walaupun secara tidak halal.
Terus terang saya kata saya tidak pernah mengundang secara rassi kepada pembaca untuk menjenguk blog saya. Saya tidak pernah insertkan blog saya di hujung komentar mana-mana blog yang kerap dilakukan oleh blogger lain.
Saya bentangkan dan penjenguk yang sudi membaca dan memberi komen bebas membuat apa saja. Semua terpulang kepada penjenguk hendak baca, hendak percaya atau tidak. Kepada penyokong Husam saya sudah mengundang dengan terhormat, tulislah apa-apa yang baik mengenai Husam sebagai melawan apa yang tidak baik saya tulis mengenainya, insyAllah saya akan siarkan. Marilah berhujah dengan akal dan dalil-dalil akli dan nakli dan pengalaman bukannya dengan khayalan. Tetapi nampaknya tidak ada yang berani untuk berbuat demikian. Semuanya menikus...
Kita menyokong seseroang mesti ada hujah dan dalilnya dan begitu juga kalau kita membenci seseorang mesti ada dalil dan hujah. Tuduhan mengatakan saya lapar duit dari Husam adalah dalil yang rapuh dan hingusan dan kliase dari mereka yang pernah makan ditangan Husam.
Mereka yang terlebih sayang kepada Husam kebanyakan adik-adik atau bertaraf anak-anak saya. Orang muda yang darah panas dan perjalanan (pergaulan dengan Husam) tidak jauh dan juga tidak dapat membaca apa yang berada nun jauh di bukit minda politik Husam.
Orang yang hendak melihat Husam pada kulitnya saja. Saya berharap dan berdoa mereka mendekati Husam dan hidup bersamanya suatu hari nanti dan mudah-mudahan tidak akan membencinya apabila tembelang dan pekong Husam sudah terdedah.
Sesungguhnya kecaman ke atas saya, saya tidak berasa hati dan sedih. Lama sebelum ini, sebelum Husam wujud lagi saya sudah kena kecam apabila saya mengkritik Anwar Ibrahim. Sayalah orang pertama yang mengkritik Anwar Ibrahim dan meramalkan beliau akan ditendang dari Umno kemudian akan menubuh parti baru. Betapa ketika saya menulis itu saya dikecam, dikatakan gila seperti hari ini juga. Kecaman itu lebih hebat daripada hari ini.
Tetapi lapan atau 10 tahun kemudian baru apa yang saya tulis dan perjuangkan itu (kritik Anwar) baru dapat dilihat dan menjadi kenyataan dan diterima sebagai benar.
InsyaAllah dalam blog ini saya akan menjelaskan kenapa saya mengkritik Husam, mengatakan Husam sehinggakan ada yang nak muntah. Saya akan jelas seadil-adilnya. Saya kritik Husam kerana masih mengharapkan dia berubah untuk muncul sebagai pemimpin hebat.
Justeru saya sedang fikirkan apakah saya wajar sampai melepaskan apa-apa yang amat berat untuk saya lepas dan catatkan mengenai Husam. Apa yang saya kritik Husam, caci Husam atau 'fitnah' Husam itu tidak sampai separuh daripada apa yang saya tahu mengenainya dan ada dalam simpanan saya. Bukti-bukti yang saya miliki menyebabkan anda tidak akan tergamak untuk melihatnya.
Apakah saya perlu mendedah semuanya?
Saya menanti respon dari anda yang budiman dan waras mengenai hal ini. Kerana walaupun blog ini adalah hak peribadi saya tetapi saya tetap menghormati pandangan penjenguk yang budiman, ya... yang budiman saja dan tidak budiman saya tidak memerlukan pandangan anda. [wm.kl. 4:00 pm 27/05/09]
Bismillah
ReplyDeleteAntara amanah MSO ialah mendedahkan segala keburukan yang tak terlihat oleh orang ramai. Tapi hanyalah berkenaan dengan maslahah orang ramai.Bukannya bersifat peribadi seperti jari tak cukup, atau berjalan mereng. MSO jangan bimbang dengan kecaman dan cacian manusia. Orang yang berjuang tidak kenal ini semua. Kerja saudara MSO telah pun dipelopori oleh para ulama' terdahulu bahkan Nabi saw berkata kepada Abu Zar bahawa kamu adalah lemah tak mampu memegang amanah. Telah banyak ulama' yang mengatakan si anu itu tidak dobit, lemah ingatan, pembohong, nyanyuk dan sebagainya. Bahkan TG Presiden telah mengatakan ini termasuk dalam kategori mengumpat yang dibenarkan. Tidak benar kalau hanya pemimpun BN saja yang boleh kita umpat (yang dibenarkan). Kalau Husam pemimpin yang layak, kita berbesar hati berketuakannya tapi kalau sebaliknya semoga Allah melindungi kita daripadanya. Dah berapa kali dah saya jelaskan ini tapi nampaknya pemberi komen tak faham2.
wassalam
salam
ReplyDeleteapapun, setiap kritik itu sebenarnya ada faedah tersirat. setuju sangat dgn pandangan bahawa teguran kerana kita sayang bukan hentam.jadi bagi saya yg tidak begitu mahir dalam hal ini masih bersdetuju dgn teguran@kritik kerana kita mau yang dikritik itu berubah ke arah yang lebih baikl supaya kehadirannya akan dapat memberikan manfaat dan cahaya pada orabg lain.wallahhuallam.
Assalamualaikum saudara MSO,
ReplyDeleteSaya sungguh menghormati MSO, sebagai penulis yang condong kepada PAS, tetapi masih boleh mengkritik sekiranya ada yang tidak kena.
Budaya ini sebenarnya tidak lagi berakar dalam masyarakat kita, biarpun negara sudah memilih untuk mengamalkan sistem demokrasi lebih dari 50 tahun.
Bagaimanapun saya rasa saudara MSO, tsunami politik yang melanda masyarakat kita, tanpa perubahan budaya dalam berpolitik, atau menyokong parti politik ini akan membawa kebinasaan yang besar khususnya kepada umat Melayu Islam kita ini.
Saya impikan PAS menggantikan UMNO, menurut saudara Husam dalam Malaysian Insider. Tapi saya tidak tahu sama ada penyokong PAS atau Husam sendiri sedar, bahawa kekuatan PAS dalam PR tidak sama sekali dengan UMNO dalam BN. Walaupun ahli parlimen/adun PAS lebih komited, lebih berpengalaman dan lebih setia terhadap parti dan terbukti integriti mereka, saya hairan kenapa yang menjadi tunjang dalam PR sekarang seolah-olah dari PKR.
Akibat PAS tidak menjadi tunjang kepada PR, saya masih belum dapat melihat apa yang dicita-cita oleh Husam itu dapat dicapai. Malah ramai penyokong UMNO yang mengundi pembangkang pada pemilu lepas tidak yakin bahawa PR akan dapat mempertahankan Melayu/Islam apabila berkuasa kelak.
Kita dapat permainan politik kini berlebihan, dengan ahli politik dari kedua belah pihak pembangkang dan kerajaan dari golongan bukan Melayu, mula saling membuat tuntutan yang meresahkan.
Point saya, ialah sampai bila masyarakat kita hendak berbudaya tidak kritis terhadap pemimpin masing-masing. Terlalu mengidolakan seorang pemimpin tanpa menegurnya adalah penyakit yang akan menghancurkan PAS itu sendiri. Kita lihat banyak contoh parti yang berplatformkan Islam banyak yang jatuh akhir-akhir ini setelah mencatatkan kejayaan memeranjatkan pada pilihanraya sebelumnya. Contohnya Parti Islam di Morocco,di Bangladesh, di Pakistan, di Kuwait dan sebagainya. Malah di Indonesia, Parti Keadilan Sejahtera, tidak mencapai objektifnya pada pilihanraya lepas, walaupun menambah peratusan sokongannya.
Pada saya yang penting sekarang PAS sepatutnya menyediakan plan B apabila sokongan padanya tidak seperti Mac 2008 lalu. Dan plan paling baik ialah kekal dengan identitinya sebagai parti berplatformkan Islam. Dan saya tidak nampak identiti itu dapat dikekalkan dengan menukar kepimpinan kepada prolib. Sekurang-kurangnya, sekiranya kekal dengan kepimpinan ulama, PAS boleh bangkit kembali dengan 'core supporter'-nya, iaitu mereka yang sayangkan Islam bukan kerana ganjaran wang, kuasa dan sebagainya.
Aponakkata
Tuan,
ReplyDeleteSaya ingin berlaku adil kepada tuan dan Husam sendiri. Kritikan tuan sejak seawal lagi saya lihat terlalu bersifat peribadi. Kerasnya saya lebih seolah tiada kompromi. Saya tidak mahu membaca niat tuan. Itulah adalah hak mutlak tuan secara peribadi. Tetapi perlu juga diambil kira sebaik manapun sesaatu niat ia perlu mengambil kira kaedah penyampaian dan penyempurnaannya. Saya bukan mempertahankan Husam tetapi penyokong Husam berhak mungkin untuk mempertahankan idola mereka. Cuma keterlaluan respon balas mereka harus ditolak sebegitu jua jika tuan keterlaluan mengkritik sehingga sampai satu tahap ianya dilihat tidak membina maka rasanya adalah adil untuk pandangan tuan itu ditolak. Namun apapun memandangkan ini adalah blog tuan terpulanglah pada tuan untuk mencoraknya. Cuma perlu ia didorong dengan pertangungjawaban dan akauntabiliti.
salam..
ReplyDeletepak mso..lama doh tok singgoh kt blog ni bukan marh atau pun kecewa dg kritikn terhadap dato husam..tp bz ckit..
memang saya pun duk tunggu dato husam muncul kt kaca tv nok tengok dio berhujah dg saing dio ezam mat noor...doh siap buat air teh o doh nk tengok aksi bakal pemimpin pas yg di segani berhujah tp syg pro agus umum dio tokleh mari..kecewa jugok...
bg saya bukn semua hok muda fanatik dato husam klu dia orang buleh baca style politik dato husam mcm pak mso kenal dato husam...
klu pendedahn itu buleh merubah dato husam kearah yang lebih baik molek jugok saya pun nak tau juga lagu mana dan setaro mano pemimpin pas yg hebat nie..(dulu saya pun minat jugok dato husam)
insya allah kita pakat doa dato husam jadi pemimpin yg layak digelar pemimpin amin.
SALAM pak mso,
ReplyDeletesaya sudah lama mengikuti blog bapak. saya kira pendedahan yg dilakukan oleh pak mso ini adalah perkara yang baik.
walaupun saya penyokong pas, saya lebih terbuka yang melibatkan pemimpin2... akhirkata, 'cegah sebelum patah'... xsabar sy nak membacanya....
harap selepas ini,orang politik akan tau siapa dia mso.manusia yang setaraf aminah abdullah.kata orang tua tua,manusia jenis mso ni,bolih jumpa,bolih bincang tapi jangan bawa masuk dalam rumah,kerana pada satu ketika seluruh harta dalam rumah yang dilawati akan diborong jual.
ReplyDeleteinilah manusia yang lebih terok daripada orang politik yang kadang kadang lawan jadi kawan,dan kawan jadi lawan kerana manusia mso ni akan jual kawan pada lawan jika apa yang dihajati tak kesampaian.
Cuma,
ReplyDeleteYang saya rasa, kritikan Pak MSO itu lebih berbau peribadi; gaya bahasanya, sindiran tajamnya, lenggok perkataannya....kalau dibaca, dapat diagak Pak MSO ada masalah yang sulit banget dengan Husam. Itu yang menjadi persoalan orang ramai. Senang crita macam 'mami jarum' sikit, hehe.
Saya menilai bukan dari isi berita, tajuk, atau skop yang Pak MSO paparkan, cuma gaya penyampaiannya. Saya bukan tau sgt pasal Husam macam Pak MSO tahu dia.
Kritikan itu tak salah. Buat apa puji sampai naik asap. Saya sokong Pak MSO nak bagi kritikan pada sesiapa, hatta pada TGNA sekali pun. Kita tak nak pemimpin kita syok sendiri.
Hajat Pak MSO memang mulia sekali, supaya Husam dapat menjadi pemimpin yang hebat. Mudah mudahan Pak MSO berjaya.
Saya bukan dari skuad yang Pak MSO sebutkan. Tapi memang betul ada ke?
Salam.
ReplyDeletePada pandangan saya, tuan tertakluk juga dengan hukum mengumpat. Mengumpat itu haram dan seolah-olah makan daging saudara sendiri. Oleh itu tuan tidak boleh mengumpat.
Namun dalam beberapa hal, kita dibolehkan mengumpat. Antaranya ialah menceritakan keburukan seseorang yang menjadi calon suami/isteri seseorang, memegang apa-apa jawatan atau pepimpin. Maka mereka yang ada autoriti dalam pemilihan tersebut hendaklah mengetahui keburukan calon tersebut dan kita yang mengetahui hal-hal berkenaan hendaklah menceritakan kepada orang berautoriti itu. Dalam konteks demokrasi, seluruh rakyat adalah orang berautoriti menaikkan seseorang calon dengan mengundi beliau. Begitu juga dalam konteks parti, perwakilan-perwakilan berautoriti kerana berhak mengundi calon tersebut.
Kesimpulan saya ialah, tuan bertanggungjawab menceritakan apa yang tuan tahu tentang seseorang yang dicalonkan sebagai pimpinan kita. Namun tuan terikat dengan hukum mengumpat di atas. Selepas tiada lagi keperluan di atas, maka saya berpendapat tuan patut berhenti dari bercerita tentang beliau lagi. Kita ada banyak lagi kerja yang belum selesai.
kasi pecah!!!
ReplyDeletebongkar!!!
lunaskan!!!
tkadehal pun
kalau nak bongkar, bongkar skrg!
jgn sampai terlambat...
pemilihan nak dekat dah ni...
tunggu apa lagi...
jgn kecut..bongkar jerr..
jgn jadi mcm org umno!
salam.
ReplyDeletesaya heran betul.. kenapa gaya penyampaian MSO yg nak dijadikan perhatian utama? apa kata kita paksa MSO buktikan benar atau tak apa yg didakwanya tentang sesiapa pun, dan kita letak cara penyampaian beliau kat tempat kedua? barangkali cara penyampaian juga penting.. tapi tidaklah sepenting isi dan maksud itu sendiri. pada saya, lantaklah macam mana MSO nak sampaikan, berlawak jenakakah, sindiran tajamkah, perumpamaankah.. apa pun caranya MSO akan bertanggungjawab dengan Yang Maha Adil.. tadi di pihak saya yang tak tahu niat MSO (pasal tak tahu apa ada dalam hati orang), saya lebih pentingkan nak tahu betul ke tak apa yg diperkatakan.
memang ramai org kata, kritikan yg baik tu adalah kritikan membina.. kritikan membina tu macam mana? yg disulami puji berselang seli dengan kritik? kritikan yg bernada pujuk memujuk? (pasal nak membina, kan?) ini yg orang selalu salah faham. kritikan membina tu mcm ni sebenarnya..
contoh 1: husam tu bodoh laa.. (ini contoh kritikan tak membina kerana cuma kata husam bodo tapi tak bagitau pasal apa dan apa cara taknak jadi bodo)
contoh 2: husam tu bodoh laa pasal dok sebok turut pemimpin parti lain pulak. patutnya dia rapatkan diri lagi dengan macam2 ulama' dalam parti dia dan tuntut ilmu yg dia kurang supaya akhirnya benar2 dapat menggantikan mereka secara hak (ini tak sama dengan di atas. membina tak? bukankah ada nyatakan sebab musabab dikata bodo? bukankah diberi cadangan jalan penyelesaian juga? adakah ia bukan kritikan membina kerana guna perkataan "bodoh"? kalau membina patutnya macam mana? "kurang bijak"? "terkhilaf"?)
dalam mengkritik, kita kena "call a spade, a spade".. mmg kebenaran tu pahit.. kalau kita boleh terima hakikat bahawa tiada siapa pun yg maksum dan terpelihara kecuali Rasulullah SAW, kita akan dapat terima bahawasanya semua orang pun sama saja. ada kelebihan, kekurangan, nafsu, hasad dan sebagainya. sebagai penulis politik, MSO berhak nyatakan apa yg dia rasakan penting untuk khalayak pembacanya ketahui. soal terima atau suka, itu soal masing2. adakah kerana gaya penceritaan MSO boleh menyebabkan orang2 tertentu hilang pengaruh? sekiranya ya, maknanya selama ni orang sokong dia bukan kerana kekuatan dia, tapi kerana cakap2 baik mengenainya saja. sekali dengar yg tak baik, melenting terus takmo sokong, takmo baca MSO dan takleh tido malam pasal geram sgt kat MSO. malang la kalau jadi macam tu.. MSO penyampai saja. marah2 kat dia pun, dia tido lena elok jer saya rasa. sekiranya tak setuju dgn apa yg didakwa oleh MSO, adalah lebih bijak dan bertamadun (pinjam kata2 MSO) kalau lawan balik dengan fakta yg boleh debunk MSO. baru padan muka dia.. nak tulis keras2 macam MSO pun takpa.. tapi jgn la sampai mencarut.. tu biarlah org tak sekolah je buat macam tu..
salam
Assalamualaikum.
ReplyDeletesaya adalah antara pembaca harian diblog tuan.semakin dibaca,semakin kuat rasa hendak menyelami pengalaman dan penulisan tuan.saya cukup berminat dengan apa yang tuan sampaikan dalam blog ini.kadang2 saya tersedih dan kadang2 saya tersenyum dengan tulisan dan kupasan yang tuan pena kan.mesej dan kupasan yang diberikan memang saya yakin dan percaya tuan adalah antara penulis yang berada dipihak yang benar.benar berkata,walaupun pahit.
semoga Allah taala akan memelihara tuan darisegi kesihatan,keselamatan dan keimanan.syabas kepada tuan dan teruskan usaha tuan,semoga ganjaran yang baik diberikan tuhan atas usaha tuan.
Salam,
ReplyDeleteHeran tak heran, terpulang la pada semua untuk buat penilaian pada penulisan Pak MSO. Ini kalau dinilai dari gaya bahasa. Kalau nak tau betul atau tidak kisah yang ditunjukkan dalam laman ni, silakan tanya Pak MSO sendiri.
Saya hanya bagi pendapat dan analisis dari mata kepala saya sendiri. Kalau anda belajar tentang seni gaya penulisan, anda boleh menghidu motif tulisan daripada cara penyampaian. Soal betul atau tidak itu soal lain. Tanya ahli-zikr sekiranya kamu tidak tahu.
Pak MSO berhak tulis apa saja yang bapak rasa pantas dikongsi bersama pengunjung disini. Nak keras atau lembut, terpulangla pada selera pak MSO. Biasalah, pasti sesetengah perkara itu menjadi persoalan, perbalahan. Pengunjung di sini hanya bagi pendapat, sama sama nak kongsi mereka punya 2 cents worth.
Saya suka baca artikel laman Pak MSO, banyak fakta baru yang saya tak tahu. Teruskan menulis. :)
salam tuan,
ReplyDeleteuntuk pengetahuan tuan saya adalah baru lagi dlam blog tuan ini..walaupun ramai yang mengherdik tuan..bagi saya mereka ini tidak wajar membuat demikian.
kenapa bila pahit sesuatu info mereka tidak boleh menerima? dan menghentam org yang mendedahkan perkara yang benar. adakah mereka ini telah di rasuk oleh segolongan pemimpin yang dianggap maksum?
tuan disini saya ingin memberi sokongan pada tuan teruskan penulisan tuan tentang kebenaran walaupun yang buruk itu datang dari parti pas atau pkr. sebagai contoh ada bukti pkr memberi rasuah di penati kenapa ada pemimpin pas membela mereka ini?
semakin lama semakin teruk..biarlah berpendirian jgn dibuang apa yang pemimpin pas kita semaikan sejak dulu lagi.
wassalam
salam MSO...dedahkan kebenaran demi agama bangsa dan tanah air tercinta...pedulikan fanatik2 tu..benar tetap hak yang salah tetap batil...
ReplyDelete