Rasuah dan Si Berkentut
PAGI tadi seorang pemimpin kecil Pas dari Kelantan yang juga kawan saya singgah di rumah. Kalau kawan ini datang ke Kuala Lumpur dia akan singgah di rumah saya. Bukan apa, saja jenguk sebagai adat orang Kelantan. Menjadi amalan orang orang Kelantan suka menziarahi rakan-rakan atau sanak saudaranya di mana saja berada.
Sambil minum pagi, kami berbual soal politik Kelantan. Dialah yang mulakan dulu. Bagi saya tidak ada apa yang hendak bualkan fasal politik Kelantan sehari dua ini. Tidak ada apa yang menarik. Isu Nik Abduh lawan dengan Latiff sudah pun selesai, berakhir dengan kekalahan Nik Abduh. Nanmpaknya benih Tok Guru Nik Aziz tidak begitu subur di Kelantan! Dibakutkan dengan getah klon.
Jadi saya lebih suka untuk berbual isu-isu antarabangsa seperti masalah influenza A (H1N1) yang sedang melanda negara kini. Sebut fasal H1N1 saya teringat kepada seorang kawan yang baru kena penyakit chikukungnya. Katanya virus atau kuman menyebakna penyakit ini datangnya dari babi. Nyamuk hisap darah babi kemudian hisap manusia, jadi terkenalah chikukungya.
Simple bunyi penjelasan kawan itu yang didakwa diceritakan oleh seorang doktor private di Rantau Panjang. Menurut doktor itu kerajaan sudah tahu tetapi sengaja tidak umumkan. Saya hanya mendengar kawan itu bercerita, percaya tidak, tidak percaya pun tidak!
Nampanya kawan itu lebih suka berbicara soal politik Kelantan dari isu H1N1. Biasalah orang politik, tidur, makan, berjalan semua berpolitik. Cerita yang cuba dibangkitkan ialah mengenai rasuah dalam politik. Dia tanya pandangan saya.
Saya kata saya dah tulis dalam blog mengenai rasuah. Tok Guru Nik Aziz juga tidak tolak kemungkinan ada berlaku. Mat Iraq sudah dedahkan. Walaupun dia tarik balik semalam, sampai minta maaf, tetapi saya tetap yakin dan percaya rasuah itu berlaku, cuma kecil besar saja tak dapat nak sahkan. Kawan itu setuju sekali dengan pandangan saya, maka dia ceritalah beberapa cerita yang belum terungkap lagi.
Menurut kawan itu, di kawasannya sendiri terlibat dengan majlis yang Mat Iraq katakan itu. Seorang calon YDP telah sembelih kambing jamnapari dan jamu para perwakilan. Dia panggil tok pengulu, dan tok pengulu panggil pula guru halaqah dan juga guru quran. Kebanyakan mereka adalah perwakilan dalam mesyuarat agung kawasan.
Malam sebelum mesyuarat mereka berjamun sakan. Katanya dia tidak tahu apakah itu rasuah atau perkara biasa. Tetapi di zaman datuk neneknya dulu tidak ada kenduri menjelang mesyuarat begitu. Tidak cukup itu, ada pula bisik-bisik dari tok penghulu kepada perwakilan agar memilih si anu dan si ani. Kalau tidak pilih nanti peruntukan parti seperti skim ladang rakyat berjumlah RM200 hingga RM300 sebulan tidak akan diberi.
Satu calon lain pula cerita kawan itu menjamun perwakilan hampir setiap malam di sebuah kedai makan dikepala gertak di Pasir Mas Kelantan. Lepas isyak ramai-ramai akan ke kedai berkenaan untuk makan belanja calon berkenaan.
Kawan itu tanya saya apakah itu bukan rasuah. Saya jawab bukan rasuah, itu adalah ugutan. Satu penyalahgunaan kuasa. Dia tanya saya, kalau salah gunakan kuasa apakah ia boleh dibenar dan dimaafkan. Saya beri alasan tidak boleh jawab, sebab ulama lebih arif. Tanya Mat Iraq atau Tok Guru Nik Aziz sendiri dia mahir dalam bidang-bidang syariah Islam dan agama. Mereka juga banyak baca kitab yang boleh ditafsirkan dengan lenggang lenggungnya.
Saya tidak mahu menghukumkan hal-hal seperti itu dalam kategori apa. Tetapi apa yang saya tekankan apakah benar yang dilaporkan itu? Dia sedang kumpul maklumat dan akan serah kepada saya secepat mungkin. Menurutnya dia tidak cakap kosong. Saya tanya kenapa tak bagi kepada Mat Iraq, jawabnya tak sempat.
Cakap punya cakap timbullah cerita kenapa orang tertentu sahaja yang sedar dan sakit hati dengan pendedahan Mat Iraq itu. Kenapa bukan semua pemimpin Pas di Kelantan tidak ikut sama mengherdik dan melahirkan rasa terkilan dengan telatah Mat Iraq. Keadaan ini juga membingungkan kawan itu menyebabkan dia bertanyakan saya lagi.
“Ana hairan kenapa hanya dua atau tiga orang sahaja yang sibuk-sibuk mahu Mat Iraq dedahkan kejadian rasuah itu. Kenapa yang lain tidak?” tanya dia mengharapkan jawaban daripada saya.
Saya menjawab mudah saja kepadanya. Yang tidak timbulkan soal rasuah dan mempertikaikan benar atau tidak apa yang Mat Iraq katakan itu mungkin mereka semua terlibat melakukan rasuah. Jadi yang bercakap dan mempertikaikan integriti Mat Iraq itu mungkin tidak melakukannya. Mereka bersih macam kapas dibasuh dengan sabun brezzee.
Alasan saya, tentulah orang yang tidak melakukan rasuah tetapi dituduh sebagai melakukan rasuah marah dan kesal atas apa yang berlaku. Manakala kalau orang benar melakukan rasuah perlu mendiamkan diri sahaja jangan sampai terkesan.
Kawan itu tidak boleh menerima penjelasan saya. Dia mempertiakikan. Katanya sebaliknya orang yang melakukan rasuah diamkan diri tetapi yang tidak melakukan rasuah patut bersuara. Katanya macamlah cerita sekumpulan orang bodoh dalam sebuah surau. Ada seorang daripada mereka terkentut, menyebabkan baunya merebak. Mulanya tidak siapa yang peduli kepada kentut itu. Tetapi kerana si berkentut itu bimbang dia dikesan, maka dia mula menyuarakan; siapa yang kentut ni? Tujuannya ialah agar orang tidak memberi perhatian kepadanya.
Walhal dengan apa yang dia lakukan itu menyebabkan orang dapat menyangka yang melepas angin itu ialah yang bercakap itu. Politik secara riverse psikoligi dalam hal seperti rasuah dan kentut ini sebnarnya tidak relevan lagi di zaman manusia pandai mengagak dan mempunyai ilmu pengetahuan kejiwaaan yang tinggi.
Kesimpulannya? Tanya kawan itu. Mereka yang sibuk-sibuk menimbulkan isu rasuah itu samalah si yang berkentut tadi yang bertanyakan soal kentut yang sudah mula berbau dan meyenakkan hidung itu. [wm.kl. 3:00 pm 18/05/09]
Assalammualaikum Pak MSO,
ReplyDeleteSaya agak terlambat membaca posting-posting Pak MSO kali ini.
Bagi saya semua yang Pak MSO tulis saya setuju 100% dalam isu rasuah dalam parti PAS. Jika ada rasuah kemukakan bukti dan hukum siperasuah, jika tak ada rasuah hukum sipenuduh. Soal terlepas kerana kesilapan teknikal tidak boleh berlaku dalam parti PAS.
Jadi dgn ini, PAS akan membuktikan kepada dunia parti PAS ialah parti yang betul-betul bersih dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.
Mungkin pada awalnya akan jadi keadaan kelam kabut.Tetapi lambat laun, masyarakat akan tahu bahawa parti PAS bukan calang2 parti. Ianya parti yang sangat beriman kepada Allah, berperinsip dan bermaruah. Jadi parti PAS boleh dijadikan sebagai benchmark untuk parti2 lain diserata dunia pada masa akan datang.
Biarpun (sebagai contoh) jika TGNAziz, TGHHAwang yang merasuah, mereka juga harus dibicarakan secara ADIL. Saya yakin ini dapat menghalang PAS dari menjadi parti Perkembar yang sangat parah dgn barah ciptaan mereka sendiri.
Itu sahja komen saya, cuma saya kurang setuju dengan kesimpulan Pak MSO tentang "Murai: Sudah dapat agak kenapa Prolib tidak suka pada ulama.". Bagi saya seorang alim ulama yang sebenar dan professional yang sebenar dapat berfikir secara rasional dan selalu bermunajat moga Allah memberikan petunjuk kepada mereka dalam setiap hal. Bagi saya hanya Prolib mengaji tak habis dan Ulama mengaji tak habis sahaja yang tidak suka antara satu sama lain.
Wassalam