Sunday, May 3, 2009

Susupan Tengahmalam

Apabila Nik Amar Mula Berkokok

[kemaskini] MAKIN hari nampaknya suara Mohd Amar Nik Abdullah (Nik Amar) (foto) semakin lantang dan bernas. Inilah yang kita nak dengar dan sudah lama ditunggu-tunggukan, suara dan bidasan minda dari anak tokoh Pas Kelantan, Allahyarham Nik Abdullah Arshad itu.

Sebelum ini beliau dilihat banyak mendiamkan diri dan tidak mahu bercakap dan memberi apa-apa komen melainkan hanya menjadi pemerhati saja. Ada sikap tidak mahu menunjuk-nunjuk dan mahu berlumba yang bertakhta dalam diri Nik Amar.

Sikap merendah diri itu menyebabkan Nik Amar dilihat sebagai tidak ke depan serta mempunyai idea yang canggih. Tidak hairan kalau ada orang menyifatkan beliau tidak popular ataupun performancenya tidak memuaskan kerana beliau suka bersikap macam ubi, berisi dalam diam.
Soal cantas mencantas, bina kroni dan berniaga anak-anak pokok ataupun menternak puyuh dan ayam itik tidak menjadi keutamaan Nik Amar. Beliau membantu rakyat dengan memberi ilmu menerusi portfolionya dan tidak dihebuhkan menerusi papan tanda gergasi sebesar gajah di sepanjang jalan raya sedangkan habuknya pun tarak!

Jadi apabila beliau mula bercakap kebelakangan ini terserlah kebolehan dan ketinggian serta keanggunan idea politiknya. Bahawa Nik Amar ini bukan 'komang' sangat kata orang Terengganu.

Sebagai Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, dan orang kepercayaan Tok Guru, sewajarnya Nik Amar bercakap sebagai membela dan memberi apa-apa penjelasan mengenai permainan politik yang menghimpit Tok Guru secara senyap menerusi lubang tikus. Beliau tidak sepatutnya melepaksan begitu saja atas kepercayaan Tok Guru mampu menjaga dirinya sendiri. Ada pandangan atau idea Tok Guru yang memerlukan pentafsiran dan penghuraian lanjut dari orang-orang persis Nik Amar.

Dalam keadaan sekarang ini Tok Guru memerlukan mereka yang tulus dan ikhlas dalam memberi pandangan atau pun melaksanakan dasar dan iltizam kepimpinan ulama. Ini penting bagi menjamin kesenimbungan kepimpinan ulama. Tok Guru tidak harus membiarkan parasit membelit kepalanya dan tangan-tangan yang bergantungan diserbannya hendaklah ditepis keluar.
Tok Guru juga perlu sedar hanya mereka yang mengetahui sejarah kepimpinan ulama, mendapat didikan agama sejak dari kecil dan istiqamah dengan prinsip-prinsipnya saja yang layak untuk meneruskan kepimpinan ulama. Tok Guru juga sedar kenapa ada orang cuba merombak kepimpinan ulama ialah kerana orang berkenaaan tidak mempunyai kelayakan dan kelulusan bagi digelar sebagai ulama.

Perhatian ini penting, kerana matan-matan politik Tok Guru sebelum ini banyak tersasar jauh dan tidak diterjemahkan dengan tepat. Timbulnya berbagai kekeliruan sehingga membawa kontroversi mengenai Tok Guru sendiri yang akhirnya boleh mengotorkan diri Tok Gur sebagai ulama. Kenapa ini berlaku kerana mereka yang menjadi wazir kepada Tok Guru tidak memahami kepimpinan ulama dan kurang yakin dengan kesyumulan Islam.

Jadi apabila Nik Amar memberi kupasan berhubung pandangan Ketua Dewan Ulama, Mohamad Daud Iraqi yang mahu mempertahankan agar Pas terus dipimpin oleh golongan ulama ia satu tindakan baik dan kena pada masanya. Apabila orang berilmu dan tawaduk seperti Nik Amar turut menyuarakannya ia menyakinkan lagi ahli lain. Lagipun orang arif mengenai diri Nik Amar yang tidak ghairah dalam politik mendapatkan kuasa. Makanya kalau beliau bercakap demikian bukan kerana political maileagenya tetapi untuk maslahat umum.

Secara umumnya Nik Amar bersetuju kalau Pas terus dipimpin oleh ulama. Katanya kepimpinan sebegitu adalah tradisi di dalam Pas sejak dulu lagi. Walaupun Mohd Asri Muda dari golongan profesional - nasionalisme tetapi beliau hanya memangku tugas Dr Burhanuddin Helmi yang dipenjarakan dan berkebetulan pula ketika itu timbalan meninggal.

Mengenai pendapat mengatakan tidak mengapa Pas dipimpin ulama kerana mereka dikawal oleh Majlis Syura, Nik Amar tidak setuju dengan kenyataan itu. Sebaliknya beliau menjelaskan majlis syura ulama tidak berkuasa ke atas parti, yang menguasai parti ialah presiden. Ternyata pandangan sedemikian sengaja dilontarkan untuk mengelirukan atau merombak tradisi kepimpinan dalam Pas yang sudah berjasa besar kepada Pas kini.

Atas hakikat itu kalau profesional yang menguasai parti ini bermakna parti akan dibawa mengikut aliran pemikiran dan pendektaan mereka yang profesional liberal itu. Tidak mustahil lama kelamaan ciri-ciri kepimpinan ulama yang lebih mementingkan soal hukum dan keutamanya syariah agama dalam segala juzuk kehidupan akan terhakis.

Saya juga tertarik dengan penghuraian beliau berhubung dengan idea unity government yang dijadikan isu dan alasan kini. Setegah pihak mengambil pendirian kepimpinan Pas hari ini perlu ditukar kerana mereka mengadakan pendekatan dengan Umno. Bagi Nik Amar alasan itu tidak tepat kerana dari semangat amalan dan perlembagaan, presiden dan timbalan presiden hanya menjalanakan tugas yang diamanahkan oleh parti. Ini bermakna kalau pendekatan itu salah maka seluruh jawatkuasa agung Pas kena bertanggungjawab termasuklah juga ketiga-tiga penjawat jawatan Naib Presiden!

Baginya sikap marah kepada presiden dan timbalan presiden berhubung perkara itu tidak patut sekali dan tidak perlu diungkitkan. Mereka yang tahu kaedah berorganisasi dan bertanggungjawab tidak sesekali akan berbuat demikian.

Beliau juga menyatakan kehairanan dengan mereka yang ingin mencabar timbalan presiden atas isu berkenaan. Soalnya kenapa harus timbalan presiden ditentang, sedangkan idea itu dari presiden. Memahami kata-kata Nik Amar ini, sekiranya pencabar jawatan timbalan presiden itu benar-benar berani mereka harusnya mencabar Abdul Hadi dan bukan Nasharudin Mat Isa.

Memang ada logiknya pandangan dan kupasan Nik Amar ini. Kalaupun pencabar itu berjaya menumbangkan timbalan presiden itu, mereka tidak dapat berbuat apa-apa juga untuk membawa perubahan parti mengikut bunga acuan mereka, kerana presiden (Abdul Hadi) masih ada dan akan berkuasa ke atas parti.

Jadi bertolak dari padangan Exco berkenaan apa yang boleh dirumuskan cabaran ke atas Nasharudin itu adalah percubaan awal dalam proses menyingkirkan kepimpinan ulama saja. [d'kota kl. 11:15 pm 03/05/09]

10 comments:

  1. agak2nya siapalah yang dikatakan oleh
    dato' nik amar "Beliau juga menyatakan kehairanan dengan mereka yang ingin mencabar timbalan presiden atas isu berkenaan. Soalnya kenapa harus timbalan presiden ditentang, sedangkan idea itu dari presiden. Memahami kata-kata Nik Amar ini, sekiranya pencabar jawatan timbalan presiden itu benar-benar berani mereka harusnya mencabar Abdul Hadi dan bukan Nasharudin" ??
    fikir-fikir kan ??

    ReplyDelete
  2. Jika diTerengganu,perkataan berkokok amat sensitif kerana bolih dicop pemimpin "cap ayam". Istilah ini kebiasaannya ditujukan kepada orang politik dengan tujuan untuk memperlekehkannya serta akan dijadikan perang saraf bagi menyerang peribadi seseorang, sebagai contoh baru baru ini berlaku kes isu ugutan bunuh melalui SMS,jadi sebagai simboliknya satu daerah dikawasan DUN yang diwakili olih saorang yang terkena ugutan tersebut telah pun dipasang litar kemera CCTV bagi memantau kegiatan yang dikatakan satu perbuatan liar melalui SMS tersebut walhal jika dilihat sebaliknya pemasangan kemera CCTV tersebut hanya sebagai satu sindiran semata mata kepada kumpulan 10.Jadi fikir betul sebelum berkokok.....!

    ReplyDelete
  3. Saya agak tidak bersetuju dengan tajuk 'berkokok'. Harap dapat ditukar kerana bagi saya kokok ini ibarat cakap berdegar-degar tapi hasil hampas.

    Jika dilihat kepada isi tulisan MSO, kata-kata Nik Amar bukan kokok tapi suara.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  4. Mereka yang mencabar kerusi timb presiden sebenarnya ingin melawan kerusi presiden tetapi atas prinsip menghormati presiden dan parti,jadi niat itu dikendurkan dan cabaran hanya sekadar timb presiden.Ini petunjuk jelas bahawa ada pemimpin tertentu mahukan perubahan dan keteguhan prinsip.Sekiranya ada pertandingan dan pemimpin tertentu berjaya merampas kerusi presiden sudah pasti ia akan menggoncangkan parti dan wujud pula kumpulan yang setia kepada presiden lama bertembung dengan kumpulan prtesiden baru. Keadaan ini tidak sihat dan merbahaya.Jadi merampas kerusi timb presiden adalah isyarat bahawa kerusi presiden juga akan dirampas sekiranya beberapa perkara pokok tidak diubah.

    ReplyDelete
  5. salam pak sayuti.

    nak deliver tak mesti bercakap, tapi org bercakap bila lihat prestasi tu.

    kedua, Nik amar ni bertahun tahun yg lalu bila org kritik secara umum hal kereta exco, dia jawab 'kereta merc exco pun boleh bawa kekebun durian' .

    jgn lambung tinggi sgt pak sayuti. kalau jatuh sakittt.

    ReplyDelete
  6. Salam Tuan...

    template skrg ni kurg cantik. xbrapa selesa baca entri. Kenapa nak tukar template lama yg dh ok tu?

    Hope dpt gunakan template yg lebih kemas.

    Salam

    ReplyDelete
  7. pukul anak sindir menantu bila lawan TP tu. Kalau lwn Presiden lagi gawat Pas agaknya.

    ReplyDelete
  8. salam pak mso.....

    saya setuju pandangan dato.m.amar tu.....tim.presiden adalh presiden doh tu,baik lawan presiden terus kalau kita visi kita buat apa dok di timbalan sebab presiden lebig berkuasa,lawan presiden la baru jantan.......TAPI adakah duduk di naib tadak dapat buat apa-apa,sedangkan disitu kita dah dapat membantu presiden bukanya nak hentam presiden.........ni dah GILA KUASA pak mso!!!!

    ReplyDelete
  9. Bagi saya Nik Amar adalah tokoh kedua yang dihormati dalam PAS Kelantan. Saya yakin YB Nik Amar akan menggtantikan tempat Tok Guru sebagai MB Kelantan di kemudian hari nanti bukan Husam atau Takiyuddin.

    ReplyDelete