Saturday, May 30, 2009

Tazkirah Sabtu

Si Desperado Sedang Menggila Dalam Pas

SELALUNYA bila kepala sudah buntu atau otak menjadi ‘sebok’ menyebabkan seseorang yang cerdik atau sasa itu boleh jatuh terjepak di tengah jalan. Pening menyebabkan seseorang tidak lagi menjadi waras. Haluan perjalanan juga akan hilang dan kabur. Landasan perjalanannya jadi berpecah-pecah dan hilang fokus.

Begitulah lumrah seseorang yang sudah pening dan tidak dapat mengawal kewarasannya. Seseorang itu akan melakukan apa saja untuk bertindak. Apa-apa saja, macamlah gajah naik minyak!

Peraturan, hukum, bukti dan apa-apa sudah tidak diguna pakai lagi. Dia akan bertindak di luar garis akal budi kemanusiaan. Strategi as syaitaniah juga dipraktikan. Jangan peduli apakah ianya dimurkai Tuhan atau pun dibenci Nabi, yang penting perjalanan si pening itu untuk menggapai kuasa dapat diteruskan.

Dalam heboh kempen untuk merebut menjawat tertinggi dalam Pas yang akan dilangsung beberapa hari lagi, saya tengok ada orang yang telah desperate apabila dia sudah nampak bayangan kekalahan. Dia sudah jadi kelam kabut. Germeciangan diluar sudah disalah tafsirkan sebagai persiapan sebuah keranda untuknya.

Juteru dia jadi panik, jadi mabok dan akan merembas apa saja sehingga sanggup dan tergamak meletakkan dirinya lebih hina daripada haiwatunatik. Walhal yang berbunyi di sana itu orang membaiki longkang, tetapi dirasai ia adalah pukulan tukul ke atas paku terakhir untuk keranda untuknya.

Begitulah aksi si desperado. Segala bunyi dirasakan tertempa ke arahnya. Segala kata-kata, sinikal dirasakan menyua ke dalam telinganya. Walhal segala bunyi itu untuk semua orang. Kenapa? Jawabanya kerana dia sudah pening dan tertekan dan tidak ada keyakinan kepada diri
sendiri yang digahkan dunia selama ini.

Iya, demi untuk hidup dan survive, orang tertekan akan menjadi seperti kucing jinak. Meskipun ia baik, alim tetapi kalau sudah sampai tertohok di dinding, dia bisa menjadi bengis dan mencakar sesiapa saja. Tujuannya satu untuk menyalamatkan diri yang dirasakan terancam.
Dalam suasana begitu ia terlupa bahawa orang yang menghampirinya bukan untuk membunuhnya bahkan untuk menyelamatkannya, tetapi kerana otak kucing, dia bersangka sebaliknya.

Begitulah nasib si kucing yang tidak tahu menilai alam, diri dan nawaitu orang lain ke atasnya. Orang yang niat untuk membantu dianggap sebagai musuh lalu dicakar semahunya. Meow... meoww....

Ada beberapa maklumat yang tersampai ke telinga saya bagaimana aksi si desperado ini bertindak kotor. Ia menggunkan berbagai tektik yang tidak halal tanpa mengira di mana dia berdiri. Dia sedia melakukan kebusukan mekipun dia berada di atas mimbar dalam masjid?
Terdengar si desperado ini telah bermain kotor dengan membuat fitnah kepada calon lain.
Anatara ayat-ayat yang sampai kepada saya ialah, calon desperado berkenaan telah menuduh calon lain itu sebagai tidak sembahyang dan main perempuan di luar negara. Kata-kata ini sungguh jijik dan kotor. Kata-kata lahir dari halkum seorang yang hilang maruah dan kredibiliti.

Nampaknya fiil dan perangai Yahudi sudah pun digunakan. Ajaran Yahudi yang dibenci itu sudah dianuti oleh ahli Pas. Dan strategi dan tektik Yahudi telah dipraktikan dan dibawa ke dalam Pas. Sungguh malang sekali. Kejadian ini katanya berlaku di Johor dan disebarkan secara halus di beberapa tempat lain.

Pas harus menyekang segera kempen memburukan calon oleh calon ini. Budaya dalam Umno yang dikecam dan dikutuk selama ini nampaknya sudah memasuki ke dalam rumah Pas. Malahan ianya nampak lebih ganas dari Umno. Orang-orang yang membawa budaya ini haruslah ditolak oleh perwakilan tanpa maaf!

Pas yang meletakkan agama di hadapan tidak seharusnya sedia dipimpin oleh calon sedemikian rupa!

Barangkali ada patutnya kalau jawatankuasa pemilihan yang dipengerusikan Mustafa Ali (foto atas) memantau dan menyiasat kejadian ini. Beliau harus bertindak tegas. Kalau perlu mungkin tindakan membatalkan calon berkenaan boleh dilakukan. Adalah bahaya bagi Pas kalau tertakdir Allah sengaja memilih orang seperti ini untuk memimpin Pas. Doa desperado tidak seharusnya ditadah dan diaminkan.

Ia akan membawa celaka besar kepada parti Islam itu. Kesucian dan keikhlasan perjuangan Pas yang dibina atas prinsip dan konsep al dinul hayat untuk membela agama, bangsa dan negara tentulah akan tercabul dek perbuatan anak-anak Yahudi si desperado ini. [d'kota kl 2:30 am 30/05/09]

6 comments:

  1. Ramai orang yang gagal dan rosak bukan kerana tidak cukup kebijaksanaan tetapi kerana gagal mengawal perasaan. Desperate melahirkan desperado sering menganggu emosi seseoarang, bila emosi berkecamuk maka hilanglah kewarasan. Maka kembalilah ke tikar sembahyang supaya jiwa kembali tenang...perbanyakan kiamulai ! Wahai para pemimpin yang sedang bertarung merebut jawatan menjelang muktamar, jangan sampai tuan menjadi desperado !!!

    ReplyDelete
  2. Hasrat DAP berkuasa sepenuh nya untuk memerintah akhirnya tercapai juga. Walaupun hanya sebuah negeri, iaitu P Pinang. Cita2 mereka ini termakbul dengan pertolongan PAS dan PKR. Sangat besar nilai jasa budi PAS dan PKR ini terhadap negara kerana telah menyerahkan P Pinang kepada DAP.

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Nak komen tok gajah skit. Tak usah nak bangkitkan perkauman di sini. Bila umno dah tenat,baru nak salahkan DAP? Adakah kerajaan Pulau Pinang sebelum ni dipimpin oleh Melayu? Siapa bantu Gerakan pertahankan kuasa cina di sana sebelum ni? Apakah UMNO peduli dengan orang Melayu yang dianaktirikan oleh Gerakan?

    Tak usah nak melatah marahkan DAP, sedangkan UMNO sendiri terpalit dengan dosa kerana tinggalkan Islam. Inilah dosa lebih besar daripada 'dosa' mengundi DAP.

    UBN kalah di Penang disebabkan rakyat tolak mereka yang khianat pada amanah rakyat.

    Tolong lepaskan komen ni tuan mso, saya benci orang bangkitkan isu perkauman setelah kalah! Wassalam

    ReplyDelete
  4. Salam

    Untuk makluman saya bukan UBN. Tetapi saya rasa sekiranya PAS mahu menjadi alternatif kepada UMNO, biarlah perangai UMNO yang lama itu tidak diikut.

    Jangan dikira dosa siapa lebih besar. PAS kena bertegas, apabila isu melibatkan umat Islam. "Manifesto yang tidak terhebah" PAS untuk orang Islam, perlu direalisasikan, atau ada usaha untuk merealisasikannya secara bersungguh-sungguh. Bukan sekadar berdemo/gerakan lain seumpamanya apabila ada konsert dangdut hendak diadakan di negeri pemerintahan mereka.

    Maksud saya, sekurang-kurang mungkar besar di kawasan majoriti Melayu perlu ada usaha menangani, seperti penjualan arak,nombor ekor, rumah urut, pelacuran dsb. Ini di sebuah negeri PR, apabila usul mengharamkan arak dibuat, dan mendapat tentangan, terus diam seribu bahasa.

    Untuk pengomen a_z_ayeif, buat pengetahuan saudara, memang ada keresahan di kalangan orang Melayu terhadap tindak-tanduk DAP dan parti kaum lain dalam BN akhir-akhir ini. Cuba lihat isu ini bukan dari segi kepartian please....ini masalah kita, bila berpolitik demokrasi nak ikut British, tapi bila melihat isu, lihat tak boleh amal "self-critic", semuanya nak kona kat orang lain!

    Wassalam

    ReplyDelete
  5. Salam

    Komen daripada a_z_ayief juga ibarat kata Tuan MSO iaitu janganlah mengata dulang paku serpih.

    Dulu PAS mengatakan UMNO berdosa kerana meninggalkan Islam dan sanggup bersekongkol dengan kafir iaitu MCA & MIC dalam memerintah negara.

    Sekarang apabila PAS pula diberi peluang pun sama jugak situasinya iaitu sanggup bersekongkol dengan DAP apabila dapat memerintah. Contoh yang jelas apa yang berlaku adalah di negeri Perak.

    Kan itu sama juga situasinya seperti UMNO yang dikatakan 'meninggalkan Islam' apabila berkerjasama dengan MCA dan MIC? Nampaknya PAS pun nak ke arah menjadi seperti UMNO nampaknya.

    Jadi sekali lagi janganlah mengata dulang paku serpih.

    Wslm

    ReplyDelete
  6. Wahai sahabat sekelian...kalau ingin melihat kebaikan dan keikhlasan jangan berpolitik..kebijakan manusia memungkinkan politik itu berada ditempat sepatutnya...apa yang berlaku sekarang ini...aku kata kat hang,hang kata kat aku..mungkin lumrah politik Malaysia..PAS mesti ada identiti dlm hal ni..isu-isu lama dan basi biaq UMNO saja yang mainkan...PAS and PR must move forward..

    ReplyDelete