Wednesday, May 13, 2009

Tektik dan Strategi


Deklarasi di SUK Ada Tujuan Tersirat


MENJELANG Maghrib semalam saya menerima satu SMS dari seseorang yang tidak dikenali tetapi saya yakin dia mengenali saya. SMS itu berbunyi begini; Sidang media penting YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan kenyataan kepada seluruh rakyat Malaysia akan diadakan esok 13 Mei 2009 di Dewan Teratai kompleks SUK jam 11:00 pagi. Semua wakil media dan bloggers dijemput menghadiri merakam deklerasi penting Tuan Guru kepada masyarakat Malaysia – 7:04 petang.


Terhimbau juga saya dengan SMS itu, apakah kenyataan yang dikatakan penting yang bakal dibuat oleh Menteri Besar Kelantan itu. Apakah ianya kena mengenai dengan pentadbirannya ataupun dengan Pas? Apabila mesej itu menyebut deklerasi kepada masyarakat Malaysia, ertinya mesejnya bersifat nasional bukan lokal.


Saya berada di KL dan tidak mungkin kalau balik hanya hendak mendengar deklarasi itu. Tidak mungkin! Tidak ada daya tarikan, lainlah kalau kenyataan bakal dibuat itu nanti mengenai peralihan kuasa di Kelantan. Semisalnya penurunan kuasa MB dari Nik Aziz kepada si baju petak-petak merah atau kepada Nik Mohd Amar ataupun Ustaz Ahmad Yaacob. Kalau itu jika balik berbaloi juga.


Namun saya mula berfikir dan mencongak sendiri, apakah deklarasi itu. Belum pernah sepanjang 19 tahun menjadi MB Nik Aziz mengeluarkan deklarasi sedemikian. Jadi apakah deklarasi dan tujuannya itu. Anihnya juga apakah istimewanya deklarasi dari seorang individu berbanding dengan sebuah institusi atau parti?


Saya teringat hari ini 13 Mei, hari ulang tahun tragedi berdarah 13 Mei 1969. Maka mungkin deklarasi itu ada kena mengena dengan tragedi itu. Tetapi soalnya kenapa ia dibuat pada tahun ini, sedang pada tahun-tahun sebelumnya tidak dibuat apa-apa deklerasi atau majlis memperingatkannya? Bukankah 13 Mei menjelma setiap tahun?


Apakah kerana tahun ini kebetulan Pas bermuktamar dan memilih pemimpin maka deklarasi itu hendak digunapakai oleh orang tertentu untuk bertanding dalam muktamr nanti? Mungkin... mungkin sekali. Dan kalau benar begitu ini bermakna mereka yang menaiki atas belakang orang untuk menyeberang sungai adalah mereka yang pengecut dan tidak yakinkan diri sendiri.


Lantas saya mengira majlis itu sengaja diadakan sebagai wadah terbuka kepada wartawan untuk berintraksi dengan Tok Guru. Harapan dari itu ialah agar wartawan menanyakan sesuatu yang ada hubungan kait dengan muktamar. Serangkaian soalan-soalan eksklusif dibekalkan kepada wartawan. Sebab itulah dalam majlis itu semua diminta hadir termasuk wakil-wakil rakyat dan pemimpin parti tujuannya biarlah mereka turut mendengar sendiri endorsement oleh Nik Aziz?


Dan apabila saya membaca beberapa laporan berita protal lewat petang ini jelas apa yang saya sagkakan itu betul. Dalam deklarasi yang mengandungi sembilan perkara itu tidak ada apa benda yang baru pun. Ia hanya 'ayat-ayat cinta' yang diulang-ulang bagaikan piring hitam lama saja. Apa yang dilapazkan Nik Aziz dalam deklarasi itu semuanya perkara lama yang sudah
diucap beribu kali dalam kuliah dan ceramahnya.


Justeru apa yang dimahui ialah jawaban-jawaban Nik Aziz dari soalan-soalan yang dibekalkan kepada wartawan yang dilontarkan untuk dijawab oleh Nik Aziz tersebut.


Jelas antara yang ditimbulkan dan dihighlighskan ialah mengenai penolakan Nik Aziz terhadap idea untuk mewujudkan unity government. Untuk kesekian kalinya Nik Aziz mengulangi akan kebenciannya kepada Umno dan tidak mahu bekerjasama dengan Umno kerana Umno tendang Pas dari BN.


Ayat-ayat ini sudah kerap diulang oleh Nik Aziz. Sudah bernanah telinga kita mendengarnya. Saya sendiri pernah menanyakan hal ini tahun 2004 lagi dan tidak akan bertanya lagi. Wartawan yang bertanya adalah wartawan yang pelupa atau pun mungkin juga mereka sengaja disuruh menanyai begitu oleh orang tertentu dengan motif tersendiri.


Kerana ada orang yang suka mendengar pengucapan Nik Aziz mengenai topik ini. Apabila Nik Aziz mengucapkan demikian mereka boleh menjadikan isu dan modal untuk memberi tahu ahli Pas bahawa Mursyidul Am Pas sendiri menolak idea berbaik dengan Umno itu.


Apa yang hendak diceritakan dengan penolakan ini ialah bahawa idea sesetengah pihak dalam Pas yang menyokong untuk berkerjasama dengan Umno itu ditolak oleh Nik Aziz selaku Mursyidul Am Pas.


Mungkin ramai yang tidak tahu kenapa majlis hari ini diadakan khas untuk menjelaskan sikap Nik Aziz mengenai kerajaan perpaduan itu. Hujung dua minggu lepas Abdul Hadi Awang dan Dr Haron Din ada mengunjungi Nik Aziz di Kota Bharu. Kunjungan itu seperti biasalah untuk menjelaskan sesuatu isu yang dikelirukan, agaknya.


Kunjungan kali ini katanya bagi menjelaskan mengenai pertarungan dalam Pas ketika ini antara dua kumpulan; Ustaz Mat dan Prolib. Mereka dikatakan cuba mempengaruhi Nik Aziz agar berpihak kepada mereka, maksunya Pas perlu diketuai oleh ulama.


Tidak ada jawaban konkrit dari Nik Aziz mengenai hal ini. Bagaimana pun mungkin pertemuan ini dicurigai orang-orang tertentu yang beranggapan Nik Aziz ikut menyetujui apa yang mereka berdua itu kehendaki. Lantaran itu satu tindakan perlu dibuat untuk membersihkan semula pemikiran Nik Aziz yang mungkin ternoda dengan pandangan Hadi dan Haron itu.


Nah, majlis itu untuk counter attack itu ialah majlis deklArasi hari ini. Majlis itu diharap dapat digunakan sepenuhnya untuk menyuci dan menyamak pemikiran Nik Aziz baik berhubung dengan apa yang ditabuhkan Nik Abduh atau mungkin apa yang disuntikkan oleh Hadi dan Haron Din itu.


Saya percaya bagi mereka yang tidak cekap membaca tujuan majlis hari ini akan menerimanya sebagai satu lagi pembaharuan dan stail penatdbiran Nik Aziz. Wahalkan ianya adalah satu usaha untuk kounter apa yang dianggap telah berlaku itu.


Apapun bijaklah pihak yang mengatur majlis berkenaan kerana berjaya mengeskplotasikan Nik Aziz dan sedikit sebanyak memberi hasil kepada orang tertentu yang menjadi idolanya. Sekali lagi nampaknya Tok Guruku diperalatkan! [wm.9:15 pm 13/05/09]

No comments:

Post a Comment