Sunday, June 21, 2009

Isu Unity Government

Semoga Sinar Cerah Esok Kekal Keakhirnya


ESOK akan berlaku dua mesyuarat penting. Keduanya akan memberi tumpuan kepada isu yang berjaya diombakkan oleh UBN, iaitu idea unity gorvenment. Pada sebelah siang akan berlangsung mesyuarat pimpinan tertinggi parti-parti gabungan Pakatan Rakyat.


Sudah pasti mesyuarat ini akan membincangkan isu berkenaan. Abdul Hadi Awang yang ditunding sebagai bersalah dan pembawa masalah dalam Pakatan kini bersama Nasharudin Mat Isa akan menjelaskan mengenai isu berkenaan. DAP nampaknya beriya-iya untuk mengetahui apakah bendanya idea unity government itu.


Walaupun kita percaya DAP sudah mengetahui mengenai maksud idea berkenaan tetapi parti itu seakan enggan menerima dan seolah-olah buta daripada mengetahuinya kerana ianya tidak diberi tahu secara rasmi. Lim Guan Eng mendakwa Pas tidak pernah memaklumkan kepadanya, walaupun Lit Kit Siang memberi gambaran dia sudah faham maksud idea berkenaan.


Hendaknya Abdul Hadi akan menjelaskan secara berterus terang dan konprehensif atas semangat Pakatan Rakyat. Penyokong dan ahli dibawah ingin mengetahui sejujurnya. Abdul Hadi juga perlu tegas mengenai idea ini kerana itu adalah haknya. Sesiapa pun boleh melontarkan idea untuk dibincangkan sebagai strategi parti, tidak menjadi masalah.


Sebaliknya dalam konteks hari ini setelah isu itu menjadi kontroversi apakah ianya relevan diteruskan atau pun sebaliknya? Penjelasan yang tuntutan mengenai hal ini diperlukan agar ianya tidak ditafsirkan dengan berbagai maksud dan pengertian negatif apa lagi dicuri kesempatan oleh pihak lawan Pas dan Pakatan Rakyat.


Kalau Abdul Hadi tegas mahu meneruskan seperti mana yang dikatakan, - untuk mengadakan rundingan politik dengan sesiapa saja demi negara bangsa itu adalah haknya. Sebagai presiden, Abdul Hadi tidak perlu tunduk kepada sesiapa. Itu adalah bidang kuasanya yang mutlak. Kalau Anwar Ibahim boleh membawa idea 16 September sebelum ini kenapa tidak dengan beliau mengemukakan apa-apa gagasan alternatif dari umbi pemikirannya? Apakah standard Abdul Hadi dengan Anwar sebagai Penasihat PKR berbeza?


Pemain politik baru kena baca sejarah dan ingat DAP juga pernah membuat tindakan politik meninggalkan Pas pada satu masa dulu apabila parti itu menghitung Pas tidak memberi kebaikan kepadanya. Tindakan itu tidak berdosa kerana dalam mencari kemenangan politik, bukan kemenangan mencapai keredhaan Alllah parti politik boleh lakukan apa saja menuruti lunas-lunas demokrsi sekular.


Jadi hak Abdul Hadi sebagai presiden yang halal, mempunyai kuasa sama banyak dengan kuasa yang ada kepada Anwar atau Lim Kit Siang untuk berbuat demikian. Soal idea Abdul Hadi itu ditentang oleh orang lain itu tidak berbangkit. Abdul Hadi kena selesaikan dulu masalah itu dalam partinya sebelum melaksanakanya. Kalau partinya majoriti tidak menyokong beliau boleh memansuhkan idea berkenaan. Idea berkenaan tidak boleh ditolak oleh kuasa individu, begitu juga tidak boleh dilaksanakan dengan kuasa individu melainkan mendapat kesepakatan dalam muktamar.


Sekiranya Abdul Hadi dan Pakatan Rakyat sekata untuk membuat penyelesaian, ia hendaklah dibuat secara bersama dan biarlah kali ini konkrit. Di akhir mesyuarat itu nanti boleh buat kenyataan bersama yang tegas mengenai sikap dan pendirian Pakatan Rakyat mengenai idea berkenaan. Jangan buat kenyataan berpisah-pisah.


Selepas itu jangan ada lagi ulasan mengenainya. Jangan disebut-sebut lagi. Kalaupun UBN hendaka bercakap nak puji atau keji, jangan layan. Sudah pasti dalam hal ini UBN akan cuba menimbulkan kekeruhan sesama Pakatan. Dengan cara begitu saja isu unity goverment ini dapat diselesaikan. Tetapi kalau masing-masing asyik bercakap dan mengatakan antara satu sama lain tidak mustahil isu berkenaan akan membawa masalah besar kepada Pakatan Rakyat.


Di sebelah malamnya pula akan berlangsung mesyuarat jawatankuasa kerja Pas Pusat. Mesyuarat ini juga penting dan ditunggu-tunggu ramai. Isunya juga mengenai unity government. Yang pasti apa menjadi fokus ialah tentang kenyataan dan aksi Mussyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat di Kota Bharu beberapa hari lalu yang mahukan Nasharudin Mat Isa meletakakan jawatan timbalan presiden, letak jawatan ahli parlimen Bachok dan keluar dari Pas sekiranya ingin meneruskan hasrat unity government. Kenyataan itu dilihat keras dan menambahkan lagi kekusutan dalam Pas.


Syarat dan kata-kata Nik Aziz itu dilihat melampau dan tidak diplomasi yang tidak sepatutnya diucapkan oleh lidah seorang Mursyidul Am. Mesyuarat akan mendapat pejelasan daripada kedua pihak Nik Aziz dan Nasharudin kenapa insiden yang memalu dan menyesalkan itu boleh berlaku.


Apa yang diharapkan penjelasan mengenai isu akan dapat diselesai dengan baik secara Islam dan anak beranak. Kedua pihak diharap dapat meralatkan kesalahan masing-masing dan tidak berkeras atas ego dan kuasa yang ada. Kita percaya ianya dapat diselesaikan kerana keduanya sudah mukayyi!


Seperti mana juga mengenai isu unity goverment tadi jangan pula selepas perkara itu diselesaikan pada mesyuarat itu, ada pula kenyataan dan soksek dibelakang. Mereka yang cuba menangguk di air keruh dengan isu ini juga perlulah sedar tindakan mereka haram dan tidak menguntngkan sesiapa juga. Nik Aziz diharapnya konsensus yang dibuat dalam mesyuarat itu nanti jangan pula berubah bila sampai di Kota Darulnaiam!


Sama seperti natijah diambil selepas mesyuarat Pakatan tadi satu kenyataan bersama melibatkan Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am, Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung bersama Naib-Naib Presiden hendaklah dibuat. Biarlah kenyataan itu bersifat bai’ah (mubahalah) di mana sesiapa yang melanggarnya nanti akan menerima musibah seperti dipanah petir sekitar konsensus yang diambil itu dimungkiri. [d’ kota kl 6:00 pm 21/06/09]

3 comments:

  1. Mesyuarat AJK Pas Pusat, AJK yang tergolong dalam 10 MP tu harap2nya tak bukak cerita pelik2 lepas mesyuarat...

    ReplyDelete
  2. salam hormat !

    Pi mai pi mai tang tu-islam mengajar kita berpolitik bukan kita gunakan islam untuk berpolitik. Apa yang islam ajar? islam mengajar setiap orang mukmin supaya bertauhid dengan "innandi naim dalllah hil islam" (sesungguhnya agama disisi Allah ialah islam) dan "bertaqwalah kepada allah semampu mungkin" (Attikhobin : 16),terdapat banyak hujah hujah yang menyeru ummah kearah tersebut diantaranya sabda Rasulallah S.a.w yang berbunyi "sesungguhnya banyak orang (wali wali) dari umatku tidak akan masuk surga kerana semata mata banyak melakukan sembahyang atau banyak berpuasa, akan tetapi mereka banyak akan masuk surga kerana bersih hati, bersifat pemurah (bersedekah/menderma)saling kasih mengasihi.

    Maksud hadith ini tidaklah menunjukkan bahawa para wali itu kurang mengerjakan ibadat sembahyang serta melakukan lain lain amalan yang solih,akan tetapi sifat sifat mulia yang disifatkan nabi kepada mereka telah lebih dahulu mendekatkan diri mereka kepada Allah S.W.T dan lantaran itu keutamaan sifat sifat ini memberi kelebihan yang dipandang lebih mulia dari amalan amalan solih,sebab sifat sifat tersebut dari amalan zahir hati dan rahsia kebatinan (niat dihati)-maka hendaklah difikirkan betul betul!

    ReplyDelete
  3. Assalamu 'alaikum,

    Bukan mudah untuk menjadi seperti khalifah Umar Abdil Aziz: pemerintah dan serentak seorang wali Allah!

    Wallahulmusta'an.

    sangFaqir

    ReplyDelete