Wednesday, June 3, 2009

Jalan Ke Shah Alam

Mat Sabu Tokoh Demonstrasi
Bergerak Sendiri Bermodalkan
Track Record dan Air Liur


DALAM perebutan dan perang untuk menduduki takhta nombor dua dalam hirarki Pas, Mohamad Sabu (Mat Sabu) nampaknya bersendirian. Mat atau lebih mesra dengan panggilan Abang Mat ini tidak didominasikan oleh mana-mana puak. Dan dia juga tidak ‘mendempekkan’ dirinya dengan mana-mana kumpulan atau aliran yang menjadikan mainan media massa kini.

Mat mungkin tidak suka kalau dia dilebel dengan apa-apa aliran atau fahaman. Dia ada fahaman sendiri yang diyakini.

Mat bergerak atas kapasitinya sendiri. Tidak ada apa-apa machinery kempen untuknya. Tidak terdengar mana-mana kumpulan atau penyokongnya membentuk sekretariat gelap untuk kempennya. Mat juga tidak ada media yang bersimpati kepadanya. Mat berkempen dengan lidah dan mulutnya sendiri bermodalkan air liur.

Mat tidak banyak duit untuk memberi baksis kepada wartawan atau penulis-penulis blog liar dan pengecut. Mat menjadikan sejarah dan track record perjuangannya sebagai modal. Dia adalah calon under dog.

Dia bergerak seperti orang-orang Pas dulu bergerak, berjuang sambil berdakwah, dan berdakwah sambil berjuang. Mat bergerak bukan saja sebulan dua ini, tetapi lama sebelum ini, sejak lebih 25 tahun dulu lagi.

Ceruk rantau dan jerung mana yang Mat tidak pijak, semua tempat beliau pergi dan jelajahinya. Sebab itu Mat cukup popular, dikenali rakyat. Sebutlah nama Mat semua orang kena. Dari budak sampailah kepada orang tua bongkok tiga, semua kenal dan tahu sejarah kegigigan perjuangan Mat. Mat pernah dilebelkan sebagai ayam tambatan Pas oleh Utusan Malaysia. Gelaran itu menunjukkan kehebatan Mat dan kehambaannya kepada Pas yang menggerakan perjuangan Islam.

Seluruh bumi yang cuba hendak dipijak semula oleh komunis Chin Peng ini Mat sudah sampai. Mat ada di Kuala Kedah, Mat ada di Nenasi Johor, Mat ada di Pulau Tawar, Jerantut. Mat juga berada di Hulu Nerus, Terengganu. Mat juga di Rompin, ataupun di Batu Kikir Negeri Sembilan. Mat juga berada di Jeli. Pendeknya Mat berada di mana-mana saja atas muka bumi Malasysia ini.

Mat pegi bukan apa, kerana bercermah dan berdakwah. Memberi kesedaran kepada rakyat mengenai kesyumulan Islam. Menjelaskan kepada rakyat mengenai kebejatan UBN. Menjelaskan bahayanya fahama sekular yang dianutan UBN. Mat menceritakan mengenai kerakusan pemimpin UBN, kezaliman kerajaan UBN yang menekan dan menindas rakyat sepanjang masa!

Mat menceritakan tanpa selindung. Hasil dakwah dan penerangan Matlah maka rakyat membuka mata. Perlahan-lahan menolak dan membenci UBN. Hakikat ini tidak dapat ditolak oleh sesiapa pun. Siapa saja yang berada dalam barisan kepimpinan Pas hari ini kecuali Abdul Hadi Awang tidak dapat melawan kehebatan dan keulitan Mat.

Bukan itu saja Mat juga berani. Kerana keberanian dan kegigihan itulah Mat ditakuti oleh UBN sehingga Mat ditangkap di bawah Akta Keselmatan Dalam Negeri (ISA). Bukan sekali tetapi dua kali Mat direhatkan di bawah ISA. Kali pertama tahun 1984 – 1986 dan kali kedua pada 1987 – 1989. Penangkapan Mat di bawah ISA itu sudah cukup untuk membuktikan siapa Mat.

Bekas ahli Parlimen Kubang Kerian dan Kuala Kedah itu juga seorang ikhlas dalam perjuangan. Mat tidak pernah menuntut apa-apa keperluan hidup untuknya. Beliau dilantik menjadi lembaga pengarah satu agensi di Pulau Pinang, beliau tidak tahu pun berapa elaun yang diterimanya. Ini bermakna soal duit ringgit bukan perhitungan Mat. Bagi Mat kalau dia boleh memaki UBN sudah cukup sebagai gaji atau ganjaran untuknya dia sudah berpuas hati.

Dari segi ketahanan dan ujian, baik mental dan fizikal Mat teruji lebih dahsyart daripada yang lain-lain. Musuh Pas melakukan apa saja untuk membendung Mat. Semua dilakukan termasuk mengaibkan Mat. Kalau pun tidak pernah dilakukan mungkin hanya usaha untuk membunuh Mat. Mungkin melampau kalau dikatakan kesangsaraan dilalui Anwar Ibrahim juga turut sama dilalui oleh Mat.

Menilai laluan dan lenggang lengguk perjuangan Mat, sekiranya ia dijadikan ukuran dalam pemilihan ternyata Mat mengatasi semua calon lain.

Begitu juga kalau soal pengalaman menjadi keutamaan, Mat lebih berpengalaman dan sejarahnya mengenai perjuangan Pas dan Islam begitu luas. Demikian kalau hendak dihimpunkan keberanian dan kehebatan Mat, banyak. Tetapi paling menyerlah dan tidak terlawan sesiapa ialah dalam soal mengolahkan massa. Mat pandai dan mampu mengajak massa untuk berhimpun, berarak menuntut keadilan dan kebenaran.

Atas ketrampilan itulah tidak pelik kalau Mat digelarkan sebagai tokoh demonstrasi dan tokoh pernggerak nadi rakyat bawahan. Kerana itu Mat mengakui dia mempunyai kemampuan untuk mengelombangkan massa bagi menyokong perjuangan Pas bersama Abdul Hadi Awang.

Pun begitu ada yang mempertikaikan kualiti dan standard Mat. Mungkin dilihat kepada karektor dan juga luaran Mat yang kurang smart dan nampak kekampungan. Bagi saya ini tidak menjadi masalah.

Apa yang perlu dinilaikan ialah seketul darah yang ada dalam dada Mat itu. Mat mempunyai sekeping hati yang tulus dan ikhlas, bukan hipokrasi ataupun jauh sekali daripada berbuat sesuatu untuk mempopularkan diri. Ketulusan dan keikhlasan seseseorang pemimpin lebih penting dan afdal kepada rakyat apa lagi dalam konteks gerakan Pas yang bukan saja mengejar kuasa tetapi juga untuk mencapai keredhaan Allah. [wm.kl. 7:30 am 03/06/09]
<>

9 comments:

  1. Assalamu 'alaikum,

    Kalau Abg Mat boleh clear pandangannya terhadap akidah Syiah seperti TGNA clear, molek benar dah Abg Mat ni... Tapi untuk Tim Presiden jah la... Utk jawatan Presiden... saya lebih cenderung PAS guna kaedah Syura daripada Demokrasi.

    Harap PAS tidak lupa, walaupun PAS berenang dalam lautan demokrasi, tidak semestinya at-tadbir dalaman parti pun kena ikut demokrasi... wallahua'lam.

    sangFaqir

    ReplyDelete
  2. Dicadangkan pemilihan parti tidak menguna-pakai sistem demokrasi seratus-peratus. Maksudnya, pencalonan dibuat olen peringkat cawangan. Senarai nama yang dicalon perlu dilakukan proses saringan oleh panel bebas ala-ala majlis syura terdiri ulama dan profesional yang terzahir ketaqwaan mereka mengikut kriteria yang ketat. Pendek kata, dicalonkan secara demokrasi, disenarai-pendek secara syura.

    ReplyDelete
  3. ana setuju dengan kijang..kena tambah sikit..yang nak dipilih diperingkat tertinggi mestilah ada keupayaan yang mendalam tentang ilmu-ilmu islam yang teras, tauhid, fiqh-ususl fiqh-kaedah fiqh-fiqh dawlah-fiqh siyasah, bahasa arab, ulum hadith,ulum tafsir beserta ilmu-ilmu terkini-politik,sosiology,ekonomi dll...namun ilmu-ilmu islam mesti diutamakan..

    bersamalah kita erkasakan kepimpinan 'ulamak.

    ReplyDelete
  4. Inilah pejuang sebenar..saya mengikuti mat sabu sjak tahun 90an(agak lmbt tp agak awal utk benerasi sy)..dan dr segi penilaian sy, beliau sgt layak utk timbalan presiden. dgn kewarkan TGHH dan ketegasan Mat Sabu, satu gandingan mantap..dulu ceramah2nye disukai kerana kuat menghentam pemerintah BN.tp dia x pernah lupa utk menceritakn ttg sejarah islam..cerita ttg umat islam di palestin,iraq,sudan etc yg mana ramai pemimpin kita lupa utk terangkan kepada org bawah.kita berjuang bukan utk mendapatkan malaysia,kita berjuang utk islam sebenarnya..jadi, agak kurg kena kalo kita duk nk amik kerajaan tp lupa dgn nasib saudara2 seislam di seluruh dunia.

    kalo saya perwakilan,sy definitely pilih Mat Sabu..trus neutralizekan sume pihak dlm PAS.n sapa xsegan ngan mat sabu?angpa duk cerita br rs lokap bagai, mat sabu sume dah rasa.sekali mat sabu jerkah suma diam.. ni duk bertelagah kata aku ulama aku best,aku professional aku hebat..mat sabu jerkah diam sume nih..

    smoga beliau berjaya(wapon agak tipis kebarangkaliannya)

    ReplyDelete
  5. hAH,... ape le koman sangat org yg anti syiah ni.... Jgn salah paham... saya ni Sunni, tapi menyokong perpaduan umat Islam, baik dari sunni, baik dari syiah... Tok guru Hadi Awang pon ada gi Iran aritu untuk program ulama sedunia di sana... bersama2 nya ulama2 ulung sunni dan syiah... Tolong la, jgn jadi jumud... sokong perpaduan umat menentang musuh2 Islam... ALLAHUAKBAR!!!!

    ReplyDelete
  6. Saya sokong abe Mat Sabu. Pendapat saya, pemimpin bukan sahaja kena pandai dengan ilmu-ilmu Islam, tetapi kena juga seorang yang "bijak" serta ada karisma kepimpinan.
    Pandai lahir dari sistem pendidikan, bijak diasuh dari pengalaman hidup, manakala karisma kepimpinan wujud dari bakat memimpin organisasi dalam jangka-masa yang panjang.

    ReplyDelete
  7. Mad Sabu telah memberi sumbangan besar kepada kerja dakwah dan kempen PAS.
    Aktiviti belaiu merupakan satu kaedah yang membantu semua pihak emmahami dengan jelas perjuangan PAS.
    PAS berada di kedudukan sekarang kerana adanya pekerja yang kuat seperti Mad Sabu.

    ReplyDelete