Tutup Pintu Kepada Pemimpin Luar Tidak Bijaksana
PERTIKAIAN yang tidak ada kesudahan mengenai idea unity government tampaknya turut terheret sama ke dalam pilihan raya kecil Manik Urai. Keadaan ini menunjukkan perkara itu tidak dikecualikan menjadi isu pada pilihan raya berkenaan. Isu ini bukan dibawa oleh UBN tetapi Pas sendiri telah awal-awal lagi menariknya masuk ke Manik Urai. Pas seperti telah memberi modal kering tidak berbanyak kepada UBN dalam hal ini.
Apabila Timbalan Pengarah Pilihan raya Pas Kelantan, Nasir Daud, menjelaskan poster Pas pada pilihan raya itu tanpa gambar Abdul Hadi menggambarkan bahawa Pas Kelantan telah mengheret isu kerajaan perpaduan ke dalam pilihan raya itu.
Alasan yang diberikan Nasir, kenapa gambar Abdul Hadi tidak diperlukan kerana ianya strategi parti yang bertujuan mahu ‘melokalisasi’kan pilihan raya berkenaan. Maknanya Pas tidak mahu pilihan raya itu dilihat sebagai pilihan raya nasional yang mana tidak perlu membabitkan pemimpin di luar Kelantan. Iya hendak dikerjakan secara anak beranak di Kelantan saja.
Apa yang dapat difahamkan dengan tindakan itu ialah untuk tidak memberi ruang kepada Umno menimbulkan isu nasional dalam pilihan raya berkenaan. Kalau isu nasional ditimbulkan ia akan memerangkap Pas dalam isu yang berkecamukkan sekarang ini itu sehingga menyebabkan sesetengah pemimpin Pas kemabukan gadong.
Bagaimana pun bagi saya tindakan Nasir Daud yang saya percaya atas persetujuan beberapa orang Pas Kelantan itu kurang bijak dan wajar difikirkan sama ada beliau terus memegang jawatan itu ataupun tidak. Apa yang dinamakan strategi itu kurang tepat dan bakal memberi modal kepada pihak lawan. Yang jelasnya tindakan itu akan ditafsirkan oleh orang luar sebagai Kelantan mempunyai sentimen kenegerian (assobiyah) yang tinggi. Ini tidak sepatutnya berlaku dalam era sekarang ini dan bertentangan dengan semangat Pas diperingkat nasional yang sudah sedia menerima semua etnik tanpa mengira agama dalam parti itu. Bahkan apa yang dipraktikan Nasir itu sebagai kontras dengan naluri dan nafsu Pas masa kini.
Sudah pasti tanpa gambar Abdul Hadi itu ia memberi isu percuma kepada UBN. UBN akan mengeksplotasikan nanti sebagai Pas benar-benar bergomol sesama sendiri. Bahawa Nik Aziz dengan Abdul Hadi sudah tidak ngam sampai gambar pun tidak boleh duduk sekali. Gambaran ini satu keadaan yang cukup memilukan.
Mungkin bagi Abdul Hadi tidak mengapa kalau gambarnya tidak dicetak pada poster pilihan raya berkenaan. Baginya yang penting natijah kepada keputusan pilihan raya itu berpihak kepada Pas. Saya yakin Abdul Hadi tidak akan menangis kalau gambarnya tidak ada. Dan beliau rela merendah diri demi Pas. Malahan kalau beliau tidak merasakan perlu datang juga menyenangkanya kerana beliau tidak payah bertungkus lumus pada pilihan raya itu.
Tetapi apakah Pas Kelantan melupai bahawa beliau adalah presiden Pas yang perlu bertanggungjawab kepada partinya. Tidak sewajarnya dalam hal ini Pas Kelantan mengadakan keputusan, atau pun mengatur strategi terpisah dengan Pas pusat apa lagi melibatkan presiden parti. Selain daripada itu sejauh manakah pengundi di Manik Urai akan turut terhidar dengan isu di luar lokalitinya?
Selain gambar Abdul Hadi tidak akan dicetak dalam poster Pas, terdengar juga cakap-cakap beberapa pemimpin tertentu tidak dibenarkan berkempen pada pilhan raya berkenaan. Larangan ini dikhususkan bukan kepada pemimpin bukan beragama Islam, tetapi terhadap pemimpin yang menerima idea kerajaan perpaduan ummah! Sekali lagi saya merasakan arahan ini kurang bijak dan anih dan Pas telah memberi modal kering tanpa berbayar kepada UBN.
Sudah pasti tanpa kehadiran sebahagian pemimpin itu nanti ianya akan dieksploitasikan oleh UBN bagi mengesahkan Pas sudah berpecah dua. Isu ini mungkin dapat difahami oleh para fanatik Pas di Manik Urai dan mereka tidak kisah dengan hal itu. Tetapi bagaimana dengan pengundi atas pagar dan mereka yang dapat menilai keadaan semasa dan membaca kilau dalam kilat yang menyambar Pas kini?
Ini cukup bahaya dan memberi kesan tidak baik. Pengundi yang tahu berfikir dan menilai tidak akan bersedia memberi undi kepada parti yang bermasalah kerana akhirnya merugikan mereka sendiri.
Sekali lagi bagi saya tindakan dan strategi ini kurang bijak dan mundur ke belakang. Walaupun Pas Kelantan boleh menghadapi sendiri pilihan raya itu dengan kemampuan dari segi memiliki penceramah hebat, tukang kempen dan duit yang banyak, tetapi dari segi semangat dan kerjasama (ukhwah) ia tidak menampakkan Pas dalam keadaan seutuhnya.
Cara dan tindakan itu lebih mempamirkan Pas sebagai berpecah. Apakah tektik dan ilham untuk berbuat demikian kerana ada pihak tertentu dalam Pas mahu Pas kalah dalam pilhan raya itu sebagai satu mesej dan ingin mengajar pihak tertentu?
Harus diingat mereka yang dilarang berkempen atau memasuki ke kawasan itu akan berkecil hati dan merasakan mereka tidak diperlukan. Pas Kelantan atau orang tertentu kena ingat mereka juga ada mempunyai kekuatan dan pengaruh tersendiri. Kalau pun tidak banyak, namun seorang dua mereka tetap ada penyokong peribadi yang mengikut katanya.
Dalam pilihan raya semua pihak diperlukan, baik yang buta, tepak, tuli atau bisu. Tidak kira siapa yang ingin memberi sumbangan dialu-alukan. Dalam konteks ini Pas Kelantan jangan merasa begitu ego dan angkuh dengan apa yang ada. Mereka juga kena ingat, mungkin orang-orang tertentu tidak diperlukan pada masa ini, tetapi masa depan mungkin tenaga mereka diperlukan. Ingatlah perjalanan politik dan perjuangan ini masih jauh dan menghadapi seribu kemungkinan yang sukar ditebak.
Sebaik-baiknya kalau Pas tidak sukakan kepada Abdul Hadi atau sesiapa saja pemimpin dari negeri lain daripada mendatangi Manik Urai, jangan disebut-sebutkan perkara itu. Simpan dalam hati dan mintalah atau buatlah larangan itu secara senyap dan bukannya secara terbuka yang boleh menyebabkan mereka terkilan dan berasa hati.
Saya sangat berharap soal larangan dan poster ini diselesaikan dengan baik dan ia bukan keputusan Pas Kelantan secara mutlak melainkan pandangan peribadi Timbalan Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan yang dibuat atas perasaan dan tujuan tertentu di mana hanya dia saja yang tahu. [wm.kl 9:50 am 19/06/09]
introducing new UMNO in the making, PAS~~~.. pecah pecah pecah! team A,team B..aku duk bawah buat keje satu hape pon xlayan..ape brang layan budak wat keje bawah..kata da ade jawatan..aku dah sampai tahap kecewa giler.. pls MSO, pls.. bawakan aku berita gembira..
ReplyDeletei'm about to strip down my tok guru sticker at my car.. tok guru ku xpatut camni..
Thanks Allh, for giving us the chance to feel the winning.now i know why u dont give us lonng time ago..this is why You called ust Fadzil Noor first before he taste this feeling.. have a happy life there,ustaz..al-fatihah..
Suasana ribut dalam cawan kebelakangan ini saya dapat namakan sebagai usaha "MENGKELANTANKAN PAS".
ReplyDeleteSaya rasa MSO cukup nampak apa yang saya sebutkan ini. Tegurlah sebahagian pimpinan Kelantan yang mahukan Pas itu bergerak sebagaimana mereka menangani masalah politik di kelantan.
Kelantan senanglah, kawasan melayu ramai yang undi Pas. Tapi di Selangor, Penang, Perak, Terangganu, Pahang dan serata malaysia yang lain macam mana?
Sesetengah pemimpin Kelantan cukup sempit untuk melihat keperluan politik negara ini.
Maaf kerana seolah-olah bersikap kenegerian, tetapi itu pembacaan saya.
MSO,
ReplyDeletekamu apa peduli.PAS nak lingkup kah,PAS nak berjayakah,itu bukan hak kau.Hak kau adalah hantam,hantam,hantam terus hantam.Sejak muktahir ini,bagi kau,tiada yang baik tentang PAS.Sekurang kurangnya bila PAS jadi begini,tentu banyak modal yang kau nak tulis.Yang aku nampak,kau tak pernah kisah apa jadi dalam PAS,yang penting kau ada cerita nak tulis.
Saya setuju dengan komen pilihan oleh MIZI yang MSO tulis tu.
ReplyDeleteTapi masalah besar ni, bukan masalah ahli tak hormat pemilihan.
Tapi Mursyidul Am sendiri yang bersangka buruk dengan sahabat separti.
Seseorang itu, sekarang ini benar-benar bebas untuk membuat percaturan.
salam pak mso ini bukti presiden dan timbalan presiden di pinggirkan... ini jadual ceramah yang di sediakan di kelantan. web rasmi pilihanraya manik urai:
ReplyDeletehttp://prkn41.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=49&Itemid=63
salam pak mso,
ReplyDeleteNampaknya makin ramai yng berfikiran tidak betul dan mengikut nafsu semata-mata,saya merasakan betapa amat sedihnya jemaah islam yang di pengeruhi nafsu,bukanya UMNO yang berpesta tetapi SYAITAN lebih dari itu(maaf jika kasar,sbb tgna pun kasar jgk).
saya mat bersetuju dgn'Khalif13'mengapa pimpinan kelantan begitu 'punoh'sekali pemikiran sehingga mengeluarkan keyataan yang saya katakan amat 'BIADAP' terhadap jemaah PAS itu sendiri,Apkah Kelantan sudah dianggap bijak main politik sehinggakan orang lain semuanya bodoh belaka dan orang lain tak layak untuk menyumbangkan tenaga demi kemenangan,Apakah kita akan mengikut kehendak kelab penyokong PAS yang menyatakan prkara ini,Baru saja bertenggek sudah perangai macam-macam.......satu lagi kebodohan pas kelantan kalau ianya betul2 terjadi....umnobn sekali lagi berpesta..
KENAPA..poster priseden tidak dibenarkan bersama-sama dengan tgna serta calun bergantungan di manik urai?inilah politik sempit segolongan pimpinan PAS kelantan,saya BOLEH katakan ini semua adalah keran tidak dapat menerim kekalahan calon kelantan(tim.presiden)dan agenda jahat harap dapat membuka mata semua penyokong yang sangat TASKUB INI.
amat CELAKA LAH mereka-mereka yang merosakan pemikiran TGNA sehingakan polimik ini bertambah buruk
salam. Ya Allah lindungilah parti islam dari dicelarukan oleh semangat asobiyah yang melampau. Amin
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteapakah semua ini petanda pas mengalami krisis kepimpinan atau pas akan terkubur sebelum mereka menguburkan umno?
PAS kelantan agak keterlaluan, pas kelantan harus sedar bahawa kelantan belum diuji maksimanya.
ReplyDeleteKelantan boleh kembali kepada BN jika tengku razaleigh pm malaysia.