Ternyata Apa Yang Diramalkan Benar!
AHAD lepas saya telah membayangkan seorang tokoh MIC akan mengikut jejak bekas Naib Presiden MCA, Chua Jui Meng untuk menyertai PKR. Saya membayangkan tokoh MIC itu akan berbuat demikian selepas kongres parti berkenaan, paling lewat.
Apabila saya melepaskan posting mengenai kemungkinan itu ramai juga yang jeling dan jeler kepada saya. Mereka tidak percaya dan menuduh saya kreat cerita, termasuk juga sesetengah ahli PKR sendiri.
Beberapa komen masuk dan turut menempelak saya. Tetapi saya tidak lepaskan kerana kritikan berbentuk emosional dan pengomen itu tidak mampu menjangkau pelangi politik Malaysia.
Namun hari ini apa yang saya bayangkan telah mejadi kenyataan. Tokoh MIC itu nampaknya tidak menunggu lama terus membuat keputusan sebelum kongres partinya. Tokoh yang dimaksudkan itu ialah Naib Presiden MIC, SS Subramaniam.
Subramanian menjadi naib presiden MIC selama 20 tahun dan juga bekas anggota Parlimen Segambut. Beliau juga merupakan tokoh kanan MIC penting di Kuala Lumpur dan Selangor. Ekoran penyertaannya itu lebih 10 cawangan MIC dibubarkan melibatkan keahlian seramai 1,700.
Pengumuman kemasukan SS Subaramanim ke dalam PKR itu diumumkan oleh Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dalam satu majlis khas di Kampung Medan petang ini.
Dengan kemasukan tokoh kanan MIC itu , PKR terus mendapat semangat dan kekuatan baru. Secara tidak langsung juga penghijrahan Subramaniam itu memberi pukulan kepada MIC terutama s Samy Vellu yang semakin tidak popular di kalangan masyarakat India negara ini.
Apakah dalam masa terdekat ini PKR akan menerima seorang lagi tokoh politik berkelas negawaran? Jikalah negawaran terbilang ini yang dibuang oleh Umno menyertai PKR jawabnya UBN semakin goyah dan goyah. Selamat berjuang kepada Subramaniam dan kita menunggu perkembangan seterusnya. [wm.kl. 7:05 am 25/07/09]
Harapnya kemasukan ramai ahli BN ke PR tidak menjadikan PR sebagai 2nd BN.
ReplyDeleteTuan,
ReplyDeletetiadalah yang lebih membahagiakan bila melihat Negarawan tersebut (Tengku Razaleigh) masuk ke dalam pakatan rakyat, moga Allah terus memberkati perjuangan rakyat yang dizalimi selama 50 tahun. amin.
~ Rakyat terzalimi.
Bermula PRK Bukit Selambau telah 4 orang tokoh dipenghujung usia telah menyertai PKR.Sebelum masuknya SS Subramaniam, PKR telah menjadi pilihan bekas Naib Presiden PPP,bekas Menteri dari UMNO dan bekas calun presiden MCA.Memandangkan kesemuanya dalam usia persaraan adalah diharapkan nawaitu kemasukan mereka semata mata bertujuan memberi sokongan moral pada Anwar-PKR dan tidak mempunyai ajenda tersendiri dan tersembunyi.
ReplyDeletesaya melihat perkembangan ini adalah sesuatu yang menyedihkan. menyedihkan bagi umat melayu.mungkin ramai yang berpendapat saya adalah racist kerana pandangan saya ini. maaf saya bukan racist.
ReplyDeletesecara peribadi saya tidak yakin dengan konsep parti pelbagai kaum. parti pelbagai kaum umpama bom jangka yang akan meletup pada bila2 masa. jika kita di dalam satu parti yang satu bangsa dan satu agama pun boleh bercakaran antara satu sama lain, adakah kita yakin dengan parti pelbagai kaum. adakah kita yakin PKR akan terus didominasi melayu? adakah PKR tidak akan menjadi parti 'bunga padi'?
ramai antara kita yang telah termakan dengan konsep Malaysia Baru. tetapi beringatlah tentang nasib bangsa melayu. saya bimbang jika kita sahaja yang pentingkan bangsa Malaysia tetapi org lain tidak begitu.
saya hanya berpesan agar kita yang masih mundur tidak terus ditekan dan tertekan.
saya menjemput saudara semua agar adakan lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang dan lihatlah nasib melayu di negeri bekas PM dan mungkin bakal PM. lihatlah sendiri... (jangan percaya cakap org, nilaikanlah sendiri)
2 kali 5 kena rasional dalam menilai sesuatu isu dan tidak emosional.Lihatlah sejarah dulu,mana mungkin melayu Pulau Pinang tidak terkehadapan disebabkan oleh Pakatan Rakyat walhal Pakatan Rakyat memerintah tidak sampai pun 2 tahun sedangkan Barisan Nasional memerintah Malaysia lebih 50 tahun.
ReplyDeleteMustahil tidak dapat dilakukan sesuatu untuk meningkat taraf hidup orang Melayu jika Barisan Nasional betul betul hendak menolong orang Melayu.Adalah tidak masuk akal selepas hilang kuasa baru berfikir hendak menolong orang Melayu.
Negeri negeri Pantai timur jauh tertinggal dibelakang dari segi pembangunan prasarana terutamanya Negeri Kelantan disebabkan politik balas dendam Barisan Nasional.
Oleh itu tidak salah kita berubah untuk mencari sesuatu yang lebih baik setelah lebih 50 tahun kita berada dibawah Barisan Nasional.