SAYA tidak dapat pastikan, (kerana belum menghubungi Zaid Ibrahim) apakah pelawaan terbuka Zaid kepada Tengku Razaleigh Hamzah menerusi blognya itu sama ada sesudah dia berbincang atau tidak mengenai perkara itu dengan Tengku Razaleigh. Ataupun pelawaan itu hanya iseng-isengan Zaid sahaja kerana melihat ada perkembangan yang meruangkan untuk bekas Menteri Kewangan itu dalam PKR.
Setelah Zaid berada di dalam, mengenali suasana, ruang dan potensi PKR, maka Zaid merasakan sesuai untuk Tengku Razaleigh (foto) menyertainya bagi meneruskan perjuangan anak raja itu untuk membela rakyat dan negara. Apakah begitu?
Setahu saya Zaid sangat baik dengan Tengku Razaleigh dan antara pemimpin negara (Umno) yang dihormati. Keintiman dan kekaguman Zaid kepada Tengku Razaleigh jelas apabila beliau memilih Tengku Razaleigh untuk memberi kata pengantara dalam buku terbarunya, Aku Juga Melayu. Peluang yang diberikan Zaid itu adalah satu penghormatan buat Tengku Razaleigh.
Atas keyakinan tidak ada angin masakan pokok bergoyang, saya yakin naluri Zaid terbuka untuk mengajak Tengku Razaleigh kerana beliau melihat sesuatu yang baik dan menarik dalam senerio politik hari ini. Mungkin Zaid mengira Tengku Razaleigh memiliki ruang baik dalam PKR. Di samping kesediaan Tengku Razaleigh menyambut pelawaan itu akan memberi kekuatan dan menambahkan semangat kepada PKR dalam mengepalai kerajaan baru selepas pilihan raya umum ke -13 kelak, atau lebih awal dari itu.
Bila menganalisa pelawaan Zaid itu sudah tentu beliau membuat pelawaan itu berasaskan kepada dua keadaan atau faktor. Pertama, potensi PKR itu sendiri yang berkerjsama dengan DAP dan Pas serta politik liberalnya sesuai dengan Tengku Razaleigh. Kedua, ialah melihat kepada sekitaran diri Tengku Razaleigh sebagai seorang politik yang kini seakan terbiar dan dibiarkan oleh Umno.
Yang jelasnya kini pelawaan Zaid ke atas Tengku Razaleigh itu dibimbangi oleh para pemimpin Umno. Sudah ada yang bersuara untuk memancung pelawaan Zaid itu dengan memuja-muji Tengku Razaleigh sebagai tokoh hebat dan dalam masa sama kononnya tindakan Zaid itu sebagai cuba merendah-rendahkan wibawa Tengku Razaleigh. Pemimpin Umno sudah mula memainkan emosi Tengku Razaleigh.
Tindakan ini tidak lebih daripada ingin mematikan cadangan berkenaan. Ini menggambarkan Umno yang kini sedang terbaring kesakitan akan lebih sakit sekiranya tokoh besar seperti Tengku Razaleigh itu juga meninggalkan parti itu apa lagi kalau alasannya kerana ketidakyakinan pembaharuan yang hendak dilalukan Najib Razak.
Dunia umum mengetahui Tengku Razaleigh ada kelebihan dan keistimewaanya sendiri yang jarang dimiliki oleh tokoh sebaya dengannya. Mungkin dia tidak berguna kepada Umno yang dikuasai mereka yang pelahap kuasa, tetapi Tengku Razaleigh masih disukai dan terus dinilai oleh mereka di luar Umno. Mereka yang mempunyai akal, tahu menilai keupayaan, pengalaman dan intergriti seseorang tetap menganggap Tengku Razaleigh sebagai pemimpin politik yang bersih, tidak korup dan tidak pernah melalukan penyalahgunaan kuasa dan kedudukan.
Rekod-rekod perkhidmatan dan perjuangannya masih segar dalam ingatan rakyat. Yang nyata dan jelas Tengku Razaleigh lebih putih dan bersih waima berbanding Dr Mahathir Mohamad sekalipun.
Mungkin juga kerana Zaid melihat aset atau keistimewaan Tengku Razaleigh yang inilah, manakala Umno pula tidak menghormatinya membuatkan Zaid rasa terpanggil untuk mempelawa dan memanfaatkan ketokohan Tengku Razaleigh. Bagi Zaid adalah terlalu sayang kalau aset atau modal kepimpinan Tengku Razaleigh dibiarkan mereput begitu saja.
Lebih jauh dari itu pelawaan Zaid tersebut juga mungkin menyedari masalah dihadapi oleh penasihat PKR, Anwar Ibrahim kini yang berhadapan dengan perbicaraan. Sebagai seorang peguam profesional mungkin Zaid dapat membaca apakah keputusan mahkamah dan hukuman yang bakal dijatuhkan ke atas Anwar.
Atau Zaid sudah mengira kemungkinan Anwar akan dihantar ke penjara sekali dalam usaha jahat UBN untuk mastikan momentum kebangkitan rakyat yang melata hari ini terhenti. Justeru kalau itu berlaku ini bermakna perjuangan yang sedang mara kini akan ghuyup. Keadaan atau bayangan inilah barangkali menyebabkan Zaid memanggil Tengku Razaleigh untuk menjadi penjulang panji Pakatan Rakyat yang bakal terluruh dari tangan Anwar.
Bukan sembarangan tokoh untuk memimpin Pakatan Rakyat yang mempunyai berbagai ideologi itu. Ia memerlukan pemimpin yang bukan saja pandai berpidato, membaca Quran atau hadith, tetapi yang ada track record, yang mempunyai tahap kesabaran dan diplomasi yang tinggi serta diterima oleh semua ethnik.
Ciri-ciri ini ada kepada diri Tengku Razaleigh. Pembawaan politiknya yang sedarhana, ramah berbudi, tawaduk disenangi oleh semua pihak. DAP boleh terima, Pas juga boleh menerimanya. Bukti Pas dapat menerimanya apabila seorang bekas pemimpin kanan Pas beriya-iya memujuk dan mengajak Tengku Razaleigh agar menyertai parti berkenaan. Apakah ajakan itu seikhlasn Zaid atau hanya untuk memastikan Kelantan selamat, walah'hualam!
Seperti dikatakan tadi saya tidak pasti apakah sudah ada rintisan awal antara Zaid dengan Tengku Razaleigh atau wakilnya sebelum agenda – kemasukan Tengku Razaleigh ke dalam PKR itu dibuka. Jika diikutkan nasab politik saya pasti rundingan awala sudah berlaku? Sekiranya tidak ada petunjuk atau reaksi tidak mungkin Zaid membuat pelawaan itu terhadap tokoh yang dihormatinya.
Apapun saya yakin banyak pihak berharap dan mengalu-alukan kedatangan Tengku Razaleigh di sebelah sini. Undangan dibuat Zaid itu kena pada masa dan tepat pada keadaanya.
Justeru bagi Tengku Razaleigh pelawaan itu rasanya tidak perlu dilihat sebagai satu usikan dan gurauan politik di amabng Maghrib. Elok baginya menerima pelawaan itu sebagai satu perkara yang serius. Dan sebagai seorang yang mempunya iltizam yang tinggi terhadap bangsa dan negara, saya tidak mengira Tengku Razaleigh hanya mahu puas hati kalau setakat hanya akan dikatakan sang setia kepada Umno saja sedangkan Umno tidak mempedulikannya. [wm.kl. 6:30 am 22/07/09]
Salam hormat !
ReplyDeleteDimana mana pun ada berlaku melibatkan seseorang tokoh yang dikatakan berwibawa namun terpinggir dari persada politik (akar umbi),sama ada situasi terbiar sebegini menjadi pilihan dia sendiri atau disebabkan orang lain menyebabkan beliau kecewa lalu membawa diri tidaklah dapat pastikan dengan tepat.Walau bagaimana pun dari riak diair menunjukkan beliau sudah merasa ter"keduh" hati kerana dek satu krisis pertembungan perebutan jawatan,dalam saat yang kritikal itu tidak ada pula yang mahu tampil membela akan dirinya walaupun permasaallahannya itu telah dimajukan kepada peringkat kepimpinanan,katanya.Kerana tidak ada yang ingin menjadi hakim atau sebagai orang tengah untuk mendamaikan pertelingkahan tersebut makanya itulah sebab agaknya beliau mengasingkan diri jamaah walhal pada telikan saya secara peribadi beliau sangat berpotensi untuk memimpim malah pernah jadi pemimpin diperingkat akar umbi.Diatas komitmen yang ditunjukkan kepada perjuangan maka ramai memanggilnya dengan gelaran nama" pok Mat songgok"(disebabkan diatas kepalanya sentiasa tidak lekang dengan pakaian songgok/melayu).Malah beliau pernah diberi pingat kebesaran negeri dengan gelaran P.J.K. Tapi sayang beliau kini menyendiri.......
Nama nama besar sepertinya amat diperlukan didalam sesebuah parti, soal batasan umur rasanya belum sampai ketahap maghrib lagi,tetapi dek kerana "position" (kerusinya) menjadi rebutan lalu ianya terbiar dan dibiar menjadi mangsa keadaan.......jadi beginikah caranya yang dikatakan satu perjuangan "islam" yang kita mahu warisi atau tunjukkan contoh tauladan kepada generasi muda atau pelapis pada masa akan datang?.......jesteru itu fikir betul betul !
Jika Anwar direhatkan lagi, ertinya tidak ada juga tokoh daripada Pas yang dapat mengepalai PR menggantinan Anwar? Ini bererti dasar Islam tidak menjadi paksi PR kerana dasar Islam itu ada pada Pas bukan PKR.
ReplyDelete