Friday, July 31, 2009

Ole-Ole Medan 1

Sedikit Kisah Monahara Odelia Pinot

KISAH si pragawati, Monahara Odelia Pinot, 17 yang melarikan diri dari suami Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Mohamad Fakhry Sultan Ismail Petra bukan saja setakat menjadi kisah kesukaan remaja perempuan yang suka mengikuti kisah-kisah atau gosip perkahwinan artis dan orang-orang kenamaan, tetapi ia sudah menjadi kisah yang merakyatkan di Indonesia. Hampir seluruh rakyat Indonesia bejumlah lebih 238 juta yang celik huruf tahu mengenai kisah itu.
Kisah Monahara itu benar-benar dikomerselaiskan di Indonesia. Ia bukan dilihat satu balada malang bagi dua insan yang perlu diberi simpati, tetapi dijadikan modal untuk mencari rezeki oleh pihak tertentu.
Kalau sebelum ini ibu Monaharat, Daisy Fajarina dikatakan memperalatkan anaknya untuk menyelesaikan masalah peribadinya termasuk hutang bernilai jutaan ringgit, tetapi kini ia sudah berjangkit kepada paa kapatilis di Indonesia yang sentiasa terjeler lidah kelaparan.

Status yang diberikan kepada Monahara sebagai 100 pragawati tercantik di Jakarta menyebabkan beliau mudah menjadi perhatian. Keadaan ini tentulah ditambah dengan kedudukan bekas suaminya Tengku Fahkry sebagai kerabat di raja (pangeran) di Malaysia.
Pengeskplotasian ini bukan saja tentang kisah perkahwinan singkat itu, tetapi Monahara juga kini sedia tampil menjadikan dirinya sebagai modal kepada para kapatalis untuk dikomerselaiskan semahunnya. Tindakan Monahara itu tentulah menyeronokkan para kapatalis kerana mereka mendapat modal baru.

Tidak diketahui kenapa Monahara rela berbuat begitu atas kehendak hatinya sendiri ataupun kerana permainan ibunya. Atau pun apakah kerana terdesak untuk meneruskan kehidupannya, maka mereka anak beranak akan sedia melakukan apa saja walupun menjatuhkan martabat diri?
Di sini rasanya mustahil kalau Monahara berbuat begitu kerana kekurangan wang, kerana banyak juga wang Tengku Fakhry katanya dibolo menerusi ibunya. Apakah Monahara menjadi alat dan mangsa kepada ibunya sendiri?

Yang mengambil kesempatan ke atas Monahara bukan saja kapatalis dalam media cetak yang meyiarkan dan mensensasikan kisah perkahwinan dan perceraian itu seluasnya di dalam akhbar dan majalah tetapi ia juga terbawa ke dalam televisyen. Rangkaian telivesyen RCTI misalnya telah menyiarkan diari (Sitcon) kehidupan Monahara setiap hari pada Isnin - Sabtu jam 6:00 petang. Tidak cukup itu tv berkenaan siap mengadakan promosi sepanjang hari dengan meletakkan gambar Monohara di kaca tv dan diadakan kuiz mengenai perihal diri Monahara yang digambarkan sebagai diseksa itu.

Di sebatang jalan utama di kota Medan satu papantanda besar mempromosikan rancangan itu dipasang. Melihat kepada bentuk papan tanda itu tentulah harganya mahal mencecah puluhan ribu. Tentu juga papan tanda itu bukan hanya dipasang di Medan tetapi dibandar-bandar lain juga di seluruh Indonesia.

Bayangkan berapa wang yang dikaut oleh syaikat televisyen berkenaan. Kalau papan tanda gergasi begitu boleh dipasang pastilah incomenya mencecah puluhan jutaan ringgit.

Nampaknya kisah perkahwinan singkat Monahara dan Fakhry itu telah memberi keuntungan besar kepada para kapatlis Indonesia dan juga sumber kehidupan baru kepada Monahara sendiri yang menjadi pelakun. Memang kapatalis ini tidak penah memikirkan soal dan perasaan orang lain. Apa yang mereka pentingkan ialah wang dan wang.

Dalam sebuah akhabr terbitan Medan, Ahad lalu terdapat satu rencana menceritakan mengenai sebuah syarkat filem di Indonesia akan membuat filem berhubung pekahwinan Monahara dan Fakhry itu. Menuut rencana itu filem berjudul "Phara Cinta Sang Pangeran" itu akan memulakan penggambarannya pada Ogos depan. Antara tmpat yang akan menjadi lokasi penggambaran ialah di Malaysia. Rencana itu ada menyebut tempat di Malaysia ialah di bumi kelahiran Fakhry (Kelantan).

Paling merujakan saya apabila membaca rencana itu, ia tuut memberi gambaran Tengku Fakhry juga akan dilibatkan sama dengan penebitan flem berkenaan. Katanya, pihak Fahkry sudah dihubungi dan menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama dalam pembikinan filem berkenaan.
Kalaulah laporan menerusi rencana itu satu kebenaran ia sesuatu yang menngilankan. Rasanya tidak perlu kalau Fakhry ikut sama terlibat dalam pembikinan flem berkenaan. samada sebagai apa sekalipun tidak elok kalau Fakhry terlibat. Penglibatan itu akan menimbulkan persepsi yang Fakhry juga terikut-ikut dengan dengan bekas isterinya untuk mendapat keuntungan murahan.

Hendaknya para penasihat dan rakan korib Fahkry memikir soal ini dan jangan mudah terpedaya dengan eksplotasi para kapatilis yang tidak pernah mengenal hati dan perasaan orang lain. Biarlah setakat Monohara dan ibunya sahaja memperdagangkan diri dan kisah hidup mereka untuk memenuhi kebutuhan seharinya mereka. Kita masih ada maruah dan sumber lain untuk meneruskan kehidupan. Usah mudah mengangkat bendera putih dalam hidup![wm.kl.7:05 am 31/07/09]

1 comment:

  1. salam hormat!

    bercakap pasal filem,maka teringat saya pada tahun lewat 70an, terdapat sebuah filem Indonesia bertajuk 'akhir sebuah impian" lakonan Brory marantika dan Benjamin S(jika tidak silap saya) Amat hebat dan begitu menyentuh hati kerana tatkala itu mengaitkan kegagalan ramai anak muda muda melayu untuk melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi, juga mengambarkan jalan cerita cerita filem dahulu begitu menanam sifat sifat kasih sayang sesama insan (seorang gadis cacat penglihatan) dengan tidak meletakkan kepentingan tarikan material semata mata dan amat berlainan sekali sebagaimana dengan dunia filem ataupun drama drama dari indon pada saat dewasa ini yang sudah tidak ada tarikan kearah itu sebaliknya sanggup menjadi "mata cukur" bagi mencapai hasrat kotor dihati ....jadi fikir fikirkan !

    ReplyDelete