SEBAHAGIAN besar perserta himpunan dan perarakan rakyat membantah ISA mungkin sudah selamat sampai di rumah masing-masing. Masing-masing balik membawa cerita dan kenangan tersendiri. Yang terkena semburan, dipukul polis merasa seronok dan megah bercerita dengan kawan-kawan.
Bengkak dan luka dijadikan bukti perjuangan untuk mendapat keadilan. Darah yang mengalir di medan himpunan akan menjadi saksi di Mahsyar besok! Dan mereka ini akan datang lagi bagaikan burung hereng untuk meratah bangkai kezaliman disediakan UBN.
Himpunan itu sudah berakhir. Natijahnya, 589 orang ditangkap. Dari jumlah itu sebanyak 40 orang wanita. Seramai 44 orang remaja bawah umur. Manakala tujuh pelajar IPTA turut sama digiring. Nampaknya angka mereka yang berani dan sanggup ditangkap polis meningkat berbanding siri-siri tunjuk perasaan yang lalu. Syabas!
Apakah ini menunjukan kejayaan Hishamuddin Hussein selaku Menteri Dalam Negeri yang berjaya menjadikan polis lebih berani, lebih zalim dan lebih tidak bertimbang rasa?
Dengan penangkapan remaja bawah umur dan pelajar IPTA menunjukkan semangat rakyat untuk menumbangkan UBN sudah melata ke akar umbi. Ia tidak boleh dihalang dan disekat dengan ancaman dan kata-kata lagi. Kesediaan mereka menanggung risiko itu menjelaskan mereka tidak gentar dengan amara, ugutan dan risiko yang bakal diterimanya.
Bagaimana pun pengkapan pelajar itu tentu merungsingkan ibubapa mereka. Ibu bapa yang mengharapkan kesuksesan anak-anak di IPTA mungkin terkilan dengan apa yang berlaku. Lainlah kalau kedua ibu bapa mereka turut sama berhimpun dan berarak. Menteri Pengajian Tinggi, Khalid Nordin sudah memberi amran keras tidak akan bertolak ansor dengan pelajar yang terlibat dengan himpunan itu. Mereka akan dikenakan hukuman keras.
Wajarkah mereka dikenakan tindakan? Mungkin Khalid boleh fikir semula dan ugutan itu sekadar gertak saja. Kalau mereka ditahan atau dikenakan tindakan yang ruginya orang Melayu juga. Pasti ketujuh-tujuh pelajar itu orang Melayu yang asalnya dari kampung. Jarang sekali pelajar dari bandar dan keturunan Cina atau India menyertainya. Mereka biasanya berhati-hati dan tidak suka mencampuri urusan politik yang dikira cara begitu tidak bijak dan profesional. Selalunya begitulah.
Barangkali GMI atau parti Pakatan Rakyat boleh bela mereka kalau mereka dikenakan tindakan nanti. Misalnya ditahan dan memerlukan jaminan, parti Pakatan boleh tolong membayar wang jaminannya.
Atau kalau mereka takdir dipecat Pakatan dan GMI boleh bayar yuran persekolahan mereka di IPTA swasta. GMI kena bertanggungjawab atas apa yang berlaku kerana mereka adalah tuan kerjanya dan mereka turun kerana terpanggil dengan seruan menuntut keadilan dan kebenaran.
Dikira dari sasaran awal himpunan tidak itu mencapai sasaran. Target untuk menghimpunkan 100 ribu tidak kessampaian bila mana hanya suku dari jumlah itu saja yang berhimpun. Mereka yang waras tidak mudah menerima angka yang diberikan oleh Ketua Pemuda Pas, Nasarudin Hassan. Menurutnya himpunan itu disertai 80,000 orang. Itu angka politik. Manakala menurut Anwar Ibrahim pula himpunan berjaya mencapai 100,000 orang. Itu juga perkiraan politik lebih besar.
Begitu pun angka yang diberikan media seperti Utusan Malaysia makin tidak boleh dipercayai dan mengarut. Utusan menganggarkan hanya lima ribu sahaja yang hadir. Jelas angka itu diberikan oleh wartawan atau editor yang buta huruf tidak tahu menghitung dan dibuat atas rasa kebencian melampau kepada Pakatan Rakyat.
Tidak kira berapa bilangannya yang sebenar. Yang pentingnya himpunan semalam berjaya menyampaikan masej tertentu dan menggetarkan pihak UBN. Samada desakan itu dilaksanakan atau tidak nanti, tidak penting. Yang mustahaknya himpunan itu menunjukkan rakyat rasa terpanggil untuk bersama Pakatan dan menolak UBN. Himpunan semalam tidak menyenangkan Najib. Inilah himpunan pertama sejak Najib menjadi PM. Kalau Najib tidak bijak melayani nafsu pembankang mungkin himpunan dan perakan lebih besar akan berlaku dari masa ke sesama.
Secara umnya himpunan semalam memberi beberapa masej yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak;
- Kerajaan perlu menyegerakan pindaan ke atas ISA. Kenyataan beberapa menteri mengatakan ISA tidak akan dihapuskan kurang bijak dan telah menimbul provokasi kalangan rakyat dan ianya tidak wajar dilakukan. Sepatutnya menteri membuat kenyataan lebih lunak bersifat responsif yang positif. Kenyataan itu menimbulkan lagi kemarahan rakyat kepada UBN dan meneggelamkan jaminan Najib untuk sedia memindanya. Perlu bagi Najib menubuhkan jawatankuasa khas atau pun forum khas melibatkan semua pihak teemasuk pembangkang bagi mendapat input untuk tujuan meminda akta berkenaan.
- Himpunan itu menjelaskan ianya disertai orang Melayu saja. Orang Cina dan India dalam Pakatan tidak begitu menonjolkan diri dan mereka lebih menjadi penyokong dari belakang. Walaupun isu ISA adalah kepentingan bersama, namun mereka tidak mudah untuk dikerah turun ke lapangan seperti Melayu. Jelas dalam hal ini orang Melayu Pas menjadi alat kepada komponennya dalam Pakatan.
- Himpunan semalam menyaksikan kekuatan dan pengaruh Pas yang sebenarnya. Ahli dan penyokong Pas sedia bila-bila masa saja untuk dikerah. Mereka juga akur dan taat kepada seruan pemimpin mereka atas nama jihad menuju keredhaan Allah.
- Walaupun memorandum itu tidak dapat dismpaikan, tetapi sudah pasti Yang di-Pertuan Agong dapat melihat betapa luapan kemarahan dan kebencian rakyat kepada ISA menerusi telivesyen, akhbar dan juga sumber-sumber baginda sendiri. Jika diambil kira dari segi perangkaan maka jelas pihak GMI lebih berjaya dari pihak Magaran.
Seharusnya Pas mengenali keupayaan mereka ini untuk menjadi pemangking politik Malaysia di masa depan dan bukannya merendah diri berada di belakang atau mengikut telunjuk tokoh-tokoh tertentu saja.
Seperkara lagi yang perlu juga dianalisa oleh Pas secara sarwanya ialah melihat apakah himpunan dan tunjuk perasaan itu tidak menimbulkan kemarahan rakyat lain yang mana kesannya menyebabkan mereka akan merasa kurang selesa dengan Pas. Kajian ini perlu terutamanya dalam siri-siri himpunan yang tidak terkhusus mengenai isu kepentingan Melayu dan Islam. Sebaliknya jika isu berhubung kepentingan Melayu dan agama mungkin ia wajar diadakan itu pun dalam penuh beradab. [wm.kl. 8:00 am 02/08/09]
Assalamualaikum sdr. MSO,
ReplyDelete"Bagaimana pun pengkapan pelajar itu tentu merungsingkan ibubapa mereka. Ibu bapa yang mengharapkan kesuksesan anak-anak di IPTA mungkin terkilan dengan apa yang berlaku. Lainlah kalau kedua ibu bapa mereka turut sama berhimpun dan berarak. Menteri Pengajian Tinggi, Khalid Nordin sudah memberi amran keras tidak akan bertolak ansor dengan pelajar yang terlibat dengan himpunan itu. Mereka akan dikenakan hukuman keras.
Wajarkah mereka dikenakan tindakan? Mungkin Khalid boleh fikir semula dan ugutan itu sekadar gertak saja. Kalau mereka ditahan atau dikenakan tindakan yang ruginya orang Melayu juga. Pasti ketujuh-tujuh pelajar itu orang Melayu yang asalnya dari kampung. Jarang sekali pelajar dari bandar dan keturunan Cina atau India menyertainya. Mereka biasanya berhati-hati dan tidak suka mencampuri urusan politik yang dikira cara begitu tidak bijak dan profesional. Selalunya begitulah."
Maaf kali ini saya berbeza pandangan dengan sdr. Saya tidak setuju bila anak-anak Melayu ditangkap maka kita akan mengalasankan KESIAN MEREKA, MEREKAKAN MELAYU sbgm posting sdr. Kenapa mereka tidak berfikir dahulu sebelum melakukannya?. Jika mereka berfikir maka mereka boleh melihat lebih yang psoitif daripada yang negatif dan itulah juga hujjah saudra terhadap pelajar bukan Melayu. Betapa ke hadapannya mereka berfikir. Politik Vs Pelajaran. Bukan tidak boleh berpolitk. Saya dahulu bekas YDP MPP sebuah unviversiti. Saya telah melihat perkara ini. Politk boleh...tetapi cukup hanya 30% yang selebihnya adalah untuk membangunkan diri di Universiti.
Sebagaimana sdr, saya juga sedih bila inilah nasib anak-anak univesti Melayu, ibubapa mengharapkan yang lebih dari berdemo. Harapnya berlapanglah dada. Saya mengambil pendekatan berbeza kali ini kerana cetusan saudara cukup besar impaknya. Tergantuk baru mengadah dan mengadah kerana hal-hal yang tidak sepatutnya termasuk dalam diari seorang pelaja universiti adalah sesuatu yang dangkal sekali.
Seperkara lagi yang saya ingin sentuh ialah....headline sdr iaitu PAS WAJAR MENYEDARI KEKUATANNYA. Persoalan saya adalah....betulkan iu kekuatan atau sekadar sama sifatnya dengan buih-buih yang benyak ditepian pantai sahaja. Saya mengutarakan ini kerana hanya PAS parti alternatif tulen org Melayu. Ramai hanya berarak tidak memastifikasikan kekuatan. Kekauatan dalam dasawarsa politkk sekarang ialah kekuatan akal-strategik dan ekonomi. Jika melihat kepada keadaan rapat umum tersebut makanya TUAHNYA TIDAK KEPADA ORANG PAS/MELAYU pun. Cuba sdr selak persoalan ini. Kekuatan PAS perlu dibuktikan dengan keupayaan mengetuai dan menghalatujukan PAKATAN bukan dengan berarak. Puak-puak penyokong Pakatan yang lain senang lenang dalam aircond, relak ditempat percutian, mengira untuk perniagaan untuk seminggu etc. Jadi...mana maruah kita. Sepatutnya, PAS JANGAN BERHIMPUN...DAN KITA DAPAT TUNJUKKAN KEPADA PUAK PAKATAN YANG LAIN BAHAWA TANPA KITA SIAPALAH MEREKA.
Ikhlas.
Assalamualaikum MSO,
ReplyDeleteSaya kira pada PRU akan datang PAS perlu bersedia memainkan peranan di peringkat Nasional...lebih Aggresif..!
PAS seharus nya besedia meletakan calon2 nya di Parlimen dan seterusnya Menguasai atau Berperanan lebih besar di peringkat Nasiaonal.
Orang Melayu/Islam lebih mempercayai PAS dari PKR dan DAP.
Orang Melayu atas pagar bukan nya suka sangat kat UMNO ini. Tetapi disebabkan keadaan memaksa mereka buat pilihan.
Samada PR-PAS/DAP/PKR...atau...pun BN/UMNO yang ramai Melayu pun!! Boleh dikatakan mengenal BUDI dan HATI ..orang UMNO sejak...Merdeka lagi..!
Tapi PAS tak nampak konsistenasi nya, berubah2 hala-tujunya. Bukan pasal perjuangan Mendauliah..mendaulat ISLAM.!! Itu Perjuangan PAS yang memang diterima oleh MELAYU/ISLAM...sejak dari dulu lagi...tak boleh di pisah apa tah lagi di nafikan.
Masalah utama orang Melayu/Islam atau yang dok ataih pagaq dok sokong jugak UMNO ni..walaupun dah tahu depa-depa ni .Bukan setakat beraja di hati tapi.. raja tu...,raja ni...Berjela2 kalau nak sebut..!!
Bila tiba hari mengundi....Melayu/Islam kena buat pilihan. Kalau undi PAS ..dok terbayang DAP dan PKR{majoriti ex-UMNO)..!!
Kalau undi UMNO..pun Islam jugak.., tapi Orang Melayu macam dok kata dah, kenai sangat puak2 depa ni... Jadi.. bagi-lah jugak undi TERPAKSA tu..kenyang-lah UMNO ni lagi..!!
Akhir kalam ..PAS tak payah pergi Internasional..tapi " GO..NATIONAL"..!!
Tapi kalau nak jugak dok dalam PR dan bersekongkol dengan DAP/PKR...!! Letak saja calon2 Proksi di kawasan PARLIMEN..
Wassalam..Bkt.Gtng.TPG.
MSO masih karat UMNO..
ReplyDeleteSaya akui perhimpunan itu dikuasai Melayu ISLAM dan cara mereka umpama berjihad menentang kezaliman.
Saya pernah menyertai demo PPSMI dan penuh yakin jika tiada dokongan PAS, demo tidak akan ke mana.
PAS mempunyai jentera dan ahli yang cukup kental perjuangan mereka dan mereka mengelola dengan baik demo terutama peranan Unit Amal.
Saya akui mungkin kaum Cina dan India kecil bilangannya dan mungkin tapi saya tidak bersetuju anda asyik menuding PAS diperalatkan.
Pas sebagai sebuah parti prinsip Islam menunjukkan kepada semua rakyat bahawa ISlam menentang kezaliman dan mementingkan keadilan.
Memang anda penulis cari makan MSO.
2 kali penulisan anda saya tidak bersetuju apabila asyik dengan PAS dan Melayu diperalat.
saya amat bersetuju dengan AHMAD. tindakan yang berlaku tak ubah hanya menguntungkan satu pihak. secara jelas saya rasakan inilah yang amat diiingini oleh insan bernama anwar. biar gelombang 98 terus berlaku dan terasa kehangatannya. jika semangat ini terus berlaku yang untungnya pastinya PKR. adakah anda terfikit yang TG Hj Hadi akan jadi PM, jika PR memenangi PRU 13? jawapannya, saya rasakan TIDAK. jawapannya anda sendiri sudah faham dan tahu. paling besar jawatan untuk PAS hanyalah TPM itu pun mungkin harus dikongsi bersama TPM2 dari DAP.
ReplyDeletesaudaraku sekelian,
semangat saudara harus dihormati, tetapi saudara semua harus menterjemahkan kepada realiti yang benar
Tuan MSO,
ReplyDeleteSaya ahli rasmi PAS tapi skrg saya dah hilang keyakinan thd PAS didalam mendaulatkan Islam. majoriti penyokong PAS ibarat tin kosong sahaja. Mengaku pejuang Islam tetapi hakikatnya tidak berminat dengan Islam. Ramai dari kalangan sahabats dan saudara2 saya ahli dan penyokong PAS tidak minat akan pengajian agama jika tidak diselit dengan politik. Ceramah politik jangan ceritalah. Belajar ugama kebanyakkannya dari pentas2 politik semata2.
Lagi satu, mana mungkin PAS akan jadi dominan didalam pakatan kalau PRU akan datang PAS tidak memenangi sekurang2 70 kerusi Parlimen.
Kemungkinan besar kita akan mempunyai PM dari DAP yang pertama.
Maka lebih molek PAS berunding baik2 dgn UMNO dari PKR dan DAP..
Salam tuan,
ReplyDeletebila tengok gambar2 demo saya lebih ke arah mengatakan 'MELAYU' diperalatkan. sedih.
bila kita nak bersatu?
tuan mempunyai bakat sebagai penulis, gunakan semaksimum bakat tuan untuk melihat Islam kembali gagah. bukan dipijak2 diperalat2 oleh musuh2 kita
Wassalam
Setuju dgn Ikhwan Pantherian, ramainya org Islam dlm perhimpunan anti ISA sbb mereka menentang kezaliman dan itulah tuntutan dlm Islam.
ReplyDeletePerhimpunan pro kerajaan sebelum ini pun yg ramainya melayu juga, adakah ini pun menjadi penanda aras yg mereka pun diperkudakan juga?
MSO,
ReplyDeletesaya setuju benar yang PAS lah sebenarnya tulang belakang Pakatan, malah saya berani kata bahawa tanpa PAS, PKR pun belum tentu dapat sokongan Melayu, apatah lagi DAP yang jelas parti Cauvinis Cina
Saya rasa elok PAS yang tentukan tempo dan rentak Pakatan, mulalah usaha untuk mengurangkan pengaruh PKR dan DAP, jadikanlah PAS tunggak sistem dua parti si Malaysia, jangan biarkan ia menjadi pak turut sahaja
Jangan biarkan Anwar hijack event yang PAS bersusah payah usahakan dan ahli PAS besusah payah jayakan seperti demo anti-ISA tempoh hari
mengapa Anwar dan Kit Siang pulak yang buat PC?? Ini mungkin ada yang katakan perkara kecil, tapi pada saya ia sebenarnya perkara yang amat pentng kerana ia menunjukkan siapa yang mengetuai Pakatan... PAS jelas dapat hampas saja dari segi publisiti
tapi saya rasa ramai ahli PAS sedar bahawa mereka dijadikan askar untuk DAP dan PKR menikmati hasil mereka
YAng saya mahu dalam sistem dua parti ialah BN didahului Umno dan Pakatan diterajui oleh PAS
yang lain saya rasa tidak akan berjaya menjaga kepentingan Islam dan Melayu
Salam semua!!..saya setuju pandangan PaklongChup... pd saudaraku Ikwan Pantherian,..cuba belajar hormati pandangan orang lain,sebagaimana orang lain begitu juga terhadap anda!!!..jangan terlalu taksub ngan politik..tak kemanapun..berfikiran penoh bijaksana adalah milik orang yg berjaya!!..ini yang telah dan sedang dipraktikkan oleh kaum lain disini...buka mata serta minda, lihat disekeliling apa yang terjadi...tak taulah jika anda jenis buta hati!!!maafye...
ReplyDelete