Monday, August 3, 2009

Celoteh Murai 51

Kelab Poligami Pulak...

SALAH seorang isteri bekas pemimpin Darul Arqam, (Ashaari Mohamad) Khatijah Am telah melancar penbubuhan kelab poligami di Sungai Petani Kedah semalam. Kelab poligami itu yang dinamakan Kelab Poligami Ikhwan bernaung di bawah syarikat Ikhwan Sdn. Bhd di mana Khatijah adalah pengerusinya.

Menurutnya sejak ditubuhkan, kelab itu kini sudah mempunyai keahlian seramai 300 orang. Kebanyakn ahlinya adalah kakitangan syarikat berkenaan. Kata Khatijah juga ahli itu selain dari rakyat Malaysia ia juga termasuk rakyat negara lain seperti Indonesia, Thailand dan Singapura.

Bila mengenangkan kelab ini maka terhimbaulah Murai kepada beberapa kenangan bersama kawan-kawan yang menjadi penganut ajaran Ashaari suatu masa itu. Al Arqam memang menggalakan amalan perkahwinan poligami dalam jemaah itu. Boleh dikatakan semua pemimpinnya mengamalkan poligami kecuali pemimpin yang 'impotent' peringkat nyanwa-nyawa ikan.

Urusan perkahwinan dalam Arwam sangat mudah. Ia tidak memerlukan belanja yang tinggi kerana cukup setakat tahu mengerjakan rukun-rukun Islam saja sebagai maskahwinnya. Begitu juga dengan jodoh tidak payah dicari. Ia akan ditentu oleh pemimpin jemaah itu. Adalah orang yang menjadi tukang padankan si anu dengan si anu. Sesiapa yang pandai membodek dan merasuah orang ini tentu dia akan dapat calon yang baik, mahsiswa, umur bawah 25 tahun dan berstatus segar.

Begitu juga dengan rumah atau tempat tinggal untuk para isteri tidak diperlukan sangat. Cukup ada satu rumah dengan satu bilik saja. Jika berhajat isteri boleh dibawa ke rumah itu, manakala yang lain diminta keluar mengerjakan dakwah. Begitu juga dengan keperluan-keperluan lain, makan minum dan pengajian anak-anak ditanggung oleh jemaah. Adalah khadam yang menguruskannya.

Dalam jemaah itu khasnya yang bergelar pemimpin, Nakid, Mundir atau ustaz masing-masing bukan setakat memiliki dua isteri, tetapi ada yang sudah sampai mencukupi kouta, empat orang. Ada juga yang sudah cukup kouta tetapi ditawarkan calon terpaksa menceraikan salah seorang isterinya.

Anih dan masyghulnya ada isteri yang rela diceraikan kerana ingin memberi kesempatan kepada sang suami menambah isteri baru. Janji atau harapan diberikan kepada isteri yang rela berkobran itu ialah akan berteduh di bawah payung Siti Fatimah. Ramai jugalah isteri yang termakan dengan janji-janji itu yang kemudiannya bukan saja tidak pasti dapat perlindungan di akhirat tetapi menderita di dunia lagi.

Hakikat ini benar-benar berlaku dan Murai sendiri menerima aduan mengenai kejadian ini. Memanglah amalan ini sudah meluas dalam jemaah itu. Makanya wajar sekali kelab berkenaan ditubuhkan. Setidak-tidaknya ia boleh memberi kebajikan sesama ahli yang sering ditinggalkan ataupun yang diabai oleh suami atasa alasan pergi berjihad.

Bagaimana pun Murai merasakan penubuhan itu agak terlewat. Mungkin sudah banyak mangsa poligami (para madu) terkorban dan menjadi mangsa sebelum ini. Mungkin juga sudah banya mangsa poligami bertaburan ditinggalkan suami apabila jemaah itu diharamkan oleh kerajaan sejak 15 tahun lalu.

Murai mencadangkan, selain kelab itu menerima isteri yang sedang berpoligami sebagai ahli, adalah molek juga kalau mereka yang bekas menjadi mangsa poligami dalam jemaah Arqam diterima juga sebagai ahli. Rasanya mereka ini yang perlu dibela dan dilindungi berbanding dengan isteri yang masih dimadukan kini.

Murai: Hanya layak bermonogami sahaja.

1 comment:

  1. Salam ukhuwwah,

    Maaf cakap, pemberitaan saudara tenyata berat sebelah. Saudara banyak menceritakan kelemahan berpoligami daripada mendedahkan kelebihan dan kehebatan poligami itu. Jadinya, hasil membaca tulisan saudara, sunnah Rasulullah itu tak terserlah sebagai satu sunnah yang patut diperjuangkan. Sedangkan sepatutnya saudara menulis supaya sunnah ini diperjuangkan. Hasil berbagai manfaat yang boleh diperolehi daripadanya.

    ReplyDelete