Sunday, August 9, 2009

Kritik Ahad

Shafei Afdal : Si Jalak Ekor Bergelumang Tahi

SUDAH kerap sangat pemimpin UBN membuat kesimpulan mengenai hubungan dan pakatan dalam Pakatan Rakyat sebagai rapuh. Macam-macam juga gelahar dan anologi diberikan kepada pakatan pembangkang ini. Kahwin kontrak, kahwin mutaah, tidur sekali mimpi lain-lain dan sebagainya lagi. Gelaran dan perumpamaan itu cuba menunjukkan Pakatan Rakyat tidak kuat dan longgar.

Terbaru Naib Presiden Umno berasal dari Sabah, Shafei Afal (foto) pula mengatakan pembangkang yang memerintah empat buah negeri kini adalah gabungan politik yang telah rapuh dan tidak akan memampu melaksanakan tanggungjawab membangun rakyat.

Beliau juga kata PR tidak mempunyai fahaman dan mempunyai ideologi berbeza-beza. Dalam hal ini beliau memberi contoh mengenai larangan terhadap minuman keras seperti mana berlaku di Selangor. Katanya juga pakatan gagal berjuang di bawah satu payung seperti UBN.

Mungkin benar kata-kata Shafei Afdal itu. Ukuran itu dibuat dengan apa yang berlaku. Memang ada kecamukan dalam Pakatan Rakyat. Apa yang berlaku menunjukkan pakatan rakyat seakan tidak sefahaman.

Beberapa kejadian berlaku atau meletus di Kedah dan Selangor menjelaskan keadaan yang cuba dimanipulasikan Shafei itu. Keruntuhan kerajaan pakatan di Perak adalah kemuncak atau lambang besar kerana ketidakfahaman antara Pakatan Rakyat. Kejatuhan kerajaan Perak disebabkan kegelojohan kalangan anggota Pakatan itu yang bernafsu besar membela puak masing-masing.

Saya tidak mahu mengulas banyak mengenai pandangan Shafei Afdal ini. Sekiranya Shafei merasa pandangan dan dapatan beliau itu benar kenapa beliau tidak cadangkan saja kepada Najib Razak agar bubar parlimen dan adakan pilihan raya. Rasanya tidak perlu pemimpin UBN banyak cakap dan membuat penialain politik tanpa mendapat keuntungan daripada suasana itu. iya... kalau PR tidak kuat ketika inilah masa terbaik untuk Najib membubarkan parlimen bagi mendapat mandat mutlak.

Umum tahun kuasa yang digunakan untuk Najib dan Shafei memerintah kini ialah sisa-sisa kuasa peninggalan Abdullah Badawi. Najib dan rakan sekutunya tidak boleh mendabik dada kuasa yang ada kini sebagai kuasa mutlak mereka. kerana itu mereka perlu mendapatkan mandat baru rakyat.

Jikalau keadaan PR sudah longgar, sudah rapuh sudah lemah dan bergaduh bagaikan dikata, nah ketika inilah untuk UBN ambil kesempatan mengadakan pilihan raya semula. Shafei boleh mencadangkan kepada Najib berbuat demikian. Sekiranya Shafei takut untuk berbuat demikian tidak ada guna beliau membebel mengenai Pakatan Rakyat dan keengganan membubarkan parlimen menunjukkan bebelan itu tidak betul.

Shafei juga sebelum ini mengkritik mengenai isu arak di Selangor. Cara beliau mengulas itu seolah-olah beliau mempunyai iltizam tinggi untuk menghapuskan air kencing syaitan itu. Baguslah kalau begitu. Sebagai seorang Islam beliau kena menentang dan membencikan arak.
Tetapi kesungguhan dan keikhlasan Shafei itu boleh dipertikaikan. Cara beliau mengkritik kerajaan Pakatan Selangor itu seperti kokok jalak yang berderai ekor bergelumang tahi. Sepatutnya Shafei malu untuk mengkritik kerajaan Slangor. Beliau harus melihat ke belakang dengan apa yang berlaku di negeri kelahriannya di Sabah. Jangan jadi busy body.

Apakah masalah arak, judi, dan segala macam maksiat di sana sudah selesai. Kalau dipunggung kita ‘bertepekkan’ (topokan) dengan najis jangan cuba nak menghidup punggung orang lain. Kita mahu melihat dengan kausa sebagai Naib Presiden apakah Shafei akan lakukan ke atas Sabah. Tidak ada guna setengah dinar Kelantan pun Shafei menjadi Naib Presiden kalau maksiat dan arak di Sabah tidak dapat dihapuskan.

Sebelum mengkritik negeri Pakatan sekurang-kurang beliau kena tunjukkan dulu keazaman beliau untuk menghapuskan arak dan maksiat di Sabah. Selepas berjaya di sana atau selepas berkokok di Sabah barulah boleh menengur kerajaan Pakatan Rakyat. Lagak Shafei itu samalah si pejual ubat panau di kaki lima. Suara hebat meminta orang membeli ubat panau tetapi di tubuh sendiri penuh dengan panau. [wm.kl. 11:55 am 09/08/09]

2 comments:

  1. Shafie Afdal Ketua Perhubungan UMNO Kedah berasal dari Sabah dan mempunyai menantu dari Sungai Petani Kedah.Beliau dan lain lain pemimpin UMNO nampak porak peranda yang berlaku dalam Pakatan.Isu isu semasa bukan ditimbulkan olih UBN tetapi isu dan bala ini kebanyakannya dicipta sendiri olih kumpulan Pakatan.Tidak seperti UBN yang mana amat sedikit sekali pemimpin tahap kampungan mengeluarkan kenyataan politik,Pakatan pula membuka ruang seluas luasnya bagi pemimpin yang tanpa jawatan apa apa diperingkat nasional berteriak bertempik didalam media atau blog shok sendiri.Sewaktu arahan bersama dikeluarkan untuk memulau media utama,contoh engkar arahan dilakukan olih mereka yang bergelar pemimpin utama.Pantang nampak pemberita,ada saja komen menghentam lawan dalam posisi kawan sepakatan akan diluahkan.
    Kuasa adalah sesuatu yang amat dikehendaki dalam politik.Inilah yang ditanam dalam hati semua ahli PAS.Dengan kuasa, apa yang dirancangkan bolih dilaksanakan.Itulah teorinya.Tetapi untk mendapat kuasa secara sendirian pada masa ini adalah satu yang tahap mustahil.PAS terpaksa bekerjasama dengan PKR-DAP dalam Pakatan.Natijahnya bukan ini setakat pakatan rapuh kerana idealogi,tetapi punca utama pakatan ini dilihat tida akan kekal lama disebabkan olih pegangan DAP sendiri.Dari dulu lagi semua orang politik terutama UBN dapat menghidu pegangan politik DAP.Selain daripada Pulau Pinang,dimana saja terbentuk kerajaan mereka adalah penumpang kerajaan tanpa hak sebagai MB.Peringkat pusat pula,jawatan PM sakan mustahil untuk dinikmati.
    Jesteru itu tidak heranlah dalam semua keadaan hanya PAS dan PKR saja yang bersungguh dalam merungkai setiap perbalahan kerana runtuhnya Pakatan tidak akan memberikan DAP apa apa kesan.

    ReplyDelete
  2. salam tuan,

    menerima teguran dengan berlapang dada itu akan menjadikan jiwa lebih besar.

    wassalam

    ReplyDelete