Friday, August 21, 2009

Marah Jumaat

Salahkah Berkahwin Lebih Dari Satu?

CALON UBN Permatang Pasir, Rohaizat Othman terus dililit tuduhan demi tuduhan yang menyebabkan nafas politiknya sukar untuk bernafas. Semakin jadi beringus hidung calon UBN itu menjadi-jadi.

Terbaru ialah dakwaan beliau berkahwin seorang lagi dengan perempuan bernama Hafizah yang menjadi ketua kerani di pejabat guamannya.

Dakwaan itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasaruddin Hassan? Rohaizat telah menafikan tuduhan itu menjelaskan beliau tidak berkahwin pada tahun 2005. Katanya dia ada seorang saja bini.

Kesihan kepada Rohaizat. Begitulah adat politik kalau kita dipilih jadi calon maka semua tentang kita akan dibuka dan diselak sampai ke paras paha dan pusat. Fitnah adalah senjata paling ampuh dalam dunia politik.

Bukan saja persoalan di sekitar diri kita saja, hal-hal lain seperti anak bini, keluarga juga akan turut sama diheret dan dijadikan isu. Misalnya kalau isteri kita tidak pakai tudung, main badminton pakai skirt, bercakap kasar di telefon dan sebagainya akan dibangkit dibongkar sampai lumat. Pendeknya apa saja bahan yang dikira boleh menarik perhatian pengundi akan dibongkar dan dieksploitasikan.

Tidak mengapa kerana lumrah politik begitu. Tetapi di sini saya nak tanya ketua Dewan Pemuda Pas itu sepatah. Apakah berkahwin dua atau lebih daripada satu menjadi kesalahan?

Apakah ianya bertentangan dengan Islam? Kalau tidak kenapa perkara itu perlu dijadikan isu.
Dalam soal berbini dua bukan saja dari kalangan ahli Umno tetapi dari Pas sendiri juga ikut sama mengamalkan sunah Nabi itu. Presiden Pas, Abdul Hadi Awang kahwin dua. MB Kedah, Azizan Razak kahwin dua. Bekas pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang kahwin dua. Exco Kelantan, Takiyuddin Hassan kahwin dua atau tiga. Bekas timbalan speaker Dun kelantan, Wan Ismail Wan Jusoh kahwin dua atau tiga.

Speaker DUN Kelantan Nasaruddin Daud juga kahwin dua. Bekas speaker DUN Kelantan, Wan Abdul Rahim Abdullah juga kahwin dua atau tiga. Timbalan speaker DUN Kelantan, Zaki Ibrahim juga kahwin dua.

Bekas wakil rakyat Jeli, Apandi Mohamad juga kahwin dua atau tiga. Bekas wakil rakyat Guchil, Zulkefli Yaacob juga kahwin dua. Adun Air Lanas, Ustaz Abdullah Yaacob juga kahwin dua atau tiga.

Sebenarnya banyak kalau nak disenaraikan pemimpin Pas yang berkahwin dua atau lebih daripada dua. Sebab itulah saya pernah mencadangkan agar ditubuh Penshawat di Kelantan iaini persatuan lelaki yang berkahwin lebih daripada dua bagi menyelesaikan apa-apa masalah yang timbul di sebalik amalan sunnah itu.

Sebenarnya kahwin dua, tiga dan empat tidak jadi masalah. Yang jadi masalah ialah apabila perkahwinan itu mendatangkan masalah sosial dan menganggui orang lain. Yang bermasalah yang berkahwin secara gelap, maksudnya tidak diberi tahu kepada isteri pertama. Misalnya ada yang susuk bini di apartment, yang berkahwin di Medan, di Cina, Kemboja dan lain-lain. Ini yang menjadi masalahnya. Setengah itu kerana kahwin tak daftar atau lambat daftar jadi masalah bila-bila bini dah beranak.

Pada saya apabila Nasaruddin membangkitkan isu Rohaizat kahwin itu nampak sangat kerendahan pemikiran ketua dewan pemuda Pas itu. Nampak sangat yang beliau tidak ada modal untuk dijual bagi memburukkan calon UBN itu. Kalau nak buruk pun carilah yang logik, munasabah dan isu yang membabitkan umum dan isu yang bertaraf nasional. Apa yang didedahkan mengenai penyalahgunaan wang guaman koperasi pekebun kecil getah itu sudah cukup untuk merobekan cita-cita politik Rohaizat.

Kepada Nasaruddin belajarlah berfikir perkara-perkara besar bersifat global dan nasional bukannya terus terperosok dalam isu peribadi seperti soal kahwin dua, tidak berkhatan ataupun cucuk hidung dan telinga. Apa juga isu, ulasan dan idea yang dilontarkan mestilah menggambarkan sebagai orang muda yang berfikiran jauh dan melepasi dari belitan soal-soal remeh temeh seperti tuduhan ke atas Rohaizat itu. Perkara kahwin lebih dari dua ini bukan isu sebenarnya. [wm.kl. 1:00 t/hari 21/08/09]

19 comments:

  1. Nasarudin Hassan Tantawi ni orang baru dalam politik... Kalau bahasa kasarnya masih berhingus dalam politik.

    Beliau kena banyak belajar politik lagi.. Jangan malukan pemimpin muda PAS.

    ReplyDelete
  2. Salam hormat !

    Ya...khawin dua bukan isu tapi jika pada suatu ketika ada diantara tokoh politik yang memperkenal hadharah islamiah dan satu lagi islam hadhari maka dengan itu sudah tentu syurga juga ada dua...apakah nama syurga itu dan untuk siapa? apakah ini yang jadi isu dipengkalan pasir,fikir fikir...!

    ReplyDelete
  3. Itulah Tuan MSO....

    Ketua Pemuda PAS itu telah MENGHINA bukan sahaja pemimpin2 Agung PAS yang berpoligami tetapi lebih DASYAT dia telah menghina Nabi S.A.W kerana menghina sunnah Nabi s.a.w ini.

    Saya akan tunggu fatwa Nik Aziz pasal ini..lol

    Saya ingin sgt tahu status 'ahli PAS dijamin masuk syurga' menghina sunnah Nabi s.a.w, akan tetap masuk syurga Nik Aziz ke atau masuk Syurga lain?

    lol

    ReplyDelete
  4. sebenarnya encik MSO tak tau, yang jadi masalahnya dia mengabaikan isteri no.2 dia.

    ReplyDelete
  5. saudara mso.... ketua pemuda PAS bukan condemn dia pasai kawin dua , tapi pasai tau kawin tak tau bagi nafkah.

    Sebaik-baiknya , baca habis dulu apa orang lain kata sblm lemparkan tuduhan

    ReplyDelete
  6. Tn Hj,

    Isunya bukan kawin dua tu, tp isteri kedua diabaikan tanpa nafkah.
    stk

    ReplyDelete
  7. MSO,

    Saya setuju dengan samsul nazri, thethinker dan che li.
    Baca dulu biar faham baru komen.

    ReplyDelete
  8. memang x salah kawin 2 tapi klu isteri ke2 diabaikan dan x diberi nafkah zaher7baten apa cite...

    rohaizat klu benar kawen2 ngakula.. apa takut...

    ReplyDelete
  9. Siapa yang mengalami kerendahan fikiran nie? atau Tuan MSO telah hilang/abis modal? siasat bagi abis syekh

    ReplyDelete
  10. Salam

    Selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan 1430H

    ReplyDelete
  11. ye la..kalau nak bela orang pun baca kenyataan penuh la..janga ambik separuh-separuh..kahwin 2 ke 4 ke tak jadi masalah..yg jadi masalah kalu tak boleh nak berlaku adil..ini nak jaga kawasan/rakyat ribu2 kalau setkat 2 pun tak boleh nak berlaku adil macam mana?..seelok-eloknya pemimpin biarlah yang mempunyai rekod bersih!

    ReplyDelete
  12. tuan mso,apakah betul ada xco yang kahwin dua tapi menafikan......(susuk bini la)?

    ReplyDelete
  13. Isu sebenar yang dibangkitkan oleh Ketua Pemuda PAS bukan penghinaan atau salah betul poligami..muaduk isunya mengenai pengabaian tanggungjawab terhadap isteri kedua calon BN itu..itupun kiranya benar beliau berkahwin dua...ketua pemuda PAS tersebut yakin dengan bukti dan dakwaan nya..benar atau tidak..itu bisa dipertikaikan..saya rasa ini yang gagal dihadam dan disentuh oleh MSO..tp, at the same time, saya bersetuju dgn MSO, elok kiranya ketua pemuda pas mempersiapkan diri dgn isu yang lebih bersifat nasional dan global..biar berpolitik secara intelek dan ilmiah..bukan hanya menggunakan 1001 senjata serangan peribadi sebagai political milliage..

    ReplyDelete
  14. Salam Ramadhan dan terima kasih yang menegur saya berhubung teguran saya kepada Ketua Dewan Pemuda Pas. Saya tahu isu poligami tidak dipersoalkan Nasarudin tetapi masalah Rohaizat yang tidak bertanggungjawab dalam memberi nafkah. Soalnya apakah benar Rohaizat itu kahwin dengan Rafizah, Nasarudin kena buktikan dulu dan tidak membuat kenyataan secara umum. Apa yang saya singgung di sini ialah mengenai isu poligami yang bersifat peribadi itu tidak elok dan tidak pro untuk disentuh oleh beliau. Kenapa soal peribadi diheret dalam kancah ini walaupun ianya boleh menyumbang kepada kemenangan. Sebagai ketua pemuda beliau boleh cari isu lain yang bersifat nasional dan umum bukan peribadi. Kalau Pas mengatakan mereka timbulkan isu peribadi sebab UBN berbuat begitu, maka jelas Pas juga bermain politik mengikut orang yang dianggapnya sebagai sekular itu. Pas sebagai parti berkonsep terbiah dan dakwah seharusnya mendidik dan mengajar dan bukan ikut sama terpalit dengan politik kotor.
    Saya juga nak tanya apakah pandangan beliau kalau soal-soal peribadi pemimpin Pas dipertiakiakn? Tentu marahkan? Saya ada pengalaman dalam soal ini, setiap kali saya menegur walaupun atas nawaitu yang baik kritikan saya tidak mudah diterima dan disalah anggap. Kalau begitulah sikap dipihak Pas maka begitu jugalah dipihak UBN dalam soal-soal peribadi ini. Apa lagi Tok Guru Nik Aziz berkata kita tidak serang peribadi tetapi apa yang kita serang ialah kumpulan, fahaman. Jelas apa yang dilakukan Nasarudin itu menyimpang dari maksud Nik Aziz itu. Apakah boleh kerana ia menguntungkan Pas?
    Kepada yang melihat saya tidak membaca habis isu itu, mungkin betul, tetapi dipihak yang menuduh itu juga rasanya tidak dapat menangkapi apakah persoalan yang ditimbulkan di sebalik isu. Wassalam.

    ReplyDelete
  15. "Bekas timbalan speaker Dun kelantan, Wan Ismail Wan Jusoh kahwin dua atau tiga."

    "Exco Kelantan, Takiyuddin Hassan kahwin dua atau tiga."

    "Wan Abdul Rahim Abdullah juga kahwin dua atau tiga."

    "Apandi Mohamad juga kahwin dua atau tiga."

    "Adun Air Lanas, Ustaz Abdullah Yaacob juga kahwin dua atau tiga."

    Adakah ini soalan atau fakta?

    Pak Cik MSO.

    Isunya memanglah bukan kahwin dua.Hatta berkahwin empat sekalipun bukan isunya.

    Isunya saya kira adalah kewajaran rasional Pak Cik MSO mempertikaikan kerendahan pemikiran Nasaruddin kerana ianya umpama meludah ke langit.Mungkin Pak Cik MSO patut membaca semula artikel Pak Cik yang lepas-lepas supaya ianya tidak dijadikan bola tanggung oleh 'rakan' anda yang bakal menghadapi tuntutan saman RM 10 juta daripada Timbalan Presiden PAS dan oleh rakan-rakan lain yang tidak sealiran dengan Pak Cik.

    ReplyDelete
  16. Dia tanggung ke tak tanggung ke bini keduanya sps yang Shamsul Nazri, The Thinker, Che Li susah hati. Bini no dua Rohaizat ada mintak tolong kat awak ke belikan susu anaknya?.

    Kalau semua orang berpoligami boleh berlaku adil kira hebatle. enurut riwayatnya Raullullah SAW pun pernah berkata bahawa baginda khuatir tidak berlaku adil terhadap isteri-isterinya kerana pada setiap masa baginda mengutamakan Aisyah R.A. lebih dari yang lain. sedangkan Nabi itu maksum!

    ReplyDelete
  17. Tuan MSO yang gagal faham situasi sebenarnya? Itulah MSO. Lain kali kalau nak komen tentang sesuatu isu, fahamkan betul-betul dulu. Ini tidak, terus nak hentam. Kasihan Tuan Hassan Nasaruddin, dia jadi mangsa. Niat dia baik tapi kena hentam pula. Jangan sampai orang mula hilang hormat pada Tuan MSO.

    ReplyDelete
  18. Setuju dengan pendapat MSO dan harap2nya bulan baik ni, MSO sendiri dapat muhasabah diri dalam isu serangan peribadi ni. Sesungguhnya dosa besar orang yang mengatakan apa yang tidak dilakukannya.. MSO sendiri perlu hentikan serangan peribadi.. ADIOS

    ReplyDelete
  19. salam,

    walaupun saya penyokong UMNO, tetapi saya faham akan maksud saudara.bagi saya, saudara mempertahankan sesuatu yang Allah dan rasul tetap benci iaitu membuka aib orang di khalayak orang ramai. tahniah kepada saudara kerana berada ditampuk rasional di dalam perkara ini..jika benar mahu menolong wanita tersebut, kita ada saluran yg betul.bawa kes ke mahkamah syariah.bukan pentas politik!dan jika terbukti salah, boleh orang tersebut di dakwa dan dikenakan hukuman. dan jika nasarudin itu benar benar ikhlas nak bantu isteri isteri teraniaya ni, jangan pilih bulu. banyak lagi wanita-wanita di malaysia ini yg mengalami perkara yg sama termasuk wanita2 yang bersuamikankan orang orang PAS. di harapkan dia akan bawa kes2 mereka2 ini juga untuk diketengahkan.ini baru namanya ikhlas.

    Oleh itu buat wanita2 muslimah di seluruh malaysia yg mempunyai masalah dengan suami yg tidak bertanggungjawab, bolehlah dapatkan nombornya dari pihak PAS dan sila hubungi nasaruddin tantawi untuk mendapatkan keadilan dan diharap setiap keluhan isteri2 ni akan ditulis di dalam blognya.

    Keadilan Allah tidak mengenal bulu.malah jika kita menghayati kisah nabi musa dan kaumnya ketika ingin memohon hujan kepada Allah, Allah tetap menutup aib seorang yg bermaksiat selama 40 tahun dan menyebabkan orang itu bertaubat dengan jalan hikmah.

    Jika kita suka membuka aib peribadi orang di dunia, Allah takkan lupa memberi balasan yg sama untuk diterima oleh orang tersebut di akhirat kelak.

    ReplyDelete