Wednesday, September 2, 2009

Analisa Peristiwa

Beranikah Pakatan Rakyat Bakar Mahkamah?

HARI ini negeri Perak kecoh lagi. Wakil rakyat Pakatan Rakyat yang kehilangan negeri kerana dirampas oleh UBN telah cuba memasuki Dewan Undangan Negeri untuk mengadakan persidangan. Bagaimana pun mereka dihalang oleh polis dan FRU yang sudah bersiap sedia sejak dari pagi. Ada beberapa orang wakil rakyat Pakatan sudah ditahan polis.

Rupa-rupanya bukan mudah untuk menenangkan politik di Perak yang sudah berlarutan lapan bulan. Pihak yang tidak berpuas hati terus melakukan aksi asakan dengan berbagai cara. Kuat sungguh Pakatan Rakyat! Mereka juga tidak kering idea bagaimana hendak mengasak kerajaan yang ada kini yang disifatkan sebagai haram.

Kenapa mereka menjadi kuat, kerana mendapat sokongan rakyat! Kalau rakyat tidak bersama mereka, tidak mungkin wakil rakyat dapat melakukan asakan dan protes berpanjangan. Hanya dengan mempunyai ahli seramai 21 orang tidak mungkin mereka dapat mengugat kerajaan Perak dan menimbulkan ketegangan demi ketegangan. Begitukah? Benarkah rakyat mendokong mereka?

Niat mereka hendak bersidang bagaimana pun tidak pernah terhalang. Speaker S Sivakumar telah mengadakan persidangan di sebuah hotel. Kali ini mereka tidak bersidang di bawah pokok lagi (mungkin kerana panas dan bimbang hujan) maka dibuat di hotel. Bagaimanapun persidangan itu sekejap saja kemudian ditangguhkan atas permintaan bekas MB Perak, Mohamad Nizar Jamaluudin.

Bila mengenangkan politik Perak timbul pertanyaan bilakah ianya akan berakhir. Ataupun ia tidak akan berakhir dan menjadi pesta politik sepanjang tahun selagi Dewan Undangan Negeri tidak dibubarkan. Kita percaya selepas ini akan ada aksi potes lain pula. Molek juga kalau kementerian pelancongan memasukkan politik Perak sebagai pesta untuk tarik pelancong.

Polis juga tidak larat untuk menangkap dan menahan mereka lagi. Kalau semua mereka ditahan dan dikurung mungkin wakil rakyat itu akan bersidang dalam tahanan polis. Bagi mereka yang tetap meyakini masih memimpin kerajaan boleh bersidang di mana-mana saja tempat yang mereka suka. Kalau bersidang dalam penjara mereka lagi hebat.

Tindakan wakil rakyat itu tidak boleh dikatakan tidak siuman, sebab mereka ramai. Kalau setakat Sivakumar atau Nizar Jamaluddin saja mungkin boleh dikatakan gila. Tetapi kalau 21 tidak mungkin mereka gila. Yang pentingnya tindakan mereka itu ada yang sokong. Anwar Ibrahim dalam kenyataan akhbarnya hari ini mengatakan tindakan Sivakumar memanggil sidang dewan itu sah! Alasannya kerana Sivakumar dilantik oleh Dewan dan bukan dari lantai Dewan seperti Ganesan, speaker DUN sekarang.

Saya tidak mahu persoal apa-apa di sini. Cuma nak tanya dan nak soal wakil rakyat Pakatan Rakyat berkenaan. Kalau tindakan mereka sah, buatlah apa yang mereka suka. Kalau panggil sidang pun sah, mesyuarat bawah pokok, dalam hotel atau dalam jamban pun sah, apa susah-susah nak cari Dewan lagi. Bersidang sahaja. Tak payah rempuh nak masuk ke DUN.

Buatlah keputusan dalam persidangan itu. Tetapi apakah ada makna segala keputusan itu kalau ianya tidak dapat dilaksanakan? Tidak ada guna juga. Jadi persidangan itu tidak membawa apa-apa pengertian selain daripada kerja orang yang tidak ada kerja saja.

Dan sekiranya sidang DUN yang ada sekarang ini tidak sah dan tidak diikhtiraf kenapa mereka hadir? Saya harap selepas ini kesemua wakil rakyat tidak hadir bila sidang DUN diadakan. Kita mahu tengok apakah selepas mereka tidak hadir dua kali berturut-turut kedudukan mereka sebagai Adun terlucut ataupun tidak.

Di sini pada saya jalan sebaiknya ialah tunggulah dewan dibubarkan dan bertandinglah dalam pilihan raya nanti. Tidak payahlah membuat berbagai asakan yang semuanya itu menyusah dan menyerabutkan rakyat saja. Jadilah wakil rakyat yang gentlemen.

Bukankah kerajaan yang ada kini adalah sah mengikut keputusan mahkamah? Zambry Kadir duduk disitu atas kehendak mahkamah dan perkenan sultan. Sekiranya Pakatan merasakan mahkamah tidak adil dan sudah mengkhianti mereka, bakar sahajalah mahkamah, apa tunggu lagi.

Beranikah Pakatan Rakyat hendak bakar mahkamah?

Dalam memerhati telatah tindak tanduk Pakatan di Perak ini saya bimbang takut rakyat jadi muak. Bila rakyat sudah muak menyebabkan rakyat akan hilang sokongan. Makanya kalau nak buat tindakan politik, gimik politik pun berpadan patutlah. Tegasnya kalau rakyat benar-benar menyokong kita sudah tentu rakyat ikut sama menumbangkan kerajaan Zambry kini? Soalnya kenapa rakyat Perak diam dan hanya sebahagian saja yang menyokong! [wm. kl 3:20 pm 02/09/09]

18 comments:

  1. tindakan adun-adun PR bukan utk kepentingan sendiri ataupun parti. Mereka berbuat demikian kerana negeri Perak. Mengapakah saya memberi hujah begini ???
    Jikalau ditakdirkan, persidangan bawah pokok sah , maka mengikut perlembagaan negeri , haruslah diadakan sekurang-kurangnya 1 kali persidangan dalam tempoh 6 bulan. Mahu tidak mahu , terpaksalah diadakan persidangan di bulan september ni.. Jika tidak , haramlah Dewan kerana tidak mematuhi perlembagaan.

    Jika tak buat persidangan , maka bermaksud diiktiraf bahawa persidangan kecoh Mei lalu tuu sah , maka .. ini bermaksud kita mengiktiraf kerajaan haram pimpinan MB haram tuu kerajaan Perak yg sebenar.

    Apa yg depa buat tuu, demi rakyat dan negeri Perak .Jika dewan tak bersidang , belanjawan takleh dilulus , sapa nak bayar gaji kakitangan kerajaan negeri ? laa ni pun , dewan dah macam tempang dah .

    ReplyDelete
  2. itulah tujuannya supaya perkara ini sentiasa dihangatkan..maslahnya beranikah umno nak mengundi semula..

    ReplyDelete
  3. Kenapa rakyat perak diam dan sebahagian sahaja yg menyokong??? Kalau mahu tahu bubarkan saja DUN, saudara akan lihat jawapannya!!! Kami tidak bodoh dan diam, rakyat perak sedikitpun tidak pernah mengiktiraf kerajaan kudeta BN!!!! Bubar Dun kalau betul BN rasa kuat dan diterima rakyat!! Teruskan berjuang PR Perak... kami anak2 muda bersama anda..

    ReplyDelete
  4. Saya setuju dengan Pak Sayuti, semua dah jadi gila. Jadi, fikir-fikirlah supaya penyokong tidak menyusut kerana muak!. Dan akhir-akhir ini sentuhan Anwar sudah tidak berisa lagi. Kalau ada pengikut adalah mereka yang telah buat keputusan untuk menolak UBN. Soalnya bagaimana dengan mereka yang masih mempunyai akal untuk berfikir?.

    ReplyDelete
  5. Saya setuju dengan tuan. Saya berpandangan yang YB PR ini hanya nak glamor saja kerana mereka pun tahu tindakan yang akan dilakukan itu akan gagal dan sia-sia sahaja.

    Suka atau tidak, mahkamah telah tentukan keputusannya dan juga dari segi legal, BN mempunyai majoriti walaupun caranya di luar tabii.

    Saya juga cuba bayangkan bagaimana Najib dan rakan-rakan bersidang Parlimen di bawah pokok andainya rancangan 16 September Anwar berjaya direalisasikan.

    Jangan biarkan rakyat akan bosan dan muak dengan mainan politik YB PR itu.

    ReplyDelete
  6. salam tuan MSO.

    saya setuju ulasan tuan, tindakan provokasi yang berlebihan akan membuatkan rakyat menjadi muak dan jelik dengan pergolakan politik yang kelihatannya hanya dicetuskan oleh ADUNPR di perak. mungkin apa yang dilakukan oleh ADUNPR hanya sebagai "psikologi attack" kepada BN, namun PR juga perlu mengambil kira pendapat dan pandangan rakyat terhadap provokasi tersebut, yang ada kalanya kelihatan hilang kematangan di mata rakyat, lebih malang lagi kelihatan hanya sebagai "balachi" kepada adun bangsa lain. Daripada pemerhatian saya,w.pun masih berdendam, rakyat perak sudah semakin sejuk dengan peristiwa rampasan kuasa dulu, dan buktinya hari ini, hanya beberapa kerat sahaja rakyat yang datang memberikan sokongan kepada ADUNPR yang cuba memasuki dewan untuk bersidang, itupun kelihatan teragak-agak untuk dekatkan diri, berbanding semasa di awal rampasan kuasa berlaku, hingga ada yang sanggup baring di atas jalan.
    Adalah lebih bijak PR tunggu PRU13, untuk merampas kembali kuasa yang telah hilang. sementara tibanya detik tersebut, tumpukan kepada cara mendapatkan sokongan padu rakyat, iaitu kuasa yang sebenarnya.

    ReplyDelete
  7. bagaimana uncle MSO tahu yang 'sebahagian' sahaja rakyat Perak yang menyokong?

    ReplyDelete
  8. Kpd Nik M Hafizul, sekiranya semua rakyat Perak sokong PR sudah tentu penuh bandaraya Ipoh bila setiap kali kumpulan wakil rakyat buat demionstrasi. Sudah tentu juga calon Pas Bukt Gantang akan mendapat undi penuh dalam pilihan raya kecil itu kalau semua rakyat Perak sokong Pakatan. Sudah tentu juga Adun UBN yang ada dalam Dewan juga diasak oleh penyokongnya agar letak jawatan. Hakikatnya sokongan pada Pakatan tidak sampai 60%, salam.

    ReplyDelete
  9. akhirnya MSO tewas juga dengan asakan dan perang saikologi yang dijalankan olih UBN.
    rakyat akan muak dengan tindakan berlebihan hanya dilihat jika ia dilakukan olih pr dan bukan olih ubn.rakyat telah kembali menyokong ubn.inilah slogan yang sering dimainkan.
    mso.im siapa pula ni.
    dah akui 60% rakyat perak sokong pr,maknanya majoritilah yang pr ada.ini lah yang panggil demokrasi malaysia.
    kalau nak demokkrasi arab 100% pergilah keiraq.

    ReplyDelete
  10. kita takkan tahu separuh atau sebahagian sahaja bilangan rakyat menyokong Pakatan rakyat atau BN sehinggalah piliharaya semula bagi seluruh negeri dibuat.

    satu kawasan tidak boleh jadi marker kpd seluruh/separuh/sebilangan kecil rakyat.

    jika begitu sifirnya, apakah rakyat kelantan sudah berkurang menyokong Pas dalam piliharaya kecil di manek urai yg lepas.

    ReplyDelete
  11. MSO!!!...

    adakah perhimpunan pagi tadi utk berdemonstrasi???!!

    memang aku terasa bosan dengan krisis yang berlaku di perak...kerana aku rakyat perak...

    tapi perasaan dendam masih membara...adakah membara itu perlu ditonjolkan apinya??...walaupun api kemerahan tidak nampak...tapi membara itu masih lagi terasa panasnya!!!!....

    walaupun kami tidak bersama pagi tadi...tapi kami dapat menilai bahawa wakil kami masih membuat kerja...masih mahu mempertahankan sisa2 maruah!!!...

    MSO!!...

    kami rakyat perak...mampu bersabar utk gemilang pada 2013 nanti...tapi tika ini...kerja2 ke arah itu...walaupun nampak sia2...tapi mesti diteruskan!!!...

    teruskan wahai pejuang rakyat!!

    ReplyDelete
  12. salam...

    komen yg saudara lontarkan cukup bernas dan punyai makna yg mendalam

    hanya org yang tak mau berfikir shj yg berpendapat PR masih mendapat 'sokongan penuh' dari rakyat Perak

    hakikat sebenarnya, KDYMM Tuanku Sultan Perak telah menolak kepimpinan PR secara terhormat dengan perlantikan DS Zamri...

    Terpulanglah, samada nak faham atau tidak tindakan oleh Tuanku Sultan

    ReplyDelete
  13. Salam ramadan!!!..syabas buat tuan mso,jawapan anda tepat dan padat!!!..saya anak Perak diperantauan...baru balik kampong..kt kampong orang dah muak dan jelak ngan karenah wakil rakyat PAKATAN ni!!!..masalah rakyat tak siapa peduli!!!..sibuk berpolitik...cakap berdegar2,,..satu kerja pun tak buat....cukup2 lah tu!!!..banyak kerja lain nak buat...

    ReplyDelete
  14. sebanyak-banyak artikel mso inilah artikel yang saya tidak bersetuju...bukan mereka tak bersidang dibawah pokok kerana takut hujan dan panas tapi sebab polis gila semua pun dikawal.tak baca malaysiakini ke?

    mso juga mengatakan bahawa kerajaan bn haram.kalau haram sampai bila pun kena lawan.mana boleh berdiam diri mengiyakan tindakan mereka...rakyat tka trun bersama wakil mereka tak semestinya mereka tak menyokong tindakan wakil mereka...mereka menila melalui apa yang wakil rakyat lakukan kemudian menterjemahkannya melalui peti undi...

    ReplyDelete
  15. salam hormat!

    Apabila kuasa hilang ini bererti bidang kuasa ekonomi untuk membantu rakyat (penyokong) tidak ada pertumbuhan.Serentak dengan itu bagi pengundi PR yang kurang faham pasti akan berkata wakil mereka itu tidak berkerja,malah ada yang membuat tomohan PR Perak hanya suka berpolimik dan main politik walhal apa yang dlakukan itu adalah untuk kembalikan hak rakyat.. fikir fikirkan !

    ReplyDelete
  16. mungkin baik PR bersabar dan cuba mengelak diri dari kegilaan dan kurang siuman ini

    adalah tidak baik mencari marah dan payah orang lain pada bulan puasa ini

    rakyat di negeri Perak dan seluruh Malaysia telah lihat sendiri kebiadapan dan kurang ajarnya UBN

    biarlah mereka mengasak UBN masa PRU ke-13 nanti

    ReplyDelete
  17. Kalau kata Bangang MArah... Tapi tu lah hakikatnya!! PAsal ada Sultan lah kami tak boleh nak bakar Mahkamah... Karang kata Lawan Sultan!! kalau Bukan kerana Sultan , hari pertama rampas kuasa UMNO dah digulingkan, kami dah kepung SUK!!

    Pikir la Sikit..Kalau BN dapat sokongan Rakyat!! tak payah Panggil Polis.. panggil FRU.. Marilah penyokong UMNO dan PR bertempur.. kenapa nak panggil Polis..

    Aku tahulah pak najib dah bayar kamu..

    Terus terang aku berpegang pada hujjah hakim mahkamah tinggi!!

    SULTAN SALAH BUAT KEPUTUSAN@!!!

    cuma orang je tak berani cakap... pasal libatkan Sultan.. dalam hati semua rakyat, sumpah seranah!!!

    ReplyDelete
  18. itulah perjuangan, asakan perlu utk
    mengingatkan semua yg berkenaan bahwa apa yg mereka dapat secara tak bermoral tak buleh di perbetul
    kan walau pon di restui oleh siapa2
    pon . perinsip2 keadilan wajar di
    perjuangkan,juga sebagai cuntoh kpd jenarasi2 pelapis betapa segulungan dari rakyat perak berjuang utk menegakkankebenaran.

    ReplyDelete