Satu Jam Untuk Satu Juta
SETELAH orang ramai terutamanya kalangan pembangkang kecewa dengan SPRM kerana lambat bertindak atas laporan yang dibuat ke atas bekas MB Selangor, Khir Toyo berhubung pembinaan banglonya, akhirnya semalam SPRM telah memanggil Khir untuk disoal siasat berhubung pembinaan banglo didakwa bernilai RM24 juta itu.
Khir tiba di pejabat SPRM jam 8:30 pagi dan keluar jam 2:30 petang. Enam jam, apakah cukup bagi menjalankan siasatan untuk perkara sepenting itu? Jika hendak dikira dengan dakwaan (nilai Banglo) itu masa enam jam terlalu pendek. Mungkin siasatan dilakukan SPRM tidak sampai pun satu jam?
Muqadimah untuk memulakan siasatan mungkin mengambil masa satu jam. Barang kali ada pegawai SPRM yang bersimpati dengan kerjaya Khir Toyo (selepas Khir tak lagi jadi MB) menanyai prihal politiknya.Tanya bagaimana keadaan Umno dan juga bertanya mengenai masa depan Khir Toyo dan kesihatan ayahnya, Toyo Endrikromo. Bertanya apakah perbezaan selepas tidak lagi hidup mewah seagai MB dan bagaimana ketika menjadi MB.
Atau mungkin juga ada pegawai SPRM yang bertanya mengenai penyapu yang Khir pernah hadiahkan kepada pegawai PBT di Kuala Selangor dulu. Ke manakah perginya penyapu berkenaan dan apakah nasib malang yang menimpa Khir kini disebabkan badi penyapu itu?
Mungkin juga ada yang mengajukan pertanyaan berhubung dengan wajah Khir yang putih bersih apakah rahsianya. Apakah kerana Khir mengamalkan tempel atau memakan tapai ubi kayu. Atau ada yang meminta doa daripada Khir yang dibaca di sepanjang malam-malam lailatu qadar?
Mungkin juga ada yang bertanya soal anak isteri dan barulah masuk ke soal siasat berhubung banglo berkenaan. Mungkin sebelum soalan dimulakan, Khir dan pegawai SPRM bercerita dulu fasal kemeriahan puasa tahun ini dan dicampur dengan hal-hal lain sikit lagi semisalnya mengenai kematian Teoh Beng Hock. Mengenai perkembangan tazkirah di masjid di Selangor yang satu masa dulu dilarang Khir dan kini sudah dibenarkan serta macam-macam lagi juga turut jadi bualan. Masa bebincang hal ini mungkin mengambil masa dua jam.
Dicampur dengan muqadimah satu jam tadi menjadi tiga jam. Masa tersisa hanya tiga jam lagi. Tolak batuk, berdaham, perbetulkan kerusi dan mencari kertas atau pen atau proses membuka laptop untuk merakam percakapan dan sebagainya, tinggallah dua jam. Dua jam sahaja Khir menjawab persoalan SPRM?
Kalaulah bayangkan ini benar bermakna pemergian Khir ke SPRM itu hanya untuk mengabui mata pihak yang melaporkan sahaja. Dipanggil untuk ambil hati saja. Logiknya, banglo begitu besar takkanlah hanya lapan jam sahaja proses soal siasat dijalankan. Nak jelas berapa beg simen dan jongkong digunakan untuk bina banglo itu pun dah ambil masa 45 minit. Jika diukur dengan nilai banglo itu Khir patut disoal siasat selama 24 jam, iaini satu jam bagi satu juta seperti mana didakwa itu.Apa lagi ssiatan selama dikatakan enam jam itu dicampur sekali dengan soal siasat berhubung wang tajaan RM1 juta untuk keluarganya membuat lawatan ke Taman Tema Disney Orlando di Paris. Kenapa campur sekali? Sepatutnya siasatan itu diasingkan. Untuk siasat kes banglo satu masa khusus, mengenai wang tajaan itu pula satu masa khusus barulah soal siasat detail dan lengkap.
Diharap pihak SPRM dapat menjelaskan secara mendalam proses soal siasat itu dijalankan bagi memuaskan hati semua pihak. Kalau Khir hanya dipanggil atas alasan untuk mengabui mata pihak yang membuat laporan, baik tidak usah panggil kerana ia menambahkan lagi tohmahan umum ke atas ketelusan SPRM yang kini sudah mulai diragui dan makin diragui terutamanya bila membabitkan laporan dibuat pembangkang dan juga laporan ke atas pembangkang yang disiasat seperti kilat. [wm.kl. 7:07 am 15/09/09]
SPR dan SPRM antara komponen BN yang terbaru
ReplyDeleteSalam tuan....awal-awal lagi saudara MSO dah lenyak Khir Toyo. Bulan posa ni kurang2 kanlah untuk menanam perasaan benci terhadap orang lain. Sepatutnya, kita perbanyakkan muhasabah diri dan kurangkan lah mencari-cari kesalahan orang lain...
ReplyDeleteLagi satu...biarkan lah pihak SPRM buat kerja dulu..ini tidak, awal2 lagi saudara MSO dah 'berperasangka buruk'terhdap org lain. Apa...saudara MSO ni baik sangatkah?
Semoga keberkatan Ramadhan ini, lebih menginsafkan diri kita dan sentiasa mohon redha Allah. Wallahualam
Aik!!?? Ada orang kurang senang?
ReplyDeleteSalam Tuan,
ReplyDeleteSaya setuju dengan "RantauAnakDesa".
Panggil salah, tak panggil pun salah. Eloklah kita berprasangka baik.
Bila saja ada komen berkaitan pemimpin UBN khasnya umno,akan ujudlah pengulas pengulas BERBAJU KOT yang akan mempertahankan hingga akhir hayat pemberi rezeki dunia mereka mereka ini.
ReplyDeletePengulas berkot cari makan je tuan. Bukan apa tu..... harap-harap khir jadi MB balik adalah harapan sikit....bukan tak kenal lagi dah 52 tahun merdeka kita ni.
ReplyDeleteSalam...mengharap Khir jadi MB semula umpama dapat berkahwin dengan seorang puteri jelita di dalam mimpi, meriah dan pengantin lelaki tersenyum lebar..sekadar ilusi boleh la.Semua rakyat yang mengikut perkembangan semasa tahu betapa khir tu banyak mengumpul harta semasa menjadi MB.Hartanya bertimbun, duit pun dah tak habis makan.Muka pun dah berubah...ada hati nak ubah kejadian Tuhan...masyaallah.Hidung pun dah berubah bentuk.Khir sudah tidak ada kredibiliti lagi untuk bercakap tentang bersih, cekap dan amanah.Dulu sebelum menjadi MB, apa yang dia ada? sekarang walaupun tidak lagi menjadi MB, cuba tanya dia..apa yang dia tak ada?Kata arwah pak Abas,ikon astro dulu tu..MACAM-MACAM ADAAAAA.Oanr mcam ni nak dianggkat menjadi MB selangor lagi?..kenyang la barua-baru yang ada bersamanya.Kata Jay jay dala lagunya berjudul 'Cukuplah sekali'..cukuplah tu, tu pun dah melampau dah menjadi MB dua penggal..licin disapunya, orang lain dapat penyapu je.
ReplyDeletesetuju dengan pendapat-pendapat diatas buang masa memikirkan pasal khir toyo ni
ReplyDeleteapa yang penting peristiwa ini hendaklah menjadi pedoman dan iktibar buat pengundi di Selangor dan seluruh Malaysia agar tidak mengundi UBN lagi di masa hadapan dan untuk 100 tahun lagi...
ruang keadilan dan ketelusan di Malaysia hari ini semakin sempit..Biarlah kita dengar dan angguk dengan berat hati dengan undang2 jahanam..nantikan kebangkitan rakyat PR13
ReplyDeletebapa khir toyo dah meninggal..
ReplyDeleteMungkin siasatan dilakukan SPRM tidak sampai pun satu jam?....
ReplyDeleteMuqadimah untuk memulakan siasatan mungkin mengambil masa satu jam. Barang kali ada pegawai SPRM yang bersimpati dengan kerjaya Khir Toyo....
Atau mungkin juga ada pegawai SPRM yang bertanya mengenai penyapu...
Mungkin juga ada yang mengajukan pertanyaan berhubung dengan wajah Khir.....
Mungkin juga ada yang bertanya soal anak isteri...
Mungkin sebelum soalan dimulakan, Khir dan pegawai SPRM bercerita dulu fasal kemeriahan puasa tahun ini...
Banyak sangat 'mungkin' ni..... macam dah mirip2 jadi fitnah jee!
kemudian diakhiri pula dengan 'kalau'....
Kalau Khir hanya dipanggil atas alasan untuk mengabui mata pihak yang membuat laporan....
Orang Kelantan kata... 'buah kalu' (kalau)ni... "pekong anjing pun tak mampuh"
Kpd Sipu... kalau tak nak mungkin dan kalau buang saja, tentu anjing akan hidup. Salam.
ReplyDeletebila muncul sahaja pengikut dan pemuja khir toyo mesti "BERKOT".Kalau tak caya semak semua profail diatas.
ReplyDeleteApa makna nya imej "BERKOT".