MURAI nak tergelak apabila Salentia mengatakan di kalangan ahli Pas juga ada yang dikesan terlibat dengan kegiatan menyabung ayam. Baru Murai tahu rupa-rupanya selama ini kerja si Salentia ini ialah mengendap orang Pas bersabung ayam. Mungkin kerja-kerja mengendap sabung ayam ini kerja tambahan di kawasan yang diwakilinya. Al maklumlah ahli parlimen bebas kerjanya tidak banyak jadi sempatlah melakukan kerja-kerja rendah moral seperti mengendap itu.
Murai tidak menolak kalau memang ada di kalangan ahli atau penyokong Pas terlibat dengan kegiatan menyabung ayam, ikan sepilar, katak padang ataupun lembu. Apa lagi di era Pas kini tergilakan kuasa banyak terlupa untuk menterbiahkan ahlinya. Kegiatan itu menjadi budaya dan tradisi ahli Pas di sempadan Kelantan. Bukan saja orang Pas yang sabung ayam tetapi orang Umno juga kuat bersabung ayam. Kadang-kadang ayam orang Pas bersabung dengan ayam orang Umno! Anihnya penyabung ayam ini boleh bersatu di dalam arena laga ayam tetapi kembali jadi musuh di luar gelanggang perjudian.
Murai percaya apa yang dikatakan Salentia itu dari sumber yang pasti. Mungkin Salentia turut sama terlibat dalam kegiatan itu atau ada anak kakinya yang aktif melaga ayam di kawasannya. Kalau dia sendiri tidak masuk ke gelanggang macam mana dia boleh tahu? Dan setahun Murai taukeh bon laga ayam di kawasan Salentian itu adalah pemimpin Umno sendiri!
Jadi Murai tidak hairan sedkiitpun. Cuma di sini apa yang Murai nak timbul dan nak tanyakan yang mana lebih hina daripada bersabung ayam dengan menyabungkan diri sendiri dalam gelanggang politik. Kalau bersabung ayam itu berdosa, apakah menyabungkan diri dalam politik tidak berdosa?
Salentia barang kali terlupa dengan gelagat dan perangainya yang tidak habis-habis menyabung dirinya dalam politik. Sejak dari awal hingga ke akhir hayat mungkin dia terus menyabung dirinya untuk survive. Persabungan itu memeningkan pemerhati dan sekaligus meletakkan dirinya tidak ubah seperti ayam sabung yang suka berkokok tapi ekor bergelumang tahi.
Periksalah denai-denai politik yang dilaluinya. Politik Salentia subur dan hidup menerusi persabungan. Kalau beliau tidak sedia menjadikan dirinya ayam sabung, pasti sudah lama dia mati konjol dengan kedua-dua belah kaki kejang ke atas seperti ayam langgar lori. Statusnya hari ini diperolehi menerusi persabungan yang licit alias munafik.
Gelanggang mula-mula dia sabungkan dirinya ialah Berjasa, selepas itu Umno, selepas itu Semangat 46, seleps itu Umno semula. Kini dalam proses nak menyertai Umno kembali untuk kali ketiga dan bercadang nak buat hitrik. Sebab itulah dia acap berkokok untuk mendapat perhatian orang Umno. Bagaimana pun dia masih terkial-kial di luar gelanggang kerana belum ada isyarat untuk membolehkan dia menghulur tenguk masuk ke gelanggang.
Mungkin Selantia tidak berapa diminati Umno lagi kerana Umno sudah mengetahui yang dia jenis ayam buntut busuk. Ayam buntut busuk ni jenis berak 'car...' (terpacar) kata orang Kelantan di mana najisnya tidak keras tetapi lembik dan bersembur, baunya ya Allah.... tak tergamak nak cerita. Ayam jenis begini tidak ada siapa sudi mendekati lagi.
Makanya hari ini Selantia kena berkokok semahunya. Dia kena menghina parti Pas, kena menghina Anwar Ibrahim dan kena menghina Nik Aziz Nik Mat. Dia tidak peduli siapa mereka itu kepadanya. Apakah jasa dan budi orang itu kepadanya. Yang penting dia terus dapat survive. Jenis haiwan mengigit jari tuan. Dan dalam masa itu pula dia kena memuja dan memuji Najib dan Rosmah atau pun berbuat sesuatu jenaka untuk diketawai oleh kedua mereka ini. Jadi badut, badutlah asalkan Najib dan Rosmah senang...
Apakah cara hidup munafik begitu tidak berdosa? Apakah dosanya sama atau kurang daripada bersabung ayam? Kerana itu bagi Murai sebelum Salentia mengatakan kepada orang Pas tiliklah kepada diri sendiri. Jumpalah mana-mana ustaz dan tanya mengenai kegiatan menyabung diri itu apakah dosanya lebih besar atau lebih kecil dari sabung ayam.
Bagi Murai perilaku Selantia itu lebih jijik dan lebih munafik daripada orang-orang yang menyabung ayam itu.
Murai: Suka menyonget-nyongetkan ekor.
salam..pang5 katak tu akan mati beragam dah.Kejap kat sana, kejap kat sini.Prinsip perjuangan langsung tarak..hampehhh.Cakap berdegar-gedar habuk pun tarak.Semuanya salah orang, yang dia belok sana, belok sini dalam politik selama ini siapa yang suruh?akibatnya...tanggung la sendiri.Dalam UMNO dah kenyang mengutuk pulak, dalam PR merayu-rayu nak jadi MP Pasir Mas.TGNA bagi peluang "digigitnya tangan" orang yang melepaskan dirinya dari tersepit.Dasar tidak kenang budi.DS Najib pun tak hingin nak terima orang macam tu.PRU13 nanti penampal poster je la..tidak parti lagi nak menjadinyakan calon,calon bebas boleh la...parti diri sendiri.Kalau ada mana-mana parti yang sudi mengambilnya sebagai calon memang nahas la parti tu nanti..bila memang, jadi YB..terus lupas diri.Selepas ini, mana-mana parti janganlah menerima orang-orang yang sewaktu dengan pang5 katak tu..tidak ada hasilnya.menjadi kudis ada la.
ReplyDeletesalam hormat !
ReplyDeleteJika berjumpa ular dengan selantia mana satu akan dipukul dahulu?sudah tentu jawapan ular,kenapa?
sebabnya adakalanya selantia berguna untuk memanggil hujan manakala ular tidak kenal mana kawan dan mana lawan...
Jesteru itu apabila seorang pengikut ajaran ayah pin menceritakan siayah pin ini suka laga ayam maka kerana sebab itulah beliau meninggalkan kumpulan ajaran sesat tersebut.
Ini membuktikan jika ada orang pas juga turut sama laga melaga ayam maka sudah tentu dia seorang yang tidak bertanggung jawab terhadap peranannya untuk mencegah kemungkaran sekaligus akan memberi kesan buruk kepada parti yang dijunjung itu....diakhirnya bolih juga diistilahkan bersikap hipokrit yang seangkatan dengannya digelar munafik.fikir fikir kan!