Friday, September 18, 2009

Sebelum Jumaat

Tengku Faris Berangkat Ke Qaryah Ramadhan

MALAM tadi Pemangku Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra telah berangkat ke Qaryah Ramadhan di perkarangan stadium Sultan Mohamad ke-IV untuk sama-sama mendirikan solat sunat Tarwih bersama jemaah perkampungan berkenaan.

Baginda diiringi oleh Exco kerajaan negeri, Meja (B) Mohd Anizan Abdul Rahman bersama para pegawai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pegawai Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) Bandarya Islam.


Kehadiran baginda itu benar-benar mengejutkan jemaah yang tidak menduga baginda sudi untuk berangkat bersembahyang bersama rakyat jelata di perkampungan berkenaan.

Keberangkatan baginda itu disambut dengan takbir Allahuakhbar, sebagai menyatakan kegembiraan dan kebanggaan rakyat atas sikap prihatin dan cakna baginda kepada rakyat. Sejak memangku tugas Sultan baginda tidak pernah jemu untuk berangkat menziarahi rakyat baik di bandar maupun di pedalaman bagi mengetahui sendiri masalah dihadapi rakyat.

Sikap baginda itu disenangi oleh rakyat jelatan. Di mana-mana saja di Kelantan hari ini rakyat memperkatakan mengenai sikap prihatin baginda itu.

Ketika bertitah selepas solat tarawih di Qaryah Ramadhan itu baginda nmengucapkan terima kasih banyak kepada seluruh rakyat Kelantan yang mendoakan kesejahteraan ayahanda baginda, Sultan Ismail Petra yang baru-baru dalam keadaan gering. Foto Ehsan dari sdr Ruzely Abdullah. [wm.kl.11:45 am 18/09/09]

1 comment:

  1. Raja seperti inilah yang diingini dan dihormati rakyat. kerabat raja yang lain perlu mencontohi TMK dan bukannya asyik berlibur,mabuk serta berkepit dengan wanita2 seksi di kelab malam seperti kebanyakannya.

    ReplyDelete