Wednesday, September 16, 2009

Titisan Budi

Sumbangan Kecil Tetapi Bernilai Besar

SESUATU sumbangan dan pemberian itu bukan dilihat kepada jumlah ataupun kualiti barangan yang disumbangkan itu tetapi kepada nilai ingatan seseorang di sebalik sumbangan itu. Apa lagi kalau sesuatu sumbangan itu tidak pun difikir atau diharap-harapkan. Kerana itu bila tiba-tiba ia sampai ke hadapan kita ianya sungguh mengharukan.

Inilah sumbangan raya dari DMPP.

Mungkin inilah yang dapat saya rumuskan apabila ke pejabat tengah hari tadi bila tiba-tiba rakan menghulurkan satu pakej tupper ware yang didalamya mempunyai berapa biji biskut dan tujuh biji buah kurma. Jika hendak dikira sumbangan itu tentunya tidak seberapa dan saya sendiri berkemampuan untuk memiliki lebih daripada iu.

Di atas tupper ware itu disematkan secebis kertas putih berbunyi Salam Aidiftri 1430H Maaf Zahir dan Batin dari Warga DMPP 2009. Di bawahnya disertakan dua nombor telefon. Atas notis itu pula dilekatkan sekeping kertas warna kuning emas yang mencatatkan nama saya, MOHD SAYUTI OMAR.

Ini bererti pihak yang memberi sumbangan itu (DMPP- Dewan Muslimah Pas Pusat) menyediakan khas untuk saya dan juga staf lain. Ia bukan sekadar sumbangan ikut terpandang orang akan diberi tetapi disediakan khusus.

Saya jadi teruja dengan sumbangan/ingatan berkenaan. Tiba-tiba hati jadi sebak dan sayu mengenangkannya. Jauh di sudut hati terfikir betapa mulianya mereka yang menyediakan biskut-biskut dan juga kurma itu untuk dijadikan sumbangan. Buat saya inilah sumbangan pertama sepertinya dari DMPP atau mana-mana perkumpulan wanita.

Saya tahu ianya bukan untuk saya saja, tetapi mungkin untuk ratusan mereka lain yang menjadi ingatan DMPP dan secara tidak langsung juga sebagai sedekah kifayah DMPP sempena bulan Ramadhan.

Semoga saja sumbangan yang kecil tetapi amat bererti ini akan mendapat berkat dan DMPP akan terus diberikan Allah s.w.t. kemenangan dalam segala lapangan yang diceburinya. Biarlah apa orang nak kata kepada DMPP, tetapi ternyata bagi saya ia lebih perihatin dan mulia berbanding dengan Pergerakan Wanita Umno, ataupun Angakatan Wanita PKR ataupun mana-mana pergerakan wanita lain. Sebabnya, hanya DMPP - Dewan Muslimah Pas Pusat saja yang ingat dan memberi sumbangan kepada saya.

Insya-Allah bila tiba lebaran nanti saya akan merasai bisut berkenaan bukan kesedapannya tetapi menghayati ketulusan DMPP dengan sumbangan itu. Terima kasih daun keladi. [wm.kl.5:50 pm 16/09/09]

1 comment:

  1. Salam Tuan Hj MSO,

    Saya memuji prihatin dan inisiatif oleh kaum Muslimah PAS. Saya terharu dengan SMS jemputan drpd pihak YB Tanjung Mas yang mesra dengan panggilan Kak Ani (salah seorang wakil rakyat muslimah PAS) kepada warga rakyat dalam DUN Tanjung Mas. Ini suatu penghargaan dlm meraikan rakyat-rakyat setempat.SMS di terima berbunyi :-

    "SALAM I'IDULFITRI 1330H".Maaf Zahir & Batin.Jemputke rumah Tmn Azam,Jln L Yunus,K.B pd Raya ke 2 "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM" dari YB Kak Ani ADUN T.MAS 0139223834.

    Wasalam.

    ReplyDelete