SEHINGGALAH hari ini baru saya membaca tulisan Prof Abdul Aziz Bari menerusi blog bekas Setiausaha Politik MB Perak, Musbahul Munir. Semalam beberapa orang Pas yang tidak senang dengan tulisan Aziz itu telah menghubungi dan SMS saya, minta baca tulisan berkenaan dan mahu pandangan balas saya.
Naluri suruhan itu kerana tidak puas hati dan kesal dengan apa yang dilontarkan Aziz. Mereka mempersoalkan Aziz tidak patut memasuki terlalu jauh dalam parti berkenaan. Sebagai orang luar Aziz tidak seharusnya mencampur sehingga begitu dalam sekali. Aziz telah membuat ulasan yang tidak saksama!
Pemanggil itu telah memberi 'kulasah' mengenai apa yang Aziz katakan. Katanya, Aziz suruh pimpinan Pas (ulama) yang ada sekarang ini letak jawatan. Mereka perlu bertanggungjawab atas kekalahan Pas di Bagan Pinang. Dalam kajian sarjana Aziz, kenapa pengundi India dan Cina tolak Pas kerana pembawaan para ulama itu.
Saya rasa kajian Aziz itu dangkal dan tidak berapa dalam. Keterlaluan kalau beliau meletakkan kekalahan Pas itu kerana kepimpinan ulama atau kerana isu dibangkitkan Dr Hasan Ali di Selangor. Tidak adil juga kalau hanya mereka bercap ulama yang perlu letak jawatan atau dipertanggunjawabkan di atas kegagalan Pas di Bagan Pinang itu.
Yang kendali pilihan raya di Bagan Pinang, bukan saja ulama, tetapi profesional. Bukankah Pengarah Besarnya Sallahuddin Ayub dari rahim profesional? Bukankah Pengarah Operasinya, Zulkefli Ahmad dari rahim preofesional. Bukankah Khalid Samad dari golongan sama? Bahkan calon itu sendiri seorang profesional.
Begitu juga pilihan raya itu diurus bersama dengan rakan Pas, DAP dan PKR? Jadi kalau hendak dipertanggungjawab maka kedua parti itu juga perlu dipersalahkan.
Dan kalau hendak adil, orang ini, Sallahuddin, Zulkefli dan Khalid Samad kena juga lepas jawatan. Saya tidak fikir strategi provokasi menggunakan mangsa yang dipukul sampai berdarah yang tidak diketahui identiti itu adalah strategi dari ulama? Ulama mana tahu merancang strategi dan provokasi. Bukankah mereka hanya tahu cukur kepala budak, buat air tawar ataupun berdoa saja?
Sebagai pengarah Sallehuddin kena bertanggunjawab. Kalau dia seorang gentleman bila Aziz menuding jari kepada ulama seharusnya Sallehuddin bangkit membela dan ambil tanggungjawab. Sallehuddin tidak boleh merasa dia terselamat bila Aziz membuat ulasan begitu. Kenapa Aziz tidak tunding kepada profesional? Apa kerana mereka sekongkol ke?
Dalam rencana itu juga Aziz telah melebalkan Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa sebagai pro-Umno? Sekali lagi lemparan Aziz itu seperti membaling tahi lembu bulat dalam gelap. Apakah makna pro-Umno? Kalau mereka pro-Umno apakah di sebelah sini tidak ada pro mana-mana? Dan apakah tujuannya beliau terus bermain dengan gelaran dan brand itu.
Ulasan begini saya nampak menimbulkan masalah kepada Pas daripada cuba menyelesaikan masalah Pas!
Kerana kurang berhati-hati itu di sinilah saya kata niat yang baik itu jadi tidak baik. Aziz sepatunya memberi kritikan dan teguran secara adil dan tidak menunjukkan dia bias kepada mana-mana pihak. Bila dia nampak emosi dan benci kepada pihak tertentu maka neraca sarjananya boleh dipertikaikan.
Saya juga kurang setuju dengan alasan Aziz yang mengatakan Dr Hasan Ali menjadi libaliti kepada Pas. Kajian ini dibuat berdasarkan perasaan semata-mata dan bukannya kajian terperinci. Aziz tidak boleh menghalalkan kajiannya dengan berselindung di sebalik kepakaran atau sarjana yang beliau miliki.
Saya rasa dalam sudut ini Aziz melihat dengan sebelah mata. Beliau menutup sebelah matanya yang lain. Saya kata dia tutup mata bukan tutup minda. Aziz tidak melihat apakah kesan baik dan kesan buruk di sebalik telahan dan ungkitan karektor politik Hasan itu. Beliau hanya nampak kesan buruk yang diceritakan oleh muridnya saja dan tidak melihat maknawi siasah Hasan.
Betul Hasan Ali telah menjadi libaliti kepada Pas dalam konteks Pakatan Rakyat. Orang Cina dan India khususnya peminum arak tidak setuju dengan tindakannya. Sebab tindakan Hasan itu menyebabkan mereka sulit untuk mendapatkan arak. Para penyokong peminum arak juga marah, bahkan orang Melayu yang minum air kencing syaitan itu juga murih. Kerana mereka mengira peminum arak tidak akan mengundi mereka!Tetapi Aziz kena tahu juga ada Melayu, (kalau tak banyak pun segelintir) yang menyokong dan bersetuju dengan usaha Hasan itu. Cuba selidiki apakah semasa Hasan berusaha untuk membenteras arak itu apakah tidak ada orang Islam yang bangkit menyokongnya. Malahan usaha Hasan itu sendiri selari dengan prinsip Pas. Aziz barang kali terlupa untuk membelek perlembagaan Pas ketika membuat ulasan ini. Sebenarnya perjuangan Hasan untuk hapuskan arak itu adalah perjuangan haq dan menempati perjuangan Pas.
Angka ini (yang menyokong Hasan) mungkin kecil dalam penilaian Aziz kerana dilihat kepada beberapa kerputusan dalam pilihan raya lalu di mana bukan Melayu memberi kemenangan kepada Pas. Tetapi, kena ingat angka yang kecil yang menentang itu juga akan memberi kemenangan kepada setiap indvidiu yang bernama Islam. Tentangan kemungkaran itu adalah tuntutan akhirat. Di akhirat besok apa yang menjadi perhitungan bukan jumlah majoriti atau minoriti tetapi siapa yang haq? Saya percaya apa yang dilakukan Hasan demi memenuhi maksud dan tuntutan perjuangan dan sanggup mengenepikan budi-budi kebendaan.
Apapaun diharap ahli Pas dapat menerima baik pandangan Aziz yang baik dan buang yang tidak baik. Pandangan baik itu adalah sedekah ilmunya untuk Pas dan pandangan bermotif lain itu adalah against beliau kepada Pas. Kenapa beliau against Pas maka sama-samalah cari sebab dan musbababnya!
Hendaknya pula jangan ada segolongan yang cuba memperpanjangkan pandangan Aziz yang sudah tentu bukan keputusan majmuk dalam Pas semata-mata untuk dijadikan modal bagi politik peribadi. Ia masih bersifat individu dan pandangan bebas yang dibuat tanpa memenuhi rukun-rukun jemaah yang diamalkan Pas. [wm.kl. 6:00 pm 21/10/09]
Saudara MSO
ReplyDeleteMengapa pula tiba-tiba dikaitkan Presiden PAS sebagai Pro-UMNO? Umum mengetahui Prof Aziz Bari juga menyokong wujudnya puak-puak dalam PAS seperti Erdogan dan sebagainya yang disuarakan Prof semasa debat bersama Khairy dan Husam Musa dulu.
Pada saya lebih baik kalau kita kelaskan kumpulan-kumpulan dalam PAS itu sebagai pro-PAS dan pro-Anwar. Tidakkah itu lebih tepat?
Aku sangat berharap aziz terus memberikan komennya pada PAS.Sebelum ni pun Aziz banyak membela PAS,kalau sedikit komen yang diberinya tidak memihak kepada PAS,tidak patut sangat untuk PAS membantainya...Rasional sikit...Ini adalah penilaianya yang melihat dari luar,nak terima atau tidak,terpulangla...Pas pulak kena la belek sikit diri,kalau orang macam Aziz boleh nampak macam ada yang tak kena dalam PAS (walaupun mungkin tak betul) macam mana plak dengan Pak Long kita yang pakai songkok tinggi,hisap rokok daun gulung dan menjerit "Hidup Melayu!!!" atau "Pembanggunan!!!" agaknya macam mana la puak ni nampak masalah dalam PAS..
ReplyDeletesaudara mso
ReplyDeletepas baru kalah sekali prk dah kelam kabut habis sekalian alam.
inilah dasar manusia yang tidak dapat menerima Qada & Qadar
Sdra MSO,
ReplyDeleteSaya rasa ulasan sdra ini adalah yg paling matang setakat ini.
Betul spt kata sdra, bkn shj golongan ulama' yg patut dipersalahkan dlm hal ini. Ironinya, mrk2 yg berada di dlm jentera PAS di Bagan Pinang adalah merupakan pakar2 strategi belaka.
Wbmnpun, hakikat yg patut diakui ialah negeri2 spt N9, Melaka & Johor masih merupakan negeri pekat UMNO yg usaha PAS utk menembusinya sepatutnya 5 kali ganda berbanding di negeri2 lain.
Salah satu isu yg terfikir di minda ialah di N9, budaya mengimarahkan surau/masjid tidak berlaku di sesetengah tmpt. Oleh itu, tahap kecelikan yg amat rendah terhadap agama Islam perlu dipertingkatkan maka di sinilah orang2 PAS setempat sepatutnya memainkan peranan masing2.
Hanya dgn kesedaran hidup beragama shj boleh menyedarkan masyarakat akan hakikat bahawa Islam tidak meminggirkan politik daripada Islam.
Oleh itu, penggerak PAS di N9 perlu ke hadapan dlm menggerakkan aktiviti berunsur agama di samping memperjuangkan isu2 kemasyarakatan yang sudah sekian lama diperjuangkan oleh aktivis PAS di sana.
Wallahua'lam
Tuan,
ReplyDeletesaya berpendapat bahawa Prof Bari berhak berkata demikian berdasarkan kacamata beliau. pandangan belaiu tak semestinya betul dan tepat. Pimpinan Pas tak perlu melenting samada melenting menyanggah kata-kata beliau atau melenting untuk mengadakan EGM membuktikan kebenaran kata2 beliau. Apa yang perlu Pas lakukan adalah bermuhasabah diri samada Pas terus berada di belakang rakan seperjuangan sebagai pak turut yang dicucuk hidung atau Pas yang istiqamah dengan prinsip sendiri.
takut-takut org yang suka label dengan pro umno lah, pro ug lah... dia pulak yang masuk umno..eheh..
ReplyDeleteingat tahun 80an dulu, manusia yang terlebih-lebih menghina umno mengkafirkan umno org itulah yang masuk umno...
kita bercakap sesedap hati aja, kita tidak tahu berapa ikhlas perjuangan mereka untuk pas?...
banyak cakap banyak jatuh...
Saya sangat setuju dengan perenggan ke-3 terakhir..!!
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletesaya nampak apa yg ditulis oleh prof.itu haruslah dibuatkaji selidik oleh para pemimpin atasan pas akan kebenaran atau pun hanya pandangan peribadi semata2.jika itu adalah pandangan peribadi anggaplah itu hanyalah kebebasan bersuara sahaja.utk hassan ali nie ianya haruslah lebih menyuarakan setiap pendapatnya berkenaan k'jaan pakatan mengunakan saluran yg betoi jangan asyik apa masalah aje panggil PC.itu semua bukan menyelesaikan masalah tp menambah masalah saja utk k'jaan pakatan ajepun.utk MSO luahkan pandangan anda tanpa nampak berpihak, maaf cakap kekadang nampak abg MSO membuat ulasan sesuatu perkara tu nampak berpihak.
mintak maaf tuan..banyak kelemahan dr hassan ali telah diperlihatkan..bkn nak memburukan tp itulah hakikatnye..tanyelah rakyat dibawah kawasan adun beliau...ape dr hassan ali buat utk hal ehwal islam negeri selangor???..bile ader majlis rasmi selalu lewat..saya kecewa pn ader...harap berubah sebelum kita rakyat kecewa di selangor
ReplyDeleteApa lagi Najib, nilah masa yang sesuai untuk bubarkan parlimen. Umno tengah mantop, OTK dan CSL masing2 dah bersalaman walaupun dalam hati hanya Tuhan yang tahu, pastu Pas dok tengah bercelaru. So I hope petang nanti Dato' boleh bagi bajet yang kaw-kaw untuk PRU 13...biar padan PR, orang bagi undi masing2 nak bertelagah,rakyat ternganga di tengah...
ReplyDeletesalam,
ReplyDeleteyang jadi maslah bila prof aziz bari melabelkan pemimpin.
dgn melebelkan pemimpin sebagai pro-umno seperti mencalit tahi kemuka pemimpin tersebut. seterusnya merencatkan peluang politik pemimpin tersebut.
saya setuju dgn komen saudara sofwan sepatutnya hanya ada dua kumpulan sama pro-pas atau pro-pakatan.
pro-pas bermakna mereka yang masih kekal dgn asas perjuangan menegakkan syiar islam dan mendahulukan islam dari politik semasa.
sebaliknya pro-pakatan mereka yang mendahulukan perjuangan politik (duniawi) dari perjuangan menegak syiar islam.
melebelkan pemimpin pas pro-umno adalah satu jalan dayus untuk menjatuhkan pemimpin pas. kerana pada ahli2 pas semua tahu umno lebih kufur dari pkr dan dap.
-melayutara