Wednesday, November 11, 2009

Belasungkawa

Isteri Kamarudin Jaafar Kembali Ke Rahmatulah

[kemaskini jam: 6:05 12/11/09] ISTERI bekas Setiausaha Agung Pas, Kamaruddin Jaaffar, Kamariah Kamarudin telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 6:00 pagi tadi ini di rumahnya di No 2 Jalan SS 7/4, Kelana Jaya. Allahyarhamah menghebuskan nafas terakhir di hadapan anak-anaknya.

Allahyarham meninggal akibat kanser yang dihidapnya sejak beberapa tahun lalu. Kamarudin yang ketika ini berada di Qatar bergegas pulang dan dijangka sampai ke Malaysia lewat tengah hari ini.

Semasa hayatnya Allahyarham jarang mengikut suaminya ke majlis parti ataupun majlis rasmi kerajaan kerana masalah kesihatan.

Saya sendiri baru pertama kali mengenali Allahyarham ketika menghadiri majlis kenduri anak perempuannya di Tumpat dua tahun lepas. Di atas adalah gambar Allahyarham yang meraikan kedatangan isteri MB Kelantan, Tuan Sabariah Tuan Ishak ke majlis kenduri berkenaan. Al Fatihah. RALAT: gambar yang tertera sebelum ini bukan gambar Allahyarham Datin Kamariah seperti mana yang disebut. Atas kesilapan tidak disengajakan ini saya menuntut kemaafan dan terima kasih kepada pihak Badan Perhubungan Pas Negeri Kelantan yang memaklumkan hal ini. [wm.kl. 10:40 am 11/11/09]

No comments:

Post a Comment