Kata MB Kelantan, Nik Aziz Nik Mat dia tetap akan mendoakan supaya Perdana Menteri, Najib Razak dan kerajaannya musnah kalau Najib tidak mahu beri wang royalti kepada Kelantan. Nik Aziz tak peduli apa orang kata kepadanya. Dia tetap dengan pendiriannya. Orang kata salah kalau berdoa untuk kemusnahan orang, dia tak peduli. Dia nak debat dengan orang yang berkata begitu. Menurut ilmunya boleh berdoa demikian. Katanya ada dalil dan hujah kata boleh.
Murai tabik kepada pendirian tegas Nik Aziz itu. Dia tidak berganjak dari keputusannya. Yalah kalau betul kenapa nak berganjak? Kalau berganjak nanti orang kata dia tidak ada pendirian pula. Cuma yang Murai sikit pelik bila fikirkan hal Tok Guru seorang ini, kenapa dalam satu-satu hal dia tegas dan keras macam besi, dan dalam hal lain pula dia jadi lembek macam batang pisang kena air.
Misalnya mengenai perlantikan menantunya, Abdul Ariffahmi Ab Rahman sebagai CEO PMBK. Dulu dia juga pertahankan bahawa perlantikan itu tidak menjadi masalah, tidak bersifat kroni, malahan kalau kroni pun ia dibenarkan sebab Rasulullah juga berbuat begitu. Tapi alih-alih dia juga nasihatkan Ariffhami letak jawatan. Murai kurang faham bab ini. Kenapa? Cit..citt...citttt.
Mengenai doa supaya Najib dan kerajaan musnah sebabnya sikit saja, sebab Najib tidak mahu beri wang royalti minyak kepada Kelantan. Najib pula tetap mahu berikan wang ehsan kepada Kelantan. Alasan Najib, apa nama pun wang itu sampai kepada rakyat juga.
Eh... kalau sampai (wang itu) sungguh Murai tak kisah. Namalah atas nama apa pun tidak menjadi masalah. Rakyat perlu diutamakan. Yang penting hasil bumi Kelantan dapat dikecapi oleh rakyat Kelantan.
Adapun apa yang Murai dok fikir kenapa Nik Aziz nak wang itu atas nama royalti ialah kerana nak urus sendiri wang berkenaan. Nak bagi sendiri kepada rakyat. Mungkin dia bimbang takut kalau UBN urus tidak sampai ke mana. Al maklumlah, dunia kenal dengan perangai pemimpin UBN? Sebenarnya ada moleknya juga kalau wang itu diserahkan kepada Kelantan. Lagipun ia adalah hak Kelantan secara mutlak. Najib pun satu nak berkeras ke atas harta orang.
Seperkara lagi mungkin Nik Aziz beriya sangat nak duit itu kerana dia sudah nampak kesannya. Kalau UBN berikan kepada rakyat nanti rakyat Kelantan nampak yang berkebajikan UBN, tidak kerajaan Pas. Ini yang padah ini. Lama-lama bila rakyat sudah bertanggapan begitu lama-lama body akan terlepas kepada UBN. Kalau body (undi) sudah terlepas bermakna berputih matalah Pas pada pilihan raya akan datang.
Murai dah bayangkan perkara ini awal-awal. Jangan desak tidak tentu kalu mengenai wang royalti itu. Murai dah dapat bayangkan walaupun desakan, UBN tetap tidak akan beri juga kepada Kelantan. Akan dicarilah seribu helah untuk menafikan hak Kelantan itu. UBN mana tahu soal dosa dan pahala. Dan hajat Nik Aziz nak doakan itu pun tidak menggetarkan jiwa mereka. Apa lagi mereka (UBN) pun sudah anggap Nik Aziz sudah nyanyuk dan tidak stabil lagi. Bagi UBN Nik Aziz bukan ulama tetapi ustaz politik. Jadi mereka tidak takut kepada dia Nik Aziz.
Justeru itu pada Murai masa masih ada. Apa yang Murai rasa baik Pas Kelantan berundinglah dengan kerajaan UBN. Nik Aziz duduklah dengan Najib berunding dan bincang baik-baik. Kalau tak boleh semua minta separuh sudah cukup. Ada pepatah Arab mengatakan kalau tidak boleh semua, ambil separuh pun jadi. Separuh lebih baik daripada tak dapat langsung.
Murai yakin dan percaya Najib tidaklah zalim sangat. Bukankah sebelum ini mereka dah naik jet sekali? Dan bincang apa-apa yang patut. Apakah perbincangan itu tidak boleh diteruskan. Sebaik kelek ke Kelantan khabarnya Nik Aziz dah puji Najib macam nak rak, tapi alih-alih kecam pula Najib.
Bagi Murai daripada mendoakan agar Najib musnah kalau Najib tak beri juga wang royalti itu lebih baik Tok Guru menebalkan muka berjumpa Najib minta wang royalti itu molek-molek. Pergi ke pejabatnya. Kalau lepas minta dengan molek Najib tetap berdegil masa tulah baru Nik Aziz boleh serang Najib hatta berdoa agar dimusnahkan Allah. Bila Najib sah tidak beri itulah tandanya Najib jahat. Murai rasa main ugut-ugut bukan permainan orang bijak pandai melainkan permainan budak-budak saja.
Murai: Bernyanyi-nyanyian selepas bah.
Salam pak mso..
ReplyDeleteTGNA keras sebab dengan UMNO, kalau sesama PAS bagi teguran kenala lembik sikit..nanti orang panggil keras kepala pulok! baikjangan ada jemaah..pak mso saje je buat2 tak tahu....
hanya murai memahami bahasa murai.
Misalnya mengenai perlantikan menantunya, Abdul Ariffahmi Ab Rahman sebagai CEO PMBK. Dulu dia juga pertahankan bahawa perlantikan itu tidak menjadi masalah, tidak bersifat kroni, malahan kalau kroni pun ia dibenarkan sebab Rasulullah juga berbuat begitu. Tapi alih-alih dia juga nasihatkan Ariffhami letak jawatan. Murai kurang faham bab ini. Kenapa? Cit..citt...citttt
ReplyDelete( Pelik apanya keputusan itu bukan tok guru yang buat tapi selepas berbincang dengan pemimpin PAS. Jadi tak timbul soal dulu lain sekarang lain,tok guru tetap to guru)
Aper masalahnya dengan berdoa utk kehancuran?. Memang kiter dianjurkan untuk berdoa untuk kebaikan tapi buat pemimpin yang dianggap zalim doa pun kene selayaknya juga. Teringat dulu kisah seorang pemerintah zalim yang bercita2 nak bangunkan bangunan emas sampai rantai leher seorang kanak2 yang miskin pun sanggup dirampasnya. Jadi tak kan kalau kiter duk kat tempat budak tu masih nak doakan supaya sipemerintah zalim tu bertambah aman sejahtera. Hehehe lawak tul kat orang yang pertikaikan doa Pak Nik. Lainlah kalau Pak Jib masih bukak pintu rundingan.
ReplyDelete