MINGGUAN Malaysia hari ini membuat spekulasi Husam bin Musa akan melepaskan semua jawatan dalam kerajaan dan parti. Laporan itu menyebut Husam telah memaklumkan hasrat itu kepada Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, Selasa lalu dalam pertemuan empat mata! Menurut laporan itu Nik Aziz menolak hasrat Husam itu, bagaimana pun Nik Aziz menerima penjelasan Husam yang beliau tidak terlibat dengan kemelut dalam PMBK.
Bagi saya sedikitpun tidak mempercayai laporan berkenaan, kalau Husam hendak berhenti. Sebelum ini telah pernah berlaku Husam nak letak jawatan. Apabila disiasat ianya hanya sebuah lakonan sahaja. Jadi...? Kepada yang tak faham politik kena faham baik-baik laporan berkenaan. Jangan pula tersalah sangka dari jangka!
Laporan itu memetik sumber dalaman. Sumber dalam? Siapakah yang memaklumkan kepada Mingguan? Tidak mungkin Nik Aziz sendiri memaklumkan melainkan orang yang melihat pertemuan itu kemudian memberi tahu akhbar berkenaan. Ada dua saja pegawai yang berlegar di pejabat MB yang mungkin mengetahui pertemuan itu, Setiausaha Akhbar atau Setiausaha Politi. Mungkin ada yang menyuruh agar akhbar membuat spekulasi demikian untuk melihat reaksinya!
Denyut sakit gaout saya hilang sebaik membaca berita berkenaan. Semalam lagi apabila mendengar laporan Astro Awani dan membaca beberapa portal berita saya sudah mula tersenyum mengenangkan telatah Husam dan orang kuatnya Ahmad Zakid Ibrahim (foto) yang juga Setiausaha Perhuhungan Pas Kelantan yang cuba memberi justifikasi di atas ketidak hadiran Husam dalam mesyuarat Badan Perhubungan Pas Kelantan di JKR 10.
Dalam laporan portal berita (mstar online) semalam, Zaki memberi tahu Husam tidak hadir mesyuarat perhubungan kerana beliau sakit dan berada di ward. Mungkin ramai peminat Husam terperanjat apabila mendengar penjelasan Zaki itu. Mereka dari Perak barang kali sudah pun sampai ke Kota Bharu untuk menziarahi Husam pagi ini.
Saya harap kenyataan Zaki ini tidak disalah petik dan beliau akan menafikan hari ini. Kenyataan Zaki itu jelas sekali bohong atau 'belawak'. Saya tidak tahu kenapa kalau beliau harus tipu demikian rupa. Nampak sangat di sini tidak ada keselarasan dalam memberi maklumat kepada media berhubung kedudukan Husam. Apakah tidak ada brainstorming terlebih dulu?
Kenapa saya kata Zaki 'belawak' (bohong), kerana semalam Husam tidak berada di mana-mana katil di hospital tetapi berada di majlis simposium nasional anjuran Parti Keadilan Rakyat di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Husam juga adalah salah seorang ahli panel di simposium itu. Kalau beliau sakit kenapa boleh hadir simposium parti lain, tetapi sakit untuk menghadiri mesyuarat badan perhubungan Pas?
Hal ini ini juga ada dilaporan oleh beberapa portal berita. Husam juga dilihat dalam Astro Awani memberi penjelasan mengenai ketidakhadirannya. Menurutnya beliau sakit belakang. Sakit belakang ini dialami sejak empat bulan lalu. Jangan-jangan sakit macam Anwar kot yang memerlukan pembedahan di Jerman? Menurut Husam arahan cuti selama lima hari seperti mana dilaporkan bukan dikeluarkan Menteri Besar Kelantan, tetapi doktor yang merawatnya.
Iya tak ya juga, kalau kerana sakit anggota Nik Aziz tidak berkelayakan untuk memberi cuti kepada Husam. Nik Aziz hanya layak memberi cuti sekiranya Husam mengalami krisis dan skandal politik. Selalunya orang politik kalau ada masalah dia akan diberikan cuti untuk menenangkan fikiran sebelum kembali bertugas semula. Mungkin juga Husam ini sakit dua-dua sekali, anggota dan sakit politik!
Bab menjaga kesihatan ini memang saya tahu, Husam seorang yang mengambil besar ke atas kesihatnnya. Satu masa semasa berceramah di Melaka dan Negeri Sembilan dalam rangka berkempen untuk tanding Naib Presiden Pas tahun 2005, beliau pernah berkejar ke hospital kerana merasa kurang selesa. Malam itu juga beliau terpaksa berihat di ward dan menyebabkan saya terpaksa pulang bersendirian ke Kuala Lumpur jam 3:00 pagi. Esok bila saya telefon dia kembali sihat dan sedang menikmati nasi dengan ikan masak pedas Melaka bersama Pesuruhjaya Pas Melaka, Ghani Abdul Rahman. Itulah Husam.
Dan kalau belakang Husam sakit, saya juga tidak hairan. Mungkin kerana lama sangat duduk di kerusi menyebakan belakang lenguh-lenguh dan pegal. Saya tidak tahu apakah dia memerlukan kerusi khas untuk menjamin kesihatannya. Kerana kalau naik kapal terbang Husam tidak begitu gemar duduk di kelas ekonomi kerana ruang duduknya sempit. Sebab itulah dia terpaksa ke ruang kelas pertama. Katihnya panjang sangat!
Dan kalau betul belakangnya sakit, saya tidak hairan. Kerana dia seorang yang kuat berkerja. Kalau masa mula-mula jadi Exco dulu dia duduk di pejabat sampai lewat malam. Kadang-kadang bila saya call dia, dia masih di pejabat bersendirian menyemak mana-mana fail dan buat apa-apa yang perlu.
Dalam kenyataa kepada Asro Awani semalam Husam juga ada menyebut soal percutian beliau telah dimanipulasikan untuk memfitnah beliau ingin melepas jawatan. Menurutnya ada kospirasi hendak memecahkan beliau dengan Nik Aziz. Konspirasi ini adalah untuk memudahkan menjatuhkan kerajaan Kelantan ditumbangkan. Konspirasi ini dakwannya dilakukan orang luar!
Ada kuliha juga alasan dan hujah yang diberikan Husam itu. Di pihak Umno merasakan selagi Nik Aziz bergabung dengannya sukar untuk mereka menjatuhkan Pas di Kelantan. Gambaran itu secara tidak langsung menunjukkan kekuatan Pas Kelantan hari ini disebabkan adanya Husam. Apa yang hendak diceritakan kalau tanpa Husam Pas Kelantan akan tumbang.
Tetapi dalam hal ini Husam juga perlu sedar bahawa beberapa tindak tanduknya dan pembawaannya sendiri menyebakan wujud ruang membolehkan orang marah dan cemburu kepadanya. Kalau konspirasi itu benar, maka orang yang menyediakan ruang untuk itu ialah beliau sendiri. Manusia apabila terlalu suka dan berkuasa kadang-kadang dia lupa apa yang dia buat memberi kesan dan impak kepada dirinya sendiri.
Saya telah memberi gambaran ini sejak lama dulu kepada beliau supaya menutup kelemahan beliau jangan sampai diambil kesempatan oleh mana-mana pihak. Perkara paling penting yang saya tekankan ialah ialah sikap dan pewatakannya yang kurang mesra alam dan ego. Sifat dan sikap lempar batu sembunyi tangan dan tidak bertanggungjawab ke atas sesuatu yang menimbulkan risiko adalah sikap Husam yang kurang disenangi oleh banyak orang dalam Pas. Nampaknya beliau tidak sedia mengubah perangai buruk ini.
Tanpa prejudis, saya optimis kalau Husam boleh memperbaiki keadaan ini dia boleh jadi pemimpin Pas terbaik di Kelantan sebagai mengganti Nik Aziz Aziz. Tetapi mungkin tidak terlaku olehnya kerana ia sudah mengheret dirinya jauh ke lembah persepsi buruk terhadapnya.
Bagaiaman pun saya masih tetap percaya Husam masih diperlukan untuk Kelantan. Sekiranya ada niat untuk Tok Guru Nik Aziz hendak memecatnya, pada saya itu tidakan yang bukan baik. Apa yang Tok Guru perlu lakukan ialah menyusun semula Exco untuk memberi kesedaran kepada Husam. Dalam konteks ini Nik Aziz perlu menguji sejauh mana kesetiaan dan kewala'kan Husam kepada Pas. Di Kelantan hanya Husam saja yang belum pernah diuji kaji oleh Tok Guru menerusi pemecatan jawatan ataupun pengguguran jawatan Exco.
Hampir semua pemimpin Pas di Kelantan telah melalui musim-musim perit dengan Nik Aziz. Alhamdulilah mereka semua dapat bertahan dan terus setia bersama Tok Guru. Antara mereka yang diuji ialah Abdul Halim Abdul Rahman, Abdul Fatah Haron, Takiyuddin Hassan, Wan Ismail Wan Jusoh dipecat dari Dewan Harian Pas, Zulkefli Mamat, Hassan Mahmood, Zulkefli Mamat, Abdullah Yaacob dan Nik Mazian Mohamad dipecat dari Exco. Wan Nik Wan Yusuf, Bunyamin Hamzah digugurkan dari menjadi calon. Ternyata mereka menerima pemecatan yang dianggap ujian ini dan terus setia dengan parti.
Adapun Husam dan Mohd Amar Abdullah masih belum pernah melalui ujian daripada Nik Aziz. Maka adalah elok kalau Nik Aziz berbuat sesuatu ujian bukan bertujuan hendak nyahkan beliau tetapi memberi terbiah dan pengajaran demi masa depan politiknya yang lebih gemilang dan mampan lagi. Ujian itu juga untuk diketahui sejauh manakah cinta Husam kepada parti dan sekuat manakah jiwanya dalam perjuangan. Terusan melayan Husam seperti anak bongsu ternyata telah menimbulkan masalah baik kepada Tok Guru dan Husam sendiri. [wm.kl. 8:30 am 22/11/09]

salam,
ReplyDeleteteman rasa dah tiba masanya TGNA ni yang letak jawatan. Kadang-kadang betul kata Tun Mahathir dan Prof Khoo, semakin kita lama dalam tampuk kekuasaan macam-macam perkara pelik berlaku, perlu suntikan tenaga muda mentadbir negeri. Orang PAS perlu berani bersuara. "katakan yang hak walaupun pahit". Jangan sampai jadi macam Tun Mahathir dan DS Samy baru nak letak jawatan.
Tok Guru perlu bijak dalam menangani masalah nie...barah ini makin hari makin merebak bimbang dapat melumpuhkan organisaasi perjuangan..Perlu menimbang mencantas punca masalah yang sebenar..Bak kata orang putih take the bull by the horns iaitu berhadapan dengan situasi susah dengan berani bukan dengan hanya menafikan sahaja. There's no point in playing possum.
ReplyDeleteSalam, TuanMSO
ReplyDeleteBila berenang ni kena cukup nafas. Ada masa kena ambil nafas di permukaan untuk mengumpul sedikit 'kekuatan' sebelum masuk balik ke dalam air untuk menerjah dan sepak-sepak kaki meluncur lebih jauh. Adat orang berenang kena ada banyak nafas dan kumpul napas. Kalau tidak cepat lemas.
Kalau rasa tak sedap berenang d sungai boleh ubah berenang dalam kolam renang. Janji boleh main air.
Salam,
TokPakir
Sukacita dimaklumkan Husam tidak hadir mesyuarat Khas BPPNK semalam kerana dia menghadiri Simposium 2009 bersama Anwar Ibrahim dan Aziz Bari.
ReplyDeleteJelas bukan ? beliau sanggup meninggalkan mesyuarat yang sangat penting kerana mengikuti Anwar Ibrahim dan Aziz Bari. Mana sudah wala' Husam Pada PAS Kelantan? mana sudah wala' Husam pada TGNA? mana sudah wala' Husam kepada perjuangan Islam? Itu lah Husam lebih dahulukan Anwar Ibrahim dari amanah menghadieri mesyuarat penting yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz.Semakin terserlah siapa si Husam ni sebenarnya.
Salam pak mso..
ReplyDeleteAmbo rasa sebab pak MSO tak percaya ke berita dari utusan tu sebab sumbernya dari 'UTUSAN' kan? biasalaa utusan ni kan memang sensasi..
berkenaan dengan ketidakhadiran husam, memang wujud ketidak-selarasan alasan. berkenaan dengan kehadirannya di Simposium PKR tu..sebab sakit belakang dia hilang..dan sebab benda ni dia dah lama merima jemputan!
Tapi acu pak mso tgk pulak apa yang sheikh kickdefella bagitahu ke Zaki dalam post terbaru dia..nampak mcm zaki pun ada krisis dengan sheikh..?..pening ambo hok mano so betul?...
tapi ambo setuju dengan pak mso husam kena test tengok setara mana dia setia dengan pas kalau kena ujian...cuma ambo runsing kalau ujian tu menyebabkan umno pandai mengambil peluang..jawapannyo sajjo belako..Pas tergadai..kelate terbarai..dulu tak po la nok test, tok guru kuat lagi..lo ni..takut2 PRU 13 tok guru koho tok sihat gak..jawapan dio duit ehsan jadi duit royalti......?
p/s: duit ehsan jadi duit royalti hanya boleh berlaku sekiranya negeri diperintah oleh BN!
Musibah yang melanda PAS Kelantan amnya dan TGNA khasnya mungkin adalah rahmah besar buat umat Islam Malaysia keseluruhannya. Mengikut teori politik persepsi, imej TGNA kalau tidak banyak pun sudah sedikit telah tercalar. Suatu ketika, kata-kata TGNA adalah kata-kata sakti atau kadang kala adalah kata-kata pemutus buat ahli-ahli PAS. Lihat saja kes UG baru-baru ini. Kini mungkin kesaktian kata-kata beliau telah mula pudar dan mungkinkah ini suatu petanda, bahawa Allah SWT sentiasa bersama pencinta-pencita perdamaian dalam PAS. Mungkinkah peristiwa yang berlaku ini merupakan suatu pemangkin kepada agenda perpaduan ummah?
ReplyDeletehari ini orang yg semalam kata dpt cuti kerana sakit belakang dah menafikan sakit dan ura-ura letak jawatan.
ReplyDeleteSemalam kata sakit, hari ini nafi.. munafik ke?
Saya bukan nak komen isi rencana ini. Saya sering juga membaca blog ketua editor Siasah ini. Namun saya tidak berapa puas hati dengan penggunaan bahasanya.Misalnya "ada kulihat juga hujah dan alasan yang diberikan Husam itu. "Sepatutnya "ada kulihat juga kewajaran/rasionalnya hujah dan alasan yang diberikan oleh Husam itu."
ReplyDeleteItu satu contoh, saya kira cukup setakat itu. Mungkin MSO boleh membaiki keadaan ini dan lebih bersikap profesional dalam penggunaan bahasa kita. Maaf kalau teguran saya menyinggung perasan tuan. Terima kasih.
Alkundangi,
22.11.2009.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerima kasih sdr Al-Kundangi atas prihatin. Maaflah kalau tulisan saya memeningkan anda. Mungkin sdr tidak terbiasa dengan perkataan 'kuliha' itu. Ia bukan dimaksudkan kulihat, tetapi 'kuliha' iaini kewajaran atau munasabahnya. Perkataan ini jarang digunakan dalam penulisan umum. Kesilapan saya kerana tidak menandakan koma pada perkataan yang anih dan baru. Tak apalah kelemahan itu bagi saya sebagai penulis dan kebijaksanaan itu kepada anda penjenguk. Wassalam.

ReplyDeleteCerita husam ni mungkin angkara satu puak dalam PAS. Mungkinkah ini adalah langkah golongan tertentu untuk isolate TGNA?
ReplyDeleteDengan kata lain, adakah ini langkah permulaan untuk mengurangkan pengaruh TGNA dalam PAS ekoran dari tindakan TGNA meminta EGM dan agar beberapa pemimpn PAS di ambil tindakan?
Membaca liputan PC TGNA, ambo rasa TGNA sudah dapat mencium sesuatu. Penegasan beliau yang husam akan kekal dalam barisan exco serta memuji husam seolah-olahnya TGNA sedang hint sesuatu.
sama-sama kita tengok perkembangan dalam seminggu ni untuk mendapat gambaran lebih jelas.
bat8