Kisah Di Gua Bukit Tunggal Negeri Tadahan Wahyu
MENANTU kesayangan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bijak bistari bernama Ariffahmi Abdul Rahman telah diserang bertalu-talu oleh seorang bloger bernama Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau Kickdefella. Walaupun mulanya mereka sahabat baik, tetapi perbalahan tidak dapat dikekang lagi. Paling anihnya lagi bloger berkenaan dibayar gaji oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) di mana Ariffahmi sebagai CEOnya.
Saya tidak kenal searifnya dengan kedua orang ini, baik Ariffhami dan juga Syed Azidi. Pertama kali saya melihat wajah dan lagak Ariffhami ialah semasa menghadiri muktamr Pas di Ipoh dua tahun lepas. Dalam pertemuan itu beliau judis kepada saya dan melarang saya memotret gambarnya. (Kerana itu dalam posting saya, saya tidak akan masukkan gambarnya). Saya mengenalinya setelah diperkenalkan oleh Ustaz Yahya Othman.
Saya tahu Ariffhami kurang senang dengan saya bila saya pertikai perlantikannya untuk jadi pegawai besar di PMBK. Dia juga kurang senang bila saya tulis mengenai kisahnya disoal siasat oleh SPRM. Selepas pada itu saya tidak pernah berjumpa, dan hanya pernah melihat kalibatnya di balai Islam Lundang semasa debat antara Khairy Jamaluddin dengan Husam bin Musa. Saya yakin Ariffahmi hadir malam itu untuk memberi sokongan moral kepada Exco yang pernah menjadi kesayangan hamba berkenaan.
Begitu juga dengan Syed Azidi. Saya tidak kenal dan maklum sangat mengenai diri dan latar belakang dan gaya hidupnya. Tetapi dalam perhatian saya dia seorang yang mempunyai daya hormat yang tinggi kepada seseorang. Saya dan dia pernah 'bertugas' bersama semasa demonstrasi Bersih, sama-sama kena hujan dan asap pemedih mata. Saya masih ingat bergitu berjumpa kami berpelukan dan melaga pipi. Saya yakin kalau kami berjumpa hari ini perilaku sama akan berlaku.
Hari ini kedua orang yang saya ketahui menjadi wazir di raja kepada Husam ini bergaduh dan bercakar, lebih buruk daripada anjing dengan kucing. Dalam hal ini nampaknya yang bersikap menjadi rimau Syed Azidi, manakala Ariffhami hanya mengambil sikap mendiamkan diri.
Apakah punca perbalahan mereka masih menjadi misteri. Belum terdedah cerita sebenarnya. Tuduh menuduh dan nafi menafi berlaku antara keduanya menerusi blog dan media cetak. Apakah puncanya seperti mana berlaku kepada penyamun dalam gua Bukit Tunggal dalam filem Nujuk Pak Belalang, yang berbalah disebabkan pembahagian harta disamun tidak adil?
Apakah mereka berdua penyamun? Satu untuk kau... dua untuk aku, dua untuk kau, 17 untuk aku! Begitukah. Kalau begitu ianya sangat malang kerana berlaku di negeri Tadahan Wahyu.
Sejak beberapa hari kelmarin khabarnya macam-macam cerita mengenai Ariffhami telah dikeluarkan. Nampaknya penerbitan itu berkala dan bersiri yang payah tamat. Entah benar, entah tidak segala laporan, walahualam. Kalau mengambil iktibar atas apa yang pernah bloger itu lakukan ke atas saya, ianya perlu ditapis dan dipertimbangkan dengan akal yang sihat. Hendaknya jangan mudah kabur mata melihat dan membaca apa yang ditulis oleh Syed Azidi itu.
Walaupun ada bukti-bukti yang disertakan, visual, audio dan sebagainya ia masih boleh dipertikaikan. Zaman ini zaman canggihnya dan apa juga akan terhasil dengan kerja kreatif manusia. Apakah ia relevan ataupun tidak. Seperti mana yang dipalu ke atas saya dulu banyak dokumen hampas yang tidak relevan menyebabkan saya melupainya begitu saja dan kekadang tergelak membaca apa yang sdr Kick lakarkan.
Saya tidak berniat hendak perpanjangkan hal ini, apa lagi cuba memberi persepsi buruk terhadap bloger berkenaan, nanti orang mengatakan saya mengambil peluang untuk memburukkan bloger tersebut. Sebagai seorang penulis dan blogger saya menghormati blogger tidak kira sesiapa saja asalnya ia menulis dengan betul dan penuh profesional. Memanglah senjata penulis atau bloger ialah dengan pena. Bila mereka terdesak atau untuk membela diri mereka akan menggunakan pena sehingga kehabisan tinta.
Biarlah dia lakukan apa yang dia hendak lakukan kerana dia lebih mengetahui akan benar dan tidaknya. Bergomollah di gua Bukit Tunggal itu sampai pecah dan runtuh batu tidak mengapa. Asal jangan tertimpa kepala saya dan orang lain sudahlah. Tetapi saya percaya, setiap tuduhan itu akan dijawab, kalau bukan hari ini, esok, kalau bukan oleh tuan yang hak, mungkin keadaan dan masa akan menjawabnya. Atau kalau tidak terjawab hari ini ianya terjawab di Mahsyar bagi mereka yang beriman dengannya.
Sekiranya Ariffhami didapati bersalah atas segala tuduhan itu, itu adalah pengajaran buatnya. Sebagai ahli politik segala kerenah dan asam garam ini akan mendewasakan beliau. Saya yakin hari ini pun dengan apa yang berlaku Ariffahmi sedang menelaahnya sebaik mungkin. Mungkin juga beliau sudah mengetahi bahawa langit itu sebenarnya tinggi dan bumi itu sebenarnya rendah.
Sebab itu dalam jelumun politik masa kita duduk atas bongok tinggi, (tempat tinggi) jangan merasa kita selamat dan bah tidak akan telan kita. Jangan persenda dan lupa orang yang berada di tempat rendah. Kalau kita tidak akan dibaham bah mungkin pula kilat dan guruh menjadi ancaman kepada kita. Kerana di langit ada fenomena itu. Sebaik-baik manusia jadilah yang tawaduk dan pemurah.
Cuma apa yang menjadi kemusykilan saya di sini ialah mengenai sikap orang bernama Husam bin Musa. Saya kenal dan pernah rapat dengan orang ini. Bloger berkenaan adalah bloger peliharaan dan yang menjaga hal ehwal dan penggilap politiknya di Kelantan. Semua orang tahu yang lensa kamera bloger itu hanya mampu menangkap dan menyambar wajah Husam saja dan tidak yang lain.
Sejarah pengambilan bloger berkenaan juga sedikit sebanyak ada dalam pengetahuan saya. Semasa saya baik dengan Husam semasa menjadi ‘hamba’ untuk menghantar atau mengambil atau menantinya di hotel dan apartment, dia ada menceritakan mengenai bloger berkenaan. Dia memuji akan kehebatan dan daya kreatif blogger berkenaan dan hendak diajak berkerja di Kelantan dengan tawaran gaji agak lumayan.
Bagi Husam dia tidak perlu tahu siapa bloger berkenaan. Mungkin bloger berkenaan menceritakan asal usulnya kepada Husam, dan tidak diketahui saya! Bahawa dia ahli parti itu dan pernah berkerja di situ dan di sini. Namun bukan itu perkiraan Husam, yang penting dia dapat melaksanakan kerja untuk kepentingannya dan kebaikan Pas Kelantan. Ternyata Kickdefella berjaya menjalankan tugasnya dengan molek belaka.
Latar belakang itu menampak bahawa bloger berkenaan dibawah jagaan Husam bin Musa dan tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun. Maknanya dialah yang menjadi remote kepada bloger berkenaan. Ini juga bermakna dia berkuasa penuh dan bertanggungjawab dalam membawa bloger berkenaan bermukim di Kelantan. Apa juga kebajikan dan apa-apa keperluan bloger berkenaan dibawah tanggungjawabnya.
Ada kemungkinan juga Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah ditakrufkan sebanyaknya mengenai kehadiran seorang yang kreatif sepertinya.
Begitu juga dengan CEO, PMBK, bernama Ariffahmi Abdul Rahman itu juga adalah orang yang rapat dengan Husam. Bahkan kemasukan Ariffhami diperbadanan itu dikatakan atas cadangan dan idea Husam. Seperti mana dimaklumi perestuan Husam untuk membawa Ariffahmi di situ untuk menjaga projek Bandar Baru Tunjung. Bermakna kedua orang ini adalah orang yang berkerja di bawah hegemoni politik Husam. Mereka yang menjadi pendokong dan penyokong Husam nombor wahid.
Apa yang anihnya dan musykilnya, apabila dua harimau Husam itu bergaduh kenapa beliau hanya diam membisu? Apakah beliau tidak berusaha menyelesaikan masalah mereka dan membiarkan ia selesai sendiri. Di sinilah pada saya kesilapan dan fiil Husam. Beliau tidak cuba menyelesaikannya menyebabkan berlakulah perbalahan sehingga parah seperti hari ini dan terheret sama ke atas batu jemala Nik Aziz dan keluarganya.
Saya percaya dan yakin kalau Husam bertindak ia tidak akan menjadi masalah. Kalau Husam cepat menyelesaikan masalah, dua orang ini ia tidak sempat berborak. Tetapi kerana lambat bertindak maka terjadilah apa yang terjadi. Yang bekah kini sudah carik luas 'terbahar'.
Saya sedikit pun tidak hairan kalau ini berlaku. Kerana sedunia sudah mengetahui dan mengenali sifat dan perangai Husam. Bagi mereka yang berkawan, bersahabat, berkerja dengannya akan mengetahui fiil dan perangai ini. Tetapi mereka yang tidak mengenalinya, yang melihat dari bawah panggung politik tetap menganggap Husam adalah paling baik dan paling bijak dan segala paling...
Pada saya Husam seperti bunga tahi ayam bila dilihat dari jauh ianya indah, cantik dan wangi. Tetapi bila sudah mendekatiknya maka akan terhidulah kebusukan dan kehamisannya. Dan saya sangat yakin baik Ariffhami dan juga bloger berkenaan sedikit sebanyak sudah mulai menghidu apakah bau sebenarnya Husam bin Musa.
Apa yang saya tulis dan anologikan terhadap kerja-kerja Husam sebelum ini mungkin sudah terjawab dan bagi mereka yang merasainya mungkin akan berkata benar. Eloklah... kalau begitu kerana kebenaran itu sentiasa berada di belakang. Kekadang apa yang kita nampak kabur di mata umum.
Pun begitu saya masih berharap untuk meredakan keadaan supaya bekas kawan saya itu akan muncul dan mengambil tanggungjawab untuk menghentikan peperangan di PMBK itu. Panggilah kedua anak buah itu dan bersemuka. Sebaik-baik pengadilan ialah di hadapan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Panggilah dan bersemukalah segera bersama dalil dan bukti serta sumpah laknat! [wm.kl. 7:30 am 17/11/09]
salam...
ReplyDeleteutk kesekian kalinya...ambe bersetuju sgt dgn MSO...tentang artikel hikayat baju petak...sudah sedikit2 nampak kebenaran nya...apa mau buat...aku silap pilih idola??
salam Tuan MSO,
ReplyDeletesaya setuju dengan majoriti apa yang Tuan tulis, malah saya mengikuti setiap bait kata yg Tuan MSO tulis salam blog Tuan, saya linkkkan blog tuan dengan blog saya di satuummah.blogspot.com.
tapi Tuan, saya jadi musykil sbb nampak sangat Tuan MSO menjadikan Dato' Husam musuh nombor wahid Tuan MSO.
Saya masih musykil dalam hal ini dan tidak bersetuju dengan penggunaan kalimah "bekas kawan".
Dlam Islam, kita semua harus berbaik-baik dan ada eloknya Tuan MSO memulakan dulu sikap mengalah. InsyaAllah, Tuan MSO akan dihargai oleh segenap lapisan masyarakat dan yang paling penting keredhaan Allah sebelum nyawa putus di bumi.
salam..pada pandangan hamba ini lah masa terbaik untuk tuan hamba meluahkan segala apa yang terbuku di hati berkaitan dengan YB Husam..
ReplyDeletesaudara kena berterus terang dalam hal ini...kalau ada maklumat tentang salah laku YB husam laporlah kepada pihak yang berkenaan...jgnlah memainkan api kebencian kepada YB Husam..beliau ada tugas yang lebih besar untuk diselesaikan...biar perkara ini ada jalan penyelesaian...buang yang keroh ambil yang jernih demi kebaikan kerja2 islam yang diamanahkan kepada kita semua supaya islam itu dipandang mulia oleh semua orang walaupun terpaksa dikorbankan seseorang...berkatalah benar walaupun ianya pahit.
Saudara kena buat sesuatu...demi mempertahankan kerajaan islam di negeri kelantan..moga2 tuhan akan memberi kekuatan kepada saudara untuk melakukan meluahkan ape sebenarnya tidak kena dengan YB Husam.Wassalam.
Ini lah kehebatan penulis.
ReplyDeletePenulis juga macam penulis skrip dan pengarah filem, mereka akan buat penonton ingin menanti apa kesudahan cerita tersebut..
Kalau sesiapa yang mengikuti penulisan MSO tentang orang baju petak merah ini, sudah pasti ingin menanti apa kesudahan yang akan menimpa Orang Kuat Kerajaan PAS Kelantan ini... Sedikit demi sedikit terurai dan berkait dengan orang ini...
Apakah selepas ini akan ada kejutan dan Tsunami Politik di Negeri Tadahan Wahyu ini? Sama - sama kita tunggu dan lihat..
* NH Shah Alam *