Friday, November 13, 2009

Airmata Kota Bharu

Anak Quraisy Mana Halang Tok Guruku Ke Makkah?

RASANYA tidak ada berita dan kejadian paling duka di Kota Bharu hari ini melainkan berita mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasratnya untuk menunaikan fardu haji pada tahun ini. Berita berkenaan sudah pasti mengejutkan banyak pihak, walaupun ia adalah satu peristiwa biasa saja. Jarang sekali Tok Guru menangguhkan kerja-kerja baik begitu. Kalau menangguhkan (ditangguh) untuk merasmikan projek kambing di Rong Chenak, kira-kira tiga tahun lalu memang saya ada mendengar ceritanya.

Khabarnya Tok Guru mengumumkan berita itu semasa kuliah mingguannya di bangunan Pas, di Jalan Dato' Pati pagi ini. Antara lain berita agensi dipetik, Nik Aziz berkata, beliau mengambil keputusan itu kerana media massa banyak mempertikai pemergiannya ke tanah suci kali ini yang ditaja oleh pihak tertentu.

"Saya tidak pelahap sangat untuk pergi ke Makkah dengan ditaja, saya pun ada duit sendiri," begitulah katanya. Katanya lagi, kenapa beliau menerima tajaan itu kerana ingin memenuhi hasrat si penaja itu saja. Entah berapa lama, orang berkenaan ingin memenuhi hasrat ingin mengerjakan haji bersama Tok Guru.

Isu pemergiannya ke tanah suci yang ditaja oleh sebuah syarikat ini meletus berangkaian dengan meletusnya perang dalam PMBK iaini ekoran perbadanan itu memecat salah seorang pegawai kontraknya beberapa hari lalu. Semacam isu ini ada sangkut paut dengan perang di perbadanan berkenaan.

Di sini saya tidak mahu mengulas apakah tindakan Tok Guru menerima tajaan itu salah ataupun tidak. Apakah ia merupakan rasuah atau tidak? Biarlah SPRM yang dikatakan sudah membuka fail siasatan menentukannya. Namun saya cukup yakin niat Nik Aziz baik dan tidak ada unsur-unsur jahat di dalam hatinya bila menerima tajaan ke Makkah itu. Saya percaya dan yakin kepada beliau sebagai seorang Tok Guru berpandukan kepada pengalaman saya sendiri bersamanya.

Saya tahu dan orang lain juga tahu akan kemuliaan dan kejujuran beliau. Beliau seorang yang lurus dan ikhlas. Seorang bersangka baik walaupun terhadap maling. Beliau sering menganggap orang juga sama ikhlas dengannya. Dalam konteks ini kalau Nik Aziz kena tipu yang celaka dan kejamnya ialah si penipu itu. Disebabkan kerana kejujuran dan kemuliaan ini maka beliau sudah beberapa kali kena main dan terperangkap dengan kebaikan itu.

Walaupun Tok Guru bak di panah petir dengan pengkhianatan itu, saya percaya beliau sedikitpun tidak ugah dan menyesal dengan apa yang berlaku, melainkan rasa benci atas provokasi dan orang yang berniat jahat menganggu urusan ibadat dan kerjanya itu. Tok Guru tidak menangis kalau tidak dapat ke Makkah. Tetapi mungkin air matanya menitis mengenangkan ada manusia yang tergamak menyusahkan dia.

Kini ramai orang melihat apa yang berlaku, salahnya Tok Guru. Media masa dan UBN menggambarkan Nik Aziz seorang pengamal rasuah, korup dan jahat seperti pemimpin UBN. Memang banyak pemimpin UBN yang menerima tawaran seperti itu. Itulah maksudnya. Tetapi percayalah, orang di luar sana yang menerima beliau sebagai seorang tok guru tidak termakan dengan hasutan demikian. Sebaliknya kalau UBN dan sesiapa cuba terus memainkan isu ini orang berkenaan pula akan dibelasah.

Memang ada banyak perkara yang saya tidak setuju dengan Tok Guru. Tulisan-tulisan saya dalam blog, percakapan dengan orang-orang tertentu saya menyebut dan meluahkan rasa kecewa saya dengan Tok Guru. Bahawa akhir-akhir ini Tok Guru dalam kaca mata saya melakukan kesilapan atau aksi melampau terutamanya berhubung dengan maslahat politik yang merosakkan syaksiahnya sebagai pemimpin. Saya mengkritik beliau dengan tujuan menegur agar beliau sedar dan insaf. Tetapi belum pernah dalam hidup saya selama 40 tahun mengenalinya menyusahkan Tok Guru seperti mana dialami hari ini.

Seribu kali saya berjumpa Tok Guru saya tidak akan menyampaikan sesuatu yang boleh meluka dan merungsingkan dia. Selalu apa yang saya bawa ialah berita-berita gembira dan menyenangkannya. Jadi apabila ada orang tergamak mengkhianatinya, menyusahnya, atau memerangkapnya sehingga beliau terpaksa tangguh pemergian ke Makkah ia adalah satu perbuatan kejam yang sukar dimaafkan. Pengkhianat itu wajar dikutuk sehingga ke akhirat.

Tok Guru tidak menyebut siapakah pengkhianat itu. Mungkin beliau sudah tahu tetapi tidak mahu menyebutnya. Beliau masih memelihara maruah orang jahat walaupun dia jahat. Inilah mulianya Tok Guru. Namun bagi orang luar, khasnya yang menyanyanginya kena tahu siapa yang memasang perangkap dan mengkhianati Tok Guru. Mereka ini tidak boleh dimaafkan. Mereka inilah yang menjadi musang berbulu ayam yang akan membakar reban bila tidak dapat telor emas yang diidamkannya.

Mereka harus dihalau dari bumi Kelantan agar kembali ke tempat asalnya, kalau dia bukan orang Kelantan. Atau kalau orang itu berada di bawah ketiak Tok Guru sendiri, dia hendaklah dilempar dan ditohok jauh. Hanyutkan dia ke Laut China Selatan atau biar dia dimakan oleh jerung dan yu sahaja.

Firasat saya sangat jelas apa yang berlaku kepada Tok Guru adalah satu perancangan. Saya sudah sebut sebelum ini ada agenda untuk menjatuhkan Tok Guru dalam manis. Namun di sebabkan mereka ini hidup laksana penyamun yang berselindung dalam tong menyamar jadi minyak urat, minyak cenonok dan minyak unta (macam dalam filem Ali Baba Dengan 40 Penyamun), maka Tok Guru sendiri tertipu dengannya.

Tok Guru pun selama ini jadi asyik dan ralik apabila mendengar dendangan lagu-lagu ala Padang Pasir dan Hindustan orang ini. Tok Guru jadi terlupa kepada urusan lain bila asyik memakan buah-buahan dan hidangan ayam percik dan kambing bakar yang dihulurkan oleh orang ini. Betapa sayangnya Tok Guru melayan orang ini sampaikan sahabat-sahabat lama tidak berani mendekati dan dihalang kerana bimbang takut menghidu wap ayam percik atau kambing bakar.

Bukan itu saja mana-mana wazir atau pegawai juga turut dipecat dan disingkirkan oleh Tok Guru kerana tunjuk ajar dan suruhan orang ini. Tok Guru semacam terkena nasi kukus!

Saya sudah maklumkan hal ini kepada orang-orangnya. Bahawa Tok Guru harus berhati-hati dengan musang berbulu ayam atau si penyamun minyak cenonok ini. Namun nasihat dan kata-kata saya sebelum ini ditejeh dan dijuah. Saya dibidas dengan pelbagai nesta termasuk agen Umno mahu memecah belahkan Pas. Ketika orang tidak nampak apa yang sudah saya nampak dengan mata kepala sendiri.

Tok Guru sendiri lena dengan hal ini. Satu hari Tok Guru pernah meminta saya memohon maaf kepada orang berkenaan. Namun saya tidak sedia mematuhinya kerana saya yakin tindakan saya benar. Saya enggan mematuhinya, saya menyerang orang itu kerana saya sayang dan ingin bela Tok Guru. Alhamdulilah, bila saya berkeras dengan keputusan saya, dia hanya diam tanpa berkata apa-apa. Selepas itu saya tidak pernah pun dengar Tok Guru marah atau terkilan dengan kelakuan saya itu.

InsyaAllah saya akan mencerita dan mendedahkan secara nyata dan jelas bagaimana tektik dan teknik si pengkhianat ini lakukan untuk memburukkan reputasi dan menjatuhkan maruah Tok Guru sebagai ulama. Anda juga akan tahu siapakah anak Quraisy yang menghalang Tok Guru ke Makkah itu. Siapakah mereka, dia ialah si penyamun yang menyamar menjadi minyak cenonok, minyak unta yang bersembunyi dalam tong. [wm.kl. 6:00 pm 13/11/09]

27 comments:

  1. terima kasih dengan ulasan tuan..harap cepat2 la sikit dedahkan siapa anak quraisy jahilliah tue..heiii..geramnya..

    ReplyDelete
  2. Begitulah akhirnya ketentuan Allah...kita merancang, Allah juga merancang, namun Allah adalah sebaik-baik Perancang.Walaupun TGNA membatalkan niatnya untuk menunaikan hasrat penaja, ada hikmah teragung dengan apa yang berkalu.Pertama; anak quraisy yang MSO maksudkan akan menyesal tak sudah akhirnya nanti.Busuk hati, jahat holo baso,munafik juga mungkin boleh dikata kepada pihak yang dengki dengan orang yang ingin membuat kebajikan dan berbuat ibadah pulak tu.

    Itulah lumrah akhir zaman ini.Manusia yang ingin membuta baik jarang yang disokong, kalau nak buat jahat memang ramai yang sudi membantu...saya paling tidak faham..kenapa soal penaja untuk ke Mekah dijadikan isu besar?Sedangkan berapa ramai pemimpin UBN yang ditaja melibatkan perempuan, judi, pakej melancong, menikmati tarian gelek di Timur Tengah, dan pelbagai habuan bersifat mungkar dan maksiat tiada pulak mereka yang buta hati perut, buta mata hati tu menempelak yang menaja..semua menikus, kenapa begitu? Jawabnya; sebab yang ditaja itu ada kuasa menghukum, ada kuasa membatalkan projek, ada kuasa membunuh pun boleh...sedangkan TGNA tu nak pi ke Mekah, kenapa dipersoalkan akan kejujuran dan keikhlasan beliau.Sebenarnya ramai lagi yang ingin menaja tGNA untuk kerj-akerja ibadah macam tu tetapi tidsak semua TGNA terima kerana dia juga ada 'bacaan' sendiri.Dia juga membuat munajat untuk menerima...

    Justeru..kepada manusia yang memang tidak abis ngaji, tidak skolah dan tidak banyak amalan tu, saya nak tanya..dah banyak ke pahala untuk menebus dosa yang mereka lakukan terhadap tok guru tu?.Hari ini Sahibus Samahah Mufti Perak TS Harussani Zakaria mengatakan HAJI yang ditaja adalah SAH..dia juga berpesan, jangan berniat dan bersangka buruk dengan TGNA.Soal orang yang menaja tu tidak ikhlas itu terpulang kepada yang menaja.


    TS Mufti tu memang sah-sah pro UMNO tetapi bila melibatkan soal hukum dia masih rasional membuat komen.Kalau TS Mufti mengeluarkan kenyataan itu dan memang pro UMNO masih bersangka baik dengan isu pemergian TGNA ke Mekah, kenapa pelesit kangkung, melalak tidak menentu...agak-agak bila nak mohon maaf dengan TGNA tu?.

    Ramai blogger yang memfitnah TGNA dengan pelbagai tuduhan...sedangkan TGNA lebih kenal diri sendiri, orang yang mengenal diri dan mengenal Penciptanya pasti arif untuk menerima sesuatu dari hamba yang semakhluk dengannya.Buat mereka yang kenal TGNA baik secara dekat mahunpun dari 'jauh' tidak termakan dengan fitnah yang dilontarkan...yang suka memfitnah ni sah-sahlah pencacai UBN.Bertaubatlah...kalau nak tegur, tegurlah pemuka-pemuka UBN tu yang sah-sah raba punggung perempuan, pi berjudi kat luar negara, pi lihat penari gelek kat Timur Tengah, menyimpan perempuan umpama bini sendiri dibuatnya...itu yang afdal untuk ditegur, ada kullihanya.Mengapa tidak ditegur?Ke blogger pro UBN tidak tahu itu semua?..kalau macam tu memang buta hati la..orang kampung pun tau pasal maksiat pemuka-pemuka UMNO tu, mustahil para blogger yang bersekongkol tidak tau plak.Itu namanya bersubahat..dosa lebih kurang juga tu dengan yang membuatnya.

    Saya sendiri kalau ada pemuka UMNO ditaja untuk ke Mekah, saya alu-alukan.Tetapi ada ke yang berani nak pi Mekah kalau menjadi 'kaki segala kaki'?Yang memang bersih tu..pastilah mereka sedia untuk ke Mekah.Saya pernah mendengar ada yang bercakap "nak taja aku pi Mekah pun agak-agak laaaaa" apa maksud tu?..pada saya yang berkata tu merasa was-was untuk ke Mekah, mungkin takut kot sebab banyak salah dengan Allah..dia fikir kat Mekah je ke Allah boleh hukum dia?kalau tak pi Mekah selamatlah...aduuuuuuuuuiiiii...jahil tahap gaban tu.Begitu lah manusia ni..orang nak taja pi Mekah, dia pulak yang kata 'agak-agak la' tidak terima lah tu.Tapi cuba cakap nak taja pi nite club pasti setuju tu....kasi amoi ke...

    Akhir kalam..kepada yang bergelar 'anak quraisy tu' atau anak musyrikin ke..insaflah.Anda berperang dengan ulamak. Allah isytiharkan perang dengan mereka yang memusuhi kekasihnya..ulamak itu pewaris nabi.


    Sekian, sekadar untuk renungan bersama.Mohon mencadangkan

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum tuan,
    Maaf mencelah. Saya tahu komen saya ini tidak akan disiarkan oleh sdr. Tapi tak mengapalah saya faham. Cumanya saya terjumpa dengan satu maklumat ini yg disampaikan oleh orang tertentu di PBMK iaitu :
    Soalnya kini siapa yang telah menfitnah Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar kelantan tersebut. Atau adakah tindakan Tok Guru itu diambil bagi melenyapkan kisah pemberian tajaan mengerjakan Haji oleh Syarikat Abroad Technologies Sdn Bhd yang memperolehi tender memasang Papan Iklan di seluruh negeri Kelantan sebelum ini. Benarkah begitu?. Hanya kepada Allah kita berserah. Terima kasih kerana sudi membaca.

    ReplyDelete
  5. hati saya menrintih kepiluan saat melihat wajah kesedihan dan kesakitan ulu hati yg dialami oleh tok guru.. akan tetapi hati saya seakan - akan terlalu membenci terhadap si perilaku yg begitu jahat melakukan perkara yg amat dibenci oleh sang manusia yg selama ini menyimpan rahsia keimanan kepada ALlah Taala..

    Namun, semuanya ini kita tidak tahu siapa anak Quraisy yg berani melakukan perkara itu, apatah lagi dengan segala tambahan perancangan yg dilakukan oleh media massa dan media baru yg lebih menonjolkan suatu berita yg tidak betul bagi menimbulkan persepsi yg buruk di kalangan kita seterusnya mengundang fitnah yg amat bahaya.

    Uncle mso pun tidak terlepas dari hal ini kerana uncle menulis sesuatu yg akan dinilai, difikir dan dihayati seterusnya membentuk andaian berdasrkan kpd fakta dan hujahan yg diluahkan itu.

    kalau fakta dan hujahan uncle itu betul itu sehinggakan kita benar2 tahu siapa perilaku yg selama ini ingin menjatuhkan reputasi tok guru, uncle mso adalah hero dalam kebenaran.

    tetapi kalau uncle mso silap dalam mengetengahkan siapa mereka, tuan mso sendiri tergolong di kalngan orang yg terus menerus melemparkan fitnah buat dunia..

    ~ berani buat berani tanggung risiko.. salam..

    ReplyDelete
  6. salam semua..

    mana ada org menghalng tok guru pg mekah..nak pegi pegi jela takut apa. tok guru buat mcm ni nampak sangat bersalah ambil rasuah. blogger ubn dedahkan masalah megambil rasuah sama seperti blogger pas buat jika kena pada umno. kalau xnak politik gaduh ayuh lakukan UG!

    ReplyDelete
  7. Ambo pun rasa amat sedih dengan perkembangan terkini politik kepartian dalam negara kita ni. Banyak isu yang kita tidak duga muncul mendadak menjadi bualan dan tajuk perbahasan orang ramai. Macam-macam pendapat yang bersifat pro dan kontra dikemukakan.

    Sesetengah orang boleh menepis dengan cara menuding tangan kepada orang lain yang dilihat tidak berkeperibadian baik. Orang -orang sebegini dijadikan "kayu bongkok tempat kera meniti". Sesetengah yang lain pula merasakan semua orang alim dan ilmuan agama tak pernah buat salah tetapi dipergunakan oleh manusia-manusia yang berkepentingan.

    Semuanya ada hujjah dan kepercayaan masing-masing.Itu adalah pendapat berasas kepada kecenderungan tanpa memikirkan natijah sebenar sesuatu isu.

    Seorang tok guru kampung sebelah Selatan Thailand pernah berkata " Kalau takut lembu makan padi, janganlah tambat atas batas. Ramai orang jadi susah kerana lembu dan padi tapi tak pernah ambil peduli perihal dan kealpaan menambat lembu atas batas padi".

    Hari ni ambo baru faham apa maksudnya kata-kata itu. Hikmah sungguh ulamak-ulamak kita dulu-dulu. Sepatah kata memberikan maksud yang cukup besar dalam kita meniti kehidupan di persada dunia akhir zaman.

    ReplyDelete
  8. Tok Guru pun selama ini jadi asyik dan ralik apabila mendengar dendangan lagu-lagu ala Padang Pasir dan Hindustan orang ini. Tok Guru jadi terlupa kepada urusan lain bila asyik memakan buah-buahan dan hidangan ayam percik dan kambing bakar yang dihulurkan oleh orang ini. Betapa sayangnya Tok Guru melayan orang ini sampaikan sahabat-sahabat lama tidak berani mendekati dan dihalang kerana bimbang takut menghidu wap ayam percik atau kambing bakar.

    Hem!mcm pukul anak sindir menantu aje.

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum,

    Tuan MSO, pandangan saya dalam isu ini ada sedikit lain setelah mengkaji beberapa faktor.

    Pertama - Niat Tok Guru amat baik untuk memenuhi hajat seseorang yang mahu menaja Tok Guru mengerjakan haji.

    Kedua - Orang yang menaja Tok Guru merupakan pemilik syarikat papan tanda yang memperolehi kontrak memasang papan tanda di sekitar kota bharu.

    Ketiga - Dalam salah satu papan tanda yang dipasang syarikat tersebut terpampang gambar cucu Tok Guru sedang mengaji Al-Quran. Kanak-kanak tersebut adalah anak kepada menantu Tok Guru iaitu Encik Arif (PMBK) yang kini sedang disiasat oleh SPRM.

    Keempat - Tok Guru adalah menteri Besar yang menguasai pemerintahan Kelantan dan orang yang menaja Tok Guru mempunyai kepentingan dalam syarikat papan tanda tersebut.

    Bersandar faktor-faktor tersebut, saya fikir kemungkinan Tok Guru ada sedikit silap langkah apabila bersedia menerima tajaan seseorang yang ada kepentingan kontrak perniagaan dengan kerajaan negeri.

    Jika benar SPRM ada menyiasat isu tajaan ini, kebarangkalin sabitan kesalahan agak besar kerana ia berlaku ketika Tok Guru masih memegang kuasa.

    Soal niat ikhlas memenuhi hasrat seseorang tidak menjadi ukuran, ia akan dipertikaikan oleh SPRM kerana perkara-perkara tentang kuasa pada Tok Guru sebagai MB dan penaja yang ada kepentingan dalam syarikat papan tanda tersebut memungkinkan sabitan kesalahan.

    Kes ini akan menjadi lain sekiranya tajaan dilakukan ketika Tok Guru sudah melepaskan jawatan MB.

    ReplyDelete
  10. Allah tidak menjadikan sesuatu kejadian itu sia sia ianya mesti ada hikmah yg ALLAH lebih mengetahui , walaupun jik TGNA ini ikhlas , beliau dan kita semua harus merenung kenapa ALLAH jadikan perkara ini ,mungkin TGNA ada membuat perkara yg tanpa sedar menyakitkan hati rakan seperjuangan beliau yg menyebabkan TGNA terkena bahang ini. Renungkanlah...

    ReplyDelete
  11. setuju dengan pandangan anafakir,setuju sangat2.....

    Agak-agak saper ler anok quraisy hok celako tuh,,

    bahkali nate hok pinje baju ari tuh kot....

    ReplyDelete
  12. Salam hormat!

    DiTerengganu kita pernah dengar kerajaan negeri menaja kakitangan kerajaan termasuk para imam dan bilal untuk mengerjakan haji atas dasar mengenang jasa jasa terbaik mereka,akan tetapi jika diterbalikkan orang biasa menaja kepada seorang ketua yang mempunyai bidang kuasa tertentu sudah tentu akan dipandang serong.

    ingat akan sejarah para sahabat nabi diwaktu peperangan yang sedang sakit tidak sampai hati meminum air apabila terdengar rakan disebelah yang juga sedang mengerang kesakitan lalu dihulurkan air tersebut,kemudian terdengar lagi orang ketiga dan keempat untuk mendapatkan air yang sama,lalu di 'paste paste"kan air tersebut tanpa sempat diminum terlebih dahulu kerana ingin mengutama dan meraikan sahabat, kemudian apabila sampai giliran pada orang yang pertama tadi didapati ianya sudah pun meninggal dunia tanpa sempat meminumnya juga....konsep rakyat didahulukan bukannya perkara baru,jadi fikir fikirkan !

    ReplyDelete
  13. Anak Quraisy Mana Halang....mana lagi dalam selimut pas jugalah ni...jgn asyik menunding jari...

    ReplyDelete
  14. Salam tuan.Keturunan quraisy ini sebelah abu jahal ke? Jangan biarkan kumpulan penyamun ini selesai menyanyi..... kalau nak curahkan air lakukan ketika air masih panas mengelegak. Tikam ketuanya dengan pisau yg tajam.... biar cepat mati... jangan biarkan dia tersenyum lagi.

    ReplyDelete
  15. Tok Guru sendiri lena dengan hal ini. Satu hari Tok Guru pernah meminta saya memohon maaf kepada orang berkenaan. Namun saya tidak sedia mematuhinya kerana saya yakin tindakan saya benar. Saya enggan mematuhinya kerana saya menyerang orang itu kerana saya sayang dan ingin bela Tok Guru. Alhamdulilah, bila saya berkeras dengan keputusan saya, dia hanya diam tanpa berkata apa-apa. Selepas itu saya tidak pernah pun dengar Tok Guru marah atau terkilan dengan kelakuan saya itu.
    ***********************************

    Saya sudah boleh agak siapa yang MSO maksudkan...

    Sesiapa yang mengikuti Blog MSO ini dari mula ia diterbitkan sudah pasti tahu siapa yang tuan MSO maksudkan.

    Sama-sama kita ikuti kisah seterusnya...

    * NH Shah Alam *

    ReplyDelete
  16. saudara KAKI NGAMPU : tolong jangan tuduh orang tanpa bukti dan katakan orang itu laknatuAllah.

    bimbang nanti diri sendiri dilaknat Allah.

    minta dijauhkan Allah laknatNya ke atas kita...

    ReplyDelete
  17. salam,
    saya setuju dengan ijtihad. adalah lebih elok tgna batalkan hasratnya pergi haji sekiranya betul penajanya ada kepentingan perniagaan dengan kerajaan negeri.munkin tgna terlepas pandang akan kepentingan tersebut.

    setuju juga dengan wanM. tgna tarafnya tinggi, munkin apa yang dipertikaikan 2-3 menjak menyebabkan ada rakan perjuangan yang terguris hati. keikhlasan mereka dipertikaikan..

    munkin ini pengajaran bukan hanya untuk tgna tapi untuk kita semua..

    saya bukan menyokong mana2 pihak sama ada ug ke erdogan ker tapi cadangan saya eloklah tgna keluarkan menantunya dari pmbk.juga keluarkan exco bermasalah dari kabinetnya. bagilah peluang pd yang tidak meminta jawatan, sebagaimana keputusan tgha berikan pencalonan kepada hj wahid endut yang tidak meminta untuk prkp36 yang lalu.



    sekadar pandangan

    ReplyDelete
  18. nampaknya tuan mso bersungguh-sungguh untuk berperang dengan anak quraisy itu..

    masa untuk berpolitik cakap manis-manis cakap berlapik-lapik kini sudah boleh dipinggirkan..

    berapa lamakah tempoh perang ini akan tamat mungkin PAS terpaksa hold position dulu dari fokus untuk PRU nanti..

    apa yang saya nampak PAS kini dalam hembusan nafas yang cukup tenang sehingga nanti nampaknya ia akan tercungap-cungap kemudian lalu rebah..

    PAS kini bolehlah dikatakan agak kuat tapi senjata yang digenggam mereka sebenarnya berlainan daripada senjata yang sepatutnya..

    no matter what happen, kami akan tetap sokong PAS hingga ke akhir...

    ReplyDelete
  19. hm.."siapa anak Quraisy", dan siapa pula "pembantu-pembantu sesat" ye?

    Adakah orang-orang yg sama atau orang yg berbeza?

    Duri dalam daging, gunting dalam lipatan yg khianat jemaah islam ?!

    Tak heran, zaman Rasulullah S.A.W dlu pun puak2 munafik mcm ni ada sembahyang dibelakang Rasulullah, ada dalam majlis2 ilmu Rasulullah. Tapi dibelakang Rasulullah, orang-orang ini lah yg menghina, mencerca dan mengatakan bahawa apa yang dikatakan oleh Rasulullah itu adalah satu pembohongan.

    ReplyDelete
  20. Salam, kepada semua renunglah Hadis Nabi ini dan jangan buat tuduhan melulu kepada orang lain dikuatiri menjadi satu tanggungan di akhirat nanti.
    Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1922.
    Dari Abu Humaid As Sa'idi r.a. bahawa Nabi saw. mengangkat Ibnu Utabiyah untuk menerima sedekah (zakat) kaum Bani Sulaim. Setelah Ibnu Utabiyah kembali kepada Rasulullah saw. dan telah diadakannya perhitungan, dia berkata: "Ini untuk engkau, dan ini adalah hadiah yang dihadiahkan orang kepada saya." Lalu Rasulullah saw. berkata: "Kalau perkataan engkau itu sebenarnya, mengapa engkau tidak duduk saja di rumah bapa engkau dan rumah ibu engkau, sehingga hadiah itu datang kepada engkau?" Kemudian Rasulullah saw. berdiri dan berkhutbah di hadapan orang banyak. Sesudah menyampaikan pujian dan sanjungan kepada Allah, beliau berkata: "Adapun kemudian, sesungguhnya aku telah mengangkat beberapa orang di antara kamu untuk urusan yang telah dikuasakan Allah kepada ku mengurusnya. Lalu salah seorang di antaranya mengatakan: "Ini untuk engkau dan ini hadiah yang dihadiahkan kepada ku." Mengapa orang itu tidak duduk saja di rumah bapanya dan di rumah ibunya, sehingga hadiah itu datang kepadanya, kalau benar sebagai yang dikatakannya? Demi Allah! Kalau seseorang kamu mengambil barang sesuatu dari harta itu yang bukan haknya, nescaya dia akan datang kepada Tuhan di hari kiamat, memikul apa yang dikhianatinya. Ingatlah, aku mengenal orang yang datang kepada Allah itu memikul unta dan sapi yang melenguh dan kambing yang membebek." Sesudah itu beliau mengangkat kedua tangannya sehingga saya lihat putih ketiaknya. Beliau berkata: "Ketahuilah, aku telah menyampaikan!" .

    ReplyDelete
  21. Tuan guru seorang yang sangat arif tentang agama dan politik sudah tentu faham tentang kesan tindakannya jika menerima tajaan tersebut. Tambahan pula sekarang semua orang tertumpu kepada masalah dalam kepimpinan pas. Selepas mengenakan TG Hadi Awang kini tiba pula giliran TG Nik Aziz untuk menghadapi bahana persepsi buruk tentang tajaan ini. Pemimpin yang berkuasa tidak sama dengan tok guru biasa. Sebab itu diadakan peraturan tentang rasuah. Kita jangan nak berselindung lagi menyalahkan orang lain nak mengenakan tok guru sedangkan tok guru lebih arif lagi tentang hal tersebut. Memang persepsi tok guru tentang sesuatu perkara kadangkala berbeza dengan orang lain. Bagi tok guru bukan rasuah, bagi orang lain mungkin sebaliknya. Kita serahlah hal rasuah kepada SPRM untuk mengklasifikasikannya. Bagi saya kalau nak buah amal jariahpun berilah kepada yang sangat memerlukannya, bukannya kepada yang sudah mampu. Tapi duit tu hampa yang punya, ikut suka hampalah nak buat apa pun!!!

    ReplyDelete
  22. 1. Saya amat sayang pada TGNA. Beliaulah yang mendekatkan saya dengan perjuangan Islam PAS. Hati saya sebak melihat beliau menitiskan air mata.

    2. Pelantikan menantu beliau sebagai CEO PMBK ternyata membawa fitnah kepada TGNA dan PAS.

    3. Penajaan kerja Haji oleh pihak yang mempunyai kepentingan dengan kerajaan kepada TGNA adalah salah. Saya yakin TGNA tidak diberi gambaran yang benar ketika TGNA menerima tajaan tersebut.

    4. Isu ini mungkin akan menggugat PAS serta mematangkan lagi ahli nya.

    5. Husam, Kickdefella, Mustapa Ali, Hassan Ali, Nasaruddin, MSO, dan peminpin lain, kalau mereka bersalah, ahli PAS wajib hukum mereka. Namun perlulah mereka diadili dengan telus.

    ReplyDelete
  23. Salam,

    Tuan MSO, nampaknya Tok Guru batalkan niat ke Mekah telah menyebabkan sesorang tak dapat memangku jawatan MB Kelantan.

    ReplyDelete
  24. mmg ini satu perancangan oleh satu pihak kepada satu pihak... yang kena adalah orang tua itu.

    nik aziz telah diserang sekian lama oleh umno dan kreditibily belaiu tidak merosot bahkan semakin naik.

    kalu serang melalui umno tidak menjadi, taktik sudah bertukar..serang dari dalam... berapa kerat pemimpin PAS yang seiring kata dgn nik aziz dalam menyerang UMNO...2-3 kerat je... nampak gayanya serang dari dalam sudah menghasilkan permulaan yang amat baik.

    reputasi nik aziz sebagai ikon PAS mesti dijatuhkan... rosak nik aziz rosak PAS di kaca mata orang bukan ahli PAS dan bukan islam, punahlah 3/4 moral ahli dan penyokong2 PAS.

    byk andaian bile dibuat..startegi sapa, mastermind sapa...itu semua kena bongkar... sapa yang berbulu dalam PAS dgn Nik Aziz, apa hubungan dia dgn orang PAS di Kelantan, adakah orang PAS kat kelantan di saman yg tak mampu dibayarnya oleh sesiapa? penyelesaian saman? siapa yang gila kuasa sgt nak ganti nik aziz sbg MB? siapa orang2 kontraktor si ariffahmi? siapa kawan2 ariffahmi dlm PAS? siapa yang mendesak nik aziz melantik arif fahmi?

    hahhahaha...MSO..banyak keje kena buat ni...

    ReplyDelete
  25. kadang 2 kita lupa bila terlalu berjaya dan senang .secara peribadi saya tidak setuju tuan guru menerima tajaan tersebut ,adakah mereka akan taja tuan guru kalau tuan guru orang biasa yang tidak memberi keuntungan apa2.fikir2 kanlah.usah disebut2 lagi tentang akan terima siapa nak taja tahun depan , kerana seolah2 mempermain2kan kenyataan pembesar memang tidak patut menerima tajaan.kerana ianya penuh dengan fitnah.

    ReplyDelete