Biarlah Mereka Bakar, Pijak Gambar Dan Memaki Hamun
PESTA memijak potret tiga Adun yang keluar parti dari Perak, Jamaluddin Md Radzi (Behreng), Othman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Fong (Jelutung) oleh pemimpin DAP menimbulkan kemarahan berbagai pihak. Mereka menganggap perbuatan itu kurang ajar, biadap dan kebudak-budakkan.
Antara yang marah ialah MB Perak, Zambry Abdul Kadir. Kata Zambry perbuatan itu biadap dan kurang ajar. Katanya perbuatan itu satu perbuatan keji yang dilakukan oleh pemimpin DAP.
Mulanya saya malas untuk mengulas mengenai kejadian ini dan mahu biarkan begitu saja. Tetapi apabila ada yang bertanya mengenai hal itu suka tidak suka kenalah ulas serba ringkas.
Pada saya perbuatan dilakukan Lim Kit Sinag bersama anaknya Lim Guan Eng dan pemimpin lain itu tidak ada salahnya. Kerana dunia politik memang begitu. Kalau hendak dikatakan perbuatan itu biadap, kurang ajar dan sebagainya.... ia juga dilakukan oleh pihak UBN. Cuba fikir siapa yang menjadi dalang di sebalik pembakaran gambar Lim Guan Eng dua tiga hari lepas.
Mana lebih teruk dan zalim, bakar gambar berbandingkan pijak gambar? Tentulah bakar gambar lagi zalim dari hanya pijak gambar sebab ia melibatkan api. Apabila gambar Lim Guang Eng dibakar tidak ada pula yang bangkit membantah dan mengatakan perbuatan itu kurang ajar? Apakah kerana dia Cina?
Ini sikap double standard. Kalau kita hendak jadi penegur, tegurlah kepada semua pihak. Jangan bila ia terkena ke atas batang hidung kita ia dianggap wangi. Tapi kalau kena batang hidung orang lain ia dirasakan hampak dan busuk.
Soal bakar gambar pijak gambar ini dalam dunia politik sudah menjadi budaya dan appearance menyeronokkan. Bukan saja setakat gambar Adun dan pemimpin tertentu yang dibakar dan dipijak, bendera parti pun pernah dipijak oleh orang. Maruah bendera atau lambang parti itu sebenarnya lebih besar daripada maruah pemimpin dan tokoh-tokoh tertentu.
Begitu juga dipentas politik, dalam internet dalam buku dan surat khabar. Maki hamun kepada pemimpin berlaku hampir setiap hari. Apakah perbuatan itu bermaruah, cukup ajar? Kalau tidak kenapa ia tidak dikecam?
Begitu juga aksi dan kenyataan dilakukan oleh orang politik ia begitu sadis dan kadang-kadang tidak bertamadun langsung. Dengarlah sendiri apa yang mereka ulas dan ucapkan atas pentas ceramah. Begitu juga lihat perangai dan tindak tanduk mereka. Meninggalkan parti, menjatuhkan kawan, menabur fitnah kerana mempertahankan diri, jauh lebih dahsyat dari perbuatan membakar dan memijak gambar.
Kesimpulannya bagi saya, aksi-aksi yang berlaku di Penang dan Perak atau di mana-mana itu adalah budaya dalam politik. Ia tidak lebih sebagai gimik saja. Jadi kalau ada yang mengatakan ia perbuatan boleh menghiris dan menimbulkan perbalahan, kita sudah lama dah bergaduh dan bergasak sesama sendiri bukan pun kerana gambar di bakar tetapi kerana ego ingin menegakkan pandangan dan pendirian masing-masing.
Perbuatan bakar gambar, pijak gambar, koyak gambar tidak payah dirisau dan perlu dibimbangkangkan kerana memang budaya politik macam itu. Ia berlaku bukan saja akhir-akhir ini tetapi sejak berpuluh tahun dulu lagi. Cuma hari ini perbuatan itu dibuat secara bertanggungjawab, berterus terang dan disiarkan media, manakala dulu dibuat secara senyap-senyap.
Apa yang berlaku hari ini sesuai dengan politik hari ini lebih daring sesuai dengan masa dan manusia yang sedang menggerakkannya. [wm.kl.10:30 am 02/12/09]
tak taulah dunia politik hari ini.semua orang gila kuasa.
ReplyDeleteTapi sayangnya nasib rakyat terbanyak masih belum diberi perhatian yang serius.apa khabar orang kampung yang terpaksa membeli barang runcit yang harganya kadangkala cukup menekan.apa khabar orang bandar yang masih tinggal di tepi longkang setinggan.
Kalau ada yang berdoa pun, doa tu untuk pemimpin sahaja. tak kisah la doa baik ke doa buruk ke.doa untuk rakyat yang susah???tiada..
Memang dah nasib badan...kata p.ramli
UNTUK MAKLUMAN : JIKA TUAN TINGGAL DAN MENETAP DI PULAU PINANG SAYA KIRA TUAN AKAN BERSETUJU DAN MENYOKONG APA YG DIBUAT PADA GAMBAR GUAN ENG...
Kal
kau ni bajek aje berilmu dan berpengalaman konon tapi kau dengan cina keparat tu same aje! kau punye judgement memang sungguh bodoh dan bangang! tak salah? kalau kau xde akhlak memang lah kau kata tak salah bodoh!
ReplyDeleteapa yang die buat tu dah tentu jahat dan kurang ajar bodoh! kau ni nama aja org tua! nama org islam! tapi semua yang dap buat semua kau anggukkan dan halalkan!
terjunlah kau dan parti kau bersama sama kafir2 harbi tu semua ke lembah hina lagi keji!
amin.
Salam pak mso..
ReplyDeletenampak pada komen pak mso pasal politik pijak gambar ni ada check and balance skit banding nga abe li kapak jangak...cuma mungkin abe li tertinggal nak komen pasal gambar budok2 'haya' bn gok kencing atas gambar tok guru...ni ambo ado link gambar dio..kalu pak mso sanggup letak terpulanglah..
(http://3.bp.blogspot.com/_7cgDt3Q5wV4/SqKbnWMRy8I/AAAAAAAAFwY/ylQG3VFxgP0/s400/aksi+kurang+ajar+anjing+barisan.jpg)
Baru dok cerita ttg akhlak..
ReplyDeletedah tiba2 timbul si-panda buat komen yg kurang berakhlak..
lagu mana nih..
tak ka itu juga 2x5...??
apalah nak jadi...
kalau lagu ni semua..
assalamualaikum pak sheikh.
ReplyDeleteisu pijak gambar,bakar gambar sengaja dibesar-besarkan pihak media. yang start dulu puak pemuda bn kat penang(yang bakar gambar lim guan eng). media tak kecoh pun.tapi bila DAP bertindak balas dengan pijak,langkah gambar 3 adun bebas, seluruh tanah malaya gempar gara-gara media pembodek dan penghasut untuk jadikan rakyat benci DAP.Tak taula sampai bila puak-puak media pro UMNO nak sedar. Cuma Mahathir nampak macam kabar sikit sekarang pasal kesilapan dulu-dulu.Kesian-kesian.Dah terlambat pun.
Tuan MSO, sejak jadi menteri besar ni, Dr Zamri selalu sangat keluar dari mulutnya "biadab, kurang agar". Cuba semak kata-kata beliau bila mengulas isu yang ditimbulkan Pakatan Rakyat di Perak. Alaaa! hari-hari kita pijak gambar. Kalau kita jumpa suratkhabar, poster, kertas iklan atau apa saja di laluan jalan kaki, pijak ke tak? Silap-silap gambar tu dibuang dalam tong sampah. Bukan silap-silap, memang buang pun. Mereka ulas macam kita tak tahu apa yang berlaku di Perak,
ReplyDeleteLim Kit Siang memohon maaf atas perbuatannya dengan alasan tidak dapat mengelak dari melakukannya. Hmmm... Pelik juga seorang yang susah hendak mengaku salah, tiba-tiba minta maaf terhadap perbuatan yang blog ini anggap "tidak salah"
ReplyDeleteAl-Fatihah buat Allahyarham Muiz. Semoga terbuka hati MSO memaafkannya, walaupun bahasanya keras, tetapi dia dipihak yang benar. Saya kagum dengan anak muda ini dan sedih kerana dia pergi lebih awal.