Monday, December 28, 2009

Telahan Malam

Khidmat Annual Bakri Dan Saiba Tidak Akan Disambung?

SUDAH riuh di Kota Bharu berita mengenai perkhidmatan Annual Bakri Haron sebagai Setiausaha Politik dan Saiba Yaacob selaku Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan tidak akan disambung. Khabarnya pengumuman mengenai hal itu akan dibuat esok.

Saya percaya saat ini wartawan semua akhbar yang telah menghidu berita ini sejak dua tiga hari lepas sedang menyiapkan berita berkenaan. Berita ini akan disensasikan secukupnya untuk menunjukkan Pas Kelantan masih bergolak. Esok pasti beberapa akhbar akan menyiarkan desas desus ini sebagai berita penting.

Sebenarnya kalau Tok Guru Nik Aziz Nik Mat tidak menyambung khidmat mereka berdua khususnya Annual Bakri tidak menjadi masalah. Annual Bakri sudah satu dekat berkhidmat sebagai Setiasuaha Politik. Beliau dikira sudah puas berkhidmat. Pemberhentian itu mungkin menggembirakan Annual Bakri kerana membolehkannya menumpukan ke bidang yang diminati, menyair dan menerbit buku falsafah dan novel.

Sebelum ini pun semasa menjadi Setiausaha Politik beliau rancak menulis dan menerbit buku disamping turut sama menulis lirik lagu dan bernasyid. Beliau memiliki sebuah penerbit sendiri yang sedang mengorak maju, Anbakri Publication. Kebanyakan buku yang diterbitkan ialah buku ucapan dan kata-kata hikmah Tok Guru Nik Aziz.

Beliau mula mengambil alih jawatan itu apabila Husam Musa berhenti kerana bertanding dalam pilihan raya umum 1999. Sebelum ini Annual Bakri berkhidmat dengan sebuah institusi kewangan negara. Beliau dilihat lebih berperwatakan romantik dan tidak menyerlah sebagai seorang ahli politik yang bergaya. Beberapa tindak tanduknya juga sering dipertikaikan.

Persoalan kini siapakah yang bakal menggantikan Annual Bakri dan Saiba? Ada beberapa nama sudah pun disebut-sebut namun masih belum dapat disahkan. Selagi Nik Aziz sendiri tidak menyebutnya tidak ada sesiapa berani meniyakannya.
Salah seorang dari mereka dari golongan pemuda berkelulusan luar negera dikatakan telah menjadi pilihan Nik Aziz untuk mengganti tempat Annual Bakri.

Manakala seorang pegawai di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) pula disebut-sebut akan mengambil alih tempat Saiba. Kedudukan Saiba pula dikatakan akan dihantar ke Kias sebagai pegawai kolej berkenaan.
Pemberhentian Saiba dikatakan tidak menjadi persoalan kerana Saiba tidak dilihat menjadi proksi kepada mana-mana kumpulan dan beliau hanya menjalankan tugas yang ditetapkan kepadanya saja. [wm.kl. 11:10 pm 28/12/09]

2 comments:

  1. testingAssalamu alaikum. Tuan, diharap tuan jaangan ambil peduli dengan ulasan ini kerana sebenarnya saya sedang mencuba satu perisian untuk membaca picture varification. Selama ini saya mendapat bantuan anak saya untuk membaca kod pengesahan yang tertera. Kini dengan adanya perisian ini dalam firefox 3.5.6, saya sudah tidak perlu mendapatkan bantuan anak saya untuk menghantar komen kepada posting tuan kerana perisian ini boleh membantu saya untuk menyalinkan kod pengesahan itu pada klipboard saya dan kemudian dipace ke ruangan kod pengesahan tersebut. Inilah kelebihan it hari ini, OKU macam saya yang btak boleh melihat pun boleh hantar komen pada tuan tanpa bantuan orang celik lagi. terima kasih kerana memberi ruang saya untuk mengganggu tuan dengan membuat percubaan. kalau komen ini masuk ke ruangan komen tuan maknanya ujian saya berjaya.

    ReplyDelete
  2. Dengan pembantu baru, sempena tahun baru, dengan semangat baru mungkin imej TGNA boleh dikilat semula.Tahun 2009 boleh dikatakan penuh ujian buat TGNA.Namun tiap kesusahan mendatang, mengiringinya juga kesenangan..semoga 2010 adalah tahun untuk PAS Kelantan dan Pusat bangkit dengan tekah yang kukuh untuk mendepani segala cabaran.

    Era PRU13 sudah boleh dihangatkan.UMNO pun dengan khabarnya bermula Januari ini akan mula 'menabur jagung' untuk rakyat.Biasalah bila saat hampir-hampir pilihanraya, pelbagai pihak dalam UMNO akan turun padang menampakkan muka.Mendekati rakyat.Masuk ke pelusuk kampuung, singgah di warung-warung kopi, membayar semua makanan dan minuman di warung sambil bertanya khabar.Itulah kebiasaan dan modal politik UMNO.

    Tingkap-tingkap kereta terbula luas.Senyuman meleret.Tangan lenguh melambai dan di angkat untuk menyapa orang yang berselisih dengannya...wang di poket terlalu murah untuk dibelanjakan.Sedangkan selama ini...mereka hilang entah ke mana.Pergi ke desa atau ke kampung pedalaman sekadar mencari seseorang atau kawan atau menjenguk ketua cawangan sahaja.Untuk singgah minum, tidak sempat.Sibuk, jadual padat dan sebagainya tetapi bila musim dekat pilihanraya sanggup pula ambil cuti dari kerja yang dikatakan sibuk selama ini.Berpura-pura itulah amalan mereka, UMNO dulu, kini dan selamanya.

    Buat pemimpin PAS, kalau ada antara YB mereka bersifat seperti pemimpin UMNO di atas, tolong jangan dicalonkan semula kerana ada antara rakyat mula merungut dengan sikap dan kerenah mereka.Takut nanti PAS akan kehilangan kerusi.Dengar ceritanya, mereka [ rakyat ] akan memilih individu yang boleh dipercayai untuk mebantu mereka bukan lagi berdasarkan parti yang memperjuangkan Islam.Islam tetap mereka amalkan sepanjang hidup mereka tetapi wakil [ bukan lagi pemimpin ] yang mereka inginkan ialah orang yang boleh diharap.Kalau membawa imej Islam seperti harapkan pagar, dan pagar itu yang makan padi baik mereka memilih calon yang dipercayainya sebagai wakil mereka tanpa mengira parti.Itu kata mereka.Mereka bukan memilih pemimpin tetapi memilih wakil mereka.Ada benarnya juga.

    Berbalik kepada setpol dan SU Akhbar TGNA di atas, TGNA berjaya dicemerlangkan dan dikagumi semasa HUsam menjadi setpolnya.Rentetan dari khidmat bakti Husam imej TGNA amat dikagumi.Walapun Husam selepas itu dilanda pelbagai kontroversi, itu soal lain tetapi jasa dan baktinya untuk mengangkat TGNA sebagai Mursyidul Am PAS amat dikagumi.Husam bijak berperanan untuk membantu TGNA.Annual cuma menumpang hasil kerja Husam semata-mata kerana selepas itu TGNA sedikit demi sedikit semakin kurang ummphh.Makin lama makin terpalit dengan pelbagai isu yang direka dan dicipta.Annual tewas dengan mainan politik.Kalau benar kata MSO, Annual seorang yang romantik, jiwanya agak melankolik. pasti tidak sesuai dengan bidang politik,menulis novel-novel cinya ssesuai barangkali.Tengok kepada imej pakaian Annual juga tidak menyakinkan namun pilihan TGNA, apa nak di kata.


    Apupapun jasa dan bakti Annual tetap ada semasa menjawat jawatannya hari ini.Itu tidak dinafikan.TGNA tidak mungkin lupa akan hakikat itu cuma untuk mendepani cabaran 2010 akan datang ini, mungkin TGNA ingin pasukan yang lebih gagah dan mantap untuk mengharungi PRU13 nanti.TGNA pun janganlah lena dan termakan cakap-cakap penasihat 100% sangat.Walau sebaik dan sebijakmana pun para penasihat, mereka juga masih manusia.Musuh yang paling jahat dan kejam ada mereka yang berada dalam kelompok kita sendiri...kita tidak sedar,ingatkan kawan rupanya menikam belakang dengan senjata yang cukup tajam,tidak perasan terluka.Tau-tau, kecederaan sudah parah dan susah untuk diubati...

    Doa saya, semoga 2010 menjanjikan sesuatu yang lebih bermakna untuk PAS Kelantan, untuk TGNA khususnya, PAS Pusat amnya.Hadapi mainan politik era IT dengan hati-hati.Jangan terlalu banyak terlepas cakap khususnya TGNA kerana sebab pulut santan binasa.......

    MATI ITU ADALAH BENAR, SYURGA NERAKA ITU JUGA ADALAH BENAR.

    ReplyDelete