Sunday, January 10, 2010

Maklumat Malam

Tengku Faris Akan Imamkan Solat Hajat?

SATU sumber dari Kota Bharu Kelantan memberi tahu satu majlis penerangan berhubungan perlembagaan tubuh kerajaan dan juga salasilah kesultanan Kelantan akan diadakan pada Selasa 12 Januari bertempat di Balai Besar, Kota Bharu.

Majlis itu akan melibatkan kira-kira 1,500 orang pegawai kerajaan negeri di semua peringkat.

Majlis berkenaan khabarnya atas inisiatif pejabat Setiausah Kerajaan Kelantan. Ia diadakan ekoran berlaku kekeliruan yang sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu yang cuba memberi gambaran tidak ada keselarasan antara kerajaan dengan istana pada masa ini sehingga ia menjadi isu hangat pada masa kini.

Majlis itu juga dijangka turut memberi penjelasan kepada mereka yang tidak faham dan arif berhubungan perlemnbagaan tubuh kerajaan negeri Kelantan termasuk soal perlantikan raja, tugas-tugas, kuasa-kuasa dan tanggungjawab Pemangku Raja.

Sementara itu dalam perkembangan lain rakyat Kelantan tidak kira lapisan dan fahaman politik diminta menyambut keberangkatan pulang Tengku Faris di lapangan terbang Sultan Ismail Pengkalan Chepa jam 2:00 petang pada Khamis ini.


Pada malamnya Tengku Mohamad Faris akan menghadiri solat hajat di Stadium Sultan Mohamad ke IV. Baginda dijangka akan mengimani sendiri solat hajat tersebut.
[wm.kl. 11:10 pm 10/01/10]

No comments:

Post a Comment