Wednesday, January 6, 2010

Menanti Fajar Menyinsing

Provokasi, Sensasi Atau Yahudi?

SEKALI lagi saya katakan dalam isu-isu berhubung kepentingan Islam dan bangsa Melayu sepatutnya semua pihak bersatu dan berusaha bagaimana untuk mendaulatkan agama dan meperkasakan bangsa. Dalam hal ini para para penulis dan wartawan Islam seharusnya memahami hakikat ini dan tidak cuba mencari populariti atau mensesansikan apa juga laporan dengan tujuan mendapat perhatian dan pujian dunia tanpa meletakkan kepentingan menyelesaikan masalah atau meredakan pertikaian yang meletus.

Keserabutan minda dan timbulnya kucahan polimek yang kadang-kadang mengheret ummah dan bangsa ke laman Neraka adalah disebabkan oleh penulis dan wartawan tidak cuba untuk mempersatukan fikrah dalam perkara tersebut dan secara sembrono pula menggunakan kaedah (journalisme) yang dipelopori Yahudi dalam menggarap laporan dan mengulas sesuatu isu tanpa mengesani apakan tujuan di sebali metodologinya.

Biasanya isu-isu yang diketengahkan bukan mencari jalan penyelesaian, sebaliknya sengaja mahu menambahkan kekalutan dan kekusutan! Ini sesuatu fenomena yang me,barahi dunia kewartawanan siber hari ini. Walhal ia bukan berlaku secara sengaja melainkan secara diatur oleh musuh Islam dan bangsa.

Sebelum ini saya sudah mendedahkan bagaimana sebuah stesen tv swasta memutar belitkan kenyataan Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung pandangan dan ulasannya tentang isu kalimah Allah. Tv berkenaan tidak menyiarkan secara jujur dan berniat jahat pandangan Nik Aziz dalam konteks semasa mengenai pandangan beliau terhadap isu itu. Tv berkenaan juga gagal berfungsi sebagai media yang dimiliki oleh orang yang juga bersyahadat
“Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh-Nya.”

Tetapi malang nampaknya tv itu terus memanipulasikan berita berkenaan atas dendam dan sifatnya sebagai penjilat buntut pihak tertentu. Tv berkenaan tidak pernah rihat dari melaksanakan agenda tuannya dalam keadaan apa sekali pun. Apa salah kalau dalam isu kalimah Allah Tv berkenaan cuba meredakan keadaan dengan memberi gambaran kebersatuan individu Islam; baik pemikir, agawaman dan ahli politik dalam memberi pendapat tentangnya.

Apa lagi Nik Aziz dalam memberi pandangan berhubung isu itu berlapang dada (tasamuh) dengan tidak menegakkan pendirian asalnya mengenai hal itu sebelum dengan memberi lampu hijau dengan mengatakan kalimah Allah adalah hak semua manusia. Tetapi apabila beliau telah menegaskan pada masa ini ia tidak boleh digunakan bimbang mengelirukan adalah satu ralat yang tepat oleh beliau dan ini patut dihiglightskan.

Kali ini saya ingin mendedahkan pula aktiviti dan perangai sebuah portal berita yang sangat menyesalkan saya sebagai umat Islam mengenai laporan tentang kalimah Allah.

Saya tidak ada maklumat apakah portal berita berkenana disponsor dan didalangi oleh kaum mana atau aliran mana, beragama apa dan warganegara mana penanggungjawabnya? Namun yang jelasnya wartawan yang mengutip berita itu berdasarkan namanya adalah Melayu dan saya percaya bila Melayu wartawan berkenaan Islam.

Kalau dihayati dan dielidiki bentuk-bentuk laporan dan mesej yang cuba hendak disampaikan portal berita ini ada niat tidak baik kepada entiti tertentu dan juga memberi gambaran buruk mengenai Islam. Ada sesetengah laporan ketara berbau anti Melayu dan Islam. Atas nama kebebasan dan professional, wartawan portal ini menulis tanpa ada rasa bertanggungjawab sebagai umat Islam. Dia berdiri atas nama wartawan bebas yang ilmunya diterapkan oleh Yahudi.

Kedudukannya sebagai orang Islam terasing sama sekali seolah-olah profesional tidak bercampur dengan tanggungjawab ke atas agama.

Lihat bagaimana protal dan wartawan berkenaan telah melaporkan kenyataan atau pandangan Dr Haron Din, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ahmad Awang mengenai isu kalimah Allah. Kenyataan Haron Din dilaga dengan kenyataan Asri dan dicelah dengan pandangan tidak sekata dan ‘semazhab’ oleh Ahmad Awang. Apakah tujuan laporan sebegini diperlakukan? Provokasi, sensasi atau Yahudi?

Haron Din memberi pandangan sesiapa yang menyokong kalimah Allah untuk digunakan ditempat tidak wajar sebagai kufur dan syirik. Pandangan Haron ini merujuk kepada kebenaran mahkamah dan maksud Kristian kenapa beriya mahu menggunakan kalimah Allah. Bagaimana pun kenyataan itu disanggah dengan mengambil pandangan Asri yang berpendapat pandangan Haron Din itu tidak rasional! Portal berita berkenaan memahami pandangan ulama hanya mampu disanggah oleh ulama.

Seterusnya wartawan atau portal berita berkenaan mengutip pandangan Asri yang bertanya kepada Haron Din, dengan berkata; "Apakah kalau kita dengar orang bukan Islam berkata; 'Allah mencipta alam, adakah kita hendak ambil tindakan kepada mereka?”

Saya tidak tahu di manakah ada ketepatan persoalan yang dibangkitkan oleh Asri itu. Kalaulah Asri tidak memahami makrifah di sebalik maksud pandangan Haron Din itu betapalah naif dan dhaifnya Asri. Saya percaya sebagai bekas Mufti beliau dapat menangkap di mana maksud kata-kata itu dan mengetahui akan consequence jika kalimah itu dibenar. Tetapi kenapa ini berlaku.

Saya yakin dan percaya dalam konteks pandangan Asri berhubung hal itu ia tidak sesempit itu. Mungkin masih ada ayat dan pernyataan menjelaskan di manakah atau kenapa pandangan Haron itu tidak menjadi rasional bagi Asri. Namun kerana inginkan sesansi dan matlamat halus di sebalik isu itu tercapai maka bahagian itu yang diutamakan.

Apa yang saya dapat fahamkan, kesalahan menggunakan nama Allah oleh Haron Din bukan seperti mana difahamkan oleh Asri (seperti mana dilaporkan) tetapi dalam keadaan yang spesifik sehingga boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan penganut Islam terutamanya mereka yang tidak bertaraf ulama mujtahid dan juga berfahaman liberal berdasarkan otak semata-mata.

Yang menjadi kebimbangan ialah apabila kalimah itu digunakan dengan meluas sehingga ia nanti akan dianggap sama antara Allah Islam dengan Allah Kristian. Ia boleh terjadi apabila pemahaman mengenai Allah dari kalangan generasi muda akan datang lemah dan cetek. Natijah dari kelemahan dan pengeksploitasian ini nanti menyebabkan Allah itu dianggap sama saja.

Lebih malang lagi takut ada kalangan orang Islam menerima konsep ketuhanan Kristian yang berselindung di sebalik nama Allah itu.

Dalam hal ini saya rasa percanggahan pendapat antara kedua ini boleh dielakkan kalau wartawan Melayu dan portal berkenana ada tanggungjawab sebagai wartawan yang adil dan bertindak sebagai Muhyiddin, penjaga agama dan bangsa.

Tidak cukup dengan itu, wartawan berkenaan mengutip pula pandangan Ahmad Awang yang juga bernada untuk menyanggah pandangan Haron Din. Kata Ahmad Awang (seperti mana dilapor) keputusan mahkamah dan akidah dua hal yang berbeza?

Apakah maksud Ahmad Awang? Apakah beliau tidak dapat memahami dalam hubungan umat Islam menentang keputusan mahkamah itu kerana mereka bimbang kepada kemudaratan kepada aqidah? Apakah ini pun tidak dapat dimengerti oleh bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia (Pum) itu? Bahawa menggunakan kalimah Allah dalam keadaan tidak wajar oleh Kristian tidak mendatangkan mudarat kepada Islam?

Laporan itu juga memetik Ahmad sebagai berkata, beliau mempercayai anggapan mengatakan Islam itu sebagai hak eksklusif untuk Islam itu lagi sesat. Apakah makna dan kepada siapakah Ahmad (atau portal berita itu) tujukan kata-kata itu?

Meneliti pandangan Ahmad Awang ini jelas ia tidak senada dengan pandangan Haron. Laporan berkenaan semacam mahu menyanggah pandangan Haron yang menyifatkan penggunaan perkataan Allah ditempat tidak wajar itu sebagai kufur dan syrik.

Bila melihat pandangan tidak selari Ahmad Awang dan seakan ada niat hendak menyanggah pandangan Haron Din ini, saya suka melihat kepada sentimen politik peribadi mereka berdua. Umum sudah mengetahui bahawa walaupun mereka berada dalam saf yang sama dalam Pas, tetapi mereka menghafalkan ayat-ayat lazim yang berbeza dalam sembahayang. Apakah perbezaan ini membawa mereka terus berbeza walaupun ke atas sesuatu perkara yang sepenting kalimah Allah itu?

Insaflah.... demi agama ketepikan perasaan peribadi.

Ditegaskan perbezaan yang menyerlahkan kelemahan dan ketidakbersatuan (unity) dan kecelaruan pemikir-pemikir Islam ini dapat dielakkan kalau portal khususnya wartawan berkenaan memahami tanggungjawab mereka yang diutuskan sebagai ‘nabi’ oleh Allah ke atas muka bumi ini. Makanya selaku ‘nabi’ wartawan hendaklah melengkapi diri mereka dengan tabligh, siddik, amanah dan fatanah. [wm.kl.7:30 am 06/01/09]

12 comments:

  1. Saya kira isu penggunaan kalimah Allah ini ada dua isu; pertama, apakah hukum agama lain memanggil tuhan mereka sebagai Allah juga? Kedua, apakah sebab orang kristian di Malaysia nak gunakan nama Allah kepada tuhan mereka?

    Isu pertama telah dijawab oleh Lajnah Politik. Harus hukumnya berdalilkan nas al-Quran tetapi boleh menjadi haram jika bertujuan untuk salah guna.

    Isu kedua tidak disentuh langsung oleh Lajnah politik. Isu ini disentuh dengan panjang lebar Timbalan Mursyidul Am TG Dato’ Dr. Haron Din dalam youtube. Dalam kitab bible mereka, tidak ada pun kalimah Allah digunakan dengan makna Tuhan, yang ada perkataan God, Lord, Olehim dan dalam bahasa Arab disebut Rabb. Jadi kenapa nak gunakan perkataan Allah sebagai terjemahan God.

    Dari segi sejarah, kristian kena jawab dalam sumber mana dalam agama kristian hari ini bahawa Allah itu adalah nama bagi tuhan mereka yang bersifat trinity.

    Dalam Al-Quran bermula dengan Bismillahirrahmanirrahim, Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani dan terdapat hamper pada setiap muka surat dalam al-Quran. Begitu jelas, ia adalah nama tuhan orang Islam.

    Kebimbangan TG Dato’ Dr Haron Din ialah nanti Allah akan ditulis pada patung Jesus, pada gereja, pada salib dan lain-lain yang sangat mencemarkan kesucian Allah, tuhan yang sebenar yang tidak beranak dan tidak diperanakkan.

    Saya setuju dengan pandangan TG Dato’ Dr Haron Din isu ini adalah isu besar. Ia akan menyebabkan nama Allah tercemar di sepanjang jalan dalam Negara kita, tanahair kita, bumi Malaysia. Ini satu bala yang besar.

    Sepatutnya Lajnah Politik memberi perhatian yang lebih tentang politik The Herald Times, apakah tujuan tersirat daripada langkah mereka ke mahkamah. Cuba memahami politik mereka. Walaupun hukum asal adalah harus, tapi kena lihat politik mereka. Ada agenda kristianisasi, nak kelirukan orang Islam, nak melambakkan Negara kita dengan buku-buku kristian berbahasa melayu daripada Indonesia. Menimbulkan polimik kekeliruan beragama yang tidak sepatutnya berlaku dalam masyarakat Malaysia yang sedia aman dan muhibbah.

    Jika dikatakan bahawa untuk tujuan pendidikan, mereka tidak dapat mengajar agama kristian di Malaysia sebab tidak ada perkataan terjemahan dalam bahasa Melayu untuk God, itu sangat tidak tepat. Bahasa Melayu sudah memberi ruang untuk God diterjemahkan kepada perkatan Tuhan. Tuhan itu kata nama am, sedangkan Allah itu kata nama khas.

    Jawapan Lajnah Politik sepatutnya,

    Pertama; Asal hukum adalah harus tetapi menjadi haram berdasarkan kaedah usul fiqh Sadduz Zari’ah iaitu menutup jalan bagi mengelakkan kemudharatan yang akan terhasil daripada tindakan yang pada asalnya dibenarkan oleh agama.

    Kedua; Walaupun Islam benarkan penggunaan nama Allah oleh bukan Islam, tetapi itu adalah dalil daripada al-Quran, sumber rujukan orang Islam dan binding hanya kepada orang Islam. Orang Kristian kenalah bawa sumber kristian sendiri dalam perkara ini. Kalau nak pakai dan percaya kepada sumber orang Islam, kena pakai dan percaya bahawa Allah itu Esa, tidak beranak dan tidak diperanakkan.

    Ketiga; PAS sedia menganjurkan dialog tertutup dengan paderi kristian, Kenapa orang kristian hendak namakan tuhan mereka dengan nama Tuhan orang Islam dan Kenapa Orang Islam tidak boleh membenarkannya. Masing-masing kena berdalil untuk perbincangan ilmiah tersebut, mudah-mudahan isu ini tidak berbangkit lagi pada masa anak cucu kita pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  2. Salam, gue amat senang and happy dgn ulasan lho..sebab dari mula gue udah merasa yg Utz Haron Din maksudkan yg kedua..utz MAZA...biasalah dia hanya faham yg zahir aje..wahabi memang gitu..stail dia and cara berfikir..

    ReplyDelete
  3. Assalamualakum Pak MSO.

    terlebih dahulu saya ingin memperbetulkan bahawa bukan Melayu tidak perlu bersatu tetapi umat Islam yang perlu bersatu.

    ulama mujtahid ada pandanga mereka yang tersendiri.kita sebagai orang awam hanya perlu melihat segala pandangan ulama ini. Walaubagaimanapun kita sebgai umat Islam harus berhati-hati.

    ReplyDelete
  4. apakah kita dilahirkan sebagai ISLAM dan pelbagai agama lain hanya disebabkan nasib atau sememangnya telah ditakdirkan....

    mengapa agama lain mahu menggunakan perkataan ALLAH untuk tuhan mereka, adakah kerana kekesalan kepada moyang mereka yang mengubah-ubah ayat pada kitab suci mereka

    semoga ALLAH SWT memberikan kita petunjuk dan hidayah

    pasti ada RAHMAT disebalik semua ini.....


    *sekadar untuk tatapan...........

    ReplyDelete
  5. Tuan MSO...dua pihak yang berbeza pendapat mempunyai hujah masing-masing.Tuan juga seolah-olah ingin memperlekehkan pandangan ulama yang tidak selari dengan tuan.Melalui komen tuan, itu sebenarnya makin membarahkan keadaan.Cara tuan mengupas isu nampak seperti [ pandangan saya ] tuan cuba menambah minyak dalam api yang sedang menyala. Satu segi yang lain, tuan cuba menampakkan betapa tuan lebih arif, lebih alim dan lebih memahami isu berbanding dengan Dr.MAZA dan Dr. Ahmad Awang.Sedangkan Dr. Haron Din dan 2 ulama lain itu membuat kenyataan dengan hujah yang jelas. Mereka bukan menyanggah semborono.Mereka juga orang yang berilmu dan beramal dengan ilmu tersebut.

    Tuan MSO seperti ingin menunjukkan bahawa tuan lebih arif dalam bab agama...andai tuan lebih tau, lebih arif maka tuan perlu keluarkan kenyataan secara tegas.Berikan hujah dan nas yang menjelaskan bahawa penggunaan nama Allah itu memang tidak boleh langsung walau dalam apa keadaan sekalipun.Jika masih ada ruang untuk dibolehkan maka hujah Dr.MAZA dan Dr. Ahmad Awang perlu diterima.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih Tuan Mso kerana menghuraikan persoalan yang di utarakan.

    Cuma yang saya nampak bidasan dr asri itu agak keras dan kasar terhadap dr haron din. Seolah2 ada unsur nk menunjukkan ilmu agamanya lebih tigggi drp org lain.

    Semoga kekeliruan berhubung isu ini menemui titik noktah yang akan memelihara kemualiaan nama Allah tidak kira pada penganut agama islam ataupun agama samawi lain.

    ReplyDelete
  7. Salam Tuan MSO,
    Daripada tuan highlight komen anafakir saya rasa adalah lebih afdal tuan highlight komen saudara PPPi.
    Tahniah saudara PPPi, komen anda begitu padat & bernas sekali.
    Kesimpulannya kedua-dua hujah dari pihak Dr Haron Din dan Dr MAZA/Dr Ahmad Awang adalah betul. Tapi demi menjaga kemaslahatan agama Islam, pandangan Dr Haron Din perlulah di ambil kira. PAS pun perlu bertegas dalam hal ini. Jangan sampai demi menjaga hubungan dengan kaum lain, kita menggadai kesucian agama kita.
    Wassalam

    ReplyDelete
  8. akm tuan MSO sudah berpurnama lamanya saya tidak melepaskan komen di blog tuan..walaupon saya sering mengjenguk dan membarisi setiap tulisan di blog tuan...

    Apa yang saya perhatikan, saya fikir sama seperti tuan perhatikan, tetapi saya fikir tuan perhatikan lebih teliti daripada apa yang saya lihat.

    Saya perhatikan portal M/Kini sekarang sedang mengerakkan satu agenda dengan melaga-laga kan umat islam, mengolah berita untuk menambah lagi kelam kelibut, dan kekeliruan umat islam yang sememangnya telah pon keliru.

    Mereka yang mengolah berita ini saya nampak supaya umat islam tidak bersatu hati untuk sama-sama mempertahankan hak dan kesucian agama islam.

    Saya amat percaya sekiranya di dalam hal yang sebegini kecil pon kita tidak dapat bersama,Apakah kita akan dapat bersama untuk maselah-maselah umat yang lebih besar di kemudian hari.

    Ketidak sepakatan kita dalam hal ini akan di perhatikan sebagai satu ruang dan peluang ke emasan oleh musuh kita..mereka bergumbira meraikan pekara ini dan sudah pastinya mereka akan meraikan dan merayakan perpecahan kita.

    Saya amat berharapa tuan dapat terus menghurai, memberi idea, menyindir dan mencurahkan ilmu tuan untuk meredakan kusut masai yang melanda umat islam di Negara kita..walahualam...

    ReplyDelete
  9. Bagaimana pendapat Ulama' nak menerangkan mengenai pentafsiran orang bukan Islam mengenai Kalimah 'Allah'??

    Bagi mereka (orang bukan Islam)
    Allah adalah bahasa arab, dan jika diterjemahkan kepada bahasa melayu ialah 'Tuhan', bahasa Inggeris 'God' atau 'Lord'. Orang melayu telah meminjam perkataan arab 'Allah' dan digunakan dalam penulisan. Jadi bagi mereka Allah itu bukan suatu kata nama. Jadi ini sebenarnya yang menerangkan mengapa mereka telah menang dalam perbicaraan dalam kes penghakiman mahkamah tinggi. Mengapa tiada sesiapa yang mengulas mengenai perkara ini??

    Bukankah Kalimah 'Allah' itu merujuk kepada nama 'Allah' / Tuhan yang sepatutnya kita sembah??

    cth ayat, "Tuhan orang Islam adalah Tuhan" dan "Tuhan orang Islam adalah Allah". Yang mana satu benar dari segi bahasa dan dari sudut ugama??

    Jadi bagi saya, isu yang paling besar dan lebih besar yang merupakan fitnah ke seluruh dunia apabila membenarkan Kalimah 'Allah' itu diterjemahkan kepada pelbagai bahasa. dan kebenaran Majalah Harold Katolik itu menggunakan kalimah 'Allah' adalah bersandarkan kepada kesalahan meletakkan Kalimah 'Allah' itu ditempat yang tidak sesuai.

    Sekian.

    ReplyDelete
  10. portal yg di maksudkan=malaysiakini
    tv yg dimaksudkan = tv3

    ReplyDelete
  11. Ustaz, saya rasa elok rasanya ustaz tumpukan tulisan ustaz kepada membongkar rahsia kenapa pihak Kristian tersebut beriya-iya benar nak menggunakan nama Allah. Buka minda dan hati setiap orang Islam yang membaca tentang perancangan jahat puak kafir ini. Jangan biarkan orang ramai terus kebinggungan membaca dan mendengar komentar orang politik. Terima kasih.

    ReplyDelete
  12. Assalamu alaikum. Tuan, bagi saya setelah membaca 2 posting tuan yang terakhir, yang mengatakan yang kita boleh merasa agak lega namun saya tidak mampu dan akan mampu untuk melegakan hati. Bagi saya, saya tidak akan mampu menerima usaha pihak katholik ini boleh atau akan atau mungkin memberi kebaikan kepada umat Islam melainkan ia merupakan perancangan halus yang bertujuan untuk menjahanamkan umat Islam dan Islam kalau boleh. Ini menepati firman Allah dalam surah Al-baqarah ayat 120 (kalau salah tolong betulkan) yang menyatakan dengan jelas bahawa Yahudi dan Nasaro tidak redha dengan umat Islam sehinggalah umat Islam mengikuti jalan mereka. Dengan firman Allah ini, apa yang berlaku hari ini jelas merupakan perancangan teratur mereka terhadap kita. Pertelegahan yang berlaku sesama umat Islam hari ini adalah kejayaan awal mereka dan ini telah cukup untuk memberi kekuatan moral untuk mereka mengatur langkah seterusnya.

    Keberadaan Orang Kristian di Malaysia bukan baru hari ini tetapi melebihi lima kurun. Berkurun lamanya mereka tidak pernah bercakap tentang Allah, mereka boleh beramal dengan Bible mereka yang tidak menggunakan Allah, kini setelah Portugis, Belanda dan British meninggalkan Tanah ini tiba yang ditinggalkan mereka beria-ia untuk mendapatkan perkataan "Allah". Bukankah ini satu lagi keterangan yang menunjukkan tidak mungkin ada harapan baik untuk Islam dalam hal ini..

    Berdasarkan pengalaman yang berlaku kepada kes Natra, Aishah Bokhari dan Lina Joy, Apakah telah ada perkataan :Allah" dalam tulisan-tulisan mereka dalam bentuk buku, majalah atau suratkhabar ketika itu. Bukankah peristiwa Aishah Bokhari berlaku 10 tahun lalu dan ketika itu isu ini tidak langsung diperdebatkan secara umum? Cuba bayangkan, dalam ketidakbolehan perkataan"Allah" diguna anak Melayu telah murtad, maka apakah jaminan kepada kita kalau dibolehkan nanti maka kemurtadan tidak akan wujud lagi?

    Sewaktu saya berada di sekolah menengah, di asrama tempat saya menginap terdapat tidak sedikit pelajar Kristian dari Sabah dan Sarawak. Dalam asrama tersebut memang ada gerakan Kristian yang menggunakan teks dalam Bahasa Melayu dalam format Braille (kaedah penulisan untuk orang-orang buta). Teks ini didatangkan dari Indonesia. Dalam teks-teks tersebut memang ada digunakan perkataan "Allah". Sama ada ia dirancang atau kebetulan atau kecuaian, teks-teks ini sering ditinggal atau tertinggal dan dijumpai atas katil atau meja pelajar-pelajar muslim dan saya sendiri pernah membacanya. Berdasarkan sedikit pembacaan itu memang ia boleh menganggu pemikiran dan emosi anak-anak Melayu. Atas dasar inilah juga kebimbangan ini timbul dan saya tak akan mungkin lega dengan keputusan hari ini kerana mereka tidak akan berihat untuk menyibarkan agama mereka.

    Dalam hal ini, sebenarnya, pihak Kristian Katholik itu hanya sekadar menjalankan tugasnya untuk menyibarkan agama mereka kerana itu adalah tuntutan agama mereka. Lantas di sinilah umat Islam perlu mencari usaha untuk mempertahankan apa yang sepatutnya dipertahankan atas dasar kebenaran bukan emosi. Mahkamah, bagi saya dalam hal ini hanya akan menyerabutkan keadaan. Maka, saya berharap agar cadangan Tok Guruku dari Kelantan itu yang mencadangkan agar diadakan perbincangan antara ulama mu'tabar dan pemuka kristian dijadikan kenyataan secepat mungkin. Saya amat yakin andainya perbincangan ini diadakan dalam suasana ilmu, ikhlas, terbuka dan mencari yang terbaik, hasilnya insya-Allah juga yang terbaik. Tidak ada seorang Muslim dan Kristian pun yangwaras dan yakin dengan agama masing-masing akan mencari kehancuran melainkan kejernihan dan kebaikan.

    Tahniah PPPi dengan pandangan anda, Patunya tuan letakkan pandangannya dalam "komen pilihan".

    ReplyDelete