Souvenir Teragung Razaleigh Untuk Kelantan
MENURUT Tok Empat Umno Kelantan, Mustapa Mohamad tuntutan Kelantan untuk mendapat royalti petroleum (minyak) tidak ada fakta dan berasas. Katanya Pas sengaja menimbulkan isu tersebut untuk dijadikan modal pilihan raya. Sekarang ini tidak timbul apakah ianya untuk dijadikan modal pilihan raya atau sebaliknya. Yang penting kerajaan Kelantan dengan barisan Exco yang hebat-hebat belaka itu berjaya menimbulkan isu baru di Kelantan dan menyebabkan Umno 'belengas' sampai ke punggung.
Dulu Mustapa bersama Muhyiddin Yassin kata Kelantan tidak layak menerima royalti minyak kerana pelantar minyak berada nun jauh di luar kawasan Kelantan. Kerana itu Kelantan menghantar rombongan untuk mengukur laut. Entah sampai entah tidak rombongan berkenaan, walahualam, tetapi kerja itu mendatangkan hasil. Umno menjadi kecut perut dengan gertakan rombongan kerajaan Kelantan itu menyebabkan Najib Razak terpaksa membuat pengumuman tidak semena-mena.
Semasa membentang Bajet 2010 di parlimen Najib mengumumkan yang kerajaan Kelantan akan diberikan wang ehsan sebagai menggantikan royalti sebanyak 5 peratus. Dengan pengumuman Najib itu, secara automatik ia menjelaskan bahawa tuntutan kerajaan Kelantan sebelum ini berasas. Bahawa dakwaan Mustapa dan Muhyiddin adalah palsu dan tertolak ke neraka!
Kalau ianya tidak berasas dan tidak berfakta, masakan Najib jadi semurah itu untuk mengumumkan langkah pemberian wang ehsan itu kepada Kelantan! Sejarah telah merakam sudah berpuluh dekad kerajaan BN menzalimi rakyat Kelantan menafikan hak rakyat dengan membelakangkan semangat federalisme. Pengumuman Najib ini menyebabkan Mustapa sebagai Tok Empat Umno Kelantan kalah 1 – 0 dan 'terkinyih-kinyih' macam tupai mabuk gula!
Kini Mustapa sekali lagi nampaknya mencelupkan jari ke dalam air panas dengan mendakwa kerajaan Kelantan tidak ada asas ekoran tuntutan terbaru kerajaan Kelantan. Jumaat lalu Pas telah menghantar rombongan Petroleum yang diikuti sama oleh Ketua Pemuda Pas, Abdul Latiff Abdul Rahman bagi berbincang dengan menyerahkan nota tuntutan kepada Pegawai Eksekutif Petronas, Hassan Marican.
Apakah Mustapa telah berfikir panjang dengan dakwaannya itu? Ingin ingatkan Mustapa agar berhati-hati dalam permainan ini. Ingat minyak ini bahan cecair licin tersalah pijak boleh jatuh tergolek! Apakah beliau perlu sekali lagi mendengar kenyataan dan keputusan Najib untuk mengakui bahawa apa yang didakwa kerajaan Kelantan itu benar?
Kali ini bukan di sebelah Kelantan kena nyatakan bukti dan fakta sebagai menjawab dakwaan Mustapa itu. Sebaliknya Mustapa sendiri kena dedahkan fakta dan bukti yang dimilikinya. Kalau beliau berani kata fakta Pas tidak berasas dan rekaan, maka beliau kena dedahkan akan kesahihan dan kebenaran fakta yang beliau milik.
Kalau Mustapa juga enggan mendedahkannya ini bermakna fakta Mustapa juga tidak berasas dan rekaan buta semata-mata. Kalau sebelum ini Pas telah mengemukakan bukti dengan mengukur laut, apakah Mustapa juga kena berbuat demikian juga? Rasanya tidak menjadi masalah sebab Jurukur Teguh masih ada dan sedia untuk melakukan kerja ukur laut.
Pastilah dalam penjelasan itu nanti Tengku Razaleigh akan bercakap benar atau ‘sengoti’ sekaligus menjawab dakwaan Mustapa itu. Rakyat Kelantan akan dapat mengukur kenyataan atau fakta siapa lebih akurat dan genuine apakah yang ada kepada Tengku Razaleigh atau Mustapa Mohamad.
Nanpaknya isu minyak ini kalau ia dicipta untuk dijadikan isu pilihan raya, Pas berjaya kerana ia telah meletakkan pemimpin Umno Kelantan bertelagah sesama sendiri. Yang jelas Tengku Razaleigh lebih mahu menjadi jagoh membela hak Kelantan daripada parti yang pernah diketuainya itu. Apa yang berlaku kepada Tengku Razaleigh menjelaskan akan ketidakteraturan Umno. Bukankah Tengku Razaleigh Hamzah orang Umno yang sepatutnya bercakap untuk kepentingan Umno?
Saya yakin Tengku Razaleigh akan bercakap perkara benar pada 28 Januari di Dewan Utama Kelantan Trade Centre nanti. Sebagai anak Kelantan beliau akan mendedahkan fakta yang menguntungkan rakyat Kelantan. Tentu tidak tergamak untuk beliau berbohong kepada rakyat Kelantan dalam usia sudah lebih separuh abad. Mungkin Tengku Razaleigh menganggap usaha itu sebagai kebajikan terakhirnya untuk Kelantan.
Lagipun tidak ada gunanya Tengku Razaleigh menjaga kepentingan Umno kerana parti itu tidak pernah menjaga kepentingannya! Malahan sejak Abdullah Badawi jadi PM sehingga ke era Najib kini Tengku Razaleig Hamzah hanya menjadi kulat malam di siang hari sahaja. Tahu kulat malam, ianya cerah waktu malam dan putih waktu siang, cahayanya tidak bermakna dan diperlukan ketika suasana terang benderang!
Umno memerlukan Tengku Razaleigh hanya di masa-masa tertentunya. Bila keperluan Umno sudah tidak ada ia ‘kehak’ Tengku Razaleigh macam kucing memuntahkan perut tikus yang ditelannya. Jadi adalah baik bagi Tengku Razaleigh bangkit menjadi jaguh di Kelantan dengan membela anak buahnya untuk mendapat royalti minyak. Biarlah kalau Tengku tidak dapat jadi PM tidak mengapa asalkan rakyat Kelantan mendapat manfaat royalti minyak hasil perjuangan anak raja Kelantan itu. Itu lebih besar.
Saya sendiri yakin suara bekas Menteri Kewangan itu lebih keramat berbanding dengan 12 suara pemimpin kerajaan Pas hari ini termasuk Nik Abdul Aziz sendiri. Makanya Tengku Razaleigh boleh ambil kesempatan untuk meletakkan dirinya di atas ‘par’ sanjungan dan penghormatan rakyat Kelantan terhadap beliau sebagai pemimpin tunggal negeri yang sepatutnya sudah dinobatkan sebagai perdana menteri menerusi isu tuntutan royalti petroleum itu.
Bagi rakyat yang bawahan, yang mana yang akan jadi pemikul balang gas atau pengisi minyak petrol di stesen minyak kalau industri gas dan minyak mendarat di Kelantan, akan menunggu bicara dan tuntutan Tengku Razaleigh Hamzah nanti. Diharap rakyat Kelantan akan datang beramai-ramai memberi semangat kepada Tengku Razaleigh.
Saya optimis dalam hal ini suara Tengku Razaleigh masih bernilai dan dihormati. Sekiranya apa yang Tengku Razaleigh perkatakan semuanya fakta, Najib tidak ada pilihan lain untuk memberi royalti minyak kepada Kelantan. Lagipun kalau itu yang Najib laksanakan ia tidak merugikan. Sekiranya pandangan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Abdul Halim Abdul Rahman di dewan satu masa benar, ini bermakna Umno akan berjaya menambah kerusi kalau pun tidak berjaya menawan Kelantan apabila royalti minyak diagihkan.
Kata Ustaz Abdul Halim, kalau Umno beri minyak kepada Kelantan (royalti) mungkin Umno boleh menang dalam pilihan raya. Dan katanya selagi Umno tidak beri minyak (royalti) selama itulah Umno akan kalah! Akhirnya sekiranya Tengku Razaleigh telah memberi sumbangan besar kepada rakyat Kelantan pada ucapan itu nanti, maka rakyat Kelantan hendaklah membalasnya dengan cenderamata yang setimpal dengan apa yang dilakukan itu. [wm.kl. 8:05 pm 12/01/10]
Saya amat bersetuju dengan Tuan MSO dalam isu royalti minyak untuk Kelantan. Tok Pa masih mementingkan parti berbanding dengan kebajikan rakyat Kelantan itu sendiri.Dia sanggup bermain politik, melihat keuntungan politik buat dirinya berbanding membela, menjaga dan membantu kebajikan rakyat tanah tumpah darahnya sendiri. Sikap Tok Pa sebenarnya sikap seorang yang mementingkan diri sendiri...politik kebudak-budakan.
ReplyDeleteSebaliknya Ku Li memperlihatkan kematangan dalam politik.Walaupun dia tidak menjadi sebahagian dari barisan kepimpinan Kerajaan Pas di Kelantan namun beliau melihat yang hak tetap hak.Beliau rasional dalam isu ini.Bukan memihak kepada parti UMNO secara membabi buta tetapi merujuk kepada apa yang terkandung dalam MOU yang pernah dibuat antara PETRONAS dengan Kelantan suatu masa dahulu.Mungkin di akhir-akhir hayat politiknya, inilah jasa terbesar yang akan dikenang oleh rakyat Kelantan selama-lamanya. Ku Li telah banyak kali membantu Kelantan.Bermula dengan Perpaduan Ummah, UMNO berjaya ditewaskan.Itu adalah jasa Ku Li sehingga ke hari ini UMNO masih 'gila meriyan' untuk merampas Kelantan. Jika royalti berjaya dikembalikan kepada Kelantan maka Ku Li sekali lagi menabur jasa yang teramat besar untuk seluruh 'rakyatnya'.Andai Ku Li membuat kenyataan yang menyokong bukti-bukti untuk membolehkan Kelantan berhak mendapat royalti maka itu memang suatu HADIAH tahun baru untuk seluruh rakyat Kelantan.
Mungkin dalam PRU akan datang Ku Li tidak tercalon sebagai wakil untuk UMNO bagi Parlimen Gua Musang, namun jasa dan baktinya selama ini untuk Kelantan tiada siapa yang boleh menandinginya.Ku Li menyerlahkan dirinya seorang pemimpin berjiwa rakyat, mempunyai darah 'kuning' namun jiwa dan makan minumnya masih seperti rakyat kebanyakan.Tidak ramai pemimpin UMNO di Kelantan yang berjiwa seperti Ku Li.Tok Pa, Datok Awang Adek, malahan Berahing Ali pun sekadar melalak membodek UMNO semata-mata.Mereka berasal dari Kelantan, membesar di Kelantan, berpolitik di Kelantan, ada rumah dan sanak saudara di Kelantan tetapi langsung tidak menyokong tuntutan Kelantan dalam isu royalti.
Ternyata, YBM Tengku Razaleigh Hamzah berada dalam kelas tersendiri.Matang dalam berpolitik.UMNO sudah lama meminggirkannya, namun beliau berdiam diri, tidak melatah, tidak meraung mempersoalkan kenapa dirinya ditolak ke tepi dari arus
1Malaysia.Ku Li seorang yang teramat 'halus', teramat berjiwa rakyat bila melibatkan rakyat Kelantan.Dia sudah banyak kali berada di belakang rakyat Kelantan jika berhadapan dengan UMNO.Dan dalam isu royalti ini, saya sebagai seorang rakyat Kelantan amat mengalu-alukan Tengku Razaleigh sekali lagi memihak rakyat Kelantan dalam isu royalti ini.Semoga Allah akan memberkati usaha Ku Li ini dan memberi Ku Li rahmat yang berpanjangan selagi hayat di kandung badan...
Sekian, mohon mencadangkan.
Salam MSO, Najib ni jenis lalang je. Kena tiup dari kiri ha kananlah dia, bila ditiup dari kanan, maka kekirilah dia.
ReplyDeleteSekarang ni, fakta tetap fakta, retorik tetap retorik. Permasalahan yang sebenar ialah pengurusan pitih tu yang menjadi "was was" kepada BN untuk diberi kepada puak puak PAS ni. Bukan nya apa, sedangkan projek projek sekarang ni pun di balun oleh YB pas dan sedara terdekat sahaja , inikan pula duit minyak. Maka disinilah "kewas wasan " yang berlaku antara pusat dan state.
tuan mso, saya yang menetap di putrajaya akan balik bagi mendapatkan gambaran jelas.
ReplyDeleteSo harap2 nya pihak penganjur kena pastikan kehadiran KU LI serta kalau boleh penerangan berkenaan kena buat di stadium sultan mphd ke IV sbb saya rasa dewan berkenaan CONFIRM tak dapat menampung jumlah yang akan datang dengar penerangan itu nanti..
TAHNIAH kepada semua....
Salam Tuan Haji MSO,
ReplyDeleteDalam sejarah Petronas dan negara Malaysia, YBM Tengku Razaleigh putera raja berjiwa rakyat dan insan berdarah kelahiran Kelantan adalah individu yang bertanggungjawab mengasaskan Petronas. Sememangnya kebijaksanaan cetusan YBM Ku Li dalam mengadaptasi kesan kejayaan syarikat minyak milik Indonesia iaitu Pertamina bermula tahun 1974 serta kesan daripada krisis minyak 1973 iaitu Tahun Larangan Eksport Minyak OPEC telah membuka satu peluang yang cukup besar dan 'souvinier' berharga buat rakyat Malaysia hingga ke saat ini.
Sudah pastinya penwujudan Petronas ini, YBM Ku Li yang merupakan Pengerusi pertama Petronas telah mempunyai fakta penyelidikan kukuh berkenaan telaga-telaga dan kawasan-kawasan berpotensi yang menyumbangkan sumber galian bermakna buat Malaysia tidak terkecuali telaga petroliam di kawasan perairan Kelantan.
Sikap rakyat Kelantan bukan meminta pada yang bukan berhak, tapi sememangnya merujuk kepada satu perjanjian yang mana Kerajaan-kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah sanggup meletak hak selama-lamanya kepada Petronas mengenai petroliam yang dijumpai sama ada di dalam atau di luar pantai Malaysia.
Menurut perjanjian dimeterai, Petronas sanggup membuat bayaran tunai kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri sebanyak 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan dijual tiap-tiap tahun. YBM Ku Li yang mewakili Petronas, bersama MB Kelantan Allahyarham Dato' Asri telah memeterai perjanjian tersebut pada 1975. Maka secara logiknya sebarang petroliam yang dijumpai dan hasil yang dijual, Kelantan berhak keatas royalti tersebut waima negeri-negeri lain yang terdapat sumber petroliam ini.
Usahlah isu royalti dan hak ini dipolitikkan kerana ia adalah milik Kerajaan negeri yang berhak untuk kepentingan rakyat juga dan mungkin royalti yang bakal diterima oleh rakyat Kelantan nanti adalah hadiah terbesar daripada YBM Ku Li. InsyaAllah.
Wasalam.