Friday, January 15, 2010

Sebelum Jumaat

Tengku Faris Cipta Sejarah Imamkan Solat Hajat
Nik Aziz Gembira dan Terharu

DUA peristiwa yang berlaku di Kelantan, petang semalam dan sebelah malamnya cukup bermakna dan penuh erti yang harus difahami oleh semua pihak. Peristiwa itu, sambutan ribuan rakyat Kelantan keberangkatan pulang Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra. Kehadirian lebih 5,000 rakyat, pegawai kerajaan negeri dan pemimpin politik menyebabkan lapangan terbangan Sultan Ismail Pengkalan Chepa penuh sesak melambangkan sokongan dan kasih rakyat kepada Tengku Faris sebagai Pemangku Raja tidak berbelah bagi dan begitu besar sekali.

Dari laporan dan wakil tidak rasmi penjenguk blog ini memberi tahu, semua pegawai tinggi kerajaan dan pemimpin politik hadir. Ia juga termasuk dari Umno kecuali, Mustapa Mohamed, Awang Adek Hussein dan Norzaidi Omar. Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Ahmad Yaacob dan Exco semua hadir.

Paling merujakan menurut penjenguk berkenaan sebaik sahaja Pemangku Raja hendak turun dari pesawat khas yang membawa baginda, ada kalangan rakyat termasuk juga pemimpin politik ‘berungga’ – berlari-lari, untuk mendapatkan ruang bagi menyambut kepulangan Tengku Faris. Masing-masing berebut untuk berada di barisan hadapan agar mereka ditengok dan dicamkan oleh Pemangku Raja bagi menyatakan kehazahiran mereka.

Dalam kejadian ini ada pemimpin yang merempuh dan tidak mempedulikan protokol semata-mata kerana ingin berada hampir dengan Tengku Faris untuk sama-sama mengaminkan doa keselamatan atas keberangkatan pulang. Keadaan ini menyebabkan MB dan TMB yang sepatutnya diberikan ruang 'terkanjar' ke belakang. Wartawan dan sesetengah hadiri menyedar akan kejadian ini!

Baguslah kalau semua rakyat dan pemimpin politik sayangkan Pemangku Raja dan taatkan sultan. Semangat yang sebegiutlah yang dimahui oleh sekalian rakyat. Kalau tidak ada niat hendak menduakan raja inysaAllah Kelantan akan selamat dan sejahtera, Kelantan akan makmur sampai ke bila-bila.

Pemangku Raja juga tentu gembira. Cuma apa yang kita harapkan jangan semangat dan karektor iu berlaku secara bermusim. Maksudnya sesudah Tengku Faris dilantik menjadi Pemangku Raja baru ketaatan dan penghormatan ingin dizahirkan. Sebelum Tengku Faris dilantik menjadi Pemangku Raja semacam baginda diketepikan dan dirasakan tidak penting. Kenapa saya berandaian itu begitu kerana ada pihak yang mengadakan kenduri kahwin anak tidak mengundang Pemangku Raja tetapi mengudang putera raja yang lain yang disangka bakal dilantik menjadi Pemangku Raja.

Sikap membezakan kerabat di raja ini rasanya tidak berapa elok dan kurang manis.

Dan hari ini apabila Tengku Faris sudah dilantik menjadi Pemangku Raja sokongan orang-orang sejenis itu sudah mula berganjak pula. Sikap begitu adalah sikap hipokrit yang sama sekali tidak disukai oleh Pemangkau Raja dan juga Islam dan jika diamalkan ia boleh membinasakan badan.

Peristiwa kedua yang berlaku semalam ialah solat hajat bertempat di stadium Sultan Mohamad ke-1V, Kota Bharu. Paling bermaknanya apabila solat hajat itu diimamkan sendiri oleh Tengku Faris. Perisitwa ini adalah satu sejarah dan satu kemanisan buat rakyat Kelantan seluruhnya. Rakyat Kelantan belum pernah sebelum ini dapat menjadi makmum kepada seorang raja.

Tentu rakyat yang kuat pegangan kepada agama, yang mementingkan kepada perpaduan akan mengalirkan air mata melihat peristiwa ini. Keikhlasan dan ketawadukan Tengku Faris sebagai hamba Allah tentu terpancar cerah dengan apa yang berlaku itu.

Tengku Faris juga turut membacakan doa meminta Allah memberi kesihatan dan kesejahtraan kepada ayahanda baginda yang kini sedang dirawat di Singapura. Beliau juga turut mendoakan semoga Kelantan senantiasa dalam pemeliharaan Allah. Apa yang dilakukan Tengku Faris itu adalah fardu ke atas seorang hamba Allah dan sebagai seorang anak yang soleh.

Perisitiwa itu istimewa dan satu sejarah. Kerana selalunya dalam majlis seumpama itu dan majlis keagamaan, raja atau sultan hanya jadi makmum atau tukang mengaminkan doa yang dibaca oleh Tok Kadhi atau Mufti sahaja. Apa yang dilakukan Tengku Faris semalam adalah pembaharuan yang menyentuh perasaan rakyat Kelantan. Jadi tidak hairanlah kalau rakyat begitu kasih dan sayang kepada baginda kerana baginda menempati peranan dan fungsi sebagai seorang hamba Allah dan raja kepada sebuah negeri.

Khabrnya Nik Aziz sendiri teruja dan terharu dengan apa yang berlaku. Menerut pertuturan serorang pemimpin kanan Kelantan, Tok Guru Nik Aziz merasa sungguh gembira kerana Tengku Faris telah melalukan tanggungjawab dan amanah yang sepatutnya baginda pikul.

Nik Aziz kata pemimpin itu menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai satu lagi detik bersejarah dan perkembangan baru sempena tahun Hijrah di Kelantan. “Kalau sebelum ini Ketua Polis membaca khutbah, kini Pemangku Raja pula jadi tok imam,” kata pemimpin itu memetik kata-kata Nik Aziz yang gembira dengan apa yang berlaku.

Tok Guru juga menurut pemimpin itu, menghuraikan apa yang dilakukan Tengku Faris itu adalah menempati kehendak Islam sebenarnya. Menurut Tok Guru katanya, memang sewajarnya kalau rakyat mempunyai pemintaan baik-baik yang hendak diajukan kepada Allah, eloknya raja sendiri yang mendoakan kerana kedudukkan raja itu sendiri dengan Allah dari segi hirerkinya sangat hampir dengan Allah.

“Jadi apa yang dilakukan Tengku Faris sebenar menempat kehendak Islam dan ia sangat menggembirakan rakyat, tok guru sungguh gembira,” sambung pemimpin itu mencritakan perasaan Nik Aziz.

Di majlis malam tadi lebih 2,000 terdiri dari rakyat, pegawai kerajaan dan pemimpin politik ikut sama mendirikan solat hajat yang diimamkan oleh Tengku Faris kemudian mengaminkan dia yang dibaca sendiri oleh baginda. [wm.kl.11:45 am 15/01/10]

4 comments:

  1. Tuan MSO,

    tertarik dengan artikel yang pernah RPK keluarkan berkenaan Malaysia bakal menuju republik. walaupun tak berkenan dengan RPK, apa yang beliau tulis kadang2 ada kebenrannya. 2-3 generasi lagi mungkin orang melayu kita sendiri akan menolak sistem beraja. tapi, kalau semua raja2 boleh jadi imam untuk rakyatnya, mustahil rakyat sanggup menolak raja2 melayu.

    ReplyDelete
  2. Salam. Sapa yang undang putera lain ke majlis kendurinya tu mso..jentik sikit-sikit nampaknya. ambo setuju, kita jangan hipokrit mcm saudara kata tu

    ReplyDelete
  3. hamba merasakan sgt bertuah kerana menjadi rakyat kelantan disebabkan mempunyai pemangku raja kelantan yg sungguh tinggi ilmu agamanya dlm melaksanakan amanah sebagai ketua tertinggi negeri kelantan. di kampong hamba sendiri, di kampong laut, semasa pemangku raja datang ke kampong laut, dlm bulan disember thn lalu. satu peristiwa yg hamba rasakan tk ada pada raja-raja ataupun sultan-sultan lain sepanjang pengetahuan hamba, menyembelih sendiri lembu yang digunakan untuk membuat kenduri keraian di kampong hamba. mulanya, hamba terkejut, apabila sahabat hamba memberitahu, yg pemangku raja sendiri yg akan menyembelih lembu yg didermanya utk majlis hari tu. dlm hati hamba " betol ke ni" sbb hamba tdk pernah mendengar apatah lg melihatnya sendiri sblm ini. namun begitu, selepas, solat asar,yg diimamkan sendiri oleh pemamngku raja, beliau dengan penuh ketaatan menyembelih sendiri lembu itu disaksikan rakyat jelata yg penuh kagum dengan kredibiliti yang ada pada pemangku raja... inilah cntoh raja yang berjiwa rakyat..Wallahualam..

    ReplyDelete
  4. Assalamu alaikum tuan. Aku juga bergelar rakyat. Aku juga punya sultan dan pemangku sultan. Usiaku kini telah masuk empatpuluhan. Adakah aku akan dapat merasa berimamkan seorang sultan atau pemangku sultan. Ya Allah, aku cemburu dengan teman-temanku di kelantan. Bilakah negeriku dan rakyatnya akan mengecap nikmat seindah itu ya tuhanku. Sesungguhnya Engkaulah yang maha memberi kurnia dan maha mengetahui.

    ReplyDelete