Wan Ismail Makin Sihat, Akan Keluar Sehari Dua Lagi
KEADAAN Adun Melor, Wan Ismail Wan Jusoh,54 yang dimasukkan ke hospital Selayang untuk mendapat rawatan lanjutan semakin sihat dan dijangka akan keluar sehari dua lagi. Perkembangan keadaannya yang semakin baik mungkin hasratnya untuk berubat di China dibatalkan.Sebelum ini beliau bercadang untuk mendapat rawatan ke China sekiranya rawatan yang diterima kini tidak berkesan. Bagaimana pun perkembangan terkini menyebabkan hasrat itu dibatalkan.
Menurutnya ubat yang dari Australia digunakan kini dapat mengatasi masalah yang dihadapinya memberi tindakan baik memuaskan. Kulitnya yang sebelum ini kekuningan kerana penyakit berkenaan kini sudah beransur hilang.
Beliau yang menghidap Hepatatis B dimasukan ke hospital berkenaan sejak dua minggu lepas. Wan Ismail mengalami keuzuran semasa mengerjakan haji sebulan lalu.
Beliau terpaksa dibawa balik dan menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Kubang Kerian (HUSM), Kota Bharu sebelum dipindah ke Selayang bagi mendapat rawatan secara intensif.
Bagi seorang yang terlantar di hospital tidak ada saat paling menggembirakan apabila mereka dikunjungi kawan atau teman rapat. Malahan kunjungan teman menjadi penawar paling mujarab di samping pengubatan klinikal yang diterima.
Sejak dimasukkan ke hospital berkenaan, Wan Ismail tidak putus-putus menerima tetamu dan dikunjungi oleh rakan, pimpinan parti dan juga aktivis parti di peringkat kawasannya di Melor, Kelantan.
"Boleh dikatakan setiap hari antara lima hingga 10 orang tetamu terdiri dari rakan dan sahabat yang datang menjenguknya tak kira siang atau malam," demikian menurut salah seorang anggota keluarganya. Sepanjangan dihospital itu juga Wan Ismail ditemani isteri dan anaknya.
Pagi ini serombongan seramai lebih 50 orang aktivis parti dari Melor terdiri daripada ahli Majlis Tindakan Dun (MTD) dan Muslimah Pas Melor mengunjungi Wan Ismail. Keadaan ini menyebabkan suasana dalam wad 24 Tingkat 9 hospital itu bagaikan majlis kenduri.
Keceriaan itu ditambah pula dengan kedatangan rakan sejawatannya, Adun Limbungan Drs Zainuddin Awang Hamat bersama isteri dan keluarganya. Zainuddin adalah antara Adun yang bersama menunaikan haji tahun ini bersama Wan Ismail. Dalam kunjungan itu Drs Zainuddin sempat berdoa untuk kesejahteraan Wan Ismail dan segera kembali ke gelanggang untuk membela nasib rakyat.
Ternyata kunjungan itu mengharukan Wan Ismail. "Terima kaish banyak atas kedatangan semua, tak dapat nak amba balas, kedatangan ini," katanya.
Keperihatian dari rakan dan aktivis Pas Melor yang sanggup datang dari jauh menjelaskan Wan Ismail seorang wakil rakyat yang disenangi oleh rakyat di kawasannya.
Sejak dimasuk ke hospital berkenaan hampir semua rakan seprofesyennnya dan pemimpin Pas menjenguknya. Setengahnya datang lebih dari dua kali. "Allahamdulilah kawan-kawan banyak memberi semangat dan sering menelefon bertanya khabar, ada yang sempat datang, datang, ada yang datang beberapa kali masa di Kota Bharu lagi," jelasnya.
Menurutnya antara tetamu yang datang menjenguknya ialah Adun, Pengkalan Kubur, Noor Zaidi Omar yang juga Setiausaha Umno Kelantan.
Bagaimana pun sesuatu yang agak mendukacitakan kerana masih ada Adun Kelantan dan pemimpin Pas yang belum menjenguk Wan Ismail walaupun sekali. Ditanya siapakah yang tidak hadir Wan Ismail enggan menjelaskannya dan menganggap mungkin mereka belum ada masa untuk datang. [wm.kl.12:30 t/hari 01/01/10]
salam mso, alfatihah untuk bung rahmat, kenapa tidak di tulis pandangan saudara tentang keputusan mahkamah membenarkan pihak agama lain menggunakan kalimah ALLAH dalam agama mereka.... ALLAHUAKBAR...
ReplyDelete