PKR Perlu Tegas Dengan Zulkefli Nordin
MEMBACA berita kepala babi dilempar di perkarangan dua masjid di Jalan Klang Lama pagi ini tidak sesebu membaca berita dan laporan mengenai Zulkefli Nordin. Entahlah kenapa! Bagi saya politik Zulkefli Nordin dalam konteks Pakatan Rakyat lebih cemar dari kepala babi hutan yang dilempar oleh manusia tidak bertanggungjawab itu.
Kalau kepala babi itu untuk menghina dan menduga keimanan orang Islam di negara ini, saya rasa begitu juga dengan telatah Zulkefli Nordin dalam menghadapi kuasa partinya PKR. Telatah Zulkefli Nordin menyakitkan hati sesiapa saja, kecuali puak-puak Umno yang kini menobatkan Zulkefli Nordin sebagai hero. Poliik Zulkefli bernajis.
Tindakan Zulkefli harus difahami oleh PKR. Tindakan melanggar disiplin itu adalah disengajakan untuk menimbulkan kemarahan. Mungkin apa yang diharapnya, ialah PKR memecat beliau dari parti itu. Itu yang dia mahu. PKR harus mampu menyelami apa yang ada dalam hati Zulkefli. Dalam kedudukan hari ini saya merasakan Zulkefli suka kalau PKR memecatnya bagi membolehkan beliau merealisasikan cita-cita berstrategi.
Membaca kenyataan dan ulasan Zaid Ibrahim mengenai Zulkefli membimbangkan saya. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu kecewa dengan keputusan pucuk pimpian PKR yang berlembut dengan Zulkefli. Zaid hairan kenapa PKR masih begitu berhati-hati dan sayang untuk bertindak ke atas Zulkefli. Apa yang saya bimbang yang akan 'cau' nanti bukan Zulkefli tetapi Zaid.
Umum tahu cara PKR menangani isu Zulkefli adalah untuk tidak dianggap sebagai zalim. Maka dia diberi peluang untuk dilihat adil kepadanya. Seperti kata Zaid untuk apa PKR berlaku adil sedangkan Zulkefli telah melakukan banyak kesalahan. Tindak tanduknya menyebabkan keadaan keruh dan menyusahkan penasihat parti. Iya apakah relevannya berlaku adil dan dan kenapa perlu menggunakan prosuder terhadap orang yang tidak tahu menghormati undang-undang?
Telah banyak Zulkefli melanggar disiplin dan bersikap tidak senonoh yang boleh mencemarkan PKR. Antaranya sikap melanggar forum majlis peguam, membuat kenyataan bercanggah dengan aspirasi parti, tidak akur keputusan parti, membuat laporan ke atas Khalid Samad dan lain-lain. Dalam celah-celah itu berbagai kesalahan dilakukan olehnya.
Melihat kepada kesalahan itu apa hendak disayang lagi. Lagi lama menyimpan lagi menyakitkan. Menyimpan Zulkefli macam menyimpan bangkai. Kalau Zulkefli nak menyertai Umno biarlah dia masuk Umno. Keputusan itu kena dihormati. Penyakit yang menghinggap Ibrahim Ali sudah menyinggahi Zulkefli Nordin. Merindui Umno. Jadi elok kalau beliau menjadi calon bebas setidak-tidaknya dia boleh duduk berdekatan dengan Ibrahim.
Pada saya tidak ada guna lagi kalau PKR atau pun Anwar menyanyangi wakil rakyat berkenaan. PKR sebaliknya akan berdepan dengan masalah lagi lama memegang Zulkefli. Ia menyebabkan timbul berbagai persepsi mengenainya. Nanti orang akan mengatakan Anwar takut nak bertindak kerana Zulkefli kononnya banyak menyimpan rahsia Anwar.
Biarlah kalau Ezam Mohd Noor dan gengnya nak gembira atas tindakan itu kerana dengan apa yang dilakukan Zulkefli kini kumpulan itu sudah merasa bahagia.
Melayan Zulkefli samalah melayan budak yang tidak tahu berfikir dan mengguna pakai undang-undangnya saja. Makin dilarang makin menjadi. Jadi kalau kita takut untuk merotankannya, maka tinggal dan bunaglah dia dalam mana-mana longkang. Biarlah Zulkefli menyalak di luar seberapa banyak beliau hendak menyalak sekalipun. Lama kelamaan bila orang tidak melayannya dia akan berhenti. Kita pakat-pakat tengok nanti sejauh mana Umno akan mempergunakannya.
Saya bimbang kalau PKR terus melayani, maka wibawa PKR akan hilang. Orang akan melihat PKR seolah begitu takut untuk mengambil tindakan. Ini juga menyebabkan orang akan menuduh PKR takut kerana dan tidak berkuasa mendisiplinkan anggotanya. Buruknya kepada masa depan, ia akan menjadi senjata untuk orang lain menyerang PKR dan Anwar. Bukankah ini strategi musuh Anwar? [d'kota 6:00 pm 27/01/10]
Salam...
ReplyDeleteMelihat dan membaca kenyataan balas Zulkifli dalam Utusan Malaysia hari ini nampak jelas apa yang tersirat dalam sanubari Zulkifli.Dapat diselami betapi Zulkifli sebenarnya memang 'tidak ada hati' lagi dengan PKR.Dia sengaja memancing untuk memastikan PKR akan bertindak dengan memecatnya.Itu yang dia harapkan, itu yang dia tunggu-tunggu.Dia sengaja memerangkap pimpinan tertinggi PKR dengan segala sikapnya selama ini.MSO lebih tau dan lebih 'kenal' siapa Zulkifli berdasarkan komen-komen MSO selama ini.
Cuma saya sebagai pengikut setia politik negara dapat merasai apa yang dijelaskan MSO selama ini tu sebenarnya sudah menampakkan belangnya.Zulkifli hanya seorang lulusan undang-undang tetapi tidak begitu 'mengamalkan' ilmu undang-undang yang dia belajar.Cuma dia bijak mengeksploitasikan ilmu undang-undang yang dia ada untuk kepentingan dirinya semata-mata.Sekali imbas seperti dia membela agamanya tetapi kalau dihayati betul-betul, Zulkifli bermain api dengan agama dan politik yang dia anuti.Untuk mengatakan dia sudah mula 'diintai' oleh UMNO itu mungkin tuduhan kerana saya tidak mempunyai bukti tetapi kalau merujuk kepada segala tindak tanduknya selama ini, caranya berpolitik menjurus kepada srategi dan gaya berpolitik UMNO.Ada ' masyuk' la.Dia mengguna unsur 'metafora' dan unsur 'hiperbola' walaupun ada sedikit 'melankoliknya' itu semua untuk mengaburi mata umum semata-mata.Hakikatnya dia sudah melangkah jauh dari sempadan yang disepakati oleh PR.Apa-apapun kalau benar dia tidak bersetuju dengan pegangan pucuk pimpinan dia perlu rujuk kepada pemimpinnya terlebih dahulu.Kalau tidak taat kepada pucuk pimpinan..baik dia pimpin partinya sendiri atau join sahaja UMNO.
Perang psikologi yang sedang dipentaskan oleh UMNO sekarang begitu rancak.UMNO hanya boleh meneruskan survival politiknya jika PKR berjaya dihancurkan.PKR menjadi duri dalam daging dalam usaha UMNO untuk terus berkuasa.PKR menjadi penentu dalam PRU13 akan datang.Dengan mengamalkan konsep pecah dan perintah terhadap PKR maka UMNO berharap dalam PRU13 akan datang mereka boleh menang majoriti besar.Itu harapan mereka.Namun kalau itulah bacaan politik UMNO...mereka memang tersilap.
Walau apa pun saya bersetuju...agar PKR memecat Zulkifli Nordin ini kerana gerak gerinya bukan lagi menggambarkan dia seorang reformis politik alaf baru.Dia masih tidak mampu untuk melepaskan dirinya dari ikatan duniawi yang masih ada sikap hubbuduniya.Tiada siapa dapat menafikan kepentingan wang ringgit dalam kehidupan seharian tetapi biarlah ia atas dasar yang benar dan melalui jalan yang betul.Lepaskanlah dia pergi..biar dia berjuang dengan caranya.Kalau itu didakwanya pejuang agama, biarlahlah dia bersama Berahing Ali tu.Berahing tu UMNO menepis, PAS menolak, PKR menendang...cuma berlakn seolah-olah UMNO perlukannya. UMNO hanya mencari orang yang boleh meberi untung kepadanya sahaja.Sudah beratus pemimpin PKR yang rujuk semula dengan UMNO tetapi kemana mereka tu semua hari ini?.
Hilang.Lenyap.Dipinggirkan begitu sahaja.Tidak diperlukan lagi.Itulah nasib mereka yang dipermainkan oleh UMNO.Dulu, kini dan selamanya...Banyak bukti dan sejarah untuk menjelaskan sikap UMNO dalam hal ini.Anwar dicaci dihina, Ibrahim ditendang, dibuang dan terbuang.Tun M pernah diperlekehkan.Tun Abdullah juga dipermainkan...ikan-ikan bilis dilanyak secukup-cukupnya.PKR tidak perlu sayangkan Zulkifli,apa salahnya mendengar cakap Zaid demi kebaikan parti dan masa depan PKR itu sendiri.
saya sokong MSO
ReplyDeleteDalam isu kepala babi ni pun ada keanihannya. Peliknya kenapa dua ketul kepala babi tu berada dalam bungkusan sehingga orang menyangka yang itu bayi yang dibuang. Ini menunjukkan yang membaling ketul-ketul kepala babi itu pun jijik nak memegangnya. Biasanyanya orang yang sebangsa dengan Nor Azmanlah yang jijik untuk memegangnya. Kalau orang itu bukan sebangsa dengan Nor Azman mesti dia baling ketul-ketul kepala babi tu tanpa dibungkusnya.
ReplyDeleteMengenai Y.B Kulim ni,, memang di bukan lagi duri dalam daging tapi daging itu sudah bernanah dan dah membusuk. Busuknya pula telah dihidu oleh kawan dan lawan sehingga kini ia menjadi beban kepada kawan dan laba kepada lawan. Kalau berdasarkan ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah Y.B ini dan saya memang mengikutinya hampir setiap bulan di salah sebuah bank di Kuala Lumpur memang nampak beliau seorang yang cukup tegas untuk mempertahankan Islam lebih-lebih lagi dalam soal aqidah. Persoalannya kenapa beliau sering mempersalahkan kepimpinan Pakatan rakyat dalam soal Islam. Dalam kuliah beliau, siapa sahaja yang tidak pernah dikata. Cara beliau seolah-olah beliau sahajalah yang betul.
Bagi saya apa yang berlaku sekarang adalah kemuncak kepada cerminan diri Y.B tersebut yang sebenar. Dia seolah-olah tidak memahami konsep persamaan dan perbezaan dalam Pakatan Rakyat. Dia juga seumpama tidak mengerti perbezaan pandangan dalam Islam dan demokrasi sedan beliau adalah juga pengamal undang-undang.
Kalau PAS boleh mengambil tindakan terhadap pimpinan yang cukup kanan dalam PAS Selangor yang mana peranan dan pengaruhnya dalam PAS bukan kecil dan sedikit, Apalah sangat Y.B Kulim ini dalam keadilan. Jadi tak perlulah PKR teragak-agak untuk bertindak terhadap ahli parlimen seperti itu. Biarlah kita hilan Y.B seperti itu dari dia hanya memberi beban kepada Partinya dan Pakatan Rakyat seluruhnya. Wallahu alam.
Susah kalau Lawyer berasa dia ulamak besar. Tak reti hukum tapi nak berlagak. Benda khilaf sampai bila pun tak akan habis.Kalau betul Zulkifli Nordin tegas dalam mempertahankan Islam, saya minta beliau perjuangkan Undang-undang Anti Murtad supaya digubal dan diluluskan di Parlimen. Jangan dok main retorik dgn kalimah Allah nanti kena laknat dengan Allah swt.
ReplyDeleteSalam MSO,
ReplyDeleteSetuju bebenar...Dah lama dah!!!
Fakta MSO yg cukup benar. Syabas kpd komen anafakir. Sudah beberapa kali YB ini membelakangkan PR. Beliau MESTI DIPECAT, kalau simpan lagi saya pun dah tawar hati dgn PKR.
ReplyDelete