Saturday, February 6, 2010

Mencari Kucing Hilang

Apakah Kita Lebih Mulia Dari Anwar?

SUDAH tiga hari Anwar Ibrahim bersama isteri, anak-anak serta seluruh keluarganya dan para penyokong setia berulang alik ke mahkamah untuk menghadapi perbicaraan tuduhan liwat ke atasnya. Satu keadaan yang sungguh menjengkil dan melelahkan. Bukan saja kerana pertuduhan liwat yang kotor dan jijik itu, tetapi berurusan dengan birokrasi mahkamah sungguh-sungguh melengguh dan membosankan.

Mahkamah adalah antara tiga tempat yang tidak berapa diminati untuk dikunjungi orang ramai. Dua lokasi lagi yang kurang menyenangkan ialah tanah perkuburan dan rumah sakit. Namun lokasi ini ada signifiken baik dan buruknya tersendiri.

Tempat ini tempat berhantu! Tempat menyebabkan fikiran tidak tenteram dan emosi tertekan. Tetapi kerana terpaksa, tidak ada jalan mengelakkannya. Kalau kita didakwa bersalah terhadap sesuatu kesalahan, kita akan ke mahkamah untuk mendapat keadilan atau diadlili. Kalau sakit kita kena ke rumah sakit dan pastinya kalau mati akan di bawah ke kubur atau mengikut jenazah ke kuburan sebagai menunaikan fardu kifayah.

Ramai yang marah kepada Anwar bila beliau dihadap ke mahkamah sekali lagi dan kemungkin akan meringkuk dalam penjara atas tuduhan berulang, liwat. Ada yang sedih dan geram. Ada yang marah-marah dan menyesal kerana menyokong Anwar. Tidak kurang juga yang bertaubat tidak akan menyokong Anwar lagi. Mereka marah kerana pertuduhan itu menyebabkan mereka tidak fasal-fasal jadi malu. Mereka seakan merasakan diri dilempar najis sedangkan dalam masa sama terpaksa berdepan dengan musuh.

Berlainan dengan mereka yang masih menyanyangi Anwar. Yang menjadikan Anwar sebagai negarawan harapan mereka. Betapa mereka kesal, menyusahkan atas apa yang berlaku sokongan tidak berganjak. Malahan simpati bertambah-tambah kepada Anwar. Mereka tidak peduli apa orang maki dan cemuh Anwar.

Bagi mereka apa hujah dan buktinya yang berlaku itu tetap satu tragedi hasil satu konspirasi bersambungan. Apa lagi ada elemen-elemen itu dalam kejadian berkenaan. Ini mengukuhkan lagi persepsi mereka bahawa Anwar teraniaya. Maka atas keyakinan itulah mereka tidak berganjak memacangkan perjuangan bersama Anwar walaupun apa dunia kata.

Itulah dua keadaan yang menimpa dan mengusik ilusi mereka yang menyokong Anwar. Mereka yang lemah dan terkapur dengan laporan media akan menjadi lemah semangat. Sebaliknya mereka yang sudah faham dengan dunia politik dan tribulasi perjuangan pula akan menganggap sebagai satu kebiasaan.

Satu hakikat yang tidak dapat dilupakan, apa yang berlaku itu semuanya tadir Allah. Baik Anwar atau sesiapa hatta Mohd Najib Razak mungkin tidak mahukan apa yang berlaku. Atas kenangan persahabatan mereka, dan Anwar selaku bekas bos, Najib juga merasa sedih mengenangkan apa yang dilalui Anwar. Tetapi dalam situasi sekarang atas prinsip politik sukar untuk Najib menzahirkan simpati itu.

Apa lagi Anwar sendiri. Beliau tidak berhajat untuk menjadi hero atau pun menyambung tesis Master kepada tesis Phd sebagai narapidana. Begitu juga dengan keluargnya mereka tidak pernah mendoakan untuk menyusahkan Anwar melainkan untuk kesejahteraan keluarga mereka. Saya yakin kalau boleh keluarga Anwar tidak mahu Anwar berkecimpung dalam politik lagi demi masa depan mereka. Sejarah lampau cukup menyakit dan memedihkan mereka. Tetapi apa boleh buat Anwar adalah publik figure atau aset bangsa mereka tidak dapat mengekang Anwar.

Apa lagi sebagai pejuang bagi Anwar sekali melangkah beliau akan terus melangkah tanpa mempedulikan apa yang menghalangnya di jalanan. Adalah lemah dan bacul baginya selaku pejuang (atas apa juga persepsi) untuk mundur ke belakangan kerana hanya sedikit ancaman dan gangguan. Batang tubuh Anwar tersepuh dari waja kursani bukannya dari plastik seperti mana rakan-rakan yang mengikutinya di sekerat jalan.

Mengenai kekesalan dan kekecewaan pengikut Anwar, sehebat mana rasa kesal, sebanyak mana terkilan dan sedih mereka, tetapi ia tidak seberat bebanan yang ditanggung oleh Azizah anak-anak, menantu dan cucu-cucunya. Kalau mereka dapat mengukur beratnya beban dipundak Aziah dan keluarganya baru mereka dapat merasakan betapa ringannya risiko yang terpikul kerana perisitwa kini. Mereka bukan saja perlu merasai berat malahan untuk menyatakan ianya berat pun tidak layak.

Namun lagi namanya takdir, semua orang kena menerimanya. Tinggal lagi bagaimana persediaan dan ketahanan mental untuk menghadapinya. Bagi mereka yang tidak pandai menjangku hikikat yang Allah lakukan akan meletakkan kesalahan itu kepada Anwar seoptimunya. Mereka akan menghukum Anwar sebagai bersalah dan bertanggungjawab. Anwar membawa masalah dan beban buat mereka! Anwar adalah pembawa sial kepada bangsa.

Tetapi bagi mereka yang dapat menjangkau, akan merasakan ketentuan itu sebagai satu ujian daripada Allah. Sesusuai dengan firman Allah bermaksud, seseorang itu tidak akan boleh mengakui dirinya beriman (kuat berpegang kepada agama), kalau ianya tidak diuji melalai ujian dan cabaran berbagai-bagai. Nah Anwar kini sedang melalui satu lagi ujian untuk meletakkan dia sebagai insan kamil.

Selain itu para penyokong Anwar juga kena ingat. Kemalangan yang menimpa Anwar kini, beliau didakwa dan perbicaraannya sengaja didedahkan demikian rupa, adalah disebabkan para penyokong juga. Penyokonglah menjadikan Anwar begitu. Sekiranya penyokong tidak menjadi Anwar sebagai kandil, cahaya Anwar tidak akan menyala kemudian menyilaukan ke dalam mata musuh yang akhirnya mereka berusaha menghembuskan kandil berkenaan. Jadi para penyokong harus bertanggungjawab dan tak usah menyesal dengan apa yang berlaku.

Siapa kata si peliwat (kalau benar) tidak akan dapat masuk syurga, kalau kita membenci Anwar kerana ia menjauhkan penyokongnya dengan syurga! Kalau Anwar telah melalui segala hukuman, penbersihan (taubat) dosa-dosanya dia tetap juga berhak ke syurga. Yang belum bersih diri dan hati ini kita semua yang prejudis atas apa yang berlaku.

Saya tidak mahu bertanya banyak dalam soal ini kecuali dua persoalan saja yang sangat simple. Pertama apakah si pembacuh kopi itu merasakan dia akan suci dengan apa yang beliau lakukan – membawa Anwar ke mahkamah dan dengan kesucian itu menjaminya diredhai Allah? Apakah dia fikir hanya dengan cara itu saja dia kembali suci? Dan segala-gala kemuliaannya akan kembali semula apabila Anwar dihukum?

Dan kedua, siapa kita untuk membenci dan menghina Anwar dengan kejadian itu. Apakah kita boleh mengakui kita lebih bersih, beriman, mendekati diri dengan Tuhan berbanding dengan Anwar. Sesiapa pun tidak dapat menentukan nasibnya. Hanya pada saat-saat menghadapi sakaratulmaut saja yang akan menentukan apakah seseorang itu muslim atau menjadi kafir.

Dalam hal ini apakah semua pemimpin lain yang galak bercakap dan berkicau mereka realtif bersih, suci dan mulia dari Anwar. Tidak semestinya kerana mereka tidak diseret ke mahkamah atas tuduhan liwat maka mereka lebih bersih dan maksum dari Anwar. Semua kita yang hidup segenarasi dengan pemimpin hari ini tahu tinggi mana longgokkan dosa dan noda dan serendah mana telaha iman mereka! [d'kota kl 7:15 pm 06/02/10]

4 comments:

  1. Tidak dinafikan ada yang terkanjak satu langkah kebelakang untuk turut sama menyokong gagasan malaysia baru yang diilhamkan olih DSAI telah menjadi sedikit kabur setelah terpancarnya tayangan siri kedua budaya kuning yang dipalitkan dengan beliau itu. Persepsi ini telah mengubah sikap sebahagian orang untuk mengambil langkah tunggu dan lihat.

    Apa yang tinggal ialah kecekalan DSAI sendiri menghadapai situasi sebegini dimana bukan calang calang individu yang mampu tabah dan bolih bertahan dengan kerenah keaiban ketahap paling rendah dan hina dina ini.

    Bukan kerja senang untuk menarik penyokong merasa selesa dengan suasana kotor sebegini jadi tidak hairanlah jika kita lihat ada diantaranya yang telah goyah menghadapai "cabaran" ini lalu ada yang angkat kaki belahh awal.

    Sebenarnya peristiwa ini adalah satu perangkap ujian untuk menapis saring yang benar tetap benar dan yang ingin lawan tetap lawan... lawan sampai menang!

    ReplyDelete
  2. Asm
    Salam buat MSO
    Kali ini saya rasa amat tersentuh dengan tulisan MSO Bukan Untuk 'membabi buta' dalam menyokong saudara DSAI. Tetapi lihat sahaja apabila ulamak besar spt Sheikh Yusof Qardawi..dan ketrampilan ayahanda TGNA membulatkan tekad menyokong DSAI dalam isu liwatnya.

    Maka saya ulangi pertanyaan MSO siapa kita yang 'gatal satu badan' berbanding kedua ulamak tadi untuk menjahanamkan lagi maruah seorang insan bernama DSAI.

    Saya menjangkakan DSAI mungkin tak tercapai untuk menduduki Putrajaya. Namun pada tahap ini DSAI telah berjaya menjadikan wadah seperti Amein Rais di Indonesia...dalam mengembalikan demokrasi kepada landasan yang betul.

    Kan hebat sesama PR mereka berani untuk menegur bukan macam parti BN..semuanya simpan dalam 'karong telor' sampai jadi telor busuk.

    Apakah bila sahabat tegur Umar dengan pedang, Umar berubah menjadi singa lalu membaham sahabat tadi????. Kita baru ditegur dangan kata2 atau tulisan..lantas bertukar rupa jadi harimau kelaparan menerkam yang menegur tanpa adab....

    Tapi pelik juga bila disergah ayat "what!!!!" kita hilang maruah diri...Jika kita yang nak tegur kepimpinan maka perlu ada keyakinan diri dan..tegur secara beradab. Paling penting ada faktanya...ingat kepimpinan dan orang yang kena pimpin juga ada di tanya Allah apa tugas mereka...

    Sayang di awal tahun 2010 kita jadikan Malaysia sabagai Tahun meLIWAT Malaysia kata Hisamuddin Rais.

    ReplyDelete
  3. Assalamu alaikum tuan. Kita tentu ingat dengan kisah seorang perempuan di zaman Rasulullah SAW yang datang bertemu baginda meminta agar dijalankan hudud ke atasnya kerana telah berzina. Setelah pelbagai pelepasan yang diberi oleh Rasulullah terhadap wanita tersebut, Wanita itu tetap berusaha agar dirinya dijatuhi hukuman hudud. Akhirnya, apabilaa keadaan sudah tidak membolehkan Rasulullah menangguhkan hukuman maka hukuman tersebut pun dilaksanakan.

    Selepas hukuman tersebut itu dilaksanakan, setelah solat Zuhur, Rasulullah sendiri mengimami solat jenazah ke atas perempuan tersebut. Bertanyalah para sahabat, "Ya Rasulullah, kenapa kamu menyembahyangkan perempuan yang telah berzina?"; Rasulullah menjawab: "perempuan ini telah pun mendapat keampunan Allah ketika menjalani hukumannya tadi.:.

    Satu lagi peristiwa adalah bagaimana Nabi Yusuf berhadapan dengan fitnah dari Zulaiha sehingga dia di penjara. Zulaiha adalah Insteri kepada Pembesar Mesir dan apabila berlaku peristiwa godaan terhadap Nabi Yusuf, pembesar Mesir itu mempunyai hasrat untuk melindungi peristiwa tersebut walau pun beliau tahu bahawa isterinya yang bersalah berdasarkan keadaan baju Nabi Yusuf yang koyak. Sikap pembesar inilah yang memberi peluang kepada Zulaiha meneruskan fitnahnya sehingga akhirnya Nabi Yusuf terpenjara.

    Berdasarkan dua peristiwa ini, jelas kepada kita bahawa akhirnya pwrempuan yang berzina yang kemudiannya bertaubat dan menjalani hukuman mengikut tuntutan Allah telah mendapat kemuliaan di dunia lagi dengan Rasulullah sendiri memgimami solat jenazah ke atasnya dan Rasulullah sendiri memberitahu masyarakat yang Allah telah mengampuninya.

    Nabi Yusuf pula akhirnya telah bebas dari penjara dan menjadi pembesar di Mesir dan memerintah dengan adil di bawah petunjuk dan wahyu Allah. Akhirnya baginda dapat mengembalikan semula keluarganya yang telah lama terpisah tanpa rasa dendam.

    Jadi, pada saya dua peristiwa yang ada ceritanya dalam Al-Quran dan hadith ini ada persamaannya dengan apa yang dialami oleh Saudara Anwar Ibrahim. Mungkin agak keterlaluan kalau hendak menyamakan beliau dengan Nabi yusuf tetapi cerita yang menimpa Anwar sebenarnya ada irasannya dengan kisah Nabi Yusuf. Saya memang yakin benar yang Anwar terfitnah dan sebenarnya beliau sedang menuju kemuliaan Allah kiranya beliau ikhlas dengan segala ujian ini. Buat keluarga Anwar, Anwar, selain milik kamu, dia juga milik ummah yang memdambakan keadilan dan erti maruah dan harga diri. Kalau
    Anwar ada kemuliaannya di sisi Allah kelak, maka keluarganya, juga penyokongnya akan mendapat tempias kemuliaan itu. Jadi, ikhlaskan hati dalam perjuangan ini.

    ReplyDelete