Anwar Menuruni Tangga Untuk ke Sungai Buloh?
HARI ini selain hari genapnya usia saya ke 50, ia merupakan hari baru kepada politik Malaysia. Malaysia sekali lagi mencatat perisitwa yang tidak menyenangkan. Tetapi mungkin kerana tidak dapat dielakkan maka hari ini terpaksa dihadapi juga meskipun ia amat memeritkan. Hari yang saya kira putih bagi saya tetapi gelap bagi Anwar Ibrahim.
Sedih juga sebenarnya. Saat saya meniup lilin ke 50, Anwar terpaksa pula melangkah ke tangga mahkamah untuk kali entah ke berapa. Apakah harus saya korbankan kebahagiaan ini demi Anwar? Barang kali tidak, biarlah saya berkongsi kebahagiaan kerana genap 50 tahun dengan kemalangan nasib Anwar terpaksa berada di kandang orang salah sekali lagi.
Fitnah bagi seorang pejuang seperti itu begitulah. Adat seorang pejuang sebelah kakinya di luar dan sebelah lagi di dalam.
Hari ini bermulanya perbicaraan tuduhan liwat ke atas Anwar oleh pembacuh kopinya. Walaupun berbagai usaha teknikal dilakukan bagi menghalang kes ini dibicarakan, namun tidak berjaya. Kesungguhan dipihak yang ingin membawa Anwar sekali lagi ke muka pengadilan menerusi tuduhan keji begitu nampaknya berjaya. Anwar telah berusaha sedaya mungkin untuk mengelakkan dari dibicarakan, tetapi apakan daya... tidak berjaya.
Jika usaha itu - (pendakwaan) bertujuan menjatuhkan imej Anwar sebagai pemimpin dan mengaibkannya, ia berjaya. Anwar sudah kalah satu kosong. Nampaknya tidak ada kompromi dalam hal ini antara Anwar dan Perdana Menteri.
Kita menerima apa juga kesalahan perlu mendapat keadilan. Mereka yang bersalah perlu dihukum. Hukuman itulah untuk mendapat keredhaan Allah di akhirat nanti. Itulah namanya keadilan. Tetapi satu perkara perlu diingatkan, tindakan manusia selalunya tidak sekeras kanun yang disediakan oleh manusia juga. Dalam banyak hal kebijaksanaan manusia dituntut untuk melestrikan kehidupan yang bahagia.
Bukan tidak pernah kes-kes berat yang diselesaikan secara kebijaksanaan manusia yang berlaku di negara ini! Banyak! Tetapi dalam kes Anwar ini kebijaksanaan semua manusia nampaknya seperti sudah termansuh sama sekali. Semua seakan melupai akan hikmah atas kebijaksanaan itu. Semuanya kerana amarah dan kegilaan manusia untuk berkuasa dan berseronok, hibbu dunia!
Tidak dapat tidak kes pendakwaan Anwar bermula hari ini ia memberi kesan negatif kepada politik negara ini. Belum tahu sama ada Anwar bersalah atau tidak, mahkamah akan membicarakannya. Tetapi yang nyatanya kes ini memberi satu masalah baru dan kegemparan yang berulang. Malaysia akan mengambil masa untuk menghuraikan perisitwa ini dan ini satu kerugian dari segi moral kepada Malaysia sebagai sebuah negara.
Dunia luar akan memberi fokus semula kepada Malaysia. Walaupun ia tidak sehangat pada tahun 1998 di mana ketika berlaku kes pertama dahulu, namun kes kali ini tetap menjadi perhatian dunia.
Impilikasinya juga kepada Mohd Najib Razak selaku perdana menteri. Walaupun Naib cuba mengelakan dan mencuci tangan, cuba menyatakan dia tidak bertanggungjawab dan ada niat buruk ke atas Anwar, dunia akan tetap menyuluh Najib ada perananya. Najib ada saham di sebalik pendakwaan itu. Istilah konspirasi kedua akan terus dijaja dan ia tidak dapat tidak akan mengaitkan Najib.
Dunia akan melihat pendakwan ke Anwar bukan berlandaskan kepada kebenaran dan fakta lagi walapun ia benar begitu, tetapi berlandas kepada nafsu dan kerakusan Najib sebagai orang nombor satu negara. Kebimbangan Najib kepada kehebatan dan ketokohan Anwar. Paling buruk orang akan menganggap tindakan ke atas Anwar itu sebagai penerusan kerja-kerja jelek dan tidak berperikemanuisaan dilalukan Dr Mahathir Mohamad oleh Najib.
Orang yang mengkaumi Anwar dan taksub dengan sandiwara politik Anwar akan mencongak pendakwaan ke atas Anwar itu adalah sebagai membalas dendam. Atau satu cara untuk menutup mulut Anwar dan orang-orangnya dari becakapa hal pembunuhan kejam Altantuya. Lebih buruk lagi orang akan menganggap ialah ada strategi politik Najib untuk mendapat mandat baru dari rakyat. Kerana itu ada orang mengira sebaik saja Anwar direngkupkan ke dalam penjara Najib akan bersiap sedia mengadakan pilihan raya umum ke-13.
Pada saya perkiraan itu silap sama sekali. Benar, pengaruh Anwar nampak bekurangan. Namun simpati dan sokongan di bawah masih banyak. Hari ini pun sudah nampak bayang-bayang tokoh yang bakal mengambil tempat Anwar selaku ketua pembangkang. Kalau Najib mengharapkan dengan mengurungkan Anwar beliau dapat bergerak bebas ia adalah silap. Najib tidak boleh lupa di luar sana pengaruh dan penyokongnya masih melambak.
Kelemahan kerajaan hari ini bukan kerana kehebatan dan aura yang ada kepada Anwar. Kelemahan kerajaan hari ini juga kerana kelemahan orang menguruskannya. Populariti Najib sebagai pemimpin masih berada di tahap bawah. Apa yang perlu beliau lakukan bukan memanjarakan Anwar tetapi membebaskannya! Mengelakkan tragedi yang dicetus Mahathir berulang.
Najib akan lebih disanjung dan dilihat gentleman berbanding Mahathir.
Perbicaraan tidak dapat ditunda lagi. Apa yang diharapkan biarlah perbicaraan kali ini berjalan dengan tertib dan tidak ada elemen untuk mengaibkan Anwar. Sebanyak 21 saksi yang dikemukakan biarlah saksi yang bukan fasik. Berilah keterangan dengan jelas dan bukan mengikut naluri politik pihak tertentu.
Begitu juga kalau ada barang-barang bukti seperti bantal dan tilam umpamanya, sewaktu membawanya ke mahkamah janganlah diusung tinggi, cukuplah dikelek saja. Berpadan patutlah kalau kita ingin memngemukakan bukti dan menampilkan jangan sampai kita semua malu.
Harapan saya biarlah perbicaraan berjalan secara baik dan ia juga tidak patut kalau dijadikan modal politik oleh mana-mana pihak! [wm.kl. 8:55 am 03/02/10]
salam mso dan alfatihah untuk yang telah meninggal mudah mudahan tuhan ampun dosa2nya mungkin semasa berceramah banyak mengeluarkan fitnah2 dan sumpah seranah demi kerana politik..... ralit saya membaca tulisan saudara mso dan selamat hari lahir... cuma saya mungkin terkeliru apakah saudara mso peminat anwar ibrahim yang tak sedar diuntung atau terhutang budi kerana anwar ibrahim memberi inspirasi kepada penulisan anda, seperti saya katakan dahulu saya memang terpengaruh dengan tulisan anda perihal anwar ibrahim ini tetapi lenggok anwar ibrahim sekarang membuatkan saya mual, benci...
ReplyDeletesaya pohon didalam tulisan mso nanti ceritakan sedikit perihal anwar yang kaya raya ini..darimana datangnya duit melimpah ruah, jujur sangatkah anwar ini, atau semasa beliau dalam abim dahulu beliau sudah kaya raya..dan seingat saya semasa mendengar kuliah hj hadi di sekolah berakan dahulu anwar tidak sekaya ini..
salam
ReplyDeleteselamat pulang ke tanah air
rasanya macam berbulan plak tuan mso tak update blog ni
selamat menulis
Salam,
ReplyDeleteBenar, kes Anwar tidak sepatutnya dijadikan modal politik mana-mana pihak, termasuk PR.
Biarlah mahkamah menentukan nasib Anwar Ibrahim. Allah taa'la juga akan membantu hambanya yang tidak bersalah.
Sebagai Islam dan percaya dengan ketentuan Allah, kita perlu yakin bahawa Allah tidak akan menyusahkan hambanya.
Jika tidak bersalah, past Allah akan menunjukkan kebenaran pada akhir perbicaraan kelak.
Percayalah!
ReplyDeleteBala Tuhan akan turun jika manusia tidak berhenti membuat perkara yang mungkar.
Percaya tak percaya hanya IMAN sesaorang itu sahaja yang dapat menilai.
Sekadar memperingati.
Karpal Singh menyatakan sememangya tiada bukti kemasukan *** Anwar ke dubur seful mengikut kepada laporan perubatan Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi.
ReplyDeletemenurut peguamcara Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden pula, penembusan ke dubur seful memang berlaku berdasarkan kepada laporan kimia bahawa terdapat spesimen yang dikeluarkan dari dubur mangsa
walau apapun kebenaran yang cuba disampai dan penipuan yang cuba dibongkar, MAHKAMAH sememangnya tempat sandiwara dunia yang sebenar malah lebih hebat dari karya hollywood sendiri
kita cuba disogokkan dengan bukti saintifik seperti DNA dan sebagainya yang hakikatnya tiada siapa yang betul-betul tahu, melainkan usungan tilam dan bantal yang hanya akan terus mengundang spekulasi demi spekulasi yang kadang-kadang cukup-cukup meluat
tak kira siapa yang bersalah bumi malaysia dan rakyatnya mesti terus menggapai kemenangan walau tanpa trofi
* selamat hari jadi tuan mso yang ke-50, semoga MERAH TINTA akan terus merah
Saya hairan, yang MSO risau sangat kenapa? Bukankah perbicaraan baru hendak bermula? Barisan peguam anwar handal2 belaka, jadi usah gusar kalau anwar di pihak yang benar!
ReplyDeleteSelamat Hari Lahir. Semoga terus diberikan kekuatan, dimurahkan rezeki. Tak tahu samada saya sempat menyambut kelahiran ke 50.
ReplyDeleteAda yang berpendapat bahawa faktor Anwar juga membawa kelam kabut dlm Pakatan Rakyat sekarang. Hingga ada yang berkata, sekiranya Anwar di dapati bersalah (walaupun tak bersalah) lebih baik utk PR pada pilihanraya akan datang.
Semuanya hendak dipolitikkan?
Perbicaraan kes sodomi 2 ini adalah tayangulang dari kes sodomi 1. Ini adalah kerana kedua belah pihak diwakili oleh orang yang sama yang terlibat dalam kes sodomi 1.
ReplyDeletekedua belah pihak amat mengetahui perjalanan kes sodomi 1 dan amat menarik untuk kita ikuti perkembangannya. seelok-eloknya diharap akan ada tranksrip perbicaraan tersebut dimuatkan ke internet untuk kita baca sendiri apa yang dihujahkan.
Setakat hari ini, mukadimah pihak pendakwa nampaknya skrip dari kes terdahulu. Yang bezanya saiful bukan azizan. Bukti dari tisu dubur saiful bukannya tilam yang diusung kesana kemari.
Juga yang berbeza, hakim kali ini bukan augustine paul.
bat8
pada pendapat saya, Malaysia sedang mengalami satu transformasi politik dan revolusi perubahan, dan setiap revolusi itu memerlukan satu sejarahnya yang tersendiri. Tidak ada revolusi dalam mana-mana sejarah dunia lahir tanpa ada pengorbanan. Pengorbanan diperlukan bagi melahirkan satu revolusi baru dan hikmahnya mungkin kes perbicaraan Anwar Ibrahim seterusnya menyumbatkan beliau ke dalam penjara nanti akan memendekkan lagi hayat UMNO BN dan melahirkan sejarah Malaysia yg baru, yang lebih adil. Manusia hanya mampu merancang tetapi Allah lebih mengetahui akan setiap perkara dan hikmah yang berlaku.
ReplyDeleteAssalamu alaikum Tuan. Selamat hari jadi ke-50. Muda lagi tu. Sekurang-kurangnya muda 13 tahun dari Anwar Ibrahim.
ReplyDeleteApa pun terjadi pada perbicaraan ini, sebenarnya rakyat Malaysia sudah pun membuat penghakimannya sejak bermula drama Liwat 2 ini. Rakyat sama sekali tidak menunggu keputusan hakim di mahkamah dunia ini kerana hati mereka yang suci tentunya mampu menjadi hakim kepada keadaan dalam gelora rasa seorang insaniah ciptaan tuhan. Oleh yang demikian, Andai Anwar ke Sungai Buluh, dia adalah hero dan seandainya dia bebas dia adalah panglima. Selamat berjuang Anwar, paercayalah, doa dan air mata rakyat Malaysia mengiringi anda.
Kepada UOP, saya tidak risau kepada sesiapa, sama ada pihak mana benar dan salah itu bukan persoalannya. Yang saya persoalkan dan mengesalkan ialah kenapa perbicaraan sedemikian berlaku.
ReplyDeleteIsi perbicaraan itu mengaibkan semua orang. Malu kepada bangsa lain. Mereka juga ada masalah sama tetapi tidak menggunakannya modal untuk meraih kekuasaan dalam politik.
Apa yang mungkin berlaku kepada Anwar adalah peribadinya. Beliau harus menghadapinya tanpa dieksploitasikan oleh sesiapa untuk kepentingan politik. Dalam hal ini saya nampak kes liwat itu telah dijadikan aset politik oleh pihak tertentu.
Mungkin kalau ia berlaku kepada budak kampung tak jadi masalah, ini dilakukan kepada figure negara seperti Anwar itu. Di sinilah apa yang saya maksudnya orang Melayu tidak bijak dalam soal ini dan sanggup melakukan apa saja hatta ia menyerlahkan kebodohan dan kebebalan Melayu.
Wassalam. MSO.