Buaya Kalau Sudah Terlalu Lapar Kawan Pun Dia Makan
MEMANG tidak sepatutnya nama Yang Dipertuan Agong dan Angkatan Tentera dipermain-mainkan atau dipersendakan untuk apa juga tujuan. Apa lagi bagi mencapai matlamat politik peribadi ia sesuatu yang sungguh menyedihkan. Yang Dipertuan Agong adalah kemuncak kepada institusi pemerintahan negara ini. Institusi itu adalah lambang martabat dan maruah bangsa dan negara.
Manakala tentera pula adalah pasukan pertahanan keselamatan negara yang paling tinggi dan boleh dianggap merekalah penjaga nyawa sesebuah negara.
Jadi tidak moleklah kalau nama kedua institusi ini dipermainkan. Tidak kira sesiapa, baik pihak pembangkang atau pun pihak parti yang memerintah. Membabitkan nama Agung dan tentera dalam agenda politik sesuatu yang tidak patut. Agong adalah milik Malaysia dan begitu juga tentera adalah hak negara yang tidak boleh disalahmilikkan baik secara langsung atau tidak oleh sesiapa saja pada bila-bila masa jua.
Mereka tidak akan berpihak kepada mana-mana. Baik Agong atau tentera mereka akan melaksanakan tugas menurut perlembagaan dengan penuh keadilan. Keutamaan mereka ialah negara dan bukan memenuhi kepentingan politik bersifat peribadi. Bayangkan kalau mereka berpihak, negara ini akan hancur.
Selama ini belum kedengaran bahawa baik Agong (mana-mana Sultan yang menjadi Agong) berpihak kepada mana-mana pihak. Demikian juga dengan pasukan keselamatan khususnya tentera. Pasukan ini tidak pernah mencampuri urusan politik secara zahir melainkan di kalangan anggota (individu) yang dikerah dan dipaksa mengundi satu-satu parti.
Jadi apabila ada ahli parlimen mendakwa Anwar Ibrahim menggunakan nama Agong dan tentera ia satu tuduhan atau fitnah yang serius. Tuduhan itu perlu disiasat sewajarnya. Kalau didapati tuduhan itu benar, wajar kalau tindakan dikenakan. Sebaliknya kalau tuduhan itu hanya sebuah ilusi dan pemanis mulut saja di samping melepaskan geram kemarahan, ia adalah tindakan yang amat bodoh sekali yang layak disebut oleh mereka yang catat akal politik. Kenapa saya mengatakan bodoh kerana mencari modal yang tidak masuk akal.
Si penuduh itu perlu bertanggungjawab. Beliau kena sedar apa yang beliau ucapkan itu mengundang bahaya dan musibah. Ia memberi implikasi berbagai-bagai. Ia bukan boleh dianggap sebagai modal politik kedai kopi tetapi ia membabitkan maruah banyak pihak. Misalnya kalau tuduhan itu benar, kenapa Agong dan pihak tentera tidak bertindak ke atas Anwar. Mustahil kalau ada penjualan nama Agong dan tentera itu risikan mereka tidak mengetahuinya? Naif sangatlah mata telinga Yang Dipertuan Agong dan juga pasukan keselamatan. Kenapa tidak dilarang?
Secara peribadi dan menganggap seseorang ahli parlimen itu ada wibawa saya menerima dakwaan ahli parlimen berkenaan. Pendedahan yang dibuat itu boleh dianggap benar. Saya tidak fikir beliau berbohong dalam tempat sesuci dewan. Tetapi apa yang menjadi kemusykilan saya ialah kenapakah ianya didedahkan selepas setahun? Kenapa tidak didedahkan sejak awal-awal lagi sebaik saja beliau mendapat maklumat propaganda itu?
Projek 16 September ialah pada 16 September 2008. Hari ini usianya sudah setahun lebih. Sudah setahun enam bulan. Satu tempoh yang cukup lama. Kucing yang baligh sudah melahirkan tiga kali anak. Kalau mengikut pendedahan penggunaan nama Agong dan tentera itu bermula sebaik projek itu hendak dilancar dan sampai ke klimeksnya. Saya ingin tanya kenapa ahli parlimen atau sekian orang yang tahu mengenainya kenapa tidak dilaporkan kepada polis?
Kenapa hari ini setelah ahli parlimen berkenaan mencuri simbol parti PKR untuk duduk dalam blok bebas di parlimen baru didedahkan? Baru rasa insaf dan baru rasa ada tanggungjawab kepada negarah? Apalah selama setahun lebih dahulu ahli parlimen berkenaan dipukau dan disihirkan agar jangan menceritakan kepada sesiapa. Begitukah?
Kalau seseorang ahli parlimen itu boleh dipukau begitu saja ia menunjukkan lemahnya daya fikir dan daya tindakan seseorang itu. Ataua apakah semasa projek itu dilancarkan dan nama Agong dan tentera itu dikaitkan ahli parlimen berkenaan juga bersetuju? Beliau juga mengharapkan pywar itu sebagai benar dengan harapan mudah-mudahan boleh tumpang hidup untuk semangkuk dua?
Di sinilah menampakkan bahawa pendedahan ke atas perkara yang mungkin benar itu menimbulkan persoalan. Bila ia menimbulkan persoalan maka jelas ada niat jahat yang berkesumat didalam hati ahli parlimen berkenaan. Sekiranya beliau ada tanggungjawab kepada Agong dan tentera sebagai ahli parlimen beliau tidak payah tunggu sampai permohonan untuk mendapatkan apa-apa projek dibatalkan baru hendak bertindak. Beliau seharusnya bertindak degera sebaik mendengarnya. Seorang patriotik tidak akan bertolak ansur dengan kepentingan diri lain tetapi dia akan mengutamakan maruah bangsa dan negaranya.
Saya yakin kalau segala-gala beres, ahli parlimen itu tidak akan keluar parti dan mendedahkan apa yang didakwa itu. Beliau akan kekal di dalam PKR sehinggalah bahan bekalan habis. Ahli parlimen sebegini tidak ubah seperti buaya yang bertapa dalam jelumun selagi makanannya ada dan cukup. Buaya ini akan keluar bila makanannya sudah habis atau berkurangan. Selalunya buaya yang lapar akan membaham apa saja termasuk bangai biawak cabuk. Kalau terlalu lapar buaya juga tergamak memakan rakan-rakannya sendiri.
Hendaknya rakyat dapat membuat analisa mengenai perkara ini sebaik-baiknya. Kita bukan mahu sekongkol dengan kebejatan dan pengkhianat negara tetapi kita juga harus hati-hati kepada pada desperado yang akan melakukan apa saja untuk memastikan jamban mereka berfungsi. Jadi kalau kita bertindak dan percaya atas kata-kata mereka yang suka 'menjamu' jambannya alangkah kita juga dangkal sama sepertinya. [wm.kl. 9:00 20/03/10]
sekiranya itu fitnah maka fitnahlah, tetapi sekiranya tuduhan itu benar adakah YDP Agong dan ATM turut akan dituduh bersubahat sama dengan Anwar
ReplyDeleteperkara yang dibangkitkan akan menyebabkan BN terutamanya umno terus dibenci dan dimurkai
tuduhan yang dibuat umno betul-betul menghina Agung dan ATM yang seolah-olah turut sama dipukau Anwar
sekiaranya betul-betul Anwar itu penderhaka, penderhakaannya hanyalah sekadar nak menubuhkan kerajaan baru dengan hanya menukarkan kerajaan yang sedia ada untuk kebaikan rakyat marhaen
Salam Tuan Hj MSO,
ReplyDeleteSaya berpendapat, dakwaan oleh saudara Zahrain ini perlu diambil berat oleh pihak-pihak terbabit kerana ini telah melibatkan soal YDP Agong serta Ketenteraan negara. Adalah molek sekiranya pihak Istana Negara melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa agar menyiasat dakwaan saudara Zahrain sekiranya dakwaan itu benar atau suatu pembohongan kerana ia telah melibatkan nama baik YDP Agong serta keselamatan negara. Jadi ini adalah adil bagi pihak pendakwa dan juga kepada pihak didakwa (saudara Anwar).
Amat mengejutkan, bukan sekadar YDP Agong dan pihak Ketenteraan negara diheret dalam dakwaan saudara Zahrain, malahan 8 orang lagi ahli parlimen turut dikaitkan. Dakwaan saudara Zahrain bahawa salah seorang ahli parlimen terlibat ialah AP Gua Musang, namun YBM Tengku Razaleigh menafikan beliau didampingi pembangkang untuk keluar BN dan menyertai PKR bagi membolehkan PR membentuk Kerajaan Persekutuan menjelang 16 September.
Jelas ini suatu pendakwaan yang bercanggah yang telah dibuat oleh saudara Zahrain dari segi perkiraan logik mudah. Sekiranya dakwaan saudara Zahrain benar dan kukuh, beliau seharusnya menunjukkan bukti-bukti jelas untuk menyokong pendakwaan beliau lebih-lebih lagi pendakwaan melibatkan nama YDP Agong. Jadi, saya berpendapat elok pihak Istana Negara, pihak ATM melaporkan pekara ini kepada pihak berkuasa dan membuka fail siasatan bagi menjernihkan suasana. Mungkinkah dakwaan saudara Zahrain mengaitkan saudara Anwar, YBM Tengku Razaleigh, YDP Agong dalam isu isu adalah suatu usaha terancang yang didokong pihak berkepentingan untuk memburukkan tokoh-tokoh yang berpengaruh dalam politik negara. Mengaitkan YBM Tengku Razaleigh dalam dakwaan ini dilihat sebagai cubaan untuk mengalih tumpuan dan memberikan tekanan kepada bekas Pengerusi Petronas terhadap tuntutan royalti minyak yang diusahakan oleh beliau.
Diharapakan pihak Istana Negara memandang serius dakwaan saudara Zahrain kerana ia telah melibatkan keselamatan negara, sama ia ada kebenaran atau pembohongan semata-mata.
Wasalam.
Salam tuan MSO,
ReplyDeleteIbarat kata orang tua-tua, orang yang sedang lemas akan berpaut atas apa sahaja, hatta atas belakang buaya sekalipun, sedangkan mereka tahu buaya tak boleh dipercayai.
salam tuan sayuti,
ReplyDeleteterimakasih kerana luahkan apa yg saya baru nak tulis!
dan seperti biasa, olahan tuan tepat, padat dan mutahir (alamak, macam berita rtm pulak).
salam tuan MSO
ReplyDeletesaya bersetuju dgn pendapat tuan kerana perbuatan MP itu keterlaluan dan mempunyai agenda tersendiri. saya menentang cara pendedahan yang dibuat kerana pendedahan itu akan menimbulkan kekecohan dalam negara.
saya juga yakin pendedahan ini adalah hasil dari kerjasama orang tertentu yang juga musuh kepada ketua pembangkang.
saya juga berpendapat pendedahan ini dibuat kerana MP itu telah merasai kerugian yang besar terpaksa ditanggung kerana tidak tercapai taget sepertimana yang diharapkan.
tanpa memikirkan kepentingan rakyat yang bertungkus lumus perjuangan membela parti yang disokong sehingga mencapai kemenangan. MP ini abaikan usaha rakyatnya
Assalamualikum W.B.H...
ReplyDeletePak MSO,
Nampaknya sipelanyak membabibuta tu memang dah memekak dan mentulikan telinganya, masakan tidak walau KDYMM YDP Agong telah bertitah yang kandungannya menasihati dan menegur para-para MP sekelian agar....MP tu tengah dok ZZZZZZZ kut,seakan-akan mantan PM dolu-dolu tu. Contoh: Kalau kita menasihatkan anak kita supaya segera dapatkan buku,ujung tahun ni nak UPSR, dia buat derk je.. apa perasaan kita? Itu senario bapak dengan anak..apetah lg KDYMM YDP Agong dengan MP, takkan nak dihawing dengan rotan kut..tak reti-reti atau buat-buat tak reti. Saya bersetuju dengan pak MSO dan Ayamtogei, perkara sampai melibatkan kredibiliti KDYMM YDP Agong dan tentera ni adalah terlalu melampau.Rasa-rasanya sifulan ni terlalu terdesak dan tersepit agaknya. Berita di TVTree tadi, di Kuala Lipis, ada Pak PM mengulas laporan atau tindakan dari Pak Polisi akan diambil berkaitan perkara ini. Persoalannya kepada siapa tindakan itu ye pak? DSAI kah? atau Sifulan itu kah? Sama-sama kita nantikan jawapannya.
Buat MP KBB..
*Bila la MP KBB ni nak letak jawatan?, sampah kat ujung rumah tu belakang petronas tu dah melambak-lambak sampai ke tengah jalan dah,naik menyampah dah. Dulu janji nak settle dengan syarikat IDAMAN (swasta) katanya.. Almaklumlah dah BEBAS la ni dikatakan.
Samarkand-Kulim Kedah Darul Aman.
manusia2 seperti ini patut disuruh menganga.bagi kita tengok lidahnya.sama ada sudah bercabang 2 sperti biawak atau sama sperti mula2 minta dicalonkan sebagai ahli parlimen.apapun,dalam situasi ini kalau nak senang mmg payah.tapi nak susah memang senang.apa2 pun,jgn cepat mengalah!
ReplyDeleteAssalamualaikum Pak MSO,
ReplyDeleteMemetik tulisan Pak MSO "Bayangkan kalau "mereka" berpihak, negara ini akan hancur."
Patutlah negara ini hampir separuh hancur, apa tidaknya memetik kembali tulisan Pak MSO "di kalangan anggota (individu) yang dikerah dan dipaksa mengundi satu-satu parti."
Saya mendoakan semoga Allah menjauhkan kita daripada bala kehancuran ini. Amin.
Zaharin bercakap mewakili siapa tuannya sekarang ini.. Spesis UBN yang tak akan berubah sampai bila-bila. Memang pun dia asal dari UMNO dulu sebelum joint PKR dan PKR pun ramai dari kalangan UMNO.
ReplyDeleteZaharin umpama hantu raya, kalau tak cukup makan dia akan makan tuannya balik.