Sunday, March 14, 2010

Celoteh Murai 64

SALENTIA TIDAK KESEORANGAN LAGI

WAH kawan Murai si Salentia tidak sepi lagi bila berada di Parlimen mulai esok. Dia sudah ada beberapa kawan baru. Dalam penyusunan mini kedudukan ahli Parlimen, Salentia akan ditempatkan sekelompok dengan ahli parlimen sejenis dengannya. Salentia akan diletakkan di barisan hadapan sekali. Jadi ketualah tu...!

Biarlah tak leh jadi ketua macam Anwar Ibrahim pun jadi ketua kepada lima atau tujuh orang pun jadilah. Asalkan ketua. Eh... orang gila jadi ketua ni memang teruk. Kalau tak leh jadi ketua kepada orang tua, kepada budak-budak pun jadi. Pokoknya ketua.

Di kampung Murai dulu ada orang nama Jali. Dia gila nak jadi ketua. Tetapi dia tidak cerdik mana, ertinya tidak ada kelebihan. Yang dia tahu ialah panjat pokok setul. Jadi kerana kelebihannya panjat pokok setul dia gunakan kelebihan itu untuk jadi pemanjat setul. Tiap-tiap hari dia akan panjat dan jatuhkan buah setol. Budak-budak lain punggut dan makan. Jali seronok dengan cara itu dia merasakan dia dah jadi hero, jadi ketua. Begitukah dengan Salentia ni?

Tetapi yang Murai nak tengok nanti macam mana agaknya puak bebas membangkang ni.Sebab mereka ini semuanya dari lain-lain species dan ideologi. Salentia sudah cabuk dengan ideologi semua dia gauli sampai tak nampak rupa lagi. Ada yang lain berwajah Islam tetapi perangai Yahudi. Bohong sana tembereng sini. Perangai lebih teruk dari Abu Lahab atau Abdullah bin Ubai.
Dan yang lain pula seperti tidak bermaya saja. Dalam parlimen sebelum ini pun tidak pernah berkokok macam ayam berak kapur. Alih-alih bila nak keluar parti cakap bukan main lagi, kata orang itu diktator, komunis dan macam-macam hingga lupa untuk cermin diri sendiri jenis bangsa apa.

Eh.. orang ni masa zaman sesak dulu pernah merayau ke Kelantan cari ehsan balak di sana tau? Murai tahu sebab Murai pernah aturkan pertemuan orang ini dengan bekas seorang kawan baik Murai di Kelantan. Rasa-rasanya dapat juga sejuring dua kawasan balak kepadanya.

Jadi bolehkah mereka menggambarkan blok bebas di Parlimen itu sebagai bebas yang pro? Hendak tak hendak bila Parlimen sudah blokkan mereka begitu dengan meletakkan Salentia di depan, maka Selantialah kena bertindak menjadi ketua. Jadi moleklah juga kalau Salentia panggil ahli Parlimen bebas duduk di mana-mana kedai mamak untuk takruf mereka dan ajar cara bercakap dalam bahasa bebas.

Jerkah, herdik, tempelak, tunnjuk muka garang dan angkat punggung bila wakil pembangkang bercakap hendaklah diajar kepada mereka. Selantia juga kena ajar mereka bagaimana hendak mencelah, auokkk... aoukkk... atau apa-apa bunyi yang difikirkan perlu ataupun mengboo bila ada wakil Pakatan bercakap. Salentia kena ingat kalau wakil bebas itu tidak berfungsi orang akan menyalahkan Salentia tidak pandai jadi ketua.
Ketua kena pandai tahu walaupun sekadar pemanjat pokok setul.

Murai: Janganlah blok bebas itu jadi blok gila sudahlah.

No comments:

Post a Comment