Tinggal Parti Kerana Hutang RM1.8 Juta
SALAH seorang dari tujuh ahli parlimen yang telah mencuri simbol parti kemudian mengistyharkan dirinya sebagai bebas profesioanl khabarnya sedang pening untuk menyelesaikan hutang sebanyak RM1.8 juta. Hutang berkenaan berhubung dengan perniagaanya yang tidak menjadi di luar negara, Australia.
Ali parlimen berkenaan telah berkongsi dengan seorang kawannya bernama Datuk I. Mulanya perniagaan mereka di Australia itu berjalan dengan lancar. Entah bagaimana separuh jalan - beberapa tahun ke belakangan ini perniagan berkenana merosot dan mengalami kerugian.
Datuk I katanya meminta ahli parlimen berkenaan berusaha untuk membayar hutang kalau tidak mereka akan bankrup dan harta benda yang ada di Australia akan dilelong. Dipercayai ahli parlimen berkenaan memilik sebuah rumah di Australia.
Dipendekan cerita ahli parlimen itu berusaha dengan apa cara untuk dapatkan wang bagi menjelaskan hutang berkenaan. Dia ini sanggup lakukan apa saya usaha asalkan dapat wang sebanyak itu bagi menjelaskan hutang. Tekanan dari Datuk I menyebakan ahli parlimen berkenaan semakin pening kepala dan akhirnya mengambil keputusan yang diluar dugaan walaupun mencemarkan maruahnya sendiri.
Masalah dihadapi ahli parlimen berkenaan telah diguna sepenuhnya oleh UBN untuk memancingnya agar meninggalkan parti yang dianggotai. Khabarnya dia ini juga ditawarkan dengan beberapa jawatan yang dikira dapat menyelesaikan hutang berkenaan.
Sebaik dia mengistyharkan diri sebagai ahli bebas katanya satu jawatan di sebuah syarikat kerajaan (GLC) akan diberikan kepadanya. Bagaimana pun kerana untuk mengelakkan ia terkesan oleh umum jawatan itu ditangguhkan buat seketika.
Selain itu dia juga katanya akan dilantik sebagai Duta seperti mana Jamaluddin Jarjis. Beliau kononya antara dua atau tiga ahli politik akan dinaikkan pangkat sebagai Dua. Perlantikan ini kerana kouta untuk jadi menteri atau pun peluang mendapat projek mega sudah tidak ada lagi apabila kerajaan sendiri tidak mempunyai wang.
Tengoklah nanti apakah ahli parlimen berkenaan berjaya mendapat apa-apa tander bagi menyelesaikan masalahnya itu. Atau pun apakah dia akan dilantik menjadi Duta seperti mana Jamaluddin jarjis. Soalnya sekarang ini tander tidak berapa banyak manakala kontraktor dari kalangan kroni ada yang belum mendapat bahagian. Sangatlah mustahil kalau seorang yang masih panas mualaafnya akan diletak menjadi imam sedangkan masih banyak makmum lain dibelakang.
Catatan: Saya tidak akan menjelaskan sumber maklumat ini kerana ianya atas permintaan orang berkenaan. Tetapi beliau akui maklumat ini baru diperolehi dan sayalah orang pertama dieritahunya. Kerana berpegang kepada janji dan etika saya tidak akan mendedahkan sumber berkenaan sehinggalah ia sendiri mengeluarkan dokumen mengenai pemilikan hartanah ahli parlimen berkenaan tidak lama lagi. [wm.kl. 12:30 t/hari 19/03/10]
salam mso...
ReplyDeletekalau la betul spt yg di katakan...rasanya perlu digubal undang2..pengundian semula bila adun@mp keluar dari parti...
bayan baru ke?
ReplyDeletesalam Pak MSO...
ReplyDeletededahkan saja identiti MP bebas itu...
Salam MSO,
ReplyDeleteTerlintas apabila nama JJ dalam cerita saudara ini.Masih ingatkah cerita RPK mengenai JJ yang ingin counter offer pasal isu Najib.
Apa nak jadi dengan negara ini,ramai sangat "SPIN DOCTOR"Inilah yang membimbangkan senario politik apabila diserap cara CIA.
Terus terang saya katakan inilah satu cerita yang menarik yang boleh masuk akal.Samada benar ataupun salah tak menjadi hal lagi.
Haru biru politik hari ini kerana ada agenda yang tersirat di negara ini.
Harapan saya agar saudara MSO berhati-hati apabila menulis cerita ini kerana cerita ini boleh mengubah persepsi seseorang.Jika tidak benar sudah menjadi fitnah dan kalau betul tunjukkan bukti supaya rakyat Malaysia tahu kebenarannya. Sekadar cerita atas cerita akan memburukkan keadaan dan permainan seperti ini cukup membimbangkan rakyat Malaysia.
Salam
mp/adun yg keluar parti ni umpama lalang...mengkhianati amanah rakyat..hidup tak akan aman di dunia..akhirat nnt hanya Allah yg tahu...
ReplyDeletesalam semua,mungkinkah yang dimaksudkan itu ialah ahli parlimen bebas yang menghentam ketua pembangkang tempoh hari dan kalau anda ingat dia ada memuji duta malaysia ke Amerika dan membidas duta2 lain yg tidak sehebat duta tersebut,dia juga seoalah olah meminta kerajaan melantik duta2 yg baru bagi megantikan duta2 yg dikatakan lembab oleh beliau..kalau benar memang hebat ahli parlimen bebas ni
ReplyDeleteAssalammualikum W.B.H...
ReplyDeleteTak heranlah beliau lanyak-melanyak sakan kat DSAI, ade udang dibalik mee,bebas tapi mesra BE END la tu namanye, harap ada le yang membantu walaupun kena Q, la ni dah terserlahlah siapa yang kita boleh harapkan.. MP Kulim kalau ade teloq..letak Jawatan MP Kulim Bandar Baharu..kami malu berMPkan anda!
Salam Reformasi...
Jangan Undur..kawan-kawan..
Samarkand-Kulim,Kedah D.A