Sunday, April 25, 2010

Ke Pusat Penjumlah Undi

Penjumlahan Undi Sudah Bermula

[kemaskini dari masa ke sesama] 8: 01 Keputusan tidak rasmi dari SPR mengatakan PR kalah dengan majoriti lebih 1,500 (1,725). Ini menejutkan. Seperti mana diduga sekiranya peratus undi melebihi 75.87% ia menyebabkan kedudukan tegang. Bagaimana pun tunggulah keputusan dari SPR sekitar jam 9:30 malam.

7: 25 Sehingga kini dari hampir separuh keputusan liar dari
pusat mengundi melaporkan PKR mendahului BN dengan majoriti 1,000 undi. Keputusan ini disahkan oleh Bilik Gerakan Peribadi.

6: 45 KEPUTUSAN liar dari beberapa peti undi telah mula diketahui. Kedudukan setakat jam 6:45 menunjukkan PKR mengatasi BN dengan kelebihan 500 undi. Keputusan liar ini tidak boleh dijadikan petunjuk sahih apa lagi untuk mengatakan PKR akan memenangi pilihan raya ini.

KIRA-KIRA setengah jam tadi kesemua pusat pengundian pilihan raya kecil Hulu Selangor tlah ditutup. Jumlah peratus keluar mengundi kira-kira 72%. Jumlah ini dikita rendah dan gagal mencapai sasaran SPR sebanyak 85%.

Penjumlah undi di pusat-pusat pengundian sedang rancak dijalankan. Selepas ini peti-peti undi akan dibawa ke pusat pengiraan undi di Kuala Kubu Baru. Agen parti politik kedua-dua, sibuk membuat perhitungan awal mengenai berapa jumlah undi yang diperolehi masing-masing. Bilik gerakan parti juga dijangka mengetahui kedudukan tidak rasmi. Sejam dua lagi para petugas yang dapat menghidu kekalahn akan mulai meninggalkan Hulu Selangor, manakala yang menang akan berasak ke pusat pengiraan undi.

Ketika ini juga berbagai ramalan analisa disebarkan. Daripada lima agensi yang membuat analisa, kesemuanya berpihak kepada PKR ada mengatakan PKR mengatasi BN antara 51% hingga 56%.


Apapun ramalan dan kajian rambang ini bertentang dengan kenyataan Muhyiddin Yassin mengatakan BN akan menang besar dengan majoriti 6,000 undi.

Seperti mana saya katakan awal pagi tadi jumlah peratus mengundi 72% itu menyebabkan kedudukan kedua pihak dalam 50 - 50. Sama ada BN atau PKR menang ianya dalam skala kecil di bawah 500 undi. Sebalik kalau PKR menang lebih 1,000 atau BN diumumkan pemenang inilah apa yang saya katakan kejutan yang tidak terjangka.

Saya percaya penganalisa kini sedang membuat analisa mengenai peratus mengikut etnik.
Laporan akan bersambung. [*** kl 5:20 pm 25/04/10]

2 comments:

  1. Seronok membaca komen MSO. Walaupun bias, tetapi ulasan seimbang.

    agbr47: Tidak perlu provokasi dalam menyampaikan message.

    ReplyDelete
  2. Saya menghormati pandangan MSO, walaupun saya orang BN tetapi saudara tidak mengikut sentimen dalam membuat ulasan. Pandangan politik berbeza tidak mengapa, asalkan kita masih boleh bertukar-tukar pendapat.

    ReplyDelete