Pakatan Rakyat Selangkah Di Depan UBN
PAKATAN Rakyat (PR) nampaknya tidak sabar-sabar lagi untuk menghadapi pilihan raya kecil P094 Hulu Selangor yang akan berlangsung 25 April nanti. Baru sekejap tadi PKR telah melancarkan jentera pilihan rayanya yang dirasmikan oleh Pengerusi PKR Selangor, Mohd Khalid Ibrahim bersama para pemimpin Pas dan DAP.
Majlis itu berlangsung di Dewan Komuniti, Kuala Kubu Baru . Lebih 2,500 hadir pada majlis tersebut. Kebanyakan yang hadir adalah para petugas jentera berkenaan dan juga pemerhati dari luar yang sudah mula memberi tumpuan ke Hulu Selangor sejeak beberapa hari lalu.
Melihat kepada semangat hadirin yang ditunjukkan pada majlis itu seolah-olah Pakatan Rakyat sudah meninggalkan UBN selangkah di belakang. UBN yang akan menurunkan calon dari MIC tetapi masih belum muktamad siapakah calon mereka sedikit sebanyak akan merasa kecut perut dengan persiapan awal PKR.
Antara tiga nama yang disebut-sebut bakal diturunkan UBN ialah, Kamalanathan, Mugilan dan G Palanivel calonnya yang tewas dalam pilihan raya lalu. PKR pula sudah pasti akan menurunkan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim. Tidak ada persoalan lagi mengenai calon di pihak PKR. Pemilihan Zaid sepakat dan disokong padu dalam PKR dan Pakatan Rakyat.
Kehadiran Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Mohd Hassan Ali, yang mewakili Pas dan Tan Seng Giaw, Teresa Kok mewakili DAP menyerlahkan perpaduan di kalangan Pakatan Rakyat. Selain dari mereka turut hadir pemimpin PKR Selangor, Fauziah Salleh, Mohd Azmin Ali, Syed Shahir Syed Mohamud, Abdullah Sani, Xavier Jayakumar, Gan Pen Nei lain-lain.
Semua pemimpin tertinggi parti turut memberi ucapan sebagai muqadimah dan alu-aluan kepada para petugas pilihan raya berkenaan. Nasharudin dalam ucapannya, memberi perakuan Pas akan berkerja seperti mana parti itu sendiri yang bertanding bagi memastikan kerusi berkenaan kekal kepada PKR.
Katanya kemenangan di Hulu Selangor adalah penting dan menjadi anak tangga untuk ke Putrajaya. Kerana itu beliau menyeru supaya pilihan raya itu dihadapi dengan serius. Sehubungan itu jelasnya Pas telah pun mula mengerahkan jenteranya di seluruh negara untuk berkhemah di Hulu Selangor.
"Sebanyak 60 buah rumah telah disewakan untuk ditempatkan para petugas Pas dari seluruh negara," katanya disambut laungan takbir.
Sementara itu Khalid Ibrahim ketika berucap dan melancarkan jentera berkenaan berkata, kemenangan boleh dicapai dengan berkerja kuat. Paling penting katanya petugas parti kena mendekati rakyat.
"Jangan ingat pilihan raya ini senang, dan semangat saja tidak akan menjamin kemenangan. Yang penting kena cari pengundi seberapa banyak yang boleh," katanya. Sebagai simbolik pelancaran itu beliau telah menyerahkan name tag dan bendera Keadilan kepada tiga ketua jenterata peringkat Dun, Kuala Kubu Baru, Hulu Berenang dan Batang Kali.
Tan Seng Giaw pula membakar semangat para hadirin dengan patun dua keratnya berbunyi; pisang sesikat, gulai sebelanga; mari kita sepakat bersama-sama. Katanya Seng Giaw rakyat Hulu Selangor perlu menolak UBN kerana mereka cakap tidak seperti bikin. Beliau merujuk kepada kenyataan Muhyiddin Yassin yang mengutamakan Melayu dahulu mana kaum lain kemudian di mana kenyataan itu disokong pula oleh Najib Razak pelopor 1 Malaysia.
Dalam pilihan itu seramai 3,000 telah dilantik sebagai petugas rasmi dalam jentera berkenaan dan angka itu tidak termasuk petugas sukarela yang datang dari seluruh negara.
[Hulu Selangor 1:27 am 10/04/10]
Rakyat mengibar bendera melancarkan jentera berkenaan.
Quote"Tan Seng Giaw pula membakar semangat para hadirin dengan patun dua keratnya berbunyi; pisang sesikat, gulai sebelanga; mari kita sepakat bersama-sama"unquote.
ReplyDeleteALHAMDULLILAH....jika demikian gerangannya.
Gua jawap pantun itu,
Pisang sesikat, makan bersama,pembuka selera.
Ini lah berkat kita berbaik sangka,w/pon kita berlainan Agama..
He!he!jgn Maree.