Tuesday, April 13, 2010

Perjalanan Ke Serendah

Dewan Komuniti Serendah Mesti Melimpah Malam Ini

MALAM ini bertempat di Pusat Komuniti Serendah, PKR akan mengistyharkan calonnya untuk diturunkan pada pilihan raya kecil Hulu Selangor 25 April nanti. Pengisytharan itu dikira sebagai formaliti saja sebab nama calonnya sudah pun diketahui. Calon PKR ialah seperti mana yang saya laporkan sebelum ialah Zaid Ibrahim.

Malam ini adalah malam pengesahan calon saja.

Ia akan dilakukan sendiri oleh Penasihat PKR, Anwar Ibrahim. Selepas saja pengesahan Zaid ini, semua pihak dalam Pakatan Rakyat hendaklah bulat memberi sokongan. Hendaknya jangan ada komplen itu dan ini. Apa yang PKR perlu sedari dan insaf, pilihan raya Hulu Selangor bukan untuk Zaid secara peribadi, tetapi untuk PKR. Zaid hanya sebagai alat saja yang dipilih berdasarkan beberapa kritria tertentu. Dan saya percaya Zaid juga serba salah tetapi bila parti sudah menghendakinya beliau terpaksa akur saja.

PKR dan Pakatan Rakyat perlu menang pilihan raya berkenaan. Kerusi Hulu Selangor adalah kerusi Pakatan Rakyat. Kekalahan akan menjadi tejelan oleh pihak UBN. Kalau kalah UBN akan mengejek Pakatan Rakyat semaikin lemah. Sudah tentu mereka juga akan meletakkan kekalahan itu sebagai semakin kurangnya sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Pilihan raya kecil ini berlangsung buat pertama kalinya setelah perbicaraan ke atas Anwar terhadap kes meliwat pembacuh kopi berjalan. Lantaran itu ia akan menjadi kayu ukur sejauh mana isu yang dilodehkan ke atas Anwar itu dimakan oleh rakyat dan apakah ia telah menjejaskan reputasi Pakatan Rakyat.

Kemenangan besar UBN boleh meranapkan semangat Pakatan Rakyat. Ia akan dijaja ke seluruh negara bahawa Pakatan Rakyat sudah tidak mempunyai kekuatan dan sokongan lagi. Kesan buruk dari itu kekalahan akan dijadikan modal oleh UBN untuk menawan Selangor.

Sebaliknya kemenangan di Hulu Selangor pula boleh berjangkit kepada pilihan raya kecil di Sibu, Sarawak tidak lama lagi. Kemenangan di Hulu Selangor dan kemenangan di Sibu kelak ia boleh menyebabkan UBN akan longgar sendi tangan dan lutut.

Malam ini sudah pasti dewan pusat Komuniti Serendah akan penuh sesak dengan para penyokong yang datang dari dekat dan jauh. Semangat yang berkobar-kobar malam ini janganlah mudah dijadikan ukuran. Sudah pasti senario malam ini menakutkan UBN. Namun perlu diingat UBN ada berbagai strategi dan tektik yang ampuh yang selalu berpihak kepada mereka.

Penyokong Pakatan juga harus menjaga kelakuan, tutur kata dan memastikan keadaan dalam harmonis. Jangan sesekali mencetuskan susana yang boleh menimbulkan ketegangan.

Justeru disamping bergembira dengan semangat bakal diraut malam ini jangan lupa bahawa di sebalik perencanaan manusia itu, ada lagi kuasa yang akan menentukannya. Makanya para penyokong Pakatan Rakyat hendaklah bersedarhana dalam hal ini agar tidak terkeluar dari batas-batas dan susila.

Apapun yang paling penting ialah dokongan kepada calonnya. Selepas saja Anwar mengesahkan Zaid semua pihak hendaklah taat dan akur sepenuh hati. Hanya perjuangan yang iklhas, jujur dan redha atas ketentuan Allah saja yang menang di dunia dan akhirat. [wm.kl. 12:00 t/hari 13/04/10]

2 comments:

  1. Pak Sayuti....

    Pakatan Rakyat memilih calon yang tepat di Hulu Selangor walaupun DZI bukan anak tempatan...apalah guna anak tempatan jika tidak boleh memberi sumbangan dan hanya mengayakan kroni2 mereka sahaja...

    ReplyDelete
  2. Assalamu alaikum tuan. Setelah tumpuan kita berhenti di bagan Pinang dan agak lama juga tidak berpilihanraya kini Hulu Selangor bakal menyaksikan kehadiran begitu ramai pekerja dan penyokong parti berkumpul di sana. Pencalonan bekas menteri di jabatan perdana menteri itu amat tepat melihat kepada komitment beliau terhadap perjuangan menegakkan demokrasi yang adil, melihat kedaulatan undang-undang dan sekaligus membela rakyat. Rasanya calon yang dipilih ini memang menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh Pakatan Rakyat. Insya Allah Datuk Zahid akan mendapat dokongan padu dari PAS dan DAP kerana ketokohan beliau memang telah terserlah. Hakikatnya UMNO-BN pun bimbang dengan pencalonan Datuk Zahid ini. Allahu akbar!

    ReplyDelete