Thursday, April 22, 2010

Rileks Mata

Dari Akal Tafsir Saya


POLITIK itu penuh dengan seni. Seni pula perlu dihayati dan ditafsir dengan tekun untuk mendapat intipatinya. Politik tidak pernah jujur dan hati-hati politik menyembunyikan maksud yang tertusuk di lubuk hati. Selalunya rakyat tertipu oleh orang politik.

Tengok dan renung gambar ini dengan menghalusi. Gambar ini dirakam oleh Bernama. Ertinya tidak ada pembohongan. Dan gambar in memang pun tidak mempunyai apa-apa pembohongan. Ia bukan superimpose seperti gambar Zaid membidik botol arak, atau seperti superimpose gambar Najib sedang makan malam dengan Altantuya.

Cuba tenguk baju Muhyiddin, baju Kamalanathan, baju Najib, baju Zahid Hamidi dan baju Shaziman Mansor. Baju Najib dan Kamalanathan ada lambang keramat dewasa ini 1Malaysia. Ini lah juga slogan dan tema pilihan raya Hulu Selangor.

Tetapi kenapa di baju Muhyiddin, di baju Zaid tidak ada lambang 1 Malaysia. Mungkin di baju orang lain, tidak perlu dipersolkan. Muhyiddin adalah timbalan presiden, Zaid adalah naib presiden Umno.

Apakah Muhyiddin dan Zaid ingin menyampaikan mesej secara senyap bahawa mereka tidak begitu gembar dengan calon BN, Kamalanathan? Seperti mana terpaksa diumumkan Muhyiddin Kamalanathan adalah calon 1 Malaysia Muhyiddin terpaksa berada di pentas bersama Najib.

Apabila mereka tidak memaki lambang 1 Malaysia boleh ditafsrikan mereka tidak berminat dengan Kamalanathan. Begitukah? Tafsirlah sendiri. [wm.kl. 1:05 22/04/10]

3 comments:

  1. kikikikiki...sungguh kelakor, takde lambang 1Malaysia pon nak jadik isu....kelakor kelakor...

    ReplyDelete
  2. saya suka membaca cara pemikiran dan cara pandagan tuan mso..teruskan mengeluarkan idea melalui blog ini...biarlah orang tak suka..yang penting pandangan mso ade berdasarkan hujah...yang kadanag2 orang tak suka..

    ReplyDelete
  3. TS Muhyiddin mmg jelas menampak pertentangan idea dgn DS Najib.Selama 1Malaysia diuar-uarkan,rasanya TS Muhyiddin tidak pernah pun memakai pabu yg berlogokan 1Malaysia tu..nampak sngt dia menentang idea 1Malaysia tu..bukan lagi secara halus tetapi secara terang2an.Dan pemimpin UMNO lain pun masih takut2 dan ragu kerana 1Malaysia secara halusnya menyamakan hak melayu dgn hak kaum lain.Jadi peminpun UMNO lain takut protes dari org Melayu,takut hilang undi Melayu..

    DS Najibsyok sendiri sebenarnya dgn idea 1Malaysia..kalangan menterinya pun tidak sepakat apatah lagi rakyat Melayu yg lain.PAS dan PKR pasti menentang idea tu,org UMNO mungkin sedikit masa lagi akan menunjukkan protes terutama kalau kalah dlm PRK Hulu Selangor, atau PRU13 nanti..semunya akan menyalahkan idea 1Malaysia Najib tu..

    ReplyDelete