DALAM perjalanan meninjau suasana pilihan raya Hulu Selangor semalam saya sempat merakam beberapa keping gmbar khas untuk penjenguk blog ini. Kebanyakan gambar ini dirakam sekitar kawasan gususan Felda Sungai Tengi, Sungai Tengi Selatan dan Seoharto. Semoga gambar tidak seberapa ini dapat menebus 'kekosongan' semalam kerana blog ini tidak terisi.
Saya percaya ramai penjenguk yang menunggu pengisiannya semalam. Tatapi apalah boleh dilakukan dengan kudrat hanya sebatang kara, saya berusaha semampu mungkin untuk memberi maklumat dan laporan untuk anda budiman. Namun tetap ada hari-hari yang tidak terisi kerana kedaifan diri. Gamabr ini ada berunsur candid dan tafsirlah sendiri.
Sebuah rumah asal untuk kediaman peneroka di Felda Seoharta. Mungkin empunyanya sengaja tidak mahu merombak atau mengubahnya kerana ingin terus bernostalgia.
Perangai biasa yang berlaku dalam pilihan raya, penurapan segera mana-mana jalan yang ronggak dan lompong. Semoga penurapan ini untuk kesenangan pengguna dan bukan untuk membeli undi.
Papan tanda besar memaparkan calon PKR Zaid Ibrahim yang dibangunkan berhampiran masjid. Semoga perubahan akan berlaku dan perubahan yang baik itu akan kekal.
Mungkin bila semangat terlebih inilah yang akan berlaku. Bendera yang dibawa boleh menganggu pemanduan yang boleh mengundang kecelakaan.
BN mendirikan papan tanda mempamerkan gambar sejarah ceramah Perikatan. Mungkin golongan tua yang terlibat dengan sejarah ini akan sebak dan menangis melihat papan tanda ini. Satu kebijaksanaan!
Tuan MSO
ReplyDeleteTerima kasih menyiarkan gambar- gambar sepanjang kempen pilihanraya Hulu Selangor
Dapat juga kami di Negeri Sembilan melihat suasana pilihanraya kecil.
Saya tak mampu berbuat seperti tuan lebih- lebih lagi kerja sukarela seperti tuan lakukan.
Semuga tuan sentiasa sehat agar dapat saya menerima berita yang benar.
Blog tuan sentiasa kunjungi teruatama masa lapang saya.
Blog tuan Akhbar Saya.
Terima kasih
anzam2009
Salam,
ReplyDeleteSaya pun serupa jugak.Semoga tuan terus diberi kekuatan untuk terus berjuang melalui tinta.Saya sering mengikuti tulisan tuan sejak buku pertama Perang Oktober 1996 dan Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa 1998.Tahniah.
Salam..
ReplyDeletewalaupun saya ni orang UMNO namun blog tuan antara yang saya layari. Kita berbeza pendapat dalam banyak hal tetapi budi bahasa tuan dalam tidak sehaluan ini membezakan tuan dengan blogger lain.
Moga tuan teruskan cara ini agar menjadi contoh pada blogger lain tak kira lah pro atau anti kerajaan.
Salah satu cara berkesan nak menang dalam pilihanraya kecil ialah semasa penamaan calon gantung sekali kat leher replika cek siap nyata jumlah dlm RM juta-juta."Esok menang, Isnin sain lulus peruntukan...."
ReplyDeletesalam tuan,
ReplyDeletekepenatan nampaknya tuan. bagaimanapun kami masih menanti keputusan culaan tuan di hulu selangor. biasanya result tuan tak lari jauh dari keputusan sebenar nanti.dah x sabar..he he
Saya pun serupa lah..moga tuan dapat melihat denyut kekalahan calon import dr Kelantan,Insyallah
ReplyDelete