[kemaskini] SEJARAH tidak lagi relevan dan tidak boleh dibaca oleh pemimpin Umno. Hatta sejarah yang mereka sediri lakarkan ia tidak boleh dibaca dan dijadikan panduan. Kalau membaca sejarah menyebabkan seseorang itu akan dihukum. Apakah Umno bercadang untuk membuang segala sejarahnya sendiri? Lebih lanjut, mata pelajaran sejarah di sekolah-sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan, khsusnya sejarah mengenai perpaduan, atau mengenai bagaimana orang-orang asing datang ke negara ini akan dipotong dan dibakar?
Sedikit masa lagi akan berlaku phobia takut kepada sejarah. Pemimpin Umno akan menjadi kecut perut untuk bercakap mengenai masa lampau. Mulut mereka akan dijaga supaya tidak seskekali menyebut sejarah dan tawarikh negara. Sesiapa yang bercakap mengenai sejarah pembinaan bangsa dan negara atau sejarah asal Tanah Melayu akan dianggap celupar.
Kenapa tidak, kalau mereka membaca sejarah, mengungkitkan kejadian silam menyebabkan mereka akan menerima padah. Lebih parah lagi mereka akan diminta supaya memohon maaf secara terbuka. Lebih menakutkan lagi mereka akan dikenakan tindakan oleh Umno hingga menggantung keahliannya dan hilang jawatan.
Hari ini giliran Menteri Pertanian, Noh Omar pula telah membuat permohonan maaf secara terbuka kerana beliau bercakap fasal sejarah apabila memetik kata-kata bekas pemimpin MCA dan MIC, Sambanthan dan Tan Siw Sin bertujuan untuk menguatkan lagi perpaduan. Rupa-rupanya membaca sabda pemimpin terdahulu tidak boleh di negara ini!
Maksud kepada petikan itu, Noh berkata orang India dan China harus berterima kasih kerana diberi kewarganegarawaan. Ucapan Noh itu dipertikaikan oleh ahli parlimen Puchong, Govind Singh Deo. Apa tidak benarnya. Orang Cina dan India yang datang ke negara ini yang mulanya sebagai pendatang harus berterima kasih atas kemurahan Malaysia memberi kewarganegaraan kepada mereka. Ini adalah fakta yang bukan direka-reka. Orang Cina dan India kerana menerima hakikat bahawa mereka adalah pendatang ke Tanah Melayu.
Walaupun perkataan pendatang itu terhapus selepas terbentuknya Malaysia, atau lebih awal setelah Tanah Melayu yang merdeka sudah diberi kemerdekaan, (1957) namun sejarah itu tidak akan hilang. Mungkin generasi selepas 1957 tidak boleh dianggap sebagai pendatang kerana mereka lahir dan tembuninya dikambus di sini, tetapi yang diperkatakan Noh dan sesiapa itu mengenai mereka yang datang sebelum itu. Yang tembuninya ditinggalkan di negara asal datuk nenek mereka. Ini bukan isu sentitif tetapi ini realiti.
Apalah jadahnya Noh sampai beliau kena mohon maaf kepada orang Cina dan India dengan petikan dua pemimpin itu. Bukankah apa yang beliau baca dan petikan itu adalah kata-kata pemimpin India dan Cina sendiri? Salahkah?
Pada saya sedikit pun tidak salah. Dan paling mendukacitakan lagi kenapa Noh harus memohon maaf. Kalau apa yang kita kata benar tidak perlu kita memohon maaf. Tanda-tanda kedayusan Melayu dalam Umno semakin jelas dan nyata. Kita tidak tahu kalau Umno sebagai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Perkembar) sendiri dayus apalah lagi dengan Melayu dalam parti-parti lain.
Sebelum ini sudah dua orang pemimpin Umno yang dikenakan tindakan kerana membaca sejarah. Datuk Ahmad Ismail dari Pulau Pinang dan Nasir Safar, setiausaha akhbar Perdana Menteri sendiri. Mereka dikenakan tindakan, dan Nasir terpaksa melepaskan jawatan kerana sejarah yang diungkitknya menimbulkan kemarahan orang Cina. Mahalnya harga sebuah sejarah sehingga harus dibayar dengan melepaskan jawatan!
Rasanya tindakan Umno itu tidak betul. Sebaliknya dengan cara berlembut begitu ia memberi muka kepada pihak tertentu. Dalam hidup ini kalau tidak berpandukan kepada sejarah, kepada apa lagi yang hendak dijadikan panduannya? Apakah kepada dongengan dan hikayat yang berupa mitos? Sejarah merupakah kejadian dan peristiwa. Sejarah menjadi titik mula kepada sesuatu sebelum ia berkembang. Dari sejarahlah kita memulakan kehidupan ini.
Dalam konteks ini Umno jangan ikut parti-parti lain. Sebagai parti yang memperakui pejuang Melayu, Umno harus berpegang kepada sejarah sepanjang masa. Sejarah adalah panduan, sejarah adalah benteng dan sejarah adalah timbang tara kita. Kalau sejarah dibuang ini bermakna semua bangsa dan kaum di negara ini sama saja sebab ia berpandukan kepada sejarah ciptaan baru yang bermula selepas 1957. Buang sejarah bererti tidak adalah keistimewaan dan keunikan orang Melayu sebagai tuan punya asal bumi ini.
Apa yang kita kena ingat bangsa Melayu wujud sebelum 1957, malahan Umno adalah parti siasah Melayu pertama ditubuh di negara ini. Umno harus menjaga kekeramatannya tentang itu. Makanya kalau ada pemimpin Umno bercakap mengenai sejarah, mengungkit sesuatu berdasarkan fakta dan tawarikh orang itu bukan ditentang sebaliknya kena disokong sepenuhnya.
Di sini saya tidak mahu berterima kasih kepada Noh Omar kerana beliau telah meminta maaf yang tidak sepatutnya beliau lakukan. [wm.kl. 10:45 pm 08/04/10]

Pak MSO, saya pun sangat tersinggung cara Noh ini. Kalau selama ini Umno berkata ikut Perlembagaan negara, maka patut semua hal sejarah dijaga dan diterima lagi. Kalau sabda pemimpin lama sudah tidak boleh diulang baca, maka tak lama lagi tentu fasal2 dalam Perlembagaan yg dipersetujui pemimpin lama tak boleh dibaca. Ini masalah ketar lutut pemimpin Melayu.
ReplyDeleteapalah umno ni, asas perjuangan nya utk mempertahankan bangsa melayu, tapi ternyata mereka sangat
ReplyDeletegentar utk menzahirkan nya sekarang ini, oleh itu lebeh baik
bubarkan kan umno,dan kita beramai2
buat parti baru nama nya parti1malaysia selesai masaalah.
Meamang apa yang disebut olih Noh Omar tidak salah jika kita sandarkan ia daripada intipati kata asal pemimpin MCA-MIC terdahulu.Tetapi merungkaikan disaat racun racun yang disuburkan olih Perkasa menyebabkan takrif dan penerimaan mereka yang berkaitan(MCA-MIC)akan mengundang kerugian bergantang pada kekebalan kuasa UMNO-BN yang semakin pupus.
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteApa yang nak dihairankan. UMNO tidak mampu lagi memperjuangkan hak Melayu. Peranan UMNO telah diambil alih oleh PERKASA. Demi kuasa pemimpin UMNO kini sanggup berbuat apa saja waima mencemar maruah kepada kaum pendatang sekalipun.
Pak MSO saya sangat setuju dengan pandangan tuan.. tapi saya fikir.. kalau Noh omar dah tau dia nak mintak maaf.. dia tak akan cakap.. tapi saya rasa dia mintak maaf pun pada yang tersinggung jer.. tapi dia telah berjaya mengingati sejara.. pujian harus di beri pada Noh Omar juga... tak ramai pemimpin yang sanggup cakap macam tu... saya rasa stament Sabda yang di ungkap oleh tuan terlalu tinggi tarafnya untuk statment noh omar.. so mungka ada ungkapan lain... dan yang saya paling teruja bila pak MSO bersetuju dengan kenyataan tentang sejarah Melayu dan tak ramai bloger sealiran dengan tuan yang berani membangkitkan pasal melayu.. kerana takut DAP terasa lah pulak....
ReplyDeleteBukan 'sabda'..'sabda' utk Rasulullah yg mulia sahaja.Berilah keistimewaan kepada Baginda SAW.
ReplyDeleteBerbalik kepada permohonan maaf Noh Omar kepada MCA dan MIC,usah kira terasa 'galat'..itu mudah difahami sbb 25 April nanti ada PRK di Hulu Selangor.UMNO dan BN akan sedaya upaya mungkin utk tidak mengguris hati MCA dan MIC sebelum PRK itu selesai.Tak habis2 dgn sikap pemimpin 'kita' yg suka sgt 'minta maaf' kepada pihak yg tidak perlu.Sesiapa pun perlu belajar dari sejarah utk mengenal asal usul dan kedudukan bangsa.
Apa isu dan mustahaknya Noh Omar memohon maaf sdgkan apa yg diucapkan ada benar,tiada y tidak benar melainkan benar2 belaka..kecuali kerana ingin mendapatkan undi pihak berkaitan dlm PRK yg akan berlangsung nanti.Tidak lebih dari itu.
Saya menyokong pandangan Tuan MSO..tidak perlu berterima kasih atas sikap dayus dan bacul Noh Omar tersebut.Sikapnya itu sikap yg membawa rebah kepada bangsa Melayu itu sendiri.
Ini saya setuju..nampak kita mengalah sangat..Perkasa pun memperjuangkan perkara yang sama..masalahnya cuma pimpinanya yang..
ReplyDeleteBuat pertama kali saya sokong MSO kerana berkata yang benar dan berani tanpa prejudis. Syabas
ReplyDeleteTuan MSO,
ReplyDeletesaya tidak nampak di mana silapnya tindakan Noh Omar memohon maaf tentang kenyataannya berkaitan sejarah. apatah lagi, permohonan maaf itu ditujukan pada mereka yang tersinggung.dan pada pendapat saya, dah tentulah yang tersinggung itu adalah mereka yang buta sejarah dan tidak dapat menerima hakikat sejarah kedatangan nenek moyang mereka ke sini.pada mereka yang sedar, tak mungkin mereka akan tersinggung.
tidak ada nas kukuh yang mengatakan sabda khas untuk Penghulu Segala Rasul. Sesiapa boleh bersabda. sabda hanyalah satu perkataan yang ada huruf s, a, b, d, a.
ReplyDeleteTersinggung?apa yg mereka tersinggung Tuan Kamal Irahsa kalau dah itu sejarahnya..MIC dan MCA kena terima malah wajib terima dan menyedari bahawa status mereka mmg begitu..kita bukan bercakap sesuka hati kita.Cuma pemimpin MIC dan MCA terdahulu mereka menginsafi akan kebaikan org2 Melayu yg menerima mereka menjadi 'warganegara'..dan mereka sedar mereka sekadar menumpang di tanah org Melayu.Dulu pun negara ini namanya "TANAH MELAYU"..semenjak penjajah dtg menjajah negera ini baru lah 'mereka, iaitu org2 Cina dan India berebut2 utk dtg mencari rezeki..lama2 mereka diberi peluang utk mendapat taraf warganegara..Tengok hari ini, PATI kat negara kita ini cukup menyesakkan..nah!!..cuba lihat 20 puluh tahun akan dtg, PATI2 ini juga akan mengatakan mereka berhak sebagai rakyat negara ini sedangkan sekarang, mereka adalah berstatus PATI..samalah juga dgn MIC dan MCA sekarang,dulu mereka dtg bekerja di ladang dan lombong,mendapat kekayaan di bumi Melayu ini..bila lama2 mereka dah naik junjung,lupa asal usul..MIC dan MCA kena kaji dan teliti sejarah.Sejarah itu benar dan pernah berlaku..cuma sejarah yg diselewengkan shj yg perlu dikecualikan.Sejarah Melayu adalha fakta..bukan reka2an.
ReplyDeleteAssalamu alaikum tuan. Sejauh mana kita menghargai sejarah amat bergantung kepada sejauh mana kita diajar untuk menghargai sejarah itu sendiri. Hakikatnya sebagai mana kita orang Melayu mengkhianati tulisan jawi, begitu jugalah kita telah mengkhianati sejarah.
ReplyDeleteDi zaman pemerintahan perdana menteri ke-4, murid-murid telah mendapat gambaran bahawa sejarah bukan sesuatu yang perlu dititikberatkan sebaliknya pelajar harus berusaha untuk menjadi pakar itu dan ini dalam bidang sains dan teknologi. Perhatilah sendiri, sejak penilaian darjah 5 diganti dengan UPSR, di mana mata pelajaran sejarah. Ketika menduduki SPM pada tahun 1984 dan itulah yang berlaku pada sebelum dan selepas tahun berkenaan, bagi pelajar-pelajar aliran sains mereka tidak diwajibkan untuk mengambil mata pelajaran sejarah.
Syarat kelayakan untuk memohon bagi melanjutkan pelajaran dan mencari pekerjaan juga kita boleh bertanya di mana mata pelajaran sejarah. Mata pelajaran sejarah dan pengajian sejarah hanya berada ditahap intensif bila seseorang pelajar mengambil kertas sejarah dalam pengajian di universiti.. Kilihatan mata pelajaran sejarah adalah begitu exklusif dan hanya layak untuk mereka yang bergelar mahasiswa sastera bukan untuk pelajar secara keseluruhan lagi. Jadi tidak menghairankan kalau anak muda tidak dapat memahami sejarah dan dengan mudah mempertikai sejarah begitu sahaja.
Apa yang digambarkan dalam coretan tuan itu jelas memperlihatkan betapa sejarah tidak akan dijadikan pengajaran lagi oleh sesiapa pun tanpa mengira mereka adalah orang politik atau orang-orang seperti kita. Sejarah hanya diterima kalau ia menguntungkangolongan tertentu dan golongan yang rugi akan trus mempertikaikannya.. Kenapa masyarakat kini begitu memburu teknoligi? Jawapannya mudah, wang. Sejarah< mungkin tidak memberi keuntungan wang. Lantas akhirnya, pernyataan yang berbunyi "masyarakat yang lupa akan sejarahnya adalah masyarakat yang sedang menuju keruntuhan? dan nampaknya tanda-tanda ini memang sedang berlaku dalam bangsa Melayu dan rakyat Malaysia. Keadaan ini menepati kehendak 1 Malaysia.
Pastinya Koh Kai Kim, boleh menerima kenyataan sejarah yang disabdakan oleh nuh Omar tetapi bukan orang politik.